SharpShooter |
Posted: 20 Jun 2011 12:53 AM PDT Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi. Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini. Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009. Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung. "Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009. "Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah," katanya. Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya bahawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau. "Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi. "Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau," kata Muhammad Nur. Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu. Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an. Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini. "Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). "Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu," kata Muhammad Nur |
Surat Guan Eng kepada Menteri Kesihatan mohon batal kontrak.. Posted: 20 Jun 2011 12:04 AM PDT 20 Jun 2011 YB Dato Sri Liow Tiong Lai Yang Berhormat Dato' Sri, MEMBATALKAN KONTRAK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN OLEH FABER MEDI-SERVE SDN BHD UNTUK SEMUA HOSPITAL DI PULAU PINANG DEMI MENJAMIN KESELAMATAN AWAM Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato' Sri kepada perkara di atas. 2. Kerajaan Negeri ingin meluahkan rasa kesal terhadap Faber Medi-Serve Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberi perkhidmatan penyelenggaraan kepada 72 buah hospital kerajaan di seluruh Negara. 3. Kegagalan dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat tersebut dalam tempoh masa setahun ini di Hospital Besar Pulau Pinang adalah seperti berikut : i) bumbung runtuh di wad bersalin yang telah mencederakan orang awam ii) pembiakan nyamuk aedes di persekitaran hospital iii) alat pemadam api yang gagal berfungsi iv) "manhole" yang tidak bertutup dalam lorong koridor awam yang telah mencederakan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang selepas beliau terjatuh ke dalamnya Kejadian sedih yang mencederakan orang awam memang memalukan dan mengancam keselamatan awam. 4. Berdasarkan kepada kecuaian dan kegagalan syarikat tersebut, Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Pusat untuk menamatkan kontrak perkhidmatan yang telah diberikan kepada syarikat tersebut di Pulau Pinang dan melantik menerusi sistem tender terbuka seorang kontraktor yang lebih berwibawa dalam tugasan tersebut demi menjamin kesejahteraan rakyatnya. 5. Kerajaan Negeri amat prihatin akan keselamatan warga Pulau Pinang yang mengunjungi Hospital Besar Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya Ketua Polis Negeri Pulau Pinang pun boleh tercedera atas kecuaian pihak kontraktor yang tidak menutup "manhole" dalam lorong koridor orang awam, kualiti perkhidmatan syarikat tersebut memang buruk sekali sehingga mengancam keselamatan awam. 6. Janganlah pihak Kementerian bertindak hanya apabila berlaku kematian. Oleh yang demikian, diharap pihak Yang Berhormat Dato' Sri dapat mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri agar kontrak yang diberikan kepada syarikat tersebut dapat dibatalkan segera. 7. Pertimbangan Yang Berhormat Dato' Sri amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.
|
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan