Isnin, 20 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Ganyang Saudi pulak wehh...

Posted: 20 Jun 2011 10:00 AM PDT

Indonesia panggil balik duta, berang isu pancung rakyatnya

JAKARTA: Indonesia memanggil balik dutanya di Arab Saudi kerana berang dengan hukuman pancung ke atas seorang pembantu rumah dari republik itu yang disabitkan kesalahan membunuh majikannya, kata Menteri Luarnya, Marty Natalegawa.

Natalegawa berkata, Riyadh menjalankan hukuman itu menggunakan pedang tanpa memaklumkan kepada Indonesia terlebih dulu.

"Kita tidak boleh terima perkara (insiden pancung) ini dan akan memfailkan protes kepada kerajaan Arab Saudi," katanya sambil menambah duta berkenaan dipanggil balik untuk melakukan perbincangan.

Wanita itu, Ruyati Saputi, didapati bersalah membunuh seorang wanita Arab Saudi, Khairiya Hamid Mijlid dengan menyerangnya bertubi-tubi di kepala menggunakan pisau pemotong daging dan menikamnya di leher. - AFP

Pandainya Zahid kira, takkan kira ja...

Posted: 20 Jun 2011 09:00 AM PDT

Jet Pejuang Singapura Ceroboh Malaysia 2,508 Kali - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.

Menurutnya setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

"Pada tahun ini sahaja iaitu sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat (menceroboh) dikesan dengan purata sebanyak empat pergerakan pesawat sebulan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebanyak 985 pergerakan pesawat Singapura dikesan pada tahun 2008, 1,286 pergerakan (2009) dan 218 pergerakan pesawat (2010).

Beliau juga berkata bantahan tersebut bermula setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 23 Mei 2008.

Aku nak sokong KJ sat... kahkahkah...

Posted: 20 Jun 2011 08:30 AM PDT


Blog ni nak bagi penghormatan sikit kat Khairy Jamaluddin pasai dia berani luku kepala Berahim Ali... kahkahkah...

Hangpa jangan salah paham, aku tak jatuh rel lagi ni... haha... saja ja nak kacau depa bagi lawan sesama depa... kahkahkah... kita kena jadi batu api, biaq Perkasa lawan Umno, last last rakyat jugak yang menang... kahkahkah....

Jangan jangan depa yang bakaq api, tetiba Mat Sabu yang kena masuk lokap... hihi...


*************************

"Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan," kata Khairy Jamaluddin

Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.

"Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu.

"Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini," kata Khairy

Mulianya hati KJ, tak macam Berahim yang hitam legam... kahkahkah...

Dah berapa kali jumpak, pi mai pi mai dok tang tu jugak...

Posted: 20 Jun 2011 06:58 AM PDT

SPR sanggup temu jika Bersih 2.0 batal himpunan

PUTRAJAYA, 20 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan Bersih dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan.

"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai 'rubber stamp' atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik Bernama Online.

Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

"Mereka (Bersih) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan," katanya.

Aziz berkata beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," katanya.- TMI

Sapa Mat Sabu sampai nak merayu rayu... kahkahkah...

Posted: 20 Jun 2011 06:12 AM PDT

Bersih 2.0: Pemuda PAS dakwa polis restu tindakan Perkasa

Posted: 20 Jun 2011 04:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa pendekatan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sengaja menggunakan sentimen perkauman dalam satu perhimpunan semalam dalam menggagalkan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

Malah sayap PAS itu juga mendakwa Perkasa menjadikan sasaran barunya dengan bertindak membakar gambar Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga dan melaungkan sentiemen agama dengan melabelnya "perempuan hindu yang bahaya", satu tindakan yang boleh mencetuskan suasana buruk walaupun ia langsung tidak berkaitan terhadap himpunan yang bakal berlangsung.

"Malah Datuk Ibrahim juga mengukapkan "orang Cina elok duduk dalam rumah sebelum sesuatu yang buruk berlaku" sebagai pendekatan amaran yang sengaja membakar kaum Cina dalam negara," kata Naib Ketua Pemuda PAS Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Raja Ahmad berkata, dengan mengelar dirinya sebagai 'jeneral perang' untuk umat Melayu adalah keterlaluan dan terlalu bahaya apabila perkauman sempit bagi memastikan himpunan yang dirancang tidak akan berjaya bertentangan dengan apa yang sedang berlaku dan bukannya membabitkan perkauman.

"Bagi kami, Datuk Ibrahim sengaja menyamakan himpunan ini sepertimana yang berlaku di Libya bagi tujuan menggulingkan kerajaan di sana sebagai satu niat jahat bagi menghasut rakyat atas kebimbangan yang sengaja diada-adakan.

"Oleh yang demikian, kami mendesak agar pihak polis menahan Datuk Ibrahim kerana jelas beliau membawa sentimen perkauman dan amat berbahaya terhadap perpaduan kaum dalam negara kita," kata beliau.

Raja Ahmad menambah jika pihak polis masih gagal mengambil tindakan terhadap Ibrahim, memang benar dakwaan bahawa Perkasa adalah ejen kepada Umno selama ini.

"Dan, kami menyeru agar kaum Cina dan India agar bersama-sama (menyertai) dalam himpunan ini nanti bagi menyatakan protes terhadap pihak kerajaan kerana sengaja membiarkan Datuk Ibrahim mencetuskan prasangka buruk dan perkauman sempit.

"Kami yakin rakyat pelbagai kaum akan bangkit bagi membantah sikap pihak berkuasa dengan membiarkan Datuk Ibrahim dengan mengheret perkauman sempit untuk cuba menggagalkan himpunan bagi membersihkan sistem pilihan raya yang tidak sedikitpun menyentuh isu perkauman," katanya.- TMI

Perkasa khianat

Posted: 20 Jun 2011 03:47 AM PDT

Perkasa Khianat, Sokong Utusan Hina Islam
Oleh Kamaruzaman Mohamad

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sebagai tindakan khianat kepada Islam. Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk mengigit.

Ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tapi tiba-tiba sahaja Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam. Dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada 4 saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit. Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama. Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan 4 saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira. Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup melayu, keris dan kepala lembu.

Nampaknya persepsi rakyat bahawa Perkasa hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak bila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar. Utusan yang menjadi lidah rasmi Umno akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam.

DPPWP menyeru umat Islam menolak pertubuhan Perkasa dan meninggalkan organisasi itu. Rakyat juga harus mengajar Utusan dengan memboikot akhbar berkenaan yang enggan meminta maaf.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Sah sah Umno penakut

Posted: 20 Jun 2011 02:00 AM PDT

Umno takut hilang kuasa jika pilihan raya adil
by paktam

KUALA LUMPUR: Dato' Seri Anwar Ibrahim menuduh Umno takut untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam setahun ini semakin meningkat.

Anwar melahirkan pendirian ini ketika barisan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan membuat persiapan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0

Media milik Umno dan pemimpin Umno-BN mengkritik penganjuran himpunan itu. ìMengapa tidak Umno (mahu) mengadakan pilihan raya bebas dan adil?î kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields baru ini ini.

"Jika mereka mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas, mereka bimbang akan kalah,î kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini. Anwar menuduh media yang dikawal kerajaan mewakili persekitaran ìyang tidak adil dan rasuahî.

Beliau juga menekankan bahawa rakyat hanya mahukan hak-hak yang termaktub di bawah perlembagaan untuk merasai pilihan raya yang adil dan bebas. "Kini pilihan raya tidak adil dan tidak bebas,î kata Ketua Umum PKR ini.

"Kami tidak minta undi tambahan bagi kaum India, keistimewaan tambahan bagi orang Melayu. Kami hanya menuntut apa yang dijanjikan oleh negara (bagi setiap rakyat),î katanya lagi.

Dalam ucapannya Anwar juga mengecam Barisan Nasional (BN) kerana menghalang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Anwar Ibrahim Sreenevasan daripada memasuki Sarawak sebelum pilihan raya negeri April lalu.

Katanya, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ada mengundang beliau untuk samasama memantau pilihan raya umum di negara itu hari ini.

"Beliau yakin adanya pilihan raya bebas dan adil (di Turki). Di sini, bukan sahaja pihak luar, ketua Bersih juga tidak dibenarkan memantau pilihan raya. Bermakna ada sesuatu untuk disembunyikan,î kata Anwar.

Khairy sabotaj Najib...

Posted: 19 Jun 2011 11:00 PM PDT

PRU 13, Khairy sabotaj Najib?
Oleh Siasahdaily

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipersalahkan ramai pihak dalam parti pemerintah itu akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.

Khairy dipersalahkan kerana didakwa mempengaruhi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi perdana menteri membuat keputusan-keputusan yang menyumbang kepada kekalahan.

Kemunculan pemuda yang juga menantu Abdullah itu dilihat dengan kurang senang oleh banyak pihak dalam Umno, dikaitkan dengan pelbagai tanggapan termasuk mempunyai hubungan sangat baik dengan pihak negara asing.

Kini, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang kritikal untuk kelangsungan pemerintahan Umno dan BN, Khairy sekali lagi dilihat melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan pemerintah.

Terbaharu, Khairy menerusi Twitter mengkritik Dialog Antarabangsa Langkawi yang muncul hasil inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai program yang tidak perlu dilaksanakan lagi.

Khairy mengkritik keras kehadiran Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, salah seorang diktator yang mahu dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa ekoran tindakannya terhadap warga berketurunan Eropah di negaranya.

Mahathir sebelum ini pernah dikritik kerana apa yang dilihat sebagai hubungan baiknya dengan Mugabe, yang berdasarkan persepakatan dalam beberapa isu dunia ketiga. Kedua-dua pemimpin disamakan sesetengah pihak ekoran sikap keras mereka, termasuk terhadap dominasi Barat.

Dialog Antarabangsa Langkawi ialah satu program penting Mahathir untuk membina dan mengekalkan imej positifnya dalam dunia ketiga, dan pemberhentian program itu akan menghapuskan satu legasi bekas perdana menteri itu.

Tindakan Khairy meningkatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang berdepan pelbagai serangan daripada pembangkang Pakatan Rakyat.

Kritikan keras Khairy itu juga akan meneruskan malah meningkatkan perpecahan dalam Pemuda Umno, keseluruhan parti dan komponen BN.

Pandangan Khairy tentang diktator terbabit - yang dipersetujui masyarakat antarabangsa terutama Barat - mungkin boleh diterima beberapa pihak dalam komponen pemerintah.

Khairy sebelum ini mengkritik kerajaan Najib, menggesa kerajaan terlebih dahulu berjimat cermat sebelum menngambil tindakan mengurangkan subsidi.

Isu subsidi bahan bakar petrol dan diesel, kenaikan tarif bekalan elektrik dan kenaikan harga barang keperluan lain terus menjadi isu yang menghambat pentadbiran Najib

http://siasahdaily.blogspot.com

Kita nak cuci pasai dah kotoq...

Posted: 19 Jun 2011 09:00 PM PDT

BERSIH 2.0: Tiada Hujan Tanpa Awan
Oleh Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor

Menuju BERSIH 2.0, sudah beratus-ratus laporan polis dibuat oleh wakil-wakil BN melalui UMNO di seluruh Malaysia dan proksi-proksi yang dihantar atau ditubuhkan di pelbagai NGO. Termasuklah ugutan pihak kerajaan untuk menggunakan 'penjara kekal' ISA. Hentaman demi hentaman di peringkat awal kepada seluruh aktivis masyarakat yang digemparkan bahawa penangkapan awal secara besar-besaran oleh pihak polis bagi menyekat gegaran BERSIH 2.0 ini.

Pihak kerajaan perlulah bersikap adil dengan lawan mereka. Jika BN menggunakan KOTOR, maka lawan mereka pastilah menggunakan BERSIH. Doktrin KOTOR melalui siaran televisyen sebenarnya lebih hebat dan tiada lawan yang mampu menyekatnya. Persepsi betapa teruknya Pakatan Rakyat dan betapa mulianya UMNO diserap ke dalam minda rakyat melalui 'risalah saraf' Utusan Malaysia dan sekutunya.

Jadi, BERSIH tidaklah setanding KOTOR yang dianjurkan oleh UMNO. BERSIH hanyalah sekadar perhimpunan aman yang ingin membuat beberapa tuntutan sempena pilihanraya umum. BERSIH hanyalah sekadar berjalan kaki secara beramai-ramai yang pastinya tidak menimbulkan kekacauan serta keganasan yang dimanipulasikan oleh beberapa pihak.

Tidak relevan bagi pihak berkuasa untuk memulakan kekacauan. Tiada hujan tanpa awan. Mana mungkin akan berlaku huru-hara tanpa satu tekanan atau desakan. Itulah bidang tugas polis FRU yang hadir pada setiap kali demonstrasi. FRU datang dengan pelbagai pakaian, samada uniform biru berkepala merah atau uniform rakyat yang menjadi provokator utama.

Persoalan demokrasi dan kebebasan bersuara sudah tidak perlu diperbahaskan lagi. Malaysia mengamalkan perkara tersebut hanyalah untuk menutup mulut ahli-ahli akademik. BERSIH 2.0 dikatakan bakal menggemparkan dunia politik tanah air sepertimana BERSIH kali pertama. Itulah muhasabah bagi UMNO yang digunakan untuk BERSIH 2.0.

Apa pun ancaman yang digunakan untuk menyekat kemaraan aktivis rakyat, perkara itu tidak dipandang pun. Jika kerajaan BN belajar menyekat daripada pengalaman kerajaan Mesir, Yaman dan Tunisia sebelum ini, maka rakyat memperoleh semangat juang daripada rakyat mereka.

Justeru, kerajaan Putrajaya tidaklah perlu takut jika kekuatan mereka sangat tinggi. BERSIH 2.0 hanyalah himpunan rakyat membuang KOTOR.

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Mahasiswa UIAM

Usaha bodohkan rakyat

Posted: 19 Jun 2011 08:00 PM PDT

Teknik Takutkan Rakyat untuk Halang BERSIH 2.0
Oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Hasrat aspirasi rakyat untuk memastikan proses pelantikan pemimpin negara menerusi lunas demokrasi dan pilihanraya yang adil serta telus sukar diterima oleh sebuah kerajaan yang angkuh.

PAS bersama semua parti politik pembangkang serta NGO yang menganggotai koalisi BERSIH, bersiap sedia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menyerahkan memorandum khas kepada Yang Di-Pertuan Agong.

2. Kerajaan perlu jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada9 Julai ini ialah satu himpunan AMAN. Ia diambil daripada ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna, perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia telah menjamin dan membenarkan hak yang diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, BERSIH tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.

3. Selain daripada mensinonimkan himpunan aman dengan himpunan haram dan himpunan yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan, seolah-olah satu lagi teknik yang dicipta untuk menyekat himpunan aman iaitu teknik 'TAKUTKAN RAKYAT'.

4. Teknik 'TAKUTKAN RAKYAT' ini dilihat sebagai satu ugutan untuk menafikan hak berhimpun rakyat. Daripada pemerhatian yang dibuat, kami mendapati;

a) Pada 13 Jun 2011, PERKASA secara agresif akan turun ke jalan raya bagi membentuk satu kumpulan untuk bertembung dengan kumpulan BERSIH. Ini bertujuan bagi meningkatkan sentimen tidak aman pada 9 Julai nanti.

b) Pada 15 Jun 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran untuk tidak mengeluarkan permit termasuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan.

c) Pada 17 Jun 2011, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) pula mencadangkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan yang lebih tegas dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada perancang himpunan aman BERSIH 2.0.

d) Pada 18 Jun 2011, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim telah mengaitkan serangan siber atau godam terhadap laman web kerajaan bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan BERSIH.

e) Pada 18 Jun 2011 juga, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula telah cuba memiripkan himpunan aman BERSIH 2.0 umpama himpunan rakyat yang dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1998. Dia bermaksud himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak mustahil boleh berlaku huru hara dan pelbagai ancaman provokasi.

f) Pada 19 Jun 2011, Timbalan Perdana Menteri mendakwa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menjatuhkan kerajaan sah hari ini.

g) Pada 19 Jun 2011 juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuduh bahawa BERSIH 2.0 tidak harus mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya.

5. Mereka cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, kedaulatan undang-undang tersebut telah dicemari. Malah, apa yang diamalkan oleh kerajaan adalah undang-undang rimba. Ingat, kerajaan yang angkuh dan menggunakan kuasa fizikal untuk menekan hak rakyat tidak akan selama-lamanya berkuasa. Rakyat tidak boleh disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pemimpin Pakatan bakal ditangkap lebih awal

Posted: 19 Jun 2011 07:00 PM PDT

Hodoh sungguh kelaku Melayu berbangsa Umno nih, nama saja nampak lain tapi darah depa ni memang jenih biru kelat. Kulit saja Perkasa tapi isi mereka adalah perkakas Umno... kahkahkah... cuaca politik negara sengaja dipanaskan mereka dengan alasan menegak undang undang.

Maka terciptalah alasan yang maha betul bagi KERAjaan Umno untuk mengharamkan perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai nanti.

Depa buat perhimpunan kononya atas nama 'Gerak Aman' tapi mengugut Cina dan bangsa bangsa lain dengan ugutan yang keterlaluan. Ibrahim Ali petang kelmarin mendakwa tindakannya adalah untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan. Tapi secara tak langsung mereka provok negara didepan pihak berkuasa dengan diberi liputan meluas media Umno dengan bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan. Aku heran dimana pihak berkuasa berdiri bilamana Ibrahim tanpa segan silu turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

Woiii... aku pun bukan penyokonng Ambiga tu tapi aku penyokong pada tuntutan secara aman untuk membersihkan SPR dan sistem pilihanraya Malaysia. Perhimpunan aman yang dirancang sepatutnya diberi laluan dan sokongan dari pihak Polis kita dalam membenarkan rakyat menegakkan hak mereka dalam menuntut sesuatu yang diidamkan.

Tindakan Berahim Ali amat merbahaya bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia. Kata kata provokasinya begitu panas. Bayangkan kata katanya;

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Heran sungguh dengan mangkok nih, kita maukan keamanan dan kejujuran dalam sistem pilihanraya... dia ugut kaum cina dengan menggunakan alasan keamanan. Nampak sangat si Berahim ni nak buat kacau bilau. Belum apa apa lagi Perkasa ni dah tunjuk dia orang yg bakal buat honar pada hari perhimpunan Bersih tersebut.

Betapa penakutnya Melayu Perkasa! Apabila agama dihina mrereka diam membisu, tidak ada rasa terhina apabila hukum Islam ditendang dan dikuis oleh pecacai Utusan Malaysia, tapi dengan Bersih mereka pula jadi lebih UMNO dari Najib... cishh...

Bakal PM kita

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

"Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.

"Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan,"

"Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata),"

"Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri).

"Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang,"

"Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri,"

"Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran,"

"Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu,"

"Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa.

"Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum,"

Perbaharui iman, dekat diri kepada Allah

Posted: 19 Jun 2011 03:00 PM PDT

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

KEMULIAAN seseorang berkait rapat dengan kesungguhannya dalam menambah dan meningkatkan iman. Dan perkara yang paling berpotensi untuk menambah dan menguatkan iman adalah melalui 'ilmu', kemudian 'amal salih' dan 'zikrullah'.

Maka tiap kali seorang hamba menambah ilmu dan amal salihnya bererti dia sedang memperbaharui imannya.

Inilah yang dimaksud oleh hadis Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud: "Perbaharuilah iman kamu, baginda ditanya: "bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami, beliau menjawab: "perbanyaklah mengucapkan kalimat laa Ilaha Illallah." (Riwayat Ahmad : 8944 dan Al Hakim: 7766)

Memperbaharui iman sangat penting bagi setiap Muslim, apalagi para aktivis dakwah dan para mujahid fisabilillah. Sebabnya ialah kesibukan dengan tugas harian, sering kali didapati kesibukan dalam menjalankan tugas-tugas dakwah, ditambah lagi kesibukan mencari nafkah atau mengurus rumah tangga, para aktivis dakwah dan mujahid tidak sempat untuk mengurus hatinya yang terkadang-kadang melekat padanya warna hitam yang terpalit dosa yang tidak disedarinya.

Justeru Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan suatu dosa terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya: "Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka usahakan telah menutup hati mereka."(Surah al- Mutaffifin ayat 14). (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Imam al-Ghazali pernah berkata, bahawa hati (qalbu) itu ibarat cermin. Ketika seseorang melakukan dosa/maksiat, maka ada satu titik hitam menodai qalbunya. Semakin banyak dosa, semakin banyak titik itu menutupi qalbunya. Jika sudah tertutup dengan banyak titik hitam, qalbu yang ibarat cermin itu tidak mampu lagi digunakan untuk bercermin; dengan demikian, kepekaan spiritual yang biasa dilakukannya, akan lenyap daripada dirinya.

Jika sudah seperti itu, jangankan dosa kecil, apalagi sekadar berbuat makruh dan melakukan banyak hal mubah yang melalaikan, dosa besar sekalipun tidak lagi dianggap besar.

Jangankan meninggalkan hal sunnah, meninggalkan kewajipan pun sudah dianggap perkara biasa. Akhirnya, kepekaan qalbunya akan hilang; tidak lagi mampu mengenali dosa, apalagi dosa yang dianggap kecil.

Arahan baginda s.a.w. untuk memperbaharui iman bertujuan mengikat qalbu dan hati manusia kepada Allah, Tuhan Yang Mencipta alam ini dan segala yang ada di antara langit dan bumi, terutama golongan pendakwah, motivator, ustaz, pensyarah, pemerintah dan apa sahaja namanya, kesemua mereka dituntut untuk sentiasa memperbaharui iman. Kenapa perlu perbaharui iman?

Ini kerana setiap daripada kita bukan maksum, sering melakukan kesalahan sama ada yang disedari ataupun tidak, dan kita juga tidak mengetahui kemungkinan semasa remaja dahulu, kita pernah bersalahan dengan kedua-dua ibu bapa dan tidak sempat memohon kemaafan daripada mereka.

Mungkin juga ketika memilih pasangan hidup dengan cara membelakangkan syariat agama Allah, mungkin juga ketika dianugerahkan Allah dengan kehadiran anak-anak tetapi tidak mentarbiyah mereka dengan Islam yang sempurna, boleh jadi juga sekarang sudah bergelar suami dan ayah tidak mendidik isteri dan anak-anak dengan Islam dan banyak lagi.

Justeru baginda s.a.w. ada menegaskan dalam satu hadisnya yang mafhumnya kita boleh fahami, bahawa berpagi-pagi seseorang Muslim itu sebagai seorang Muslim, dan ketika berpetang-petang dia menjadi kafir, begitulah sebaliknya, ini menunjukkan bahawa seseorang Muslim itu tanpa disedari melakukan kesalahan yang melibatkan persoalan agama, sebagai contoh, pada waktu pagi bersolat subuh, tengah hari di pejabat menerima sogokan atau rasuah daripada seseorang untuk mengeluarkan lesen dan sebagainya.

Mari kita renung persoalan iman dan amalan yang dilakukan oleh para ahli ibadat, tidak akan meningkat mutunya jika tidak disandarkan kepada kefahaman mendalam mengenai ilmu-ilmu fardu ain, malah seseorang itu perlu mengetahui sedalam-dalamnya maksud dan tujuan beribadat kepada Allah SWT, ia tidak lain agar hati-hati manusia menjadi lunak, lembut dan sentiasa berhubung dengan-Nya.

Berikut adalah antara pendekatan agama yang menjadi kemestian untuk diketahui, direnungi dan seterusnya diamalkan sebagai satu cara hidup beribadat kepada Allah:

1. Setiap Muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT amat gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berhubung dengan-Nya.

2. Setiap Muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala apa yang menimpa diri adalah hasil daripada dosa dan kesalahan yang dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah an-Nisa: "Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan diri kamu sendiri."

3. Semestinya setiap Muslim tidak terlibat dalam dosa-dosa besar dan kecil yang berterusan, kerana ia boleh menjadikan seseorang itu jauh daripada rahmat Allah dan sentiasa berwaspada dalam hubungan akidahnya dengan Allah.

4. Setiap Muslim perlu mengetahui, bahawa dosa-dosa yang dilakukan itu mempunyai banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu menyelamatkannya dari memasuki api neraka. Sehubungan ini, Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah, bermaksud: "Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya."

5. Perlu setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa terdedah kepada dosa dan maksiat, ini membuktikan kelemahan diri kita dan sekali gus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan daripada sifat-sifat mazmumah.

6. Dalam menjalani proses kehidupan sebagai Muslim, kita berada antara dua keadaan, sama ada roh kita akan maju atau sebaliknya, perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 37 surah al-Muddathir yang bermaksud: "Iaitu bagi siapa yang ingin maju dengan peringatan atau mundur dengan menolak peringatan."

Tiada ulasan: