Addin |
- Panas!! Lagi Ahli UMNO Keluar Parti
- Kerana Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Bergambar Dengan Mayat Isterinya
- Rahsia Rejim Mubarak Dan Keluarganya
- Bukti UMNO Kencing Dalam Pilihanraya
- UMNOporno Akui Kehebatan Blogger Pakatan Rakyat
- Umur Baru 18 Tahun Dah Kahwin 11 Kali
Panas!! Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Posted: 13 Jun 2011 09:03 AM PDT Satu ceramah kelompok telah diadakan di Sapong bertempat di rumah penginapan seorang pekerja, Omar Ahmad yang mendapat sambutan amat menggalakkan di kalangan penduduk setempat. Rata-rata mereka yang hadir ingin mendengar sendiri amanat dari Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dan dalam masa yang sama turut menerima kemasukan 25 orang muda ahli UMNO yang sanggup berkerja sukarela demi menumbangkan UMNO Tenom. Dalam ucapannya, Halik banyak menyentuh tentang permasalahan serta isu-isu semasa seperti kos kenaikan harga minyak dan kenaikan tariff letrik sebenarnya merupakan suatu beban yang tertunggak di bahu rakyat tanpa dapat dikawal oleh Kerajaan boneka BN. "Kerajaan lupa bahawa biarpun ada rakyat pedalaman tidak berkereta, apabila di kaitkan isu kenaikan harga minyak, namun perlu diingatkan, ianya bersangkutan juga apabila kos barangan keperluan dapur dan makanan harian dinaikkan, akibat kenaikan harga petrol. Ini kerana segala bekalan dihantar oleh pengangkutan darat yang menggunakan minyak sebagai bahan api," kata Halik dengan jelas dan terang mengasak ke minda pendengar. Halik menekankan, kenaikan harga minyak juga menyebabkan tambang bas turut naik. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, sudah pastinya menjana pendapatan bulanan yang sedikit, maka ianya juga menjadi beban kepada pengguna dan pengangkutan awam. Banyak yang terbeban di bahu rakyat ekoran kenaikan yang didakwa oleh Kerajaan boneka UMNO-BN itu mengatakan 'tidak membebankan' rakyat. Bagi penduduk kota, turut merasa tampias tetapi bagi penduduk pedalaman merupakan suatu lagi 'siksaan jiwa di alaf baru' yang 'dihadiahkan' oleh Kerajaan boneka UMNO/BN. Sehubungan itu, maka beliau menyeru rakyat Malaysia supaya melakukan perubahan dalam PRU yang akan datang kerana kepimpinan Pakatan Rakyat telah menjanjikan pakej kebajikan yang lebih bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat. Penduduk yang hadir rata-ratanya berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan dari Ketua Cabang dan mereka mengucapkan rasa penghargaan kerana ada seorang pemimpin yang sanggup turun padang dan menjenguk mereka. Omar Ahmad turut memberi ucapan menyerang para pemimpin UMNO Tenom yang dianggapnya sebagai 'gila projek' dan lalai menjaga kebajikan rakyat. Para pemimpin UMNO yang rakus dengan projek mengayakan diri sendiri tanpa datang ke pondok rakyat seperti yang dilakukan oleh para pemimpin PKR Tenom yang rata-rata dianggap sebagai 'pemimpin contoh'. Turut berucap seorang muda yang berpendidikan tinggi dari Kuala Tomani, Masdin Tumas, 28, yang menyatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap kepimpinan para pemimpin UMNO yang mengamalkan sistem 'perkauman' terhadap suku Murut di Malaysia. "Kami Orang Asal Sabah pula yang tidak bertanah, hidup kami dilayan sebagai pendatang haram di tanah tumpah darah kami sendiri di Tenom/Tomani. Tidak ada tanah di tanah datuk, nenek moyang kami. Ada yang sudah 20 tahun memohon tanah tapi hingga hari ini jawapan dari Pejabat Tanah sedang dalam proses," kata Masdin Tumas seorang ahli politik muda dalam kepimpinan PKR Cabang Tenom./Sabahkini |
Kerana Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Bergambar Dengan Mayat Isterinya Posted: 13 Jun 2011 04:17 AM PDT |
Rahsia Rejim Mubarak Dan Keluarganya Posted: 13 Jun 2011 01:00 AM PDT KAHERAH - Seorang Brigadir Jenderal Mahmud Shafiq Ali al-Banaa, yang sejak tahun 2000 telah menjadi kepala keamanan istana presiden Mubarak, mengungkapkan beberapa rahasia rezim "Fir'aun Kairo", yang tersembunyi di balik dinding istana, lapor agen berita Almoslim. Sebagai contoh, ia menceritakan tentang fakta bahwa salah satu putra mantan presiden Mesir, Alaa Mubarak, terus menjalankan sholat, sementara putranya yang lain, Gamal Mubarak, bukan hanya tidak mendirikan sholat, tetapi bahkan tidak mengakui keberadaan Nabi Muhammad SAW. Dia mengejek dan bertanya, "dan siapa yang dapat membuktikan bahwa Muhammad pernah ada?"Shafiq al-Banna juga bercerita bahwa selama pemakaman ibu presiden, Mubarak tidak memimpin prosesi. Duduk di dalam mobil, ia mengatakan kepadanya ketika semua telah selesai dia akan membaca sebuah doa yang sesuai. Mubarak memiliki kakak, yang mengunjungi dia hanya dua kali-sekali ketika Alaa menikah dan waktu kedua setelah pecobaan pembunuhan presiden Mesir di Addis Ababa. Mubarak juga memiliki seorang paman, yang datang untuk mengunjunginya. Namun ia berdiri selama dua jam di pintu, ia kembali ke rumah tanpa menunggu keponakannya yang tidak ingin melihatnya. Pada saat yang sama, Shafiq membantah rumor tentang istri kedua Mubarak. Ia mengatakan hanya punya satu istri bernama Susanna. Perlu diingat bahwa Mubarak terpaksa mengundurkan diri pada 11 Februari 2011 sebagai akibat dari protes massa yang dimulai sejak 25 Januari. Setelah beberapa saat, ia dan anak-anaknya ditangkap. Beberapa anggota rezim Mubarak juga ditahan. Pengadilan Mesir di hari pertama memanggil Mubarak dan dua anaknya, Alaa dan Gamal serta teman dan mitra usaha Mubarak, Hussein Salim. Perlu diingat bahwa menurut situs Lebanon, elhashra.com, Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir telah mempersiapkan makam yang nyaman untuk dirinya sendiri dengan gaya "ala Fir'aun", dilengkapi dengan teknologi baru. Bukan kamar batu untuk sarkofagus di pusat piramida, makam masa depan Mubarak termasuk tiga sofa mewah terbuat dari kulit buatan Amerika, sebuah aula, dirancang dalam gaya era Muhammad Ali, sebuah kamar mandi porselen dengan sambungan panggilan telepon internasional. Biaya "suite room" di mana Mubarak akan beristirahat dalam "kedamaian abadi" lebih dari 15 juta pound Mesir. Masya Allah……/arrahmah.com |
Bukti UMNO Kencing Dalam Pilihanraya Posted: 12 Jun 2011 11:00 PM PDT Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada forum 'Ke Arah Perubahan' bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini. "Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh. "Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu. Sekalipun sombong dan angkuh, Anwar berkata, Umno menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN. "Beliau (Ambiga) sebut arrogance of power (kesombongan kuasa), saya sebut the arrogance of losing power (Kesombongan kerana takut hilang kuasa. Dia (BN) takut kehilangan kuasa, mana boleh dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kalau SPR jalankan pilihan raya bebas dan adil, (sejak) 2008 kita sudah sampai ke Putrajaya. "Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah," ulang Anwar lagi. Ketua Pembangkang itu turut mengulangi komitmennya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.9 pada 9 Julai ini dan menganggap perhimpunan itu djamin dalam Perlembagaan. "Pada 9 Julai, saya akan hadir bersama. Dan saya minta kita berhimpun secara aman kerana ia adalah hak yang paling asas yang dijamin dari segi Perlembagaan. Tuanku Abdul Rahman Al-Haj sewaktu kemerdekaan menjamin Malaysia ini negara yang liberal dan demokratik," katanya./KD |
UMNOporno Akui Kehebatan Blogger Pakatan Rakyat Posted: 12 Jun 2011 09:12 PM PDT BENTONG: UMNO perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar. Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu. "Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan. "Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Ketua UMNO bahagian itu. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang. Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua ahli UMNO memainkan peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka./Bernama Addin : Woit!! Zahid.. Blogger pencacai ko makan suap.. macam papagomo dan parpukari.. buat citer porno dan fitnah je.. sebab tu tak boleh lawan bloggers PR. Bloggers PR buat keje tak berbayar..seikhlas hati. Semata-mata untuk menumbangkan rejim UMNO Be End pada PRU 13 nanti.. |
Umur Baru 18 Tahun Dah Kahwin 11 Kali Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT JAKARTA - Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa. Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan. Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka. Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan. Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar. Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe. Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami. Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi 'tugas isteri' yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan. "Saya mempunyai seorang 'orang tengah'. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya," kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat. Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang 'unta' - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung. Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami. "Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul," kata Fitriasih. "Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal. "Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris," katanya./Agensi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan