Ahad, 5 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Depa bukan saja bisu, tapi jugak pekak badak...

Posted: 05 Jun 2011 05:00 AM PDT

Patutkah kita selamatkan badak badak dalam Umno? Haha...

Apahal la ngan PAS nih, dok buang masa buat apa. Korang ingat bangsa Umno ni heran sangat ka korang punya kutukan tu? Korang ingat bangsa Umno tu peduli sangat ka dan nak dengar sangat hal yang korang kutuk kutukkan tuh... haha... perabih karan ja laa...

Dewan Ulama PAS meluluskan usul mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh "Datuk T" Mac lalu. Resolusi itu mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

Mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.

Masaalahnya PAS oii,
Bangsa Umno ni bukan saja bisu, tapi depa jugak pekak badak... kahkahkah...
Ulama berbangsa Umno ni bisu dik pangkat, pekak dik kesenangan... kahkahkah...

Anwar kena mandi bunga kot... haha...

Posted: 05 Jun 2011 03:00 AM PDT

Amboiii... ramainya yang berkenan ngan PAS nih. Maklumla kan, saf baru yang ber'idea' baru, harapan pun turut menimbun dengan harapan baru.

Umno dah lama pegang lutut PAS yang sampai la tak kesampaian lagi. Malah dengan saf kepimpinan baru  ni nampak gayanya harapan Umno terus berkubur. Terkini Raja Petra pulak nak meminang PAS... haha... masaalahnya, RPK ni boleh harap sebagai kawan ka? Haha...

Tapi apasal yang PKR langsung tak dak orang meminang nih... haha... Anwar ka sapa ka dalam PKR tu yang kena mandi bunga...


*******************************************

Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS


Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.

Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.

"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.

Pergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".

MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.

Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing.

Tarak kualiti... kahkahkah...

Posted: 05 Jun 2011 01:10 AM PDT

Haha...
Datuk T...
Christianity...
Pandi kutty...
No quality...

Jom kasi mati... kahkahkah...

'Penyembelih Bosnia' tidak insaf

Posted: 04 Jun 2011 08:00 PM PDT

SEPASUKAN pakar forensik memerika puluhan mayat yang ditanam selepas pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica.

THE HAGUE, Belanda - Dia didakwa kerana membunuh 8,000 lelaki dan kanak-kanak Islam di bandar Srebrenica semasa Perang Bosnia pada 1992 hingga 1995 tetapi bekas jeneral Serb Bosnia, Ratko Mladic dengan tenang dan angkuh menjawab: "Saya hanya mempertahankan bangsa saya."

Malah, dia menyatakan tuduhan terhadapnya adalah menjelikkan dan tidak munasabah ketika dia dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa Untuk Bekas Yugoslavia (ICTY) di sini kelmarin.

Mladic, 69, yang dilabel 'Penyembelih Bosnia' kerana didakwa mendalangi pembunuhan 100,000 orang dalam jenayah paling kejam sejak Perang Dunia Kedua sebelum ini mendakwa dirinya sakit tenat.

Namun, bekas pemimpin tentera Serb-Bosnia itu nampak bersemangat semasa dia mengejek ibu-ibu yang kehilangan anak mereka dalam pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica.

Dia tampil di mahkamah ICTY dengan memakai sut gaya tentera yang dipadankan dengan tali leher hitam.

Seorang wanita yang berada di kamar mahkamah memandang ke arah Mladic dan membuat isyarat bahawa dia akan dihukum mati.

Mladic bagaimanapun tersenyum sinis kepada wanita tersebut yang kehilangan anak lelakinya ditangan tentera pemimpin Serb-Bosnia itu pada Julai 1995.

"Seluruh dunia kenal siapa saya. Saya ialah Ratko Mladic. Saya mempertahankan bangsa saya, negara saya kini mempertahankan diri saya. Saya mahu hidup untuk melihat diri saya bebas," katanya.

Tiada sebarang pengakuan dibuat oleh Mladic dan dia memberitahu hakim bahawa dia tidak mahu mendengar tuduhan terhadapnya dibacakan.

Selain pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica, Mladic turut didakwa melakukan jenayah kemanusiaan semasa kepungan 44 bulan ke atas bandar Sarajevo yang menyebabkan 12,000 orang mati dibunuh tentera Serb Bosnia.

Mladic kemudian berkata, dia memerlukan masa sekitar dua bulan untuk meneliti segala tuduhan terhadapnya

Ketika dia meninggalkan kamar perbicaraan ICTY, Mladic sempat berpaling kepada keluarga dan saudara-mara mangsa pembunuhannya dan memberikan tabik hormat kepada mereka sambil tersenyum.

Dia kemudian diiringi ke penjara.

"Dia (Mladic) langsung tidak menyesal malah, dia masih boleh mengejek mahkamah," kata Ramiza Gurdic yang kehilangan suami dan dua anak lelakinya di tangan tentera Mladic.

"Dia mengambil masa cuma tiga hari untuk membunuh beribu-ribu penduduk Bosnia tetapi kini dia menyatakan dia memerlukan dua bulan untuk membaca tuduhan terhadapnya," tambah wanita itu.

Hakim menetapkan perbicaraan kes tersebut disambung semula pada 4 Julai depan.

Mladic yang ditangkap di sebuah perkampungan di Serbia selepas diburu selama 16 tahun, diekstradisi ke ICTY pada Selasa lalu. - Agensi

Apa yang Asri nampak, UMNO langsung tak tengok

Posted: 04 Jun 2011 07:00 PM PDT

Asri: Prinsip negara Islam-berkebajikan, bukti PAS alami kemajuan besar
Oleh G Manimaran

GOMBAK, 4 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Katanya, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

"Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud 'negara kebajikan' yang hendak diwujudkan. Saya percaya Presiden PAS ada kerangka yang jelas.

"Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. Ini kerana negara berkebajikan mempunyai pelbagai gambaran," kata beliau.

"Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut 'apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan'," kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS," kata beliau mengulas kenyataan Hadi semalam.

Secara umum, tambah beliau, dunia memahami negara berkebajikan adalah negara-negara yang memakai model nordik seperti di Norway, Denmark dan Sweden.

"Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut," katanya.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 semalam, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam', isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

"Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

"Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya.

Semalam Hadi menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

Asri, pensyarah dari Universiti Sains Malaysia berkata, pada masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari retorik negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia.

"Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak," kata beliau sambil menambah, ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah.

"Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu.

"Apabila perkataan daulah Islamiyyah, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah islamiyyah ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia," katanya.

Kata Asri, disebabkan istilah ini juga mereka berbalah, bahkan menuduh pihak lain kurang islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu.

"Walaupun kadangkala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai," kata beliau lagi.

Cuma, menurut Asri, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah itu, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik.

Katanya, gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan 'negara Islam' itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan 'utopia state' yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya.

"Alhamdulillah, apabila gerakan Islam — sebahagian mereka benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, maka mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan," kata beliau lagi.

Justeru, Asri juga berkata, politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana, namun prinsipnya kekal.

"Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya," katanya.

Kata beliau, "bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya."

Jelas tokoh agama muda ini, Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya.

"Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum sama ada hudud atau tidak, dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkin keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi.

"Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan," katanya lagi.

Hadi gumbira, Najib berduka... haha...

Posted: 04 Jun 2011 05:52 PM PDT

Hadi: Saya gembira dengan kabinet pilihan raya ini


Abdul Rahim Sabri
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.

Katanya, barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.

"Saya bergembira dan ahli-ahli bergembira (dengan keputusan ini). Muktamar semakin hari semakin meriah. Ini menunjukkan kematangan ahli-ahli kita.

"Ahli-ahli memilih saf di hadapan untuk pilihan raya. Dengan sebab itu kabinet saya kali ini adalah kabinet pilihan raya," katanya.

Katanya, barisan yang terbaru khususnya bagi jawatan timbalan dan naib yang dianggotai daripada bukan Ulama, adalah bukan satu perkara yang baru.

Jelasnya, dalam kepimpinan baru ini dianggotai lapan tokoh yang dikategorikan sebagai ulama, dua pemimpin bertaraf doktor dan beberapa pemimpin profesional dan pemimpin masyarakat.

"Kita memimpin secara kolektif bukan secara individu," katanya.

Pelbagai latar

Abdul Hadi mengulas barisan kepimpinan baru yang dianggotai dari pelbagai latar belakang bagi mengemudi parti dalam berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Dalam pemilihan PAS Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden baru meraih 420 undi dengan mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mendapat 224 Undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi 399 Undi.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula ia dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahudin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi sementara exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 660 Undi.

Ibarat tukar perabot rumah

Bercakap dalam sidang media di muktamar PAS di Gombak hari ini, Abdul Hadi menafikan barisan kepimpinan baru parti itu dipengaruhi mana-mana individu, termasuk ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak terikat dengan individu tertentu. Kita kerja bersama-sama.... Bukan pemimpin yang membuat perubahan, perwakilan yang membuat perubahan.

"Strategi kita berubah, tetapi dasar, matlamat dan acuan kita tidak berubah," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Menjawab soalan, Abdul Hadi berkata PAS tidak bersikap diktator dalam urusan pemilihan kepimpinan parti sebaliknya PAS mengamalkan "demokrasi tulen" antaranya dalam kempen yang bersih tanpa budaya fitnah.

"Ini satu perkembangan yang baik dan matang dari perwakilan. Perubahan dalam pucuk pimpinan (parti) perkara biasa. Bila kita hadapi musim baru, maka ada perabot rumah yang kita alih.

"Bila kita alih perabut rumah, orang bunyi bising, orang kata kita bergaduh. Kita tidak bergaduh, kita usung perabot sahaja," katanya.

Ditanya sama ada bukan ulama boleh menjadi presiden parti, Abdul Hadi berkata perlembagaan parti tidak menghalangnya berbuat demikian.

"PAS adalah parti terbuka, tidak eksklusif untuk satu-satu kelompok (sahaja)," celah naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir dalam sidang media itu.

Tiada ulasan: