Tukar Tiub |
- BUKU TERBARU ZUNAR
- MULA PAKAI BAJU KUNING
- SIAPA TAKUT BACA BERITA INI
- AJENDA NEGARA KEBAJIKAN
- MALIKUL SEMBAB BUAT LAWAK BODOH
- TUKAR TIUB PEMECAH BERITA!
- TUKAR TIUB DI JOHOR BAHRU
- LAGI KESAH CUKONG PILIHARA MUNKEE
- MULA KAN SABTU INI - PAKAI BAJU KUNING
- CARA GEROMBOLAN REMBAT TANAH KG BARU
Posted: 23 Jun 2011 11:57 AM PDT FAT LADY OF MALAYSIA EVEN MY PEN HAS A STAND - ZUNAR "EVEN MY PEN HAS A STAND" adalah buku keempat saya bersama penerbit Kinibooks, anak syarikat kepada Malaysiakini. Sebelum ini dengan syarikat yang sama, saya menerbitkan "Cartoons On Tun… and Others" (2005), "1 Funny Malaysia" (2009) and "Cartoon-O-Phobia (2010)." "Even My Pen Has a Stand..." adalah koleksi karya-karya kartun politik yang tersiar dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan juga yang tersiar dalam laman web antarabangsa, Cartoonmovement.com. Turut dimuatkan kali ini ialah sebuah kartun yang saya lukis ketika di dalam lokap polis September tahun lepas. Selain itu terdapat satu artwork istimewa dari koleksi peribadi saya, iaitu karikatur wajah saya yang dilukis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara Sungai Buloh pada August 2001. Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, di dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat "Cartoonology" iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974. "Even My Pen Has a Stand" dipilih sebagai tajuk kerana selepas saya ditangkap dan diugut, adalah penting untuk saya menegaskan pendirian saya, iaitu "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir." Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat. Isu-isu utama yang disentuh dalam "Even My Pen Has a Stand" ialah isu Altantuya ,Scorpene, PM dan Isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, konspirasi terhadap Anwar, kehakiman, Apco, Mesir, FLOM, pilihanraya Sarawak dan perkauman, antara lainnya. Pada 24 September tahun lepas, saya ditahan dan dilokap selama dua hari selepas penerbitan buku buku Cartoon-O-Phobia. Sebelum itu kerajaan mengharamkan enam judul buku saya; Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1 Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun Vol 1, Isu Dalam Kartun Vol 2 and Isu Dalam Kartun Vol 3. Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamaddun. Tangkapan dan ugutan mungkin perkara biasa dihadapi kartunis-kartunis dari negara Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke 19, tetapi dalam dunia moden sekarang ini, kartunis editorial telah diiktiraf sebagai ejen demokrasi. Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana! Penangkapan saya telah menjadi bahan ketawa di kalangan masyarakat kartunis seluruh dunia. Maklum balas yang saya terima dari teman-teman kartunis di Amerika, Indonesia, Thailand, Eropah dan Jepun ialah mereka menyatakan, "Kartun saya lucu, tetapi tindakan kerajaan menangkap saya lagi lucu," Tetapi saya bersedia menghadapi sekiranya berlaku tangkapan. "Even My Pen Has a Stand" adalah setebal 104 muka dengan warna penuh. Sekiranya ia tidak dapat dijual di pasaran terbuka, saya berharapkan sokongan dari peminat, penyokong, pembaca dan masyarakat Malaysia yang perihatin untuk membeli buku ini secara online. Ini penting bagi memastikan saya dapat terus berkarya bagi menerbitkan kartun-kartun politik yang bermutu untuk manfaat bersama. Kerana itu, saya ingin menjemput anda semua untuk hadir ke majlis pelancaran yang akan diadakan pada 2 Julai depan, jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH). Buku ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. "Even My Pen Has a Stand" dijual dengan harga RM25.00 senaskah dan ia boleh dibeli secara online melalui link ini: http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=1232 Zunar zunar49@gmail.com 03 22724049 LUBANG SAIFOOOL |
Posted: 23 Jun 2011 11:48 AM PDT MULA PAKAI BAJU KUNING PERHIMPUNAN HARAM CEMARKAN IMEJ BAIK MALAYSIA - meloya Tulang belakang demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai, hanya cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan makmur, dengan harapan satu lagi titik hitam dalam sejarah negara, kata beberapa penganalisis politik. Mereka mendakwa bahawa penganjur juga mempunyai agenda tersembunyi, untuk mengalihkan perhatian negara daripada kes liwat di mahkamah yang membabitkan seorang pemimpin politik pembangkang. Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan Agenda, Zul Azhar Cha yang juga seorang penulis blog berkata, beliau ada maklumat mengenai demonstrasi jalanan haram itu yang menjemput media antarabangsa untuk membuat liputan mengenai demonstrasi tersebut. "Kita terima maklumat bahawa media Australia menjemput dan pastinya mereka akan memberikan liputan negatif mengenai Malaysia. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… BAGAIMANA DENGAN KES PM TERLIBAT BUNUH MODEL MONGOLIA…. kah kah kah.. kah kah kah…TAK CEMAR IMEJ BAIK MALAYSIA KE?.... kah kah kah…. kah kah kah…BAGAIMANA KES KETUA MENTERI MELAKA ROGOL BUDAK SEKOLH… kah kah kah.. kah kah kah…BAGAIMAANA KES MENTERI ROGOL AMAH…. kah kah kah.. kah kah kah…KES KES INI TAK CEMAR IMEJ MALAYSIA KE?....kah kah kah… kah kah kah…APA PUNYA TUUUUUR….. kah kah kah |
Posted: 23 Jun 2011 11:37 AM PDT MENTERI MANA ROGOL AMAH BEKAS MENTERI DIDAKWA ROGOL PEKERJA DEWANBANDARAYA PARIS: Seorang bekas menteri dan datuk bandar bagi parti yang memerintah ketika ini dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa merogol seorang pekerja wanita yang bertugas di pejabatnya di dewan bandaraya, kata pendakwa raya. Bekas Menteri Rendah Perkhidmatan Awam, Georges Tron, dari parti UMP diketuai Presiden Nicolas Sarkozy, berdepan tuduhan rogol dan serangan seksual oleh "seorang yang berkuasa", kata Marie-Suzanne Le Queau selepas tampil di hadapan hakim di mahkamah Evry, luar Paris. Tron dibebaskan dengan ikat jamin. Jenayah itu boleh menyebabkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. – AFP KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… SILA TEKA SIAPA TAKUT BACA BERITA INI…. kah kah kah… woit… INI MENTERI KAPIR YANG MAKAN BABI…. kah kah kah.. kah kah kah… BILA ADA TUDUHAN… TERUS LETAK JAWATAN DAN BERHENTI…. kah kah kah.. kah kah kah… TAK MACAM MENTERI ROGOL AMAH…. kah kah kah.. kah kah kah…. ROGOL SENYAP SENYAP....kah kah kah… kah kah kah….LEPAS ROGOL BUKAN SAJA NAFIKAN…. kah kah kah.. kah kah kah...SAMAN SIAPA YANG MELAPORKAN BERITA MENTERI ROGOL AMAH..... kah kah kah.. kah kah kah…BERITA MEROGOL AMAH PUN TAK BOLEH DILAPOR…kah kah kah BERSEDIA UNTUK KE JALAN RAYA |
Posted: 22 Jun 2011 11:03 PM PDT SISTEM EKONOMI NEGARA KEBAJIKAN Tetiba Negara Kebajikan menjadi isu perbincangan. Ini adalah hasil dari keputusan Muktamar Pas tahun 2011 yang baru selesai dua minggu lalu. Hasil dari Muktamar ini umum telah diberiathu bahawa Pas akan membawa Negara Kebajikan sebagai akidah perjuangan. Bila sahaja Pas mengajukan Negara Kebajikan kepada umum dengan serta merta United Malays National Organisation bangun mengaku bahawa dasar ini telah mereka jalankan. Justeru mengikut United Malays National Organisation Pas hanya menjadi Pak Turut. Saya rasa memang ada warga kurang faham tentang apa sebenarnya Negara Kebajikan. Saya yakin – ramai yang kabur dan kurang faham dan mungkin menjadi sasau apabila United Malays National Organisation mengakui bahawa mereka telah menjalan dasar Negara Kebajikan. Jika dasar yang sedang dilakukan oleh United Malays National Organisation ini sebagai ajenda Negara Kebajikan ini bermakna warga Palestin di Gaza juga hidup dalam Negara Kebajikan. Hampeh. Pengakuan United Malay National Organisation ini betul-betul mengkelirukan ramai warga. Pengakuan ini United Malay National Organisation ini sama seperti George Bush mengakui yang dia menyerang Iraq untuk membawa demokrasi dan keamanan. Justeru, ciri pertama Negara Kebajikan ialah apa sahaja dasar yang sedang dilakukan oleh United Malays National Organisation ianya bukan Negara Kebajikan. Sesudah kita semua menyedari 'cakap tipu' United Malays National Organisation ini biar saya sambung penerangan tentang Negara Kebajikan. Sesebuah Daulah wujud berasaskan ekonomi. Dalam dunia wujudiah kita pada hari ini hanya ada dua bentuk sistem ekonomi. Ekonomi kapitalis dan ekonomi sosialis. Ini adalah dua sistem ekonomi induk. Yang lain lain hanyalah pecahan dari sistem ekonomi ini. Ekonomi kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Keuntunganlah yang mengemudikan arah dan dasar negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Manakala sistem ekonomi sosialis berpaksikan kepada kebajikan ramai. Justeru negara atau daulah yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis akan menjadikan kebajikan ramai sebagai pedoman. Tanah Melayu pada satu ketika dahulu adalah negara bersistemkan ekonomi feudal – sistem ekonomi ini muncul sebelum ekonomi kapitalis. Raja menjadi kepala yang mewakili seluruh kehidupan hidup. Raja berkuasa memungut cukai. Raja berhak memiliki tanah. Maka lahirlah budaya Melayu yang melambang sistem ekonomi feudal ini. Justeru kita melihat Orang Melayu tunduk kepada Raja walau pun Raja itu hampeh. Hingga ke hari ini saki baki budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi feudal itu masih wujud sebagai bukti. Di negara-negara tandus berpadang pasir seperti Saudi Arabia telah muncul satu budaya dan tamadun yang berpaksikan ekonomi padang pasir. Di Khutub Utara yang sejok bersalju telah melahirkan budaya dan tamadun negara bangsa warga Eskimo. Amat jelas bahawa sistem ekonomilah yang melahirkan tamadun negara bangsa. Saya tidak perlu bersuluh untuk memahami bahawa dari sistem ekonomilah munculnya budaya, moral, nilai, tatasusila dan tamadun. Semua budaya bangsa dalam dunia ini wujud hasil dari sistem ekonomi. Tamadun negara bangsa adalah cermin dari sistem ekonomi yang di sedia pakai. Mari saya bawa kembali untuk memahami dua sistem ekonomi – kapitalis dan sosialis. Untuk saya amat jelas dua bentuk sistem ekonomi ini memiliki perbezaan yang hakiki. Malah dua sistem ekonomi ini bertentangan antara satu sama lain. Keuntungan maksima tidak boleh wujud jika kebajikan ramai ingin diberi. Dalam masa yang sama kebajikan ramai tidak mungkin wujud jika keuntungan maksima ingin di capai. Ini adalah hakikat pertentangan dua sistem ekonomi ini. Memang betul kita sering cuba di kelentong dengan kata-kata ' sama sama menang' atau 'win win situation'. Dalam sistem ekonomi tidak wujud sama sama menang. Jika loji Lynas di Gebeng akan dibuka – hasilnya yang untung membuat kekayaan ialah syarikat Australia. Yang akan rugi warga Gebeng dan Kuantan. Mustahil syarikat Loji untung dan warga di Gebeng juga untung. Tidak pernah lagi dalam sejarah ekonomi sosialis atau kapitalis akan wujud situasi sama sama untung. Dalam bahasa orang kampong - tidak mungkin towkay untung dan kuli juga untung. Saya tahu ada juga yang berani berkata sedemikian. Untuk saya ini adalah kata-kata dari orang gila yang tidak faham asas ekonomi. Kita selalu mendengar/membaca kata-kata – win win situation - kata-kata ini datangnya dari mulut politikus United Malays National Organisation yang kerjanya hanya menipu orang ramai. Dalam sisem ekonomi kapitalis pelaburan dibuat untuk membawa untung. Justeru balak ditebang untuk menguntungkan towkay balak. Mustahil penebangan balak ini akan menguntungkan kera dan siamang dalam hutan, jauh sekali Orang Penan. Tanah sawit dibuka dikatakan untuk membawa peluang pekerjaan. Ini kata-kata dari seorang munafiq yang menyurukkan niat asalnya untuk mencari keuntungan dari tenaga buruh pekerja ladang sawit ini. Saya amat berharap yang para pembaca yang budiman telah faham bahawa politik itu ialah ekonomi. Perebuatn kuasa politik itu ialah perebutan kuasa ekonomi. Kerana itu kempen politik adalah kempen tentang dasar ekonomi. Jika para pembaca telah memahami sudut ini maka dengan senang sekali para pembaca akan memahami apa dia politik terkini didalam negara kita. Biar saya jelaskan disini bahawa para penyokong sistem ekonomi kapitalis tidak henti-henti merancang untuk merebut kuasa politik agar mereka dapat membolot semua punca ekonomi. Rasa saya ini fakta yang jelas dapat kita lihat dalam budaya politik United Malays National Organisation. Justeru kaum kapitalis ini akan menyokong United Malays National Organisation kerana parti ini menyebelahi kepentingan mereka. Bagitu juga pendukong yang mengajukan sistem ekonomi sosialis – mereka juga akan menyusun penyokong. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis yang menyokong ialah kaum pemodal dan pelabur. Dalam sistem ekonomi sosialis yang menyokong ialah kaum buruh, kaum tani dan warga miskin yang hidup tanpa harta kekayaan. Justeru, sekali lagi saya tunjukan wujudnya pertembungan antara dua sistem ekonomi. Lalu pertanyaan muncul dimana hendak kita letakan Negara Kebajikan yang telah diajukan oleh parti Pas? Biar saya terang dengan sejelas mungkin tentang Negara Kebajikan ini. Negara Kebajikan bukan satu sistem ekonomi. Jangan sesekali silap untuk mentakrifkan bahawa Negara Kebajikan ini adalah satu sistem ekonomi. Bukan. Negara Kebajikan ini muncul dari satu sistem ekonomi. Negara Kebajikan dilahirkan dari sistem ekonomi sosialis. Hanya sistem sosialis sahaja yang memiliki kudrat dan iradat untuk membawa kemunculan Negara Kebajikan. Lalu timbul persoalan bahawa Pas ini bukan parti sosialis. Pas mengakui diri sebagai parti Islam. Pas sebuah parti Islam adalah kenyatan yang betul dan tepat. Wajib kita sedari bahawa Islam itu adalah agama kepercayaan dan bukan sistem ekonomi. Dalam kitab suci Al-Quran yang di munculkan adalah ayat-ayat yang membawa naratif-naratif contoh yang menggambarkan Negara Kebajikan. Justeru terpulangkan kepada si penganut untuk menggunakan akal dan fikrah untuk melakar dan mencipta satu sistem ekonomi yang melahirkan Negara Kebajikan. Ditahap tamadun manusia hari ini Negara Kebajikan hanya dapat diwujudkan melalui struktur sistem ekonomi sosialis. Lalu timbul satu lagi persoalan – bukankah sosialis ini tidak beragama dan tidak bertuhan? Saya rasa masa dan ketikanya telah sampai untuk kita semua berani membebaskan diri dari diperangkap oleh propaganda 'perang dingin' yang mengatakan bahawa penyokong sistem ekonomi sosialis ini tidak bertuhan. Ini sebenarnya lahir dari kejayaan propaganda licik ketika pertempuran hebat antara dua ideloji sistem ekonom. Idealogi sistem kapitalis yang dikepali oleh Amerika dengan sistem sosialis yang dipimpin oleh Russia. Pertemporan ini berjalan hebat bermula sesudah Perang Dunia Kedua hingga runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Adalah betul dan tepat apabila kita mengatakan bahawa sistem ekonomi kapitalis atau sosialis tidak memiliki agama dan tidak memiliki tuhan. Sistem ekonomi ini samalah seperti injin kereta yang wujud. Tugas injin hanya untuk bergerak dari Kampong Ini ke Kampong Itu. Tidak mungkin injin kereta ini beragama dan bertuhan. Biar saya terangkan lagi sejelas mungkin tentang beza agama dengan sistem ekonomi. Ini agar kita semua akan memiliki padangan yang cerah dan terbuka. Biar saya tunjukkan bagaimana Syed Mukhatar seorang penganut agama Islam yang selalu bersedekah tetapi dia juga ialah seorang kapitalis yang besar. Harta kekayaan Syed Mukhtar datangnya dari tenaga kaum buruh. Seornag lagi kapitalis besar ialah Bill Gates. Bill Gates tuan empunya Microsoft adalah seorang atheis. Apa yang ingin saya paparkan ialah bukan agama dan kepercayaan yang penting tetapi akidah. Bill gates dan Syed Mokhtar memiliki akidah yang sama sebagai kaum kapitalis. Kaum kapitalis mencari untung. Akidah mereka ialah keuntuntungan maksima. (TT) (bahagian dua minggu hadapan) |
MALIKUL SEMBAB BUAT LAWAK BODOH Posted: 22 Jun 2011 10:08 PM PDT MALIKUL SEMBAB YANG SEMBAB HARGA BEKALAN MAKANAN DIPASTIKAN KEKAL RENDAH - meloya HULU SELANGOR 23 Jun - Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memastikan harga bekalan keperluan makanan kekal rendah dalam memastikan ia tidak membebankan rakyat. Dia berkata , kerajaan akan mencari jalan menyelesaikan masalah di peringkat pengeluaran makanan terutamanya di kalangan petani termasuk dalam isu orang tengah yang menjadi pembekal. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit….. MALIKUL SEMBAB BERFATWA LAGI….. kah kah kah… kah kah kah…TAK PAYAH BUAT LAWAK BODOH…. kah kah kah.. kah kah kah…SIMPAN LAA MUKA SEMBAB TU…. kah kah kah.. kah kah kah…RAKYAT MALAYSIA TENGOK…. TAK ADA SELERA NAK MAKAN…. kah kah kah.. SILA LIHAT HARGA BARANG GULA 2005 – RM 1.40 2006 – RM1.45 2007 – 2009 : Harga gula kekal Jan 2010 - RM 1.65 Julai 2010 - RM 1.90 Disember 2010 - RM2.10 Mei 2011 - RM2.30 RON 95 (diperkenalkan pada tahun 2009) 2010 – RM1.80 2011 – RM1.90 2011 - RM2.16 2012 - RM2.20 2013 - RM2.34 2014 - RM2.52 2015 - RM2.60 2011 – RM1.90 RON 97 2004 – RM1.34 2005 – RM 1.52 2006 – RM1.92 2008 – RM2.45 2009 – RM2.05 2010 – RM2.30 2011 – RM2.80 woit... NAK HAPUSKAN ORANG TENGAH.... kah kah kah.. woit...IPP TU APA?.... kah kah kah.. woit... SYED MOKHTAR MONOPOLI BERAS DAN GULA APA HAL SAPA BAGI LESEN?.... kah kah kah.. woit… HARGA GULA MINYAK SUDAH NAIK …. kah kah kah.. kah kah kah..TEPONG… BERAS… AYAM..IKAN KEMBONG… SEMUA SUDAH NAIK… kah kah kah.. woit… YANG TAK NAIK HANYA SATU…. kah kah kah… kah kah kah.. YANG TURUN HANYA SATU…. kah kah kah.. woit… APA DIA YANG TAK NAIK DAN TURUN…. kakah ka ka kah kah kah…. SOKONGAN RAKYAT TERHADAP GEROMBOLAN TERUS TURUN TAK NAIK NAIK…… kah kah kah kah kah kah...SOKONGAN TERUS TURUN... kah kah ka... TUGAS SUCI ANAK MUDA |
Posted: 22 Jun 2011 09:37 PM PDT TUKAR TIUB PEMECAH BERITA! cukong mca akan tipu rakyat malaysia dengan MALAYSIA SINI kah kah kah APA DIA MALAYSIA SINI? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... APA DIA MALAYSIA SINI?... kah kah kah kah kah kah...CUKONG TERKINI?.... kah kah kah... kah kah kah... APA PULAK MALAYSIA SINI?... kah kah kah kah kah kah...MALAYSIA NI NAK REMBAT TANAH KG BARU.... kah kah kah sila beri cadangan untung logo terbaik laman MALAYSIA SINI! MANA LOGO TERBAIK? SINI 9 JULAI KAH KAH KAH |
Posted: 22 Jun 2011 09:21 PM PDT HAYATI SEBELUM KE JALAN RAYA TUKAR TIUB DI TAMPOI JOHOR BAHRU SABTU INI Tarikh: 25th June 2011 - SABTU Masa : 8.30pm Tempat: Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas 39, Jalan Dahlia 9, Taman Dahlia, Tampoi. AKAN BERUCAP: Sdr. Suhaizat Kayat – Ketua Pemuda Pas Johor Sdr. Nazri Ismail - Ketua AMK Johor Sdr. Norman Fernandez – DAP dan Tukar Tiub KG PANDAN KUALA LUMPUR ISNIN AKAN DATANGNoO 25 Jalan Pandan 5/11 Pandan Indah 55100 KUALA LUMPUR. MUAR 1 JULAI INI - DI PARIT PECAH Bertemu dengan : Mat Sabu – Timbalan Presiden Pas Dr Boo Cheng Hau – Pengerusi DAP Johor Sdr Izwan S/U Politik Yb Zuraidah PKR MALAM JUMAAT I JULAI INI TEMPAT: Markas Pas Parit Pecah MASA : 8.30 malam Untuk maklumat lanjut sila pukul talipon : 019 -363-55-46 - Sdr. Mustafha Abdul Rahman Ketua Penerangan Pas Muar TURUN MERAYAKAN SAMA |
LAGI KESAH CUKONG PILIHARA MUNKEE Posted: 22 Jun 2011 09:08 PM PDT CUKONG CUKONG BARU SIAPA TAHU CUKONG INI NOTA: sebenarnya disebalik ketuanan melayu ini aialah ketuanan cukong cukonglah yang mememilihara munkee munkeee melayu munkee melayu perlu duit untuk politik cukong hulur munkee melayu perlu lendir amoi cukong hulur ini kesah lama cukong perlu ada melayu untuk mereka merompak kalau melayu tak ada tak mungkin cukong dapat merompak madey ada lim goh tong madey ada ananda madey ada lebai vimcent mat zzz ada patrick badawi mat zzz ada kali mat zzz ada tony bila munkee melayu tak ada kuasa cukong akan beralih tuan macam polong – cukong ini akan memcari munkee baru hari ini rosmah dan najib sedang dipilihara oleh cukong baru orang selalu jangan silap faham bukan munkee pilihara cukong tapi cukong pilihara munkee nota: braheng pun dipilahara oleh cukong tak caya tanya lebai vincent kah kah kah surat dari pembaca: SIAPA CUKONG INI? 1. There is one man pushing his way around the corridors of Putrajaya, telling everyone he has the approval of Datuk Seri Najib Tun Razak. 2. His name is Datuk Desmond Lim. 3. Most people on the street will say Desmond who? 4. This low-profile businessman has powerful backers, many of them in Umno. 5. In fact, many people say he has now edged out raja judi Vincent Tan, Low Taek Jho and Tan Kay Hock. 6. Lim and wife Cindy are the new powerbroker in Putrajaya. 7. Before now, he was only known as the biggest shareholder in Malton, the company that bailed out Patrick Lim and the fantastic Penang Global City Centre. 8. He was also the middleman in the scandal to buy locomotive engines from Communist China. 9. But this man is not contended after making so much money. He is now about to snap up several pieces of prime property. 10. Desmond, whose wife is close to the first family, is eyeing a prized piece of land near Pavilion and in Bangsar. 11. You may say so what? Anyone can buy land right? Dari arkib Malaysia Today:Desmond Lim - the new Chinaman kingpin of Putrajaya ARCHIVES 2010 -Haji salah Oleh Tanpa Nama pada ANAK MUDA JANGAN LEPAS KAN PELUANG INI - SEMUA PEG... pada 11/06/23 INI BUKAN CUKONG - INI BARUA GERAKAN ANTI CUKONG |
MULA KAN SABTU INI - PAKAI BAJU KUNING Posted: 22 Jun 2011 07:44 PM PDT MENGINGATI SEJARAH PERJUANGAN BERSIH UNTUK MINAH DAN AWANG BERSIH PAKAI BAJU KUNING SETIAP HARI SABTU – MULA SABTU INI KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning. Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. |
CARA GEROMBOLAN REMBAT TANAH KG BARU Posted: 22 Jun 2011 07:12 PM PDT TANAH YANG JADI IDAMAN CUKONG nota: inilah dia tanah yang jadi idaman cukong cukong akan menggunakan segala cara rasuah, tipu, parlimen, undang undang asalkan dapat tanah ini tanah tudm telah dibungkus oleh cukong melayu tak sedar lagi? asik sibuk dengan ketuanan melayu kah kah kah AKTA KG BARU: TANGGUH BACAAN KALI KEDUA HINGGA REFERENDUM SELESAI - minsider Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menuntut Putrajaya menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010, yang dijadualkan minggu depan, sehingga keputusan referendum melibatkan pemilik tanah kawasan eksklusif orang Melayu itu diketahui. Jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, keputusan referendum akan menunjukkan sokongan pemilik dan pewaris tanah terhadap rang undang-undang itu. "Malah saya juga difahamkan hasil referendum juga masih belum diterima sedangkan rang undang-undang ini akan dibentangkan pada minggu depan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH NOTA: referendum ini cakap porang puteh cakap melayunya ialah pungutan suara pungutan suara ini untuk tahu pandangan orang ramai tentang satu satu pekara pungutan suara ini paling adil pungutan suara ini paling telus apa yang gerombolan lakukan pungutan suara ini dijadikan helah untuk menipu orang kg baru apa yang gerombolan lakukan pungutan suara ini dijadikan sandiwara untuk menipu orang kg baru tak caya? baca ini: KENYATAAN PEMILIK & PEWARIS TANAH KG. BHARU MENOLAK PERBADANAN PEMBANGUNAN KG. BHARU Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) di Dewan Rakyatpada 17 Disember 2010. Pada mulanya telah dijadualkan untuk bacaan kali kedua pada sesi Parlimen pada bulan Mac 2011. Walau bagaimana pun setelah mendapat tentangan dan bantahan para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu cadangan bacaan kali kedua telah ditangguhkan ke sesi Parlimen pada Jun 2011 kali ini. Bantahan dan tentangan para pemilik dan pewaris tanah ini kerana mereka telah didedahkan dengan beberapa peruntukkan di dalam RUU PPKB 2010 tersebut yang jelas akan menganaktirikan, memanipulasi, menindas dan akhirnya akan merampas tanah milik mereka. Kementerian dalam beberapa sesi penerangan kepada para pemilik dan pewaris tanah memberi jaminan bahawa kepentingan pemilik tanah tetap terjamin tetapi jaminan tersebut tidak boleh diterima begitu sahaja. Kenapa? Kerana sebelum-sebelum ini para pemilik dan pewaris tanah sudah diperdaya, dimanipulasi dan ditipu oleh pihak Kementerian. Cadangan untuk menggubal suatu Akta bagi membangunkan Kg. Bharu bukan sesuatu yang baru. Ia telah bermula sejak tahun 2007 apabila suatu draf rang undang-undang mengenainya telah digubal. Bermula daripada deraf tersebut, beberapa siri perbincangan di antara kerajaan melalui KWPKB telah dilakukan antaranya melalui suatu makmal yang dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan di Melaka. Keputusan di dalam makmal tersebut antaranya mahukan KWPKB meminda beberapa perkara yang difikirkan tidak wajar dan hendaklah membentangkan naskah akhir rang undang-undang tersebut sebelum dibentangkan di Parlimen. Malangnya Kementerian bertindak sebaliknya iaitu tidak menghiraukan segala cadangan yang diputuskan di dalam makmal tersebut dan tidak juga membentangkan terlebih dahulu kepada para pemilik tanah. Kerajaan terus dengan bangganya membentangkan RUU PPKB 2010 di Dewan Rakyat. Apa maksud tindakan ini? Maksudnya para pemilik dan pewaris tanah telah diperdaya dan dimanipulasi. Memang benar Kerajaan meminta pandangan mereka tetapi pandangan mereka tak pernah diambil perhatian. Sekarang sekali lagi Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar hendak meneruskan bacaan kedua di Dewan ini untuk meminta semua ahli Parlimen bersetuju dengannya. Hari ini, bersama saya adalah wakil pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu ingin menegaskan di sini dan untuk kesekian kalinya bahawa para pemilik dan pewaris tanah menolak sebarang cadangan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu sekaligus menolak RUU PPKB 2010 ini. Kami Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa mesej ini daripada para pemilik dan pewaris tanah bahawa apa sahaja yang berkaitan tanah Kg. Bharu hendaklah mengambilkira kepentingan dan persetujuan pemilik dan pewaris tanah dan bukannya wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan tersendiri. Kg. Bharu yang wujud sejak 110 tahun lalu ditadbir secara sah oleh Lembaga Pentadbiran MAS (Malay Aggricultural Settlement). Lembaga MAS ini merupakan pentadbir yang sah melalui Malay Agricultural Settlement Rules 1950 [Selangor G.N. 50/51 & Selangor G.N. 66/51 dan Selangor G.N. 480/54 yang sehingga kini masih berkuatkuasa. Enakmen dan Lembaga MAS juga akan dihapuskan melalui RUU PPKB 2010 ini. Persoalannya, jika Kg. Bharu sudah mempunyai suatu institusi pentadbiran yang sah, kenapa perlu suatu Perbadanan baru diwujudkan melalui RUU PPKB 2010 ini? Kenapa tidak dibangunkan Kg. Bharu melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sudah mempunyai kuasanya yang sah. Kenapa tidak Kerajaan memperkukuhkan institusi ini dan memberikan segala bantuan dan sokongan kepada institusi ini yang telah lama mentadbir Kg. Bharu? Kami juga maklum bahawa Klausa untuk membubarkan Enakmen dan Lembaga MAS di dalam RUU PPKB 2010 ini telah dicadangkan untuk ditarik balik, tetapi jika Lembaga MAS masih wujud, kenapa perlunya Perbadanan? Kenapa perlu ada dua institusi untuk mentadbir Kg. Bharu? Apa status Lembaga Pentadbir MAS jika Perbadanan ini diwujudkan? Adakah hanya sekadar pemerhati sahaja sedangkan mereka adalah pentadbir yang sah. Terdapat banyak lagi isu dan persoalan berkaitan niat RUU PPKB 2010 ini yang perlu dibahaskan. RUU PPKB 2010 yang dibacakan kali pertama yang mendapat tentangan para pemilik dan pewaris tanah masih ada di hadapan kami. Kemudian kami dimaklumkan oleh para [pemilik dan pewaris tanah ini bahawa mereka telah dibentangkan beberapa pindaan kononnya penambahbaikan kepada RUU PPKB 2010. Tetapi cadangan pindaan tersebut juga sebenarnya terlalu kabur dan mempunyai muslihat-muslihat tertentu. Antara pindaan yang dicadangkan seperti berikut :- a) Keanggotaan Perbadanan a. Telah ditambah keanggotaan bagi jawatan Timbalan Pengerusi yang mana tiada dalam RUU asal; b. Dua (2) wakil tuan tanah Kg. Bharu telah digantikan dengan lima (5) wakil NGO; b) Majlis Penasihat a. Nasihat Majlis Penasihat hanya akan dikaji, diteliti dan diambilkira jika sesuai; c) Akta Pengambilan Tanah 1960 a. Peruntukkan berkaitan penggunaan Akta ini ditarikbalik tetapi tidak bermakna Akta ini tidak boleh digunapakai dalam proses pembangunan Kg. Bharu. d) Pemansuhan dan Pembubaran Lembaga Pentadbiran MAS a. Peruntukkan ini telah ditarikbalik tetapi lebih banyak menimbulkan persoalan seperti yang disebutkan sebelum ini. Justeru hari ini, saya bersama wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu menyeru dan mendesak KWPKB supaya menarikbalik RUU PPKB 2010 dan dengarlah hasrat dan suara pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu kerana ini adalah tanah dan hak mereka. Dikeluarkan oleh: Zulhazmi Penasihat Undang-Undang Sekretariat Perbadanan Kg Baru TURUN DAN SAMA RAYAKAN |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan