PERAKITE |
- Perak tidak mempunyai wakil AJK yang menang
- SENARAI PENUH JAWATANKUASA PAS PUSAT
- AJK PUSAT: Mazlan Aliman catat undi tertinggi - 804 undi
- UNDI NASHARUDIN MEROSOT KETARA, NIZAR UNDI TERENDAH
- Mat Sabu dan Husam menang, dua kekal jawatan
- Abang Mat Timbalan Presiden PAS ?
Perak tidak mempunyai wakil AJK yang menang Posted: 03 Jun 2011 09:03 PM PDT Perak tidak mempunyai seorangpun wakil yang memenangi kerusi AJK PAS Pusat. Kesemua calonnya yang bertanding antaranya ialah YB Idham Lim, Haji Asmuni Awi dan Ustaz Haji Norazli Musa gagal mendapat tempat di hati perwakilan. Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin yang memperolehi undi tertinggi bagi kerusi AJK Pusat pada Muktamar lepas, menarik diri daripada bertanding kerusi AJK PAS Pusat kali ini. Beliau mempunyai potensi dipilih sebagai AJK jika bertanding. Namun Nizar memilih untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden tetapi kecundang. Jika beliau bertanding hanya kerusi AJK, beliau sekali lagi dilihat mempunyai potensi besar muncul sebagai calon memperolehi undi terbanyak sekali lagi. Andaian ini berdasarkan keputusan yang diperolehi Datuk Nik Amar Abdullah yang kecundang bagi kerusi Naib Presiden apabila hanya memperolehi 321 undi, tetapi memenangi kerusi AJK dengan memperolehi lebih banyak undi iaitu 470 undi. |
SENARAI PENUH JAWATANKUASA PAS PUSAT Posted: 03 Jun 2011 08:17 PM PDT Tuan Haji Ustaz Abu Kasim TIMBALAN PENGERUSI TETAP Tuan Haji Hussin Ismail PRESIDEN Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang TIMBALAN PRESIDEN Haji Mohamad Sabu NAIB PRESIDEN 1. Dato Husam Musa 2. Dato Mahfuz Omar 3. Salahuddin Ayub AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman 2. Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin 3. Haji Abdul Wahid Endut 4. Ustaz Dato Abu Bakar Chik 5. Ir Amiruddin Hamzah 6. Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak 7. Dr Dzulkefly Ahmad 8. Haji Hanipa Maidin 9. Dato Dr Hassan Mohamad Ali 10. Dato Kamarudin Jaffar 11. Haji Khalid Abd Samad 12. Dato Dr Mahfodz Mohamed 13. Mazlan Aliman 14. Ustaz Dato Mohd Amar Abdullah 15. Dr Mohd Hatta Md Ramli 16. Dr Mujahid Yusof Rawa 17. Ustazah Nuridah Salleh 18. Dr Siti Mariah Mahmud |
AJK PUSAT: Mazlan Aliman catat undi tertinggi - 804 undi Posted: 03 Jun 2011 08:09 PM PDT 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi 3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi 4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz - undi 5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi 6. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz – 721 undi 7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - undi 8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi 9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato' Dr. – 437 undi 10. Kamarudin Jaffar, YB Dato' – 739 undi 11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi 12. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. – 449 undi 13. Mazlan Aliman - 804 undi 14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi 15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi 16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi 17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi 18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi Nampaknya Perak tidak mempunyai wakil yang menang bagi kerusi AJK PAS Pusat. YB Idham Lim, Asmuni Awi dan Norazli Musa yang bertanding gagal mendapat tempat di hati perwakilan. Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin yang memperolehi undi tertinggi bagi kerusi AJK Pusat pada Muktamar lepas, menarik diri daripada bertanding kerusi AJK PAS Pusat kali ini. Nizar memilih untuk bertanding jawatan Naib Presiden tetapi kecundang. |
UNDI NASHARUDIN MEROSOT KETARA, NIZAR UNDI TERENDAH Posted: 03 Jun 2011 07:39 PM PDT |
Mat Sabu dan Husam menang, dua kekal jawatan Posted: 03 Jun 2011 07:22 PM PDT Muhamad Sabu memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS. Datuk Husam Musa menenangi kerusi Naib Presiden, manakala dua penyandang Salahudin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan kerusi berkenaan. Timbalan Presiden: Muhamad bin Sabu (426 undi) Naib Presiden: 1. DatoHusam Musa 2. Dato Mahfuz Omar 3. Salahuddin Ayub Selepas tewas pada percubaan pertama 2009, Mohamad Sabu, berjaya mengungguli saingan bagi jawatan nombor dua PAS itu. Beliau mengalahkan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu mantan Naib Presiden. Kemenangan Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari kumpulan profesional memecahkan dominasi kepimpinan ulama bagi jawatan berkenaan. Bagi jawatan naib presiden, seorang lagi calon 'heavy weight' dan juga mantan AJK PAS Pusat yang menerima undia terbanyak pada Muktamar lepas iaitu mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin gagal, begitu juga dengan exco kerajaan negeri Datuk Nik Amar Abdullah yang berputih mata. Mahfuz dan Salahuddin Ayob mengekalkan jawatan naib presiden bagi penggal kedua, manakala kembalinya Husam ke kerusi berkenaan umpama ikan pulan ke lubuk. Pemilihan rangkaian Mohamad Sabu dan kembalinya Husam ke teraju utama menampakkan dengan jelas hasrat perwakilan PAS untuk melihat parti lebih vokal menyuarakan hak Melayu dan Islam. Gandingan Husam dengan Mahfuz dan Salahuddin menampakkan dengan jelas hasrat perwakilan ingin suara-suara PAS lebih terkedepan didengar daripada sekadar lesu mencipta retorik. Tahniah kepada perwakilan yang tampil berani membuat perubahan dalam pola kepimpinan PAS. Tiada ada apa yang merugikan PAS, malahan gandingan empat sekawan profesional ini akan pasti bersuara dengan lebih garang di persada politik tanah air dan Pakatan Rakyat. PAS perlu ke depan menjadi suara Islam yang didengar dalam Pakatan Rakyat bukan sekadar menjadi pengikut dan penyokong setia. Sementara itu, bagi Nizar yang ternyata sangat popular di kalangan ahli Pas dan Pakatan Rakyat, ia mungkin belum cukup waktu dan masih awal untuk menduduki kerusi Naib Presiden. Meskipun memperolehi undi tertinggi sewaktu bertanding bagi kerusi AJK Pusat pada Muktamar lepas, ia tidak diterjemahkan perwakilan kepada Nizar bagi menduduki kerusi kepimpinan utama parti. |
Abang Mat Timbalan Presiden PAS ? Posted: 03 Jun 2011 05:46 PM PDT Saya mendengar khabar ini sejak malam tadi. nampaknya makin kuat guruh di langit dan makin dekat hujan nak turun..maka makin ramai mengatakan ABANG MAT SABU DIKHABAR MENANG KERUSI TIMBALAN PRESIDEN. MENANG DENGAN JUMLAH UNDI YANG BANYAK. JIKA BENAR TAHNIAH.. NAMUN SABARLAH MENUNGGU SATU JAM LAGI BILA DIUMUMKAN Husam, Salahuddin dan Mahfuz juga dikatakan menang. Alamat jika benar.. maka mengeluporlah Umno dengan pejuang-pejuang ini, yang sememangnya digeruni lawan |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan