shalehudin |
- Gol bersejarah Terengganu
- Nak mintak maaf pasai apa pulak... kahkahkah...
- Ini dah macam istihar perang
- Umno gagal... gagal... selama lamanya gagal...
- Bukan pasai apa pun, saja nak suruh tukar kaler kot...
- Akai tarok lutut...
Posted: 13 Jun 2011 11:00 AM PDT |
Nak mintak maaf pasai apa pulak... kahkahkah... Posted: 13 Jun 2011 09:00 AM PDT 'Tak perlu ugut' Oleh Muhd Izawan Baharin KUALA LUMPUR: "Kenapa saya perlu minta maaf sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung tuntutan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang memberi masa tujuh hari kepadanya untuk memohon maaf selepas mendakwa filem KL Gangster seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan samseng. Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd itu berkata, sebagai orang lama dalam dunia perfileman, beliau tahu apa yang boleh dan tidak dalam sesebuah filem, malah KL Gangster sudah dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ditayangkan di pawagam. "Saya berusia 57 tahun dan sangat lama dalam bidang ini. Sudah puluhan drama dan filem berbentuk kepolisan serta jenayah kami terbitkan, kami sentiasa berhati-hati memantau semua sudut produksi supaya tidak menyentuh sensitiviti atau menyinggung mana-mana pihak. "Saya tidak tahu apa motif mereka (Pekida) sehingga boleh memberi tempoh kepada saya memohon maaf. Bagaimana kita mahu memartabatkan industri perfileman kalau perkara begini berlaku," katanya. Jumaat lalu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman mendesak penerbit filem KL Gangster dan Kongsi memohon maaf kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan sinonim dengan pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, seolah-olah mengaitkan Pekida sebagai kumpulan gengster. |
Posted: 13 Jun 2011 07:01 AM PDT Bersih 2.0 diteruskan, Perkasa didakwa 'macam cara pengganas' KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di ibu negara bulan depan. Beliau yang juga timbalan presiden PAS (gambar)berkata meskipun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan. "Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini. Terdahulu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu pihaknya akan melawan habis-habisan Himpunan Bersih 2.0 itu. Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta. Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak. "Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengerusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya. Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih 2007 menyaksikan himpunan berlangsung secara aman. "Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya. Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar. "Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata. "Ini sudah isytihar perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya. |
Umno gagal... gagal... selama lamanya gagal... Posted: 13 Jun 2011 06:32 AM PDT |
Bukan pasai apa pun, saja nak suruh tukar kaler kot... Posted: 13 Jun 2011 06:14 AM PDT Bukan ada pasai apa pun, saja ja depa nak suruh tukar kaler kot... Penolong Kanan Penguasa SPRM, Cawangan Perisikan Khas, Putrajaya, Mhd. Yussof Zakaria menjadi mangsa simbah cat, hari ini, apabila kereta pacuan empat roda miliknya disimbah dengan cat merah oleh pihak yang mungkin tidak berpuas hati terhadap tindakan SPRM. - Foto Afendi Mohamed |
Posted: 13 Jun 2011 05:55 AM PDT Aku teringin sangat nak tengok berapa lama puak nelayan nih boleh bertahan dengan mogok ala kepala masam diaorang... kahkahkah... Aku bukannya apa, dah masak dengan perangai orang orang Malaysia nih yang mudah sangat lupa... Dulu orang kata Melayu ja mudah lupa, la ni dak dah.... Cina ngan India pun serupa... kahkahkah... marah kejap ja, Najib kirim salam ja dah lembik. Mogok pun takkan sampai mana, Muhyiddin pi hantaq kain pelikat sorang sehelai dah selesai... kahkahkah... Hangpa ingat dak suatu masa dulu masa harga ayam naik melambung... satu negara macam dah nak meletup, bum bam kat sana, bing bang kat sini... marah tak terkira kat Umno yang gila tuh... Tau apa kata Perkasa, sebuah NGO yang paling bengong dalam sejarah NGO? Kita boikot lah ayam. toksah makan ayam... dan disampuk oleh hantu hantu dalam Umnporno, makan lah ikan, macam la akan mati kalau tak makan ayam... kahkahkah... Nahh... Sekarang nelayan nelayan dah marah menggila nih.... Mereka mogok kononnya bila dah kerajaan batalkan subsidi diesel super untuk depa... tak tau la berapa lama tapi kesan dia... kahkahkah... Padan muka hangpa semua... padan muka aku sama... padan muka Pakatan Rakyat... UMNO? Tak pa, depa tak terkesan punya pasai depa semua dapat sabsidi negara... kahkahkah.... Harga ikan dijangka naik mendadak sebab kekurangan bekalan. Besa la, mogok makna bekalan akan kurang, bekalan kurang tapi permintaan tinggi maka harga akan turut tinggi... sapa bagi lebih, boleh dapat... Tapi kenaikan harga ikan ni tak akan berhenti kat sini jaa.... Memula memang lah depa kata pasai mogok, tapi lama kelamaan depa akan guna pakai akibat dari pemansuhan sabsidi diesel super untuk nelayan bot dalam... kepala hotak depa. Benda mengarut camni aku dah masak dah ngan perangai Umno... Modai nak kelaut dalam akan bertambah berlipat kali ganda dari sekarang. Jadi mana mungkin harga ikan takkan naik... sebab tu menteri menteri pun buat tak tau saja, memang ini perancangan depa... nak bagi semua rakyat kena.... kahkahkah.... Kos yang berlipat kali ganda tu pulak, hangap jangan dok harap la nelayan nak tanggung kos. Bebanan kos akan dicampak kat kita. Harga ikan memang akan mengalami kenaikan sekarang ataupun akan datang. Mau tak mau kena mau jugak... Akai tarok lutut betoi la pada sesapa yang undi Umno.... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan