Rabu, 22 Jun 2011

PERAKITE

PERAKITE


BERSIH, PERKASA, PEMUDA UMNO DIPANGIL MENGADAP BUKIT AMAN

Posted: 21 Jun 2011 11:44 PM PDT

Tiga kumpulan yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, telah dipanggil ke ibupejabat polis di Bukit Aman hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata wakil kumpulan berkenaan dipanggil kerana mereka mahu 
mengadakan aktiviti mereka tanpa permit polis.

Tiga kumpulan tersebut ialah BERISH 2.0, PERKASA dan Pemuda Umno.

Katanya, mereka dipanggil kerana walaupun pihak polis mengatakan permit tidak akan dikeluarkan tetapi kenyataan PERKASA, Pemuda 

Umno dan BERSIH membayangkan mereka mahu meneruskan juga dengan perhimpunan masing-masing.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan memberikan butiran mengenai apa yang akan berlaku bila wakil kumpulan tersebut sampai di Bukit 
Aman.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, ketika dihubungi, berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut.

Umno-BN akan guna lambang 1Malaysia pada PRU13?

Posted: 21 Jun 2011 09:50 PM PDT


Umno-BN wajar menukar simbol dacing yang digunakan dengan simbol 1Malaysia pada PRU13.
Lagipun simbol dacing semakin hari dah semakin senget akhir-akhir ini. Eloklah Umno-Bn daftar simbol 1Malaysia tu dengan pendaftaran pertubuhan memandangkan serata tempat simbil itu digunakan dengan meluas sehingga ramai yang konfius.
Ramai yang dah mula keliru dengan sikap kerajaan yang berusaha melaksanakan konsep 1Malaysia tetapi dalam masa yang sama membiarkan Perkasa melaungkan gagasan memperkasakan Melayu. Dalam pada itu pula, pembaziran juga kelihatan ke tahap melampau dalam usaha mengampu konsep 1Malaysia yang semakin gagal mencapai matlamat itu.
1Malaysia cuba diterapkan dalam minda dan kepala semua rakyat dari urusan surat menyurat, klinik dan segala apa jua yang dilaksanakan. Gula-gula 1Malaysia semakin menjadi-jadi. Entah berapa ribu juta dibelanjakan ke arah itu.
Kini,  Kerajaan Negeri Melaka pula cuba mengampu dengan menonjolkan satu binaan tugu 1Malaysia di Pantai Klebang yang ternyata menjurus kepada satu pembaziran wang rakyat yang ketara.
Ketua penerangan Pemuda Pas Melaka Muhamad Aizat Bahrudin berkata, kos pembinaan tugu 1Malaysia tersebut bernilai RM352,000 dan ia dilancarkan oleh PM DS Najib Razak pada 4 Februari lalu.
Katanya, kos tersebut meningkat tiga kali ganda berbanding harga pasaran iaitu RM100,000.
Pembaziran juga berlaku semasa majlis makan malam pelancaran tugu 1Malaysia tersebut yang membabitkan sejumlah RM600,000 untuk menampung kos makan malam bersama Najib.
Katanya, hasil tinjauan setelah 16 bulan tugu tersebut dilancarkan, ia berada dalam keadaan yang menyedihkan yang mana terdapat kesan koyak pada kanvas tugu tersebut, pada bahagian lantai pentas tugu tersebut yang diperbuat daripada kayu telah patah dan terdapat kesan-kesan karat pada kerangka besi tugu tersebut (gambar kiri).
Baru-baru ini rakyat Melaka juga telah dibebani dengan kenaikan 20 % harga air yang meningkat bermula 1 April lalu.
Ia, ujarnya satu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung di saat kerajaan negeri sendiri mampu berbelanja besar untuk membina sebuah tugu yang tidak memberikan manfaat besar pada rakyat.

Godam lah...Rais tak takutpun

Posted: 21 Jun 2011 08:09 PM PDT

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.

NONEBeliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut.

"Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.

Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.

NONEDitanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."

Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya.

"Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.

NONETindakan pengodam terbabit, kata beliau, bukan sahaja merendahkan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpin, tetapi ia juga turut menjejaskan kepentingan rakyat.

"Mereka (pengodam) itu tidak sedar, ia (tindakan mereka) telah meranapkan, menjatuhkan kepentingan rakyat," katanya sambil meminta supaya rakyat bangkit menentang kegiatan pengodam itu.- Bernama

Saya dah beritahu Raja Muda Perak bahawa Sultan tiada kuasa pecat Nizar: Ku Li

Posted: 21 Jun 2011 08:05 PM PDT

Ku Li atau Tengku Razaleigh Hamzah berkata bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah, tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar Pakatan Rakyat DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pada Februari 2009.

"Sultan hanya boleh melantik menteri besar tetapi tidak mempunyai kuasa memecatnya kecuali Menteri Besar itu meletakkan jawatan atas kehendaknya sendiri atau dipecat melalui undi tidak percaya oleh Dewan Undangan Negeri," kata beliau.


Razaleigh, tidak mengulasnya tetapi berkata: "Malahan, saya telah bercakap dengan Raja Muda Perak mengenai perkara ini.


"Razaleigh berkata satu pembahagian kuasa mestilah wujud antara raja-raja, eksekutif, perundangan dan kerajaan untuk mewujudkan proses demokrasi yang berkesan.


Razaleigh berkata demikian ketika sessi soal jawab selepas menyampaikan ucapan dasar di Taiping New Club, Taiping baru-baru ini.

To the question of whether Malaysia would become bankrupt by the year 2019 as predicted by Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala, the former finance minister dismissed this.

"I don't buy the theory that the country will go bankrupt (by 2019 ) as God has given us the wealth of natural resources like gas and palm oil," he said.

He added that the high price of gas and palm oil would keep Malaysia afloat for years to come, but stressed that there was a need to change the bad management of the country's natural resources and finances.

"Malaysia can enjoy a much better standard of living than Singapore, Hong Kong and Sweden if we manage our finances prudently," he explained.

On the increasing cost of cars which was going beyond the means of most Malaysians, Razaleigh suggested that protection given to national car makers be removed.

"Free the car market of import duty so that prices of cars will come down and people will have a chance to buy the cars of their choice," he said.

"We must abolish the AP (approved permit) system as only cronies enjoy the benefits at the expense of the country's economy. All government tenders must be open so that the government can save costs," he added.

Asked whether the political uprising in Middle East countries would influence Malaysians, Razaleigh said: "Yes! The influence will be felt especially among the younger generation who are more knowledgeable as the world has become a global village."

Despite his stinging criticisms, the Umno veteran denied that he would consider switching political camps.

"Pakatan Rakyat is not even a registered political body but a loose coalition. The question of serving the people can be based from any party and not necessarily from Pakatan," he responded to a question.

Tiada ulasan: