Khamis, 30 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Video: Layanan Polis Kepada Wakil Rakyat PR

Posted: 30 Jun 2011 09:00 AM PDT


Cara-cara polis melayan orang bersalah dan penjenayah. Penjenayah hanya tergelak terbahak-bahak melihat gelagat polis yang takut yang teramat sangat dengan warna kuning. Pakai saja kuning, masuk balai untuk soal siasat. Tidak berintergriti sebagai sebagi orang yang menjga keselamatan orang awam.





Gambar: Pencacai UMNO Buat Demo di Kelantan

Posted: 30 Jun 2011 03:16 AM PDT


BERSIH belum buat perhimpunan pada 9 Julai tetapi sudah ada lebih 100 orang yang telah ditangkap termasuk beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang memakai logo yang tertera BERSIH. Sebenarnya yang rasa terancam bukanlah negara tetapi UMNO/BN yang takut kehilangan kuasa dan mandat dalam kerajaan.

Di Kelantan, seramai 50 orang pencacai UMNO telah buat demonstrasi membantah BERSIH tetapi tidak pula polis berminat untuk menangkap mereka yang berdemonstrasi tanpa permit itu. Haramjadah betul pihak yang bertanggung jawab kerana tidak menangkap yang buat perhimpunan haram.

BERSIH belum buat perhimpunan, sudah kecoh sana sini dengan berita negara dalam keadaan huru-hara jika dilakukan perhimpunan ini serta peniaga akan mengalami kerugian akibat dari kejadian ini. Bangang punya otak. Sejak bila peniaga rugi? Peniaga UMNO yang kena bayar RTM yang rugi.

Demonstrasi oleh puak-puak pencacai itu turut diramaikan oleh kehadiran wartawan. Demonstrasi diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Pelbagai slogan yang tertera pada kain rentang. Jahilnya puak-puak ini ialah demonstrasi bukan dianjurkan oleh PAS tetapi oleh badan NGO.

Berbogel Tidak Mengapa Tetapi Jangan Pakai Baju Kuning?

Posted: 29 Jun 2011 11:40 PM PDT


Tidak mengapa kalau kamu berbogel asalkan kamu tidak memakai baju kuning. Mungkin inilah yang sedang berlegar-legar dibenak pemikiran seorang menteri yang otak sudah kuning akibat fobia dengan warna kuning gelombang BERSIH 2.0 yang bertebaran di atas muka bumi Malaysia ini.

AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai.

Perkara 5 [1] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

P/s: Lawak sengal kerajaan Malaysia

T-shirt BERSIH 2.0 Haram, Yang Mengharamkan Haramjadah

Posted: 29 Jun 2011 09:07 PM PDT


Fatwa baru Mufti Kementerian Dalam Negeri berkaitan BERSIH adalah Kemeja-T itu ada hubung kait dengan satu perhimpunan haram jadi apa jua yang mereka pakai adalah haram. 

Tindakan dilakukan polis itu adalah betul, menahan mereka yang memakai baju berkenaan, perbuatan mereka itu salah dari segi undang-undang kerana terbabit dengan aktiviti haram. - Hishammuddin Tun Hussein 


Pakai baju kuning haram tetapi orang minum arak itu halal. Mana yang lebih haram dari halal? Selepas ini tukar semua jersi bola skuad kebangsaan kepada warna merah jambu. Tukar semua baju yang bekerja di pusat penapisan petronas kepada warna merah.



Harap kerajaan tukar lampu isyarat kuning kepada warna biru yang ada logo BN. Senang sikit supaya pengguna jalan raya boleh maki hamun dengan BN. Kalau isu baju ini mahu dijadikan bahan lawak, baik masuk pertandingan sarkas.


Kuning oh kuning engkau telah diharamkan di Malaysia. Perkataan BERSIH salah disisi undang-undang. Sahlah Malaysia sebuah negara KOTOR yang ditadbir oleh UMNO/BN. Semalam ada yang pakai baju telah diminta menanggalkannnya kerana baju itu BERSIH. Hanya syaitan sukakan kekotoran.


Tiada ulasan: