Isnin, 20 Jun 2011

SIASAH

SIASAH


Siapa punya kuasa batal demo Bersih?

Posted: 20 Jun 2011 07:20 AM PDT

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan mengejutkan baru-baru ini, mengatakan perhimpunan besar-besaran Bersih kedua boleh dibatalkan atas permintaan beliau sekiranya perdana menteri menjamin pilihan raya bersih.

Dua isu dalam kenyataan Anwar menimbulkan persoalan besar; iaitu kedudukannya sehingga boleh meminta Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan dan janji daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Isu pertama memberi maksud beliau berkuasa penuh ke atas Bersih sehingga boleh mengarahkan perhimpunan dibatalkan, sedangkan badan itu diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ini juga menimbulkan persoalan sama ada Ambiga hanya boneka yang menerima arahan daripada orang berkuasa di belakang tabir, yang kelihatan pada masa ini seperti Anwar.

Anwar dalam Bersih 2007 muncul pada saat akhir, menyerahkan memorandum kepada Istana dan diwawancara media berita luar negara, sehingga didakwa sesetengah pihak sebagai merampas perhimpuan rakyat itu untuk membina imejnya sendiri.

Soalan lain yang timbul ialah apa jaminan yang boleh diberikan oleh Najib, dan kepada siapa? Apakah sandaran jaminan itu, dan bagaimanakah Najib diharapkan untuk menunaikan janji pilihan raya Bersih? Adakah dengan memberi arahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya?

Tuntutan-tuntutan Bersih sejak 2007 bukan ditujukan kepada perdana menteri tetapi kepada seluruh sistem yang juga melibatkan Parlimen. Ini menjadikan tuntutan janji pilihan raya bersih hanya daripada Najib sesuatu yang pelik dan tidak berdasarkan asas yang betul.

Kenyataan Anwar itu juga memberi gambaran peranan parti-parti politik dalam Bersih, walaupun selama ini cuba digambarkan sebagai badan bukan kerajaan dan disokong oleh parti-parti politik.

Parti-parti politik merupakan pihak yang paling mendapat manfaat daripada perhimpunan bersar-besaran Bersih yang lalu, pada 2007.

Bersih kali ini walau bagaimanapun meletakkan Mohamad Sabu dari PAS sebagai wajah utamanya untuk mengumpul massa.

PAS walau bagaimanapun mempunyai kerusi paling sedikit di Parlimen dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Ambiga juga telah membuat kenyataan bahawa Anwar tidak berkuasa ke atas Bersih 2.0, dan perhimpunan yang dijadual pada 9 Julai nanti akan diteruskan, walaupun pemerintah memberi jaminan pilihan raya bersih.

Terbaharu, SPR juga mengajak Bersih 2.0 bertemu dan menggesa pertubuhan itu membatalkan perhimpunan yang dirancang.

Tiada ulasan: