Selasa, 7 Jun 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Hadi kembali menyinar dengan barisan baru?

Posted: 07 Jun 2011 09:46 AM PDT

Allah tunjukkan kepada golongan yang mahu berfikir.

[1]

Hadi kata biar kalah asal 'Islam' tak kalah. Ketika pecahnya Barisan Alternatif, kalahnya wakil2 PAS kerana pengundi bukan Islam tolak Dokumen Negara Islam yang dibentang Hadi dan The Geng.

Kini Allah takdirkan Hadi jilat muntahnya. Negara Kebajikan tiada dalam Al-Quran. Hadi adalah penghafal yang otaknya dari anak-anak Melayu yang pasif. Mudah dibentuk keluarga kerana tiada potensi lain, dan cenderung mengambil aliran agama. Ini teori gua.


a. Jika sanggup kalah kerana Islam (konon), mengapa tunduk kepada pertukaran istilah negara Islam?

b. Jika sanggup kalah kerana Islam (konon), mengapa damagekan perjuangan dengan kenyataan hudud hanya 0.0001%?

c. Jika sanggup kalah kerana Islam (konon), mengapa bunuh perjuangan puluh tahun terdahulu dengan mengeluarkan kenyataan dalam Al Quran tiada istilah Negara Islam?



Apa yang Allah mahu tunjukkan kepada golongan berfikir tentang kesemua kejadian ini? Hadi berijtihad bukan kerana Allah. Tetapi kerana kedudukan kuasanya. Detail idea UG hanya dikeluarkan melalui video ketika pemilihan lepas menyaksikan orang2nya tumbang. Jika tiada sebab kedudukan kuasa, pasti dia membisu dengan asakan detail idea UG.

Kata lainnya, Allah tunjukkan kita Hadi berijtihad demi kedudukan kuasa politiknya. Gajinya.

[2]

Ketika Hadi bergantung kepada sentimen dan kesalahfahaman maksud 'Kepimpinan Ulama'; Hadi tidak pernah memperbetulkan kesesatan itu. Kerana kesesatan itu ketika itu menjamin kedudukan kuasanya.

Seingat gua, di era ini, Allah perlihatkan cuma TGNA yang selalu membetulkan kesesatan itu dengan kenyataan istilah ulama tiada pada zaman nabi, hanya wujud selepas itu, ulama juga adalah profesional dan sebagainya. Manakala golongan ulama seperti Hadi, Harun Taib, etc tidak pernah membetulkan kesesatan kerana kesesatan itu menjamin kedudukan mereka. Harun Taib sendiri menegaskan Presiden dan Timbalan harus ulama walau tiada dalam pelembagaan.

Kini, setelah rakan2 berhempas pulas menentang kesesatan istilah Kepimpinan Ulama, dan segala puji bagi Allah, Allah mentakdirkan istilah Kepimpinan Ulama tumbang dalam pemilihan kali ini, dan Allah takdirkan Hadi Awang tersepit, barulah Hadi Awang mengeluarkan kenyataan membetulkan kesesatan Kepimpinan Ulama.

Istilah Negara islam tiada dalam Al Quran. setahun dua dulu gua telah mengatakan bahawa istilah Kepimpinan Ulama tiada dalam Al Quran. Sama seperti istilah Trinity tiada dalam Bible. See... apa yang Allah tunjukkan?

Tidakkah golongan lemah itu, seperti nyamuk dan serangga lebih besar jumlahnya dalam satu2 ekosistem? Tidakkah golongan berfikir itu terlalu sedikit dalam satu-satu habitat, termasuk PAS?

[3]

Berkatalah sesetengah penegaknya, Hadi kembali menyinar dengan barisan baru. Mutlaknya Allah pegang. Tapi ramalan berdasarkan rekod, itu adalah andaian bullshit. Hadi akan tenggelam. Timbalan dan Naib akan sampai rasa kemuncak berbulu kerana terpaksa selalu berpatah balik memapah Hadi yang sangat slow.

Jika ditanya gua, jangan selalu sangat lambat dalam peperangan dengan selalu berpatah untuk mengendong Presiden yang uzur dan terkial2. Tinggalkan dia di situ untuk dilanggar gua.

Wallahualam.


Tiada ulasan: