Ahad, 5 Jun 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Mohamad Sabu mahu lebih aktif dalam Pakatan Rakyat

Posted: 05 Jun 2011 09:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 JUN – PAS tidak akan mengubah dasar, prinsip dan ideologi, hanya perlu mengubah suai pendekatan-pendekatan tertentu bagi memenuhi keperluan rakyat.
Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih Mohamad Sabu berkata kemenangannya dalam pemilihan pada mukmatar parti ke-57 di sini tidak akan membawa sebarang perubahan kepada dasar-dasas PAS.
"Cuma gerak kerja sahaja akan diubah," katanya, merujuk kepada kemungkinan perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan di peringkat biro-biro parti.
Beliau berjanji akan menggunakan kedudukannya sebagai timbalan presiden untuk memenuhi harapan orang ramai termasuk kaum-kaum bukan Melayu dan bukan Muslim terhadap PAS dan Pakatan Rakyat untuk memantapkan perjuangan rakyat.
Beliau juga mahu menambah usaha dan peranannya dalam Pakatan Rakyat serta para NGO yang seangkatan dengannya bagi memastikan kejayaan usaha PAS membentuk negara berkebajikan bersama Pakatan Rakyat di samping menentang UMNO dan Barisan Nasional.
Pemimpin PAS yang berusia 56 tahun itu menang setelah menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pencabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berharap dapat membantu PAS dalam kerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menarik sokongan orang ramai khususnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Mohamad juga yakin keputusan para pewakilan muktamar PAS bukan sahaja tidak menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam parti, malah ia mampu membawa PAS jauh lebih maju.
Beliau juga menyifatkan kemenangannya sebagai kecenderungan perwakilan memilih calon-calon yang lebih kerap terlibat dengan aktivisme dan program-program kemasyarakatan.
Menurutnya, walau pun tidak semua calon yang gigih dalam aktivisme menang, perwakilan mungkin memilih calon-calon yang mereka anggap lebih dekat dengan orang ramai, terutamanya dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan dalam masa yang teredekat ini.
Walau pun sering ditekan pihak berkuasa berikutan aktivisme beliau dalam pelbagai isu rakyat serta diperlekehkan oleh media arus perdana milik UMNO, Mohamad amat popular di kalangan semua kaum.
Beliau yang pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas perjuangan membantu rakyat, juga popular di kalangan rakan-rakan dalam Pakatan dengan kata-katanya: "Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat".
Pendirian sedemikian juga menyebabkan Mohamad sering menjadi sasaran pemimpin dan penyokong tegar UMNO serta media-media milik parti pemerintah itu. –sumber

Ketahulah Tiga cara kotor diguna Umno dalam pilihan raya.

Posted: 04 Jun 2011 09:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pas, Mohamad Sabu berkata terdapat tiga cara utama yang sering digunakan Umno dan Barisan Nasional dalam berhadapan dengan pembangkang ketika pilihan raya.


Pertama katanya, melalui daftar pemilih di mana parti pemerintah menggunakan pegawai kerajaan untuk mendaftar pengundi melalui senarai akhir yang dikemuka sebelum pilihan raya.
"Apabila kita bantah di mahkamah seperti di Sabah, mahkamah mengiystiharkan pilihan raya Likas tidak sah kerana terbukti ada pengundi hantu, ada pendatang yang mendaftar sebagai pengundi," ujarnya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Bersih 2.0 dalam satu wawancara dalam akhbar Suara Keadilan.
Kedua katanya, taktik yang selalu digunakan Umno-BN ketika pilihan raya adalah menyalahgunakan harta kerajaan melalui penggunaan jentera milik agensi  kerajaan untuk menarik pengundi menyokong BN.
"Dahulu bukan tidak pernah berlaku. Cuma sekarang ini terlalu berleluasa. Sehinggakan dalam pilihan raya Kecil Sarawak kita tidak kenal langsung yang mana satu jentera parti yang mana satu jentera kerajaan," katanya.
Manakala ketiga, masalah media massa yang berat sebelah terhadap parti pemerintah dan tidak memberi liputan yang adil kepada parti pembangkang.
Berbeza dengan Singapura katanya, negara itu kini dilihat lebih berani membuat perubahan dari sudut kebebasan media dalam pilihan raya yang diadakan baru-baru ini.
"Sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung sebulan lalu, pemimpin pemimpin parti yang bertanding dibenarkan berucap di televisyen dan ia disiarkan. Rapat umum diizinkan. Singapura sudah mula buat perubahan. Kita masih lagi tidak kerajaan Malaysia akan ikut jejak langkah itu atau tidak.
"Sebab itu dalam himpunan bersih 2.0 ini kita perlu sedarkan rakyat bahawa pilihan raya masih brelaku dalam keadaan tidak demokratik," tegasnya.
Mat Sabu berkata, peranan yang dijalankan Bersih sebenarnya diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan dan badan bukan kerajaan yang mengendalikannya.
"Saya hanya lah pemimpin parti yang ditugaskan untuk menjayakan perhimpunan Bersih 2.0, itu sahaja. Kita (Pas) hanya bekerjasama dengan NGO untuk menjayakan perhimpunan itu," tambah beliau.
Dalam temubual tersebut, Mat Sabu turut ditanya mengenai kesediannya bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dan apakah akan terus menjalinkan kerjasama yang erat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambil ketawa kecil, beliau mengakui lantang mengkritik Anwar ketika berada dalam kerajaan dan Umno satu masa dahulu.
"Sejak beliau mula menyertai Umno, sehingga lah beliau keluar dari Umno, saya lantang mengkritiknya. Tapi sekarang (dalam Pakatan Rakyat kita) bersamalah," katanya /KD

Tiada ulasan: