shalehudin |
- Tindakan paling bangang DAP Sarawak
- Kuasawan yang tak ketahuan... kahkahkah...
- Keris telanjang... kahkahkah...
- Keramat atau kiamat
- Takkan dah panik kot... haha...
- Banyak songeh la lu, penipu... kahkahkah...
- Pasai apa Mahfuz dan Taib digugurkan?
| Tindakan paling bangang DAP Sarawak Posted: 22 Jun 2011 07:00 AM PDT ![]() Walaupun di Sarawak, kita kat Semenanjung pun kesal pasai depa tu semua sepakat dalam menjunjung budaya satu sama lain. Kerana sekoq dua kerbau yang bengap ni sikit sebanyak akan memalitkan tanggapan yang salah rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini. Apa sekalipun alasannya, kerosakan kepala orang ramai dah berlaku. DAP hanya berkokok kuat tapi ahli sendiri buat lain dari apa yang ketua depa cakap. Alasan kata pakaian rasmi lengkap dengan songkok lebih mahal adalah dangkal, rakyat tak nampak yang tu sebab rakyat dah tahu kepala hangpa memang bengong bila mengaitkan songkok dengan Islam. |
| Kuasawan yang tak ketahuan... kahkahkah... Posted: 22 Jun 2011 05:00 AM PDT Teks Ucapan Penuh Pada Malam Pelancaran Bersih—19 Jun, 2011. by samadsaid "Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan. Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela? Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni. Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan "siasah" yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat. Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani. Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul. Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita. Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum. Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan. Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani. Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: "It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people's minds." Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!" |
| Keris telanjang... kahkahkah... Posted: 22 Jun 2011 02:00 AM PDT Menanti Detik UMNO Bertanding Atas Simbol Keris Telanjang. Oleh: BayangDiAir " Apa pemimpin UMNO dan PERKASA tak kata kepada orang Cina dan India. Bukan sekadar memperli dan menghina malah mengugut dengan pelbagai cara. Ingatkah lagi isu heret dan sepak kepala lembu? Apakah orang India dan penganut Hindu tidak terhina? Apakah hilang rasa marah kaum India di bandar dan di estet hanya kerana disogokkan dengan sedikit kemudahan dan bantuan ketika pilihanraya? Apakah kaum Cina tidak rasa tersentuh apabila dianggap sebagai bangsa asing? Apakah gelaran pelacur untuk perempuan Cina tidak mampu menggugat kesetiaan MCA terhadap UMNO?![]() Terbaru, amaran Ibrahim Ali agar orang Cina jangan keluar berdemo bersama BERSIH pada 9 Julai dan sedia menyimpan makanan tambahan di rumah. Manakala gambar pemimpin India, Datuk Ambiga Sreenevasan dibakar. Mengapakah PERKASA mengedarkan risalah yang mentohmahkan Ambiga sebagai wanita Hindu yang merbahaya? Tidakkah semua ini mengguris perasaan orang-orang India dan Cina? Apakah MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti kaum Cina di Sabah dan Sarawak tak mampu bergerak dari pelukan palsu UMNO? Payahnya mereka merungkai ikatan daripada UMNO seolah sama payahnya orang Melayu Felda menolak kepalsuan pemimpin UMNO. Mengapa Cina MCA, India MIC dan bukan Melayu dalam Gerakan masih terhegeh-hegeh dengan UMNO? Tiada maruahkah mereka? Atau ada sesuatu yang kita tak pasti mengikat kaki dan tangan mereka. Kalau pemimpin segagah Chua Soi Lek pun tak berani buat lebih selain sekadar sindiran kepada UMNO dan PERKASA, apa lagi pemimpin dan pengikut biasa. Tak ada seorang pun yang berani membawa parti masing-masing keluar dari BN. Sebab lemah inilah agaknya pemimpin UMNO dan PERKASA terus berani memperli, menghina dan mengugut kaum-kaum tersebut. MCA, MIC , Gerakan dan parti-parti dominasi bukan Melayu di Sabah dan Sarawak bukan tidak dapat memahami hubungan UMNO dengan PERKASA. Kata orang, "sekilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya." Gerak tindak perjuangan PERKASA amat berbahaya untuk perpaduan kaum. Semuanya bernada cauvanis dengan permusuhan yang tajam. Siapa yang ada dalam PERKASA? Siapa Mahathir? Siapa Ibrahim Ali? Sila tilik pemimpin-pemimpin mereka? Bukankah mereka pemegang kad keahlian, Pemuda dan Puteri Mengapakah kerajaan yang bertulangbelakangkan UMNO tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin PERKASA yang mengeluarkan kenyataan berbahaya kepada keselamatan negara? Apakah pihak keselamatan ingin mengaplikasi kaedah Operasi Lalang yang seumpama wayang itu? Berpura-pura tangkap 3 orang pemimpin UMNO untuk nanti ditangkap 30 orang pemimpin Pakatan Rakyat. Bermain wayang dengan 2 minggu pemimpin PERKASA dalam ISA untuk nanti membayangi 2 tahun pemimpin Pakatan Rakyat dalam tahanan Ikut Suka Aku itu? Entahlah. Penulis pernah malu terhadap kedangkalan orang Melayu berpolitik. Apakah kaum Cina dan India tidak rasa malu terhadap sikap lembu kenyang pemimpin mereka? Dalam masa penulis mencari-cari rahsia parti-parti bukan Melayu terus memeluk pinggang UMNO, eloklah rasanya kaum bukan Melayu berkira-kira untuk melihat sejauh mana kuat dan hebatnya UMNO menghadapi pilihanraya tanpa sokongan mereka secara total. Dan yang kita semua nantikan ialah saat untuk melihat kehandalan dan kehebatan UMNO berjuang sendiri atas simbol keris telanjangnya. Atau mungkin jua UMNO terus bertanding atas simbol dacing yang berkomponenkan parti SPR, parti PDRM dan parti Undi Pos. Layari http://dakwahkemaman.blogspot.com |
| Posted: 21 Jun 2011 09:00 PM PDT Malaih la aku nak ulang benda alah ni... tapi disebabkan nak memahamkan puak puak Umno yang tak reti perlembagaan ni, aku terpaksa ulang jugak la... Hak untuk berhimpun ni Ummo oiii, adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan. Perhimpunan yang dianjurkan dan dikawal selia dengan aman itu adalah hak yang juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. Jadi BERSIH 2.0 ni PERKASA oiii yang berdarah Umno tu, hampa jugak mempunyai hak yang sama rata untuk berhimpun dengan aman. Sebab tu la bagi aku, tarikh 9 Julai ini mungkin akan menjadi tarikh keramat bagi sejarah pilihanraya Malaysia dan jugak mungkin akan jadi hari kiamat bagi Umno dan Perkasa. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah perlembagaan ataupun hari bagi rakyat Malaysia menyaksikan hari bermulanya kebangkitan rakyat membenci pemerintah yang mengkudakan SPR. BERSIH 2.0 dah lama menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 Julai ini. Tak ketinggalan Umno juga menunjukkan angau mereka melalui si KJ jugak mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk 'memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan akan ikut sama ialah Perkasa yakni PERKAKAS Umno yang galak di katakan nak bawak gelombang 'anti BERSIH'. Majoriti rakyat memang menyokong BERSIH 2.0 ni pasai BERSIH sendiri dah berjanji akan lakukan perhimpunan secara aman. Masaalahnya pasai apa ada pihak yang angau sangat mesti pilih masa yang sama iaitu 9 Julai untuk berhimpun kononnya bagi memperkukuhkan sistem demokrasi ataupun galak sangat nak anti pada BERSIH jugak pada hari, waktu dan tempat yang sama? Sapa depa ni kalau tak berniat nak buat kacau bilau? Pasai apa ada pihak yang sengaja nak timbulkan kekecohan? Adakah sengaja nak cari sebab untuk tngkap rakyat yang sertai BERSIH 2.0? Adakah pengacau pengacau ni begitu berani kerana yakin tindakan mereka telah pun dirancang oleh pihak yang punya kuasa? |
| Takkan dah panik kot... haha... Posted: 21 Jun 2011 08:00 PM PDT Himpunan Bersih: Pemimpin BN lekas panik Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan. Sebenarnya, sesuatu perhimpunan aman yang dianjurkan bertujuan untuk mendesak dilakukan perubahan dalam sistem pilihan raya dalam sebuah demokrasi tidak harus menjadi satu isu atau dihebohkan tetapi berbeza pula apa yang berlaku di Malaysia. Di negara ini, agak menghairankan kerana berita mengenai cadangan untuk menganjurkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencetuskan rasa panik di hati sanubari para pemimpin parti yang memerintah. Sejak Bersih bercadang diadakan perhimpunan aman itu pada 9 Julai bagi mendesak supaya dilakukan reformasi dalam sistem pilihan raya agar lebih bebas dan adil, sehari pun tidak sunyi dengan kenyataan-kenyataan daripada para pemimpin yang meluahkan rasa bimbang mereka. Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan amaran bahawa negara akan ditimpa ketidakstabilan ekonomi dan politik. Sayap pelampau rasis Umno pula, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), juga ingin menganjurkan perhimpunan pada hari yang sama yang bertujuan untuk menghalang Himpunan Bersih. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengugut untuk menahan para peserta dan pada masa yang sama beratus-ratus laporan dibuat kepada polis oleh Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokongnya bagi menentang Himpunan Bersih itu. Terbaru, ketika beliau berucap pada mesyuarat agung Umno di Beaufort, Sabah pada 18 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti pembangkang yang mendalangi Himpunan Bersih itu mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Terdahulu, Bersih menjemput semua parti politik termasuk BN dan Pakatan Rakyat dan NGO serta para aktivis untuk menyertai gerakan rakyat ini yang bertujuan untuk memulihkan intergriti sistem pilihan raya di Malaysia, yang telah sekian lama korup dan memihak kepada parti yang memerintah. Ketika mana Pakatan Rakyat menyahut cabaran ini, BN sebaliknya menolak. Rasional BN pelik Muhyiddin menyangkal usaha Bersih ini dengan mendakwa kemenangan pembangkang yang signifikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sebagai bukti sistem pilihan raya itu dijalankan dengan adil. Beliau bertanya, "jika pilihan raya lalu tidak adil dan saksama, macam mana mereka (pembangkang) boleh mencapai kemenangan? "Jika mereka menang mereka diam dan jika mereka kalah, mereka mendakwa berlaku ketidakadilan. Saya fikir motif mereka ialah untuk mencari jalan pintas ke Putrajaya," katanya. Mengambil contoh kemenangan pembangkang sebagai bukti sistem pilihan raya adalah adil sudah menjadi jawapan yang standard untuk menepis segala salah guna kuasa BN yang semakin meruncing. Tetapi hujah sedemikian tidak logik dan kelakar kerana sama ada sesuatu pilihan raya itu adil harus ditentukan oleh cara bagaimana pilihan raya itu dikendalikan. Faktor-faktor seperti kehadiran atau ketidakhadiran suruhanjaya pilihan raya yang berkecuali dan sama ada wujud atau tidak wujud 'padang permainan yang sama rata.' Ia tidak boleh diukur dengan cara, sama ada seseorang calon itu menang atau kalah. Pilihan raya di Malaysia dimanipulasi dengan tidak adil sehingga membuat kita tidak teragak-agak untuk membuat kesimpulan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyapu bersih bagi meraih kemenangan pada PRU 2008 jika sekiranya pilihan raya dijalankan dengan adil dan saksama, memandangkan pecahan undi popular adalah seimbang iaitu pada nisbah 50-50. Sistem pilihan raya yang tempang Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak sebagai komponen dan agen BN? Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila keseluruhan media massa di negara ini dikawal (kecuali Internet) dan berkhidmat sebagai alat propaganda BN? Sejak PRU 2008, pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung mendapati BN berleluasa melakukan amalan rasuah, yang dicetuskan sendiri tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam dua PRK, Hulu Selangor dan Sibu. Lebih mengejutkan ketika mana klip video tentang tawaran rasuah dipertonton di seluruh dunia melalui You Tube, hakim Azhar Mohamed menolak petisyen untuk membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor atas alasan "tidak cukup bukti." Walaupun mahkamah melarang sebarang bentuk rasuah yang dibuat secara terbuka oleh para pemimpin parti pemerintah, pintu rasuah tetap dibuka dengan luas, dan salah guna kuasa berleluasa untuk memberi kelebihan kepada BN. Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, di mana BN menyapu bersih bagi meraih kemenangan menerusi dua strategi, ugut dan rasuah. Usaha Bersih harus dipuji Berdasarkan keadaan ini, usaha Bersih harus dipuji dan masa untuk menganjurkan perhimpunan ini adalah bertepatan sekali di mana sebuah petisyen akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong bagi menyelamat sistem pilihan raya kita daripada dicemuh oleh masyarakat dunia. Di antara tuntutan Bersih ialah, melarang sebarang bentuk beli undi,memulihkan kebebasan dan sikap berkecuali badan-badan penguatkuasa pilihan raya, akses kepada media, menyemak semula sistem undi pos dan membersihkan senarai daftar pemilih yang penuh dengan penipuan dan pengundi hantu. Melihat dari cadangan-cadangan ini yang dituntut ini maka langkah Bersih ini tidaklah menjadi ancaman kepada kepentingan negara. Tetapi ia merupakan suatu usaha untuk menyelamatkan demokrasi dan memulihkan keadilan dan kesaksamaan di mana kita dapati selama ini institusi-institusi kerajaan diperalatkan bagi mengekalkan pemerintahan autokratik mereka. Berhubung keengganan pihak polis untuk mengeluarkan permit untuk perhimpunan itu, kita ingin menasihatkan pihak polis bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan aman itu. Kebebasan untuk berhimpun adalah hak perlembagaan yang dijamin kepada setiap warga negara dan peranan polis ialah untuk memastikan keamanan sepanjang perhimpunan itu dijalankan. Sebarang percubaan daripada pihak polis atau mana-mana pihak untuk menghalang perhimpunan aman ini, yang mempunyai niat yang baik, dianggap sebagai percubaan untuk mencabul perlembagaan dan tidak dapat diterima oleh rakyat. Kita harus sedar bahawa rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam usaha untuk mendapatkan hak tentang pilihan raya yang bebas dan adil serta hak kebebasan untuk berhimpun. -FMT |
| Banyak songeh la lu, penipu... kahkahkah... Posted: 21 Jun 2011 07:00 PM PDT Awat yang SPR ni banyak sangat songehnya, inilah yang perlu Umno jawab... bukannya hantar si Berahim Ali buat kacau ngan si KJ tunjuk angau... Jadi la anak jantan sama dengan bangun berdepan dengan BERSIH bersama sama menuntut SPR yang lebih telus dan saksama... BERSIH 2.0 adalah kelangsungan suara rakyat yang dahagakan keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pilihanraya negara. Setakat ini apa yang rakyat perhatikan, SPR telah dimanipulasi semahunya oleh pemerintah KERAjaan Umno / BN demi survival kuasa politik mereka. BERSIH adalah sebuah badan NGO yang menuntut kesaksamaan ini bagi pihak rakyat terbanyak. BERSIH bukan badan samseng yang boleh main ugut ugut. Tuntutan BERSIH bukan benda baru, ia telah lama di usahakan tapi sengaja SPR buat bodo. Kenapa tetiba SPR meminta BERSIH yang bercadang mengadakan perhimpunan pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam. Kenapa SPR juga bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu dengan syarat perhimpunan itu tidak diadakan. Siapakah yang gentar dengan kejayaan BERSIH nanti selain dari Umno / BN? Siapakah yang beria ia mengarah SPR untuk memujuk BERSIH dari meneruskan niat mereka? Jawapannya mudah, memang SPR susah hati kerana selama ini SPR sememangnya kambing hitam Umno / BN. Tak cukup dengan itu maka keluarlah cerita SPR bercadang menggunakan sistembiometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang. SPR ingin memujuk dan berbohong lagi. Dahulu bukan main mereka menghabiskan duit rakyat membeli dakwat yang akhirnya dilempar begitu sahaja. Jadi tak perlulah BERSIH mempercayai helah ini lagi. Penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan merupakan satu lagi projek untuk membodohkan rakyat. BERSIH mintak yang harga murah, tapi depa nak kelentong rakyat kononnya sistem canggih yang lebih mahal. BERSIH mintak gunakan dakwat, yang dikelentong SPR adalah sistem biometrik.... Kalau ikut sejarah lampau SPR, bangang lah sesiapa jugak yang percaya janji tali barut Umno / BN nih... |
| Pasai apa Mahfuz dan Taib digugurkan? Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT Inilah Jawapan Kenapa YAB DS Ustaz Azizan Menggugurkan Dato' Mahfuz Dan Datuk Taib Azamuddin Oleh Sedaka sejahtera ![]() ALOR SETAR - Pengguguran Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Taib Azamudden Md Taib sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III dalam senarai kepimpinan baru Pas Kedah dibuat atas permintaan kedua-dua pemimpin itu sendiri. Mahfuz berkata, hasrat itu dimaklumkannya sendiri kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu pertemuan selepas Menteri Besar Kedah itu diumumkan mengekalkan jawatan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, 12 Jun lalu. Menurutnya, tanggungjawab sebagai naib presiden parti yang memerlukan tumpuan lebih di peringkat pusat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 menyebabkan beliau tidak mahu memegang jawatan berkenaan. Pada masa yang sama, katanya, beliau juga mahu memberi laluan kepada pemimpin pelapis memegang jawatan tersebut. "Saya jelaskan kesibukan saya dan Taib Azamudden menggerakkan jentera Pas Pusat memerlukan Pas Kedah menyerahkan tanggungjawab berat itu kepada pemimpin pelapis yang aktif dan banyak ruang masa untuk tumpu jentera pilihan raya negeri," katanya. Sementara itu, Taib Azamudden ketika dihubungi turut sependapat dengan Mahfuz dan menegaskan Pas Kedah kini memerlukan kemunculan pemimpin baru terdiri dari kalangan pelapis serta belia. Menurutnya, beliau yakin kepimpinan baru akan lebih agresif memperkukuhkan jentera parti menghadapi pilihan raya setelah pengagihan tugas-tugas parti dilaksanakan dengan sistematik dan tidak bertindih. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan