shalehudin |
- Berbulu lagi la UMNO... kahkahkah...
- Ni baru kata tegas berpendirian
- Mampoih la Umno Selangor
- Negara Berkebajikan Dan Negara Islam, Apa Bezanya?
- Team terbaik untuk ganyang Umno
- Rasmi, Mat Sabu menang... Umno dok tak senang
- Berita baik 1Malaysia, Presiden pun boleh heret ke Mahkamah
- Betoi ka Mat Sabu mendahului
- ~penarik beca: Apa jaminan rakyat tak akan dikencing seperti Nasharudin?
- Mampoih la Umno kali ni
Berbulu lagi la UMNO... kahkahkah... Posted: 04 Jun 2011 07:21 AM PDT Lagi kuat Pakatan Rakyat ditekan, lagi meriah sokongan yang Pakatan terima dari orang ramai. Lagi kuat fitnah UMNO terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR, maka lagi gemilang wajah Pakatan dimata rakyat terbanyak. Ini yang membuatkan UMNO dan sekutu mereka cemburu dan iri hati. Fitnah bangang ala UMNO sudah tidak dipedulikan rakyat. Malah kian terserlah kekuatan dan kehebatan Pakatan Rakyat dik kerana promosi percuma dalam media mereka. Rakyat sedar, jika hitam laporan media mereka maka rakyat sudah mengetahui warna sebenar yang dimaksudkan ialah putih... kahkahkah... Jika laporan media penjilat UMNO mengatakan PAS tak bagus dalam peduli hal hal rakyat, itu bermakna PAS adalah terbaik saat ini dalam memperjuangkan nasib rakyat terbanyak. Jika video seks tajaan mereka mengatakan Anwar rendah moralnya, ini bermakna moral Anwar masih jauh untuk ditandingi waima Najib maupun Muhyiddin sekalipun. Itu adalah yang tersirat dari laporan media media mereka dan alhamdulillah, rakyat amat faham... haha... Terkini, beberapa orang artis dilaporkan bersedia untuk menyertai PAS, selepas Bob Lokman, membuktikan PAS sudah semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di tanah air. Perkembangan yang memberangsangkan ini diyakini akan menarik minat lebih ramai anggota masyarakat negara ini untuk menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, sejajar dengan perjuangan PAS untuk kepentingan semua kaum. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini. Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak. Makin berbulu lagi lah UMNO yang kian jauh dipencilkan masyarakat... terima kasih diatas promosi percuma UMNO pada Pakatan dalam media penjilat mereka walaupun negatif tapi dilihat positif oleh rakyat... kahkahkah... Ini lah kemenangan rakyat. |
Ni baru kata tegas berpendirian Posted: 04 Jun 2011 03:00 AM PDT |
Posted: 04 Jun 2011 02:00 AM PDT MB: Selangor akan rampas tanah di PJS1 Kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah berkenaan. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, setiausaha kerajaan negeri telah diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi mengeluarkan notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd. "Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah. "Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut," kata Khalid dalam satu kenyataan akhbar lewat petang semalam. Menurut beliau, kerajaan Selangor akan juga berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju yang gagal membina rumah mampu milik kepada rakyat setelah diberikan tanah. Tanah di PJS1 itu telah diberikan kepada Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk dimajukan. "Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju," kata Khalid. |
Negara Berkebajikan Dan Negara Islam, Apa Bezanya? Posted: 04 Jun 2011 01:52 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MAKA, hiruk pikuk puak-puak sekular dari sekutu Apco mengulas tentang ucapan dasar Presiden PAS bahawa PAS akan berjuang untuk Negara Berkebajikan dan kununnya meninggalkan cita-cita untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Baca sini. Besarnya harapan puak itu agar PAS menubuhkan sebuah Negara Islam. Lucu bukan? Memanglah melucukan apabila puak sekular mahu sangat PAS menubuhkan Negara Islam, sedangkan selama lebih 50 tahun mereka memerintah, mereka tidak pernah meletakkan Islam di atas sedangkan di dalam parti mereka boleh dikatakan 100% Melayu berugama Islam. Mereka hanya berharap pada PAS sahajakah untuk menegakkan Islam? Di mana tanggungjawab mereka sebagai orang Islam? Jika kita memahami Islam itu sepenuhnya, tiada yang pelik dari ucapan Presiden PAS itu. Apa masalahnya dengan Negara Berkebajikan jika dibandingkan dengan menyebut Negara Islam? Bukankah Islam itu berkait rapat dengan kesejahteraan dan keadilan, dan bukankah kedua-duanya itu berhubungkait dengan kebajikan? Ertinya, di dalam Islam membuat kebajikan kepada semua rakyat itu hukumnya wajib dan melakukan kezaliman itu haram. Apabila PAS menyebut perkataan Negara Berkebajikan, ertinya PAS tetap konsisten untuk mewujudkan Negara Islam yang sebenarnya. Pendekatan PAS di dalam mendekati golongan bukan Islam dengan mempopularkan Negara Berkebajikan adalah satu pendekatan yang bijak dan penuh berhikmah. Tiada alasan atau hujah untuk Umno mendakwa PAS menggugurkan tuntutan Negara Islam kerana di dalam Muktamar PAS kali ini dasar PAS tidak berubah seinci pun. Rakan sekutu PAS di dalam PR semuanya faham dengan dasar PAS, cuma Umno sahaja yang tidak faham. Ada puak Umno yang bertanya mengapa tidak menyebut Negara Islam beserta dengan hukum Hudud? Kita ingin bertanya juga pada mereka, bagaimana hukum Hudud boleh dilaksanakan jika negara itu tiada kebajikan? Di dalam keadaan rakyat yang susah dan miskin, rasuah yang tidak dibenteras, ekonomi yang tidak diurus dengan baik, masalah sosial tidak diatasi dengan baik dan dengan pendidikan yang tidak sempurna, bagaimana mahu dilaksanakan hukum tersebut? Di mana pengutamaannya? Berbeza dengan Umno, mereka ternyata mengabaikan banyak perkara seperti yang disebutkan tadi. Umno gagal di dalam banyak aspek sepanjang memerintah negara ini. Negara dibelenggu dengan masalah sosial, ekonomi, pendidikan, hak asasi, perundangan bahkan di dalam aspek keselamatan pun mereka cuai. Kesemua kecuaian yang telah Umno/Bn lakukan ini menjadi tumpuan utama oleh PAS untuk diperbaiki kerana aspek itu juga wajib diuruskan sebagai sebuah Negara Islam. Justeru itu, tiada bezanya untuk menyebut sebuah Negara Berkebajikan dengan Negara Islam kerana Negara Islam itu sendiri mewajibkan perlaksanaan kebajikan dan keadilan./wfauzdin.blogspot.com |
Team terbaik untuk ganyang Umno Posted: 03 Jun 2011 07:41 PM PDT Mat Sabu sah timbalan presiden baru PAS Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebenatr tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu. Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi). Pemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang. Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular dan cekap terutama dalam menganjurkan demonstrasi jalanan bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan. Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi. Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden. Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi. |
Rasmi, Mat Sabu menang... Umno dok tak senang Posted: 03 Jun 2011 07:25 PM PDT |
Berita baik 1Malaysia, Presiden pun boleh heret ke Mahkamah Posted: 03 Jun 2011 07:09 PM PDT Tunisia heret Ben Ali, isteri ke mahkamah tempoh terdekat TUNIS: Tunisia akan mendakwa, Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi, tanpa kehadiran mereka dalam tempoh beberapa hari atau minggu terdekat, membabitkan dua kes pertama terhadap bekas presiden negara itu. Jurucakap Kementerian Keadilan negara itu, Kadhem Zine el-Abidine, berkata pihak majistret yang menyiasat kes itu selesai dengan inkuiri mereka dan pendakwaan akan dipindahkan ke mahkamah jenayah beberapa hari lagi atau minggu. Pasangan itu melarikan diri ke Arab Saudi apabila digulingkan pada 14 Januari lalu selepas berkuasa untuk tempoh 23 tahun. - AFP |
Posted: 03 Jun 2011 06:49 PM PDT "Berdasarkan maklumat tak rasmi, Mat Sabu (gambar) dapat sekitar lebih 450 undi kali ini, mengatasi dua calon lain,"- BlogList Malaysia |
~penarik beca: Apa jaminan rakyat tak akan dikencing seperti Nasharudin? Posted: 03 Jun 2011 06:26 PM PDT Pertama sekali saya minta anda ingat balik berita bertajuk "Najib, Umno tetapkan agenda Utusan Malaysia- Hata". Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari kata, agenda akhbar itu ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Hata lagi, Ketua Pengarang Utusan pula akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap malam Isnin. Ingat betul-betul berita di atas. Dah ingat betul-betul berita tu, saya nak tanya pulak: Adakah Biro Politik Umno yang memegang tali di tengkuk Utusan tu dari jenis moron terlampau yang langsung tak boleh nak agak Ustaz Nasharudin Mat Isa akan kecundang di tangan calon saat akhir yang ditaja oleh beberapa pemimpin utama PAS pada pemilihan dalam muktamar parti itu kali ini? Memang la bongok. Orang selalu kata, kalau tak bongok, bukan Umno namanya. Tapi takkan bongok sangat sampai tak boleh nak agak Nasharudin sudah terlalu goyah untuk dijadikan sandaran harapan? Ish, tak mungkin depa bongok sangat sampai tak boleh nak mengagak perkara semudah itu. Namun, anda boleh lihat sendiri Utusan tetap membantu Nasharudin hinggalah pada saat-saat terakhir. Sehari sebelum pengundian, Utusan tetap berusaha membantu Nasharudin dengan berita bertajuk "Gandingan Hadi-Nasha mantap". Nampaknya, para pemimpin Umno yang memegang tali di tengkuk Utusan yang menjadi peliharaan mereka itu menjadi kawan dari kategori yang Orang Putih kata "a friend in need is a friend indeed" kepada Nasharudin. Adakah Biro Politik Umno dan Utusan sebenarnya dari jenis kawan yang lebih setia berbanding beberapa pemimpin tertinggi PAS yang berpaling tadah dan menikam Nasharudin depan-depan dan penuh kejam? Dahulu puak kawan kencing kawan (KKK) dan kawan makan kawan (KMK) itu gunakan Nasharudin ikut suka nafsu mereka. Menjelang dan ketika berlansungnya pengundian dalam muktamar PAS yang kini sedang berjalan, mereka yang bersimpati kepada Nasharudin merungut bagaimana Timbalan Presiden PAS itu (ketika posting ini ditulis) dikhianati, ditinggalkan berseorangan malah dihempuk segala kesalahan ke atasnya oleh puak KKK dan KMK itu. Jenis-jenis KKK dan KMK itu bukan sahaja berpaling dari Nasharudin, malah dirungutkan juga bahawa mereka turut mengkambinghitamkannya. Untuk makluman, sebahagian puak KKK dan KMK tersebut berada di dalam Jawatankuasa PAS Pusat dan aktif pusing Malaysia untuk berkempen memenangkan calon saat akhir tajaan mereka. Saya kasihan calon tajaan itu. Adakah dia tidak fikir dia juga boleh menerima nasib yang sama seperti Nasharudin? Kalau kat Nasharudin senang-senang ja depa kencing, apa yang boleh menghalang depa kencing juga calon tajaan itu satu hari nanti? Allah Maha Melihat, dari dulu lagi saya amat menghormati peribadi calon tajaan itu dan saya mohon janganlah beliau mudah diheret tengkuk oleh puak KKK dan KMK itu. Nanti anta pun depa kencing macam depa kencing Nasharudin. Persoalan penting yang saya nak tanya: Adakah kelaku puak KKK dan KMK itu lebih buruk dari kelaku Biro Politik Umno dan Utusan yang sekurang-kurangnya tidak kencing Nasharudin ketika dia kesusahan? Jika benar kelaku puak KKK dan KMK itu lebih buruk dari kelaku Umno serta Utusan dan mereka pula berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat, bagaimana nasib rakyat jembel seperti saya? Kalau puak KKK dan KMK itu berkuasa, apa jaminan depa tak akan kencing rakyat jembel seperti saya seperti depa kencing Nasharudin dengan penuh sadis, dengan penuh kejam? |
Posted: 03 Jun 2011 06:08 PM PDT Keputusan tak rasmi pemilihan dalam muktamar PAS setakat ini menunjukkan Mat Sabu mendahului dalam perebutan jawatan Timb Presiden PAS manakala Mahfuz, Husam dan Salahuddin sebagai Naib Presiden. Umno kena siap tisu bagi banyak la, Mat Sabu ngan team baru ni tak dak belaih kasihan kat Umno punya... kahkahkah... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan