Isnin, 20 Jun 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Meluatnya gua dengan Anwar Ibrahim.

Posted: 20 Jun 2011 12:15 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

N3 ni nak share perasaan meluat gua dengan Anwar Ibrahim dalam tajuk terbaru. Tapi dia punya mukadimah panjang sket la.

Tadi, gua pergi scan baby. Di Klinik Goh. Dekat stesen teksi Kota Bharu. kandungan sudah 5 bulan. Harap2, bolehlah lihat jantina. Jadi, mudahlah gua merancang keperluan. Insyaallah.

Bila masuk bilik scan, Dr suruh minum air sejuk dulu sampai kembung. Gua keluar, dan cari air mineral. Depan Klinik Goh, ada Restoran Razak. Jenis KIMMA. Gua beli air mineral Sokmo kecil. RM1.

Bini gua minum. Tak cukup. Gua lintas jalan semula. Lalu depan orang baca Sinar Harian. Muka depan ada tulis tajuk : Anwar sedia batal BERSIH. Gua faham la type Anwar ni. Tapi ada tajuk yang mewajarkan gua berbulu. Nanti gua cerita. Gua simpan niat berbulu tu, dan simpan niat akan beli Sinar Harian lepas settle urusan scan baby nih.

Sampai kedai KIMMA Razak, gua ambil mineral Sokmo jenis sama, dan ke kuanter untuk bayar. Gua hulur duit RM1.

"RM 1.20, abang."

Berubah muka gua. Niamakahai punya belit. Aura berbulu gua naik dari tapak kaki ke atas dengan kadar kelajuan cahaya. Tapi tersekat kat separuh kepala. Gua nak marah, takut haram pulak air mineral Sokmo tu. Mujurlah gua teringat Islam ada akad jual beli. Kalau tak, gua tempeleng mamak tu dan bayar RM2. RM1 harga air, RM1 harga tempeleng.

"Dey anney... tadi saya beli siya jah. Sekarang sudah siya dua ka?"

"Siya.. be... saya kasi abe siya la.." ambil geleng2 kepala.. Ni geleng setuju ke, geleng tak setuju nih?

"Halal ha... gua bayar Siya ni..." Kalau dia tak ikhlas siya, gua g kedai lain, niat gua.

"Bereh abe..." KIMMA Kelantan cakap Kelantan bai. Pes time gua dengar.

[2]

"Menurutnya, beliau sendiri akan mengarahkan Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga untuk membatalkan serta-merta perhimpunan berkenaan, jika Najib berbuat demikian." - Sinar Harian muka 8.

Eh.... lu siapa dalam BERSIH? Gua rasa nak ludah Sinar Harian tu. Punya la jobo bunyinya.... Tapi gua nak ajak lu masuk dalam beberapa dimensi.

Dimensi A.

Anwar adalah ahli politik yang memang gred A. Dia bijak meletakkan sebarang keadaan yang berlaku sebagai hasil kepada kehebatan dia. PAS terlalu jujur untuk menjadi ahli politik gred A.

Dalam tajuk BERSIH, kalau Anwar mengarahkan PKR boikot, gua rasakan, perhimpunan BERSIH hanya berkurangan sekitar 2-3 ribu orang dalam lautan 50 ribu. Tetapi, kita lihat bagaimana teknik seorang ahli politik gred A meletakkan dirinya dalam kelebihan situasi BERSIH.

Dimensi B.

Kenyataan Anwar tidak salah. Memang benar. Sebab dia tahu Najib tidak akan berani berbuat demikian. Ia sama seperti kenyataan TGNA bahawa PAS akan bubar kalau UMNO ubah dasar. Tidak boleh ada 2 parti dalam dasar yang sama.

Tetapi masuk semula dalam dimensi A, TGNA tidak berkata seperti Anwar. TGNA tidak berkata seperti ini :

"Saya sendiri akan mengarahkan PAS dibubarkan. Atau Saya sendiri akan mengarahkan Syura, Presiden dan AJK PAS Pusat bubarkan PAS dan masuk UMNO."

Dimensi C.

Anwar memang tak berjaya grab sokongan orang macam gua. Tapi itu tidak penting. Kerana Anwar perlu bergerak atas sokongan kelompok terbanyak.

"Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihanraya bebas dan adil, termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan." Sinar Harian muka 8.

saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan
saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan
saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan

Kepala ayah lu. Lu siapa dalam organisasi BERSIH?  Apa lu ingat BERSIH ni PKR ke, di mana lu adalah Ketua Umum yang tidak boleh dicabar dalam perlembagaan yang didaftarkan ke ROS?

Dalam dimensi C, Anwar adalah politikus wayang. Yang kata2nya sedap didengar. tetapi jika dibahaskan oleh kelompok intelektual, dia adalah paling jijik.


Gua, AdukaTaruna akan mengarahkan SAMM supaya tidak hadiri BERSIH. Saya sendiri akan arahkan Chegubard.


Tak kena langsung pada kehendak intelektual. Bagaimana AJK BERSIH boleh mendengar arahan Anwar Ibrahim. Khakk ptuih!


Tiada ulasan: