Selasa, 7 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Woii Umno... mai sini dengaq erti negara berkebajikan

Posted: 07 Jun 2011 09:00 AM PDT

Hodoh dan buruk kelaku

Posted: 07 Jun 2011 08:05 AM PDT

Guna wang rakyat risik perkahwinan anak, kelakuan Najib hodoh dan buruk

KUALA LUMPUR: Perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk tujuan merisik perkahwinan anak perempuannya ketika rombongan lawatan ke Kazakhstan dianggap sebagai kelakuan yang hodoh dan buruk.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan wang rakyat bagi tujuan peribadi adalah sangat salah dari segi moral. Katanya lagi, ia bukan pertama kali Najib membazirkan wang rakyat untuk urusan peribadi dan keluarga.

"Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya sambil mengingatkan sejarah Islam tentang pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang tidak pernah menggunakan harta rakyat, walaupun hanya sebatang lilin.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menurut Dzulkefly, sekiranya Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur benar-benar bertanggungjawab, mereka perlu menyusun jadual cuti untuk urusan peribadi, bukan mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu..susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan…bila kepimpinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Katanya, tidak salah bagi Najib merisik perkahwinan anaknya tetapi sepatutnya menggunakan wang sendiri dan tidak mengambil cuti rasmi bagi tujuan peribadi.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta Najib supaya menjelaskan perkara itu kerana ia melibatkan dana awam.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau seperti dilapor Harakahdaily.

Lagi tua lagi hodoh perangai dia

Posted: 07 Jun 2011 06:50 AM PDT

Dengan nada menyindir, bekas perdana menteri berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana "akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya."

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Sehubungan itu, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

"Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya.

Umno penakut...

Posted: 07 Jun 2011 03:21 AM PDT

PAS melakukan perubahan, Umno pula yang takut


Heboh di kalangan pemimpin kita dalam Umno mengeluarkan komen tentang hasil muktamar PAS yang baru selesai semalam. Isu yang paling popular ialah isu pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang telah mengalahkan Nasharudin Mat Isa dan Uztaz Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Yang terakhir ialah komen dari Nazri Aziz yang telah mengadakan sidang akhbar semata-mata untuk membuat komen dan seperti pemimpin lain Nazri juga adalah di kalangan yang runsing dengan perubahan yang berlaku di dalam PAS.

Runsing mereka ialah kerana mereka merasakan yang perubahan yang agak besar di dalam PAS itu mungkin memudharatkan Umno/Barisan Nasional didalam pilihanraya yang akan datang.

Bagi saya pula, saya baru sahaja menulis tentang keperluan kita untuk berubah dan itu tuntutan Islam. Saya ulangi yang kita wajar berubah mengikut waktu dan zamannya. Islam itu progressif, dan Islam itu hidup di sepanjang zaman.

Islam itu universal dan ianya merangkupi semua bidang kehidupan. Jika PAS melakukan perubahan maka ianya sedang mengikut kehendak agamanya supaya melakukan perubahan untuk menyesuaikan mengikut waktu dan zamannya.

Ramai orang boleh membahaskan mengikut selera politik masing-masing tetapi yang yang penting sekali untuk kita sedar ialah perubahan itu menakutkan Umno yang masih statik dan tidak berupaya untuk berubah sedangkan rakyat yang dipimpinanya sudah jauh berubah. Perubahan yang dilakukan oleh PAS itu tidak semestinya mereka lari dari asas perjuangannya. Kita boleh berijtihad tetapi kita tidak lari dari asas Islam yang sejati.

Nazri telah mengandaikan yang perubahan di dalam PAS itu ialah untuk menjadikan Hadi Awang sebagai pemimpin alternatif kepada Pakatan Rakyat dan jika ini benar Nazri berpendapat yang Hadi sedang berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya nanti. Komen Nazri itu membayangkan yang apa yang di takuti oleh Umno bukannya siapa yang berkuasa di dalam PAS.

Yang ditakuti oleh Nazri itu ialah "consequence of events" yang mungkin boleh mempengaruhi rakyat untuk meninggalkan sokongan kepada Umno dan mengalihkan dukongan mereka kepada PAS kerana kesediaan PAS untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik. Apa yang sebutkan oleh Nazri itu merupakan seratus peratus "political statement" semata-mata untuk menimbulkan perasaan curiga PKR kepada PAS.

Pemimpin-pemimpin kerajaan BN menumpukan usaha untuk memisahkan gulungan ulamak dan yang liberal dan bermacam-macam jenama yang diberikan terhadap masing-masing kumpulan dalam PAS. Itulah sebabnya ramai yang memberikan persepsi yang Umno itu sebuat parti yang "desperate" kerana sudah tidak mampu melakukan perubahan seperti yang dilakukan oleh parti-parti yang mereka musuhi.

Umno seperti dulu juga mahu mengambil kesempatan di atas perpecahan pihak lawan Itulah sebabnya sokongan yang di dapati oleh Umno bukannya sokongan yang legitimate tetapi meraih sokongan di atas perpecahan pihak lain.

Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana wujudnya Umno yang didaftarkan pada tahun 1988 dahulu itu adalah berlandaskan kepada perpecahan di kalangan Umno dan parti baru ini mengambil perpecahan pihak lain sebagai senjata ampuh untuk memenangi pilihanraya.

Nazri cuba menakut-nakutkan rakyat yang Hadi akan menjadi Perdana Menteri jika Anwar tidak dapat mempertahankan diri di dalam banyak isu peribadi beliau. Saya ingin bertanya, jika Hadi menjadi PM apa salahnya?

Apakah seorang yang berserban tidak layak menjadi PM? Apakah salahnya jika pemimpin PAS menjadi PM? Kenapa ada "preconception" yang orang seperti Hadi tidak boleh menjadi PM jika betul pun beliau mahu mencubanya?

Sedangkan kaki rasuah dan penyalah gunaan kuasa pun boleh menjadi PM apa salahnya pemimpin yang belum ada rekod menyalah gunakan berbillion-bilion ringgit wang rakyat menjadi PM? Adakah jawatan PM itu hanya untuk perasuah-perasuah sahaja?. Bukankah perlembagaan negara tidak membataskan yang jawatan PM itu hanya untuk orang Umno sahaja.

Sesungguhnya kita dapat melihat pimpinan Umno masih tidak dapat membuat pengakuan yang Umno sudah lemah dan kebanyakan dari mereka masih belum dapat menentukan atau mempastikan Umno akan berjaya mempertahankan kubu-kubunya.

Keresahan pemimpin-pemimpin kita amat jelas dan di antara yang ramai-ramai itu saya nampak Muhyiddin sebagai pemimpin yang paling prakmatik dalam semua andaian beliau. Beliau mengakui yang kali ini BN akan berhadapan pilihanraya yang amat sengit dalam sejarah demokrasi kita.

Saya sendiri mendapat kritikan pedas kerana secara peribadi saya tidak memusuhi pemimpin-pemimpin dan ahli parti-parti pembangkang. Ada di antara pembaca tulisan saya telah meminta saya supaya menyertai DAP kerana saya berkawan dengan beberapa orang pemimpinnya sejak dari dulu. Fahaman politik tidak akan memisahkan saya secara peribadi dengan pemimpin yang berlainan parti.

Yang penting bagi seseorang itu ialah mempunyai jiwa besar yang hidup. Kita biarlah ibarat ikan di dalam laut. Walaupun ikan itu hidup bertahun tahun di dalam laut tetapi jika kita keluarkan ikan itu dari lautan itu, ia tidak akan menjadi masin kerana ikan itu berjiwa dan hidup. Ikan itu tidak akan terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

Di sebaliknya jika ikan itu mati dan tidak berjiwa ia akan menjadi masin jika direndam dengan air garam yang masin dan jika dijemur ia akan menjadi ikan masin. Itulah sebabnya ikan masin amat menyelerakan untuk dijadikan santapan mereka yang lahap dan sentiasa lapar.

Umno sedang menakut-nakutkan orang ramai dan menganggapkan PAS sudah menjadi parti yang liberal dan itu salah pula kepada Umno. Tetapi jika PAS dikuasai oleh kumpulan ulamak seperti dahulu Umno juga akan menjadikannya sebagai isu besar dan menuduh PAS sebagai parti yang mengikut rentak taliban dan sebagainya.

Bagi Umno apa juga yang dilakukan oleh PAS itu semuanya salah dan usaha menakut-nakutkan rakyat tetap menjadi senjata mereka walaupun senjata itu kini sudah tumpul dan tidak berbisa lagi. Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan sentiment yang tidak laku itu lagi.

Hadi juga telah menjawab isu perbezaan perjuangan PAS dan DAP di dalam muktamar parti itu baru-baru ini. Kerjasama di antara dua parti itu adalah di dasarkan kepada perbezaan-perbezaan itu. Jika tidak ada perbezaan maka tidak timbul isu berkerjasama kerana sudah tidak ada perbezaannya.

Maka PAS telah menjawabnya dengan baik dengan menyatakan kerjasama hanya akan berlaku jika ada perbezaan di antara dua pihak yang berbeza. Jika kedua pihak itu tidak ada perbezaannya apa yang hendak dikerjasamakan?

Saya berpendapat Umno perlu menumpukan kepada kelemahan sendiri. Jangan bersusah payah untuk menjaga kelemahan orang lain.

Jika kita sudah perbaiki kelemahan kita maka kita tidak perlu takut dengan perkembangan pihak lain atau pun menakut-nakutkan orang ramai. — aspanaliasnet.blogspot.com

Umno kian teruk merapu... haha...

Posted: 06 Jun 2011 08:00 PM PDT

Hadi Idam PM, Ganti Projek Kekalkan Ulama
Oleh: tinburuk

"
Sebelum ini bertubi-tubi media massa kuasaan kerajaan memberikan publisiti percuma untuk berkempen bagi pihak yang dikatakan kumpulan ulama dengan slogan kekalkan kepimpinan ulama PAS. Saya menjadi pening bila melihat akhbar dan menonton TV dengan berita seolah-olah UMNO cukup sayang dan prihatin terhadap golongan ulama.

Bila sebahagian besar golongan ulama yang bertanding di Muktamar PAS kali ini tidak bernasib baik dan gagal untuk memenangi pos-pos penting, UMNO dan media kerajaan terutamanya Utusan Malaysialah yang saya nampak lebih bersedih daripada tukang kempen 'geng ulama'.

Pelik dan ajaib dunia UMNO amnya. Celaru gila babi kita dibuat oleh wartawan dan penulis Utusan Malaysia.

Hari ini nada dah bertukar.. wah cukup komplikated cara dan gerak kerja 'bendul' dalam kewartawanan yang mengisi perut.

Hadi Intai PM, kata Nazri. PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri.

Nazri berkata lagi, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

Kemenangan Erdogan 'untungkan' Hadi, bukan Anwar ini satu lagi gambaran seolah-olah PAS nak menguasai Pakatan Rakyat sekali gus untuk menjadi PM.

Saya nampak ada satu usaha untuk menyekat kebangkitan PAS dan 'membina' satu aliran pemikiran terutamanya kepada masyarakat bukan Islam bahawa PAS dan Hadilah yang akan jadi PM.

Awas perangkap dan mainan mush, jangan sampai kita tersilap menari bersama musuh.

http://tin-buruk.blogspot.com/"

Kelebihan Mat Sabu...

Posted: 06 Jun 2011 07:00 PM PDT

Oleh Ibnu Khalid Jurait

Semua sudah maklum, Mohamad Sabu adalah timbalan presiden PAS sekarang. Adakah pimpinan ulama diketepikan? Tidak, sebab jumlah undi untuk calon ulama yang kalah melebihi undi Mat Sabu.

Walaupun presiden PAS dan media arus perdana menggambarkan keputusan pemilihan ini cenderung kepada pasukan petugas pilihan raya umum, saya melihatnya daripada perspektif lain.

Sejak sekian lama Mat Sabu ini bergelumang dengan rakyat marhaen, turun padang, ceramah di celah pokok pisang yang sejuk dan tidak seperti 'katak' yang melompat parti.

Beliau setia dengan parti. Agaknya kalau ditoreh lengan beliau, darah yang menitis di lantai membentuk bulatan logo PAS!

Beliau juga tidak kekok menyusuri ceruk kampung, padang berpacat dan sungguh profesional bersangka baik dengan polis. Bahkan boleh bermesra dan senda gurau dengan mereka jika bersua di mana-mana pun! Memang dia pemimpin sesuai untuk semua lapisan rakyat, cuma tidak bertopi ulama. Itu sahaja.

Sejak kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12, terdapat kelompok marhaen pendokong setia dan pejuang tegar PAS akar umbi yang telah diabaikan.

Ada, memang ada. Tapi statistiknya hanya diketahui oleh PAS cawangan barangkali. PAS kawasan kurang input rasanya. Kelompok marhaen inilah yang bekerja siang malam demi parti PAS sejak dulu kini dan selamanya.

Mereka berkorban masa, meramaikan majlis, kempen ceramah, terkadang terabai keluarga dan juga disisihkan oleh Umno/BN dalam peluang ekonomi dan lain-lain insentif kerajaan.

Kenderaan mereka pula cabuk, ekzos kereta hampir tercabut, pintu kereta bergegar, cermin pintu disendal kertas, motosikal signal rosak, mud-gard tayar diikat tali rafiaa, ketayap (kopiah) pun lusuh serta anak bini makan minum ala kadar.

Tapi hati jiwa mereka mulia. Mereka reda dan mereka taat pada parti tanpa meminta-minta. Mereka memang naif.

Golongan ini jugalah yang bergadai nyawa di malam hari memasang bendera PAS di hujung dahan pokok tinggi, di tiang-tiang letrik TNB, di puncak-puncak bangunan dan di bukit tinggi pinggir lebuhraya. Ini untuk majlis ceramah, kempen pilihan raya kecil dan besar.

Mereka tiada insuran nyawa jika terkena renjatan elektrik atau mati jatuh bangunan mahu pun dari pokok tinggi. Allah memelihara mereka dan ahli keluarga. Namun siapa endah akan hal ehwal mereka?

Sebagai aktivis masyarakat dalam NGO, saya perasan hal ini. Sejak kemenangan dalam pilihan raya umum 2008, muncul ada sedikit bunga-bunga pimpinan peringkat bawahan (atasan?) yang bersungguh-sungguh ingin maju ke hadapan semata-mata mencongak laba jika nama tersenarai sebagai calon wakil rakyat.

Namun siapakah yang peduli akan kedaifan dan naifnya golongan marhaen yang disebutkan tadi?

Adakah ada pihak pimpinan membuat perancangan supaya ada yang mendatangai mereka, memberi tawaran peluang niaga, lesen tapak gerai, bantuan zakat, insentif baiki rumah buruk yang hampir runtuh, ambil tahu kenderaan yang tersadai, perihal pendidikan anak-anak dan ahli keluarga mereka.

Mungkin kecuaian ini menyedarkan dan menyentuh hati pimpinan akar umbi dan impaknya terzahir di muktamar PAS ke-57 ini.

Ahli bawahan mahu pimpinan yang hatinya dekat dengan rakyat marhaen, mesra dengan rakyat bawahan dan menggauli ahli-ahli parti yang naif ini.

Kemenangan Mat Sabu tidak bermakna mereka menolak ulama sebab walaupun ahli ini naif, pengetahuan asas agama mereka kukuh kerana sering hadir majlis ilmu dan ceramah agama anjuran PAS.

Wala ketaatan mereka tetap kuat terhadap ulama. Tetapi mereka nampak Mat Sabu sebagai pemimpin yang sanggup menjengah rumah mereka, sanggup bertenggek di tangga kambing rumah ahli-ahli; dan sanggup tidur di dangau atau pondok buruk orang kampung.

Ini satu muhasabah, ini peringatan untuk pimpinan PAS. Mereka bukan antipimpinan, bukan tidak taat pada PAS, tetapi mereka diabaikan.

Begitu juga Umno. Bukan ahli-ahli marhaen yang taat itu tidak sayangkan Umno. Mereka dilatih dan didoktrinkan Umno sebagai pejuang bangsa dan negara merdeka. Mereka taat sungguh, macam ahli marhaen PAS juga.

Bukan ahli bawahan Umno ini tidak hormat dan tidak menjulang Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum yang lalu. Adakah mereka ini hilang pertimbangan? Mereka memang setia dengan slogan Umno tonggak BN.

Bila harga minyak petrol naik mendadak kepada RM2.70 seliter tidak lama dahulu, apa yang pimpinan BN buat? Hanya ceramah dan retorik ekonomi sama ada di rapat umum, majlis politik, media cetak atau pun media elektronik saban hari.

Sejauh mana projek jutaan ringgit benar-benar memberi impak manafaat pada golongan marhaen Umno ini? Mereka tidak nampak keuntungan projek yang masuk ke kocek kroni, sebab mereka naif.

Tetapi mereka merasa penderitaan dalam kehidupan saban waktu siang malam demi survival keluarga.

Hari-hari yang berlalu, siaran media teori ekonomi yang baik dan mapan tidak menampakkan beras, roti, gula dan susu muncul tertonggok di pintu rumah mereka.

Anak-anak terpaksa ke sekolah tanpa belanja, pakaian lusuh tidak berganti dan tertekan ke sekolah kerana guru asyik tanyakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Gutu (PIBG) yang belum langsai. Siapa ambil endah?

Bukan rakyat dan pendokong tegar Umno tidak sayang Pak Lah 'Mr Clean' yang coolsebagai perdana menteri. Ahli Umno memang hebat taat pada pemimpin atasannya. Akan tetapi kalau pemimpin Umno cawangan pun merempat atau terpaksa hijrah balik kampung kerana tak mampu bayar ansuran rumah, kereta dan perbelanjaan harian; apatah lagi ahli Umno biasa.

Bahkan ada juga anggota jawatankuasa Umno Bahagian pun tetap menunggu tanpa penghujung akan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpula Usaha Niaga (TEKUN) yang tak kunjung tiba.

Justeru itu apalah yang boleh diharap oleh ahli Umno di peringkat bawahan? Begitu juga ketua Umno cawangan hanya ke hulu hilir dengan motosikal buruk Suzuki TRS, kerja tidak menentu dan terpaksa merayu ke sana sini untuk anak yang sakit demi kos perubatan hospital.

Tiadakah peluang kerja lebih baik atau lesen tapak niaga dengan bantuan Umno bahagian atau negeri? Justeru itu, siapa ambil endah?

Kenaikan harga barangan harian tanpa dapat dibendung pada tahun 2007 hingga 2008 menjadikan semua rakyat termasuklah ahli-ahli Umno sendiri hilang sabar. Ketika ini mereka lebih sayangkan anak bini dan ahli keluarga mereka.

Ada juga anak-anak mereka yang dihalau turun bas oleh pengusaha bas sekolah kerana sudah empat bulan tidak membayar tambang.

Kini, mereka sanggup mati demi anak isteri dan tidak lagi sanggup berkorban demi pemimpin Umno. Hasilnya, wujudlah undi protes pilihan raya kerana rakyat dan anggota sendiri hilang kepercayaan.

Ini satu muhasabah, ini peringatan untuk pimpinan Umno. Mereka bukan antipimpinan, bukan tidak taat pada Umno, tetapi mereka diabaikan.

Dengan tulisan ini semoga pimpinan Umn odan PAS mengambil iktibar dalam menjalankan amanah ini.

Pemimpin kedua-dua parti ini tidak wajib mengetahui siapa penulis ini, tetapi wajib ambil tahu intipati coretan ini dan wajib memperbaiki kelemahan jika ianya benar.

Pemimpin itu dihormati bukan kerana besar pangkat dan gelarannya, tetapi dijulang dan dihormati kerana besar jiwa dan hemahnya di mata rakyat marhaen.

Umno gagal... kahkahkah...

Posted: 06 Jun 2011 06:00 PM PDT

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

DAP: Rakyat perlu selamat & rasa selamat

Walaupun kadar jenayah menurun, statistik itu tetap tidak dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka masih tidak selamat, kata ketua menteri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat perlu mengubah persepsi menunjukkan beliau gagal memahami perasaan awam.

"Tan Sri Muhyiddin gagal memahami bahawa orang awam bukan sahaja perlu berada dalam keadaan selamat tetapi mereka juga harus berasa selamat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

"Tidak ada statistik yang menunjukkan kejayaan memerangi jenayah dapat mengubah persepsi masyarakat sekiranya mereka berasa pada bila-bila masa mereka boleh diserang atau masih mendengar serta melihat kejadian jenayah."

Muhyiddin (kiri) semalam dilaporkan berkata, mengubah persepsi masyarakat mengenai kadar jenayah menjadi agenda utama kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membentuk keyakinan masyarakat terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan.

'Alat mainan' politik

Katanya, berdasarkan kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, jenayah keseluruhan menurun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Dalam satu kenyataa hari ini, Lim juga berkata, keyakinan hanya dapat dikembalikan sekiranya terdapat kebebasan mutlak membanteras jenayah tanpa campur tangan dan kawalan politik serta melalui penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Selain itu, Lim juga mencadangkan:

  • Mengambil tindakan segera sama ada menangkap pesalah-pesalah dan mengemaskini data-data aduan berkaitan laporan penyiasatan.
  • Meletakkan anggota polis di kawasan-kawasan 'panas' di mana mereka mudah "dilihat, didengar dan dirasa".
  • Menubuhkan polis komuniti dengan kerjasama dan bantuan sukarela daripada polis peronda serta melakukan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, kriteria terpenting dalam memastikan keberkesanan anggota polis dengan memastikan bahawa tidak disalahgunakan sebagai 'alat mainan' politik.

"Tidak ada yang lebih melemahkan apabila melihat pihak polis memberkas penunjuk perasaan yang dilakukan secara aman yang anti-BN; tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penunjuk perasaan yang dilakukan secara membabi buta (oleh kumpulan) yang pro-BN...," katanya.- Malaysiakini

Tiada ulasan: