Biaqpila |
- Amaran kepada Perkasa
- PEDULIKAN KIMMA, BERSIH BUKAN PERSATUAN MAMAK
- LEMBU NAIK PERDANA V6
- PERKOSA DAH MERABAN TAHAP GABAN
Posted: 20 Jun 2011 05:00 AM PDT Pemuda Pas sedia jadi perisai semua kaum KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk paduka Ibrahim Ali dan anggotanya supaya menghentikan tindakan samseng dengan mengugut rakyat Malaysia yang menyertai Himpunan Bersih 9 Julai ini. Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, sekiranya tindakan itu diteruskan, sayap pemuda parti Melayu-Islam itu sedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum. "Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0, sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian mengulas risalah perkauman Perkasa yang bernada ancaman terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyebut 'Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang merbahaya". Menurut Riduan, Pemuda Pas juga kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tiong Hua supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan. Malah Ibrahim juga menyatakan Perkasa akan melakukan apa sahaja bagi menghentikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini. "Mereka mahu lakukan apa? pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang cina? bakar rumah ibadat? atau pijak kepala babi dan lembu di dataran Merdeka? "Siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu. Negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman," tegas beliau. Mengulas lanjut, Riduan berkata tindakan Perkasa itu cuba mengulangi semula tragedi berdarah 13 Mei dan operasi Lalang, namun polis masih berdiam diri tanpa membuat sebarang tangkapan. "Ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak Polis," ujarnya. Justeru, Pemuda Pas memberikan jaminan kepada orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat. "Semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi. Peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung," katanya sambil menyeru rakyat dan seluruh anak muda supaya tidak takut dengan ancaman pelampau tersebut "Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini," tegasnya.-KD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
PEDULIKAN KIMMA, BERSIH BUKAN PERSATUAN MAMAK Posted: 20 Jun 2011 12:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PRESIDEN KIMMA, Datuk Syed Ibrahim yang baru dilantik menjadi Senator semalam menggesa agar Sultan Perak menarik balik gelaran Datuk yang dimiliki oleh Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Datuk S. Ambiga. Sifat dengki dan busuk hati Presiden Kongress India Muslim Malaysia ini menunjukkan betapa bacul dan dayusnya beliau yang takut menghadapi kebenaran. Setelah dilantik menjadi Senator beliau semakin kuat `mengipas' kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini beliau melakukan fitnah besar terhadap Pembangkang apabila mendakwa beliau diupah jutaan ringgit untuk menyokong Pembangkang. Sekali lagi kita mahu memberitahu beliau bahawa kita tidak perlukan `mamak pengipas' untuk berjuang bersama rakyat. Standard beliau hanya sebagai penebar roti canai sahaja dan tidak lebih dari itu. Saya sokong 110 peratus kita memboikot semua restoren yang berdaftar di bawah KIMMA ini kerana sikap busuk hati dan dengki Presiden mereka. Datuk Syed Ibrahim sangka hanya beliau seorang sahaja yang layak mendapat gelaran Datuk, sedangkan orang lain tidak layak. Apa jasa beliau kepada rakyat? Kita cabar beliau memasuki pilihanraya umum akan datang dan bertanding di P.Pinang di mana terdapat ramai pengundi dari kaum seperti beliau. Di situ kita akan lihat sejauh mana hebatnya Syed Ibrahim ini. Hanya kerana BERSIH ingin mengadakan perhimpunan aman menuntut pemulihan sistem pilihanraya di negara ini, maka KIMMA mendesak agar gelaran Datuk kepada Pengerusi BERSIH ini ditarik balik. Tiada cara lainkah untuk KIMMA mengampu kerajaan? Mengapa KIMMA tidak mahu mencadangkan agar diadakan forum atau debat terbuka dengan BERSIH untuk menunjukkan beliau benar-benar hebat? Mengapa mahu gunakan pengaruhnya untuk menjatuhkan atau menganiayai orang lain? Sekali lagi, mari kita perhebatkan kempen boikot restoren KIMMA sehingga Presidennya sedar diri. Syed Ibrahim jangan ingat BERSIH ini adalah dari kumpulan India Muslim yang boleh beliau perbodohkan dengan jawatannya itu. Peduli apa dengan KIMMA kerana puak ini pun mencari makan di negara kita./wfauzdin.blogspot.com SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Posted: 19 Jun 2011 09:00 PM PDT CURI... lembu yang disumpit dengan ubat bius disumbat ke dalam kereta sebelum dilarikan. Sumbat lembu dalam V6 ALOR GAJAH: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47. Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri. Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat. "Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda. "Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap," katanya. Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap. "Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis," katanya. SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
PERKOSA DAH MERABAN TAHAP GABAN Posted: 19 Jun 2011 06:00 PM PDT Perkasa bakar gambar Ambiga, minta kaum Cina jauhi Bersih 2.0 KUALA LUMPUR, 19 Jun — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini kerana "apa sahaja boleh berlaku." Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini. "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. "Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini. Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007. PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Dalam ucapan di hadapan penyokongnya termasuk kalangan Cina dan India, Ibrahim berkata Himpunan Bersih 2.0 diadakan kerana gerakan itu mempunyai agenda untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dengan mengambil inspirasi daripada apa yang berlaku di Timur Tengah. "Kita tahu tujuan mereka turun ke jalanan, kumpulan ini mahu menimbulkan huru-hara dalam negara, kalau dulu peristiwa 13 Mei (1969) negara diisytiharkan darurat dan Tun Abdul Razak (Hussein) dilantik sebagai ketua negara sementara dan jika ia berlaku nanti adakah perkara sama akan berlaku? "Sebab itu kita tidak boleh berdiam diri, kita tahu orang Cina mengutamakan perniagaan... kita tidak mahu himpunan 9 Julai yang mereka buat ini menunjukkan mereka dapat restu daripada rakyat, kita bertegas dalam perkara ini dan kita bukan mahu melakukan provokasi," katanya. Malah dalam ucapan pelancaran, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Ambiga sebagai ejen Yahudi. "Kita tentang Ambiga bukan sebab dia India tapi sebab dia jahat, Melayu jahat pun ada... Melayu yang jahat juga kita marah. "Siapa Ambiga? Saya percaya dia adalah ejen Yahudi... siapa dia puan guru Ambiga ini," katanya. Selain mengecam penganjuran himpunan Bersih 2.0, turut diedarkan risalah yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ambiga dengan perkataan "Awas!!! Ambiga, wanita Hindu yang merbahaya. "Kita sedang berhadapan dengan seorang wanita Hindu bernama Datuk Ambiga Sreevanesan (cehh... anti Islam ini pun boleh dapat Datuk) yang sangat anti kepada Melayu dan Islam yang akan mengetuai perhimpunan Bersih yang kotor sebenarnya. Penyokong Perkasa mengambil bahagian dalam majlis pelancaran Gerakan Aman 9 Julai di Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Jack Ooi "Wanita Hindu ini adalah pembela kepada kes Lina Joy yang ingin murtad. Beliau selalu membabitkan diri dalam isu-isu murtad kalangan orang Islam, malah beliau semasa menjadi presiden Majlis Peguam sangat agresif menyerang kerajaan BN (Barisan Nasional) kerana diterajui oleh orang Melayu," kata risalah itu. Kata Ibrahim, pihaknya akan menggerakkan 20 bas dari setiap negeri pada 9 Julai ini untuk membantah Himpunan Bersih 2.0. "Percayalah hanya segelintir orang Cina dan India akan sertai Himpunan Bersih 2.0 itu nanti, yang ramai ialah orang-orang Melayu... agenda himpunan ini bukan hendak menuntut satu pilihan raya yang bersih tapi agenda utama untuk menghuru-harakan negara seperti mana yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa negara lain. "Mereka kata pilihan raya tidak adil tapi pada 2008 mereka tawan empat negeri, menang 82 kerusi Parlimen, kalau mereka kata ini tidak adil saya cabar mereka letak jawatan masing-masing dan kita adakan semula pilihan raya," katanya. Selain Perkasa dan Bersih, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari tersebut. Tegas Ibrahim, himpunan anti-Bersih tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno sambil berkata "tidak mahu digelar sebagai himpunan parti politik." "Kita tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno, kita ini adalah NGO bukan parti politik dan kita mahu bergerak atas tiket NGO. "Ini keputusan kita, kita hanya bergerak atas NGO bukan parti politik," katanya sambil menambah tindakan Bersih turun ke jalanan bukan kebebasan bersuara yang sebenar. Turut hadir dalam pelancaran itu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkefli Noordin dan bekas timbalan menteri penerangan Datuk Khalid Yunus. Ditanya soal permit, Ibrahim menegaskan jika Himpunan Bersih 2.0 diadakan tanpa permit, maka pihaknya juga akan berhimpun tanpa permit. "Jika Bersih tidak memohon permit kita juga akan lakukan perkara sama, kalau Bersih mempunyai permit kita juga akan mohon permit," katanya. SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan