PR bukan cakap sesuka hati kerana telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan PR. Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bankrap. Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009.
Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan di antaranya:
Membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan
Peruntukan pendidikan tahunan kepada sekolah agama rakyat, sekolah mubaligh, sekolah cina dan tamil sebanyak RM 11.3 juta pada tahun 2010.
Rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah sebanyak RM 17 juta pada 2008-9
Program penghargaan warga emas sebanyak RM20 juta setahun dengan pembayaran RM100 setiap tahun kepada yang lebih 60 thaun dan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris. Program ini akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal tahun ini.
Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam tiga tahun PR memerintah. Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan.
Ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Persekutuan. Bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol. Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan. Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion. Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR.
*Ucapan oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihanraya Kebangsaan DAP Di Kuala Lumpur pada 16 Januari 2011.
Note:
Bila kerajaan melakukan sesuatu demi kerana rakyat, rakyat akan merasakan kesannya. Nampaknya UMNO di Pulau Pinang akan pupus sedikit masa lagi kerana penyokong-penyokong UMNO di Pulau Pinang telah merasakan keselesaan dibawah pimpinan PR. Rakyat Melaka dapat apa dari ali rustam? dapat sekolah harapan.. Kah..kah..kah..kah.. Dapat eye on malaysia yg dah jadi gajah putih dan Monorail yang jadi naga putih... Kah..kah..kah..kah.. Tapi ko jangan takut Ali.. sebab orang Melaka masih terlalu ramai yang berotak "mahal"...sampai keanak cucu citit dari hidup sampai ke mati rela ditipu oleh ameno... Kah..kah..kah..kah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan