Khamis, 30 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


BERSIH 2.0 : Timbalan Pengerusi SPR sewajarnya meletak jawatan..

Posted: 30 Jun 2011 08:06 AM PDT

SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.


"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

Kenyataannya boleh dibaca di SINI.

"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.

"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.

Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.

Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.

Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.

Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.

Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.

Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".

"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.

Ceramah BERSIH 2.0 di Seberang Jaya dihalang dengan Perintah Mahkamah!

Posted: 30 Jun 2011 03:45 AM PDT



Bagi aku ini satu tindakan yang bijak oleh pihak Polis Pulau Pinang, mereka menggunakan saluran yang betul untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung di Tapak Ekspo,Seberang Jaya malam ini.

Antara yang tertulis dalam perintah Mahkamah itu ialah..


DAN BAHAWASANYA : Telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa kamu(Dr. Tan Kim Woon, Mohammad Sabu,Ong Chin Wen, Mohd Hanif, Dato Ambiga,Lim Guan Eng, semua orang yang dikenalpasti oleh anggota dan pegawai polis)dan penyokong BERSIH 2.0 akan meneruskan Ceramah/Perhimpunan yang dicadangkan ituwalau tidak ada kelulusan oleh Pihak Berkuasa.

Oleh yang demikian perhimpunan ini adalah dilarang..

Bagaimanapun perhimpunan tetap diteruskan dengan lokasi yang berbeza.. aku rasa SMS dah bertebaran keseluruh Pulau Pinang dah buat masa ini..

Dan ada pihak yang melaporkan kesesakan telah berlaku sepanjang 1.5km kerana pihak Polis telah mengadakan sekatan Jalan Raya menghala ke Seberang Jaya..


Najib kata UMNO Boleh Kumpulkan Tiga Juta Ahli "Lawan" Bersih

Posted: 30 Jun 2011 02:45 AM PDT

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan serangan terhadap Bersih dengan mendakwa beliau mampu menggembeling kesemu tiga juta ahli Umno untuk menentang "habis-habisan" perhimpunan aman itu pada 9 Julai depan.

Betulke tu?? kalau betul ada ahli seramai itu kumpulkanlah.. kenapa nak ditangkap sesiapa saja yang pakai baju berwarna kuning tak kira ada logo BERSIH atau tidak?

Lagipun adakah tangkapan tanpa mengikut undang-undang itu dikira bertanggungjawab? dan adakah menghalang rakyat untuk berhimpun secara aman itu juga tindakan yang bertanggungjawab?


Najib : Umno Boleh Kumpulkan Tiga Juta Ahli "Lawan" Bersih

SIPITANG, SABAH : Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan serangan terhadap Bersih dengan mendakwa beliau mampu menggembeling kesemu tiga juta ahli Umno untuk menentang "habis-habisan" perhimpunan aman itu pada 9 Julai depan.

"Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," kata Najib.


Bagaimanapun dalam ucapannya di Sipitang Sabah petang tadi, Najib langsung tidak menyentuh perarakan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno dan Perkasa untuk "menandingi" perhimpunan Bersih pada hari sama.

Perarakan bergelar "Patriot" oleh Pemuda Umno disusun oleh ketuanya Khairy Jamaluddin manakala tunjuk perasaan Perkasa di atur oleh Ibrahim Ali, Ahli Parlimen bebas yang berpihak kepada Umno.

Penganjur kedua-dua perarakan itu dikatakan mengugut untuk mengumpulkan ratusan ribu penyokong di Kuala Lumpur pada 9 Julai semata-mata untuk memaksa Bersih membatalkan perhimpunan aman bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Di Sipitang, Najib sekali lagi mengulangi tuduhan kononnya Bersih adalah didalangi oleh pembangkang untuk dijadikan modal politik.

"Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib.

Perdana Menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya.

Fakta Perdana Menteri itu tersasar. Pada pilihanraya umum 2004, BN dibawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menang 198 daripada 220 kerusi parlimen – satu rekod untuk pilihanraya umum di Malaysia.

Najib mendakwa Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan "hanya menunggu masa" untuk melaksanakannya.

Beliau bagaimanapun tidak mengupas isu kenaikan harga barang yang mencengkam rakyat dan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat gergasi yang menghauskan dana kerajaan.

Najib mendakwa perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini dirancang oleh "kumpulan pengacau yang boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata."

Penganjur Bersih, Ambiga Sreenevasan menegaskan Bersih adalah instiatif pertubuhan bukan kerajaan untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.

Beliau menjemput semua pihak termasuk parti politik untuk menyokong gerakan aman itu bagi memastikan Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan tanggungjawab secara berwibawa.

Bagaimanapun undangan Ambiga tidak disambut oleh parti-parti komponen Barisan Nasional termasuk Umno tetapi hanya oleh Pakatan Rakyat.

Polis seterusnya mengishtiarkan Bersih sebagai perhimpunan haram dan telah menangkap 100 orang kerana memakai baju dengan logo perhimpunan itu atau mengedarkan risalah mengenainya.

Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim pula disoal siasat di bawah Akta Polis berhubung perhimpunan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kononnya Bersih akan mencetuskan ketegangan dan berkemungkinan melibatkan kehilangan nyawa jika ia diteruskan.


TVS News

Pemuda UMNO dan AMK Bertembung, Polis campurtangan.

Posted: 30 Jun 2011 01:58 AM PDT



PETALING JAYA: Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.

Enam kereta polis yang turut berlegar-legar di kawasan ibu pejabat PKR itu.


Ketua Balai Polis Damansara, Thomas Long kelihatan berbincang dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Kekacauan bermula apabila sekumpulan 30 ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan 50 anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR.

AMK pula melaungkan kata-kata provokasi kedatangan Pemuda Umno seperti 'mamak balik' Pemuda Umno yang turut digelar 'Patriot' hadir jam 12.50 tengah hari, untuk membuat laporan polis di balai polis Tropicana.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda Umno, Exco Pemuda Lokman Adam dan turut serta Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia-Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Wilayah Rizalman Mokhtar,ketua pemuda Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Laporan itu berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismial yang mendakwa Pemuda Umno mengugut membakar ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun, dakwaan itu disanggah Exco Pemudanya Lokman Noor Adam yang kemudiannya membuat laporan polis tersebut.

"Saifuddin Nasution pada 27 Jun lalu kata saya berada di pejabat PKR dan keluarkan ugutan bahawa akan membakar pejabat terbabit.

"Beliau (Saifuddin) juga berkata kami (Pemuda) bertindak akan mencederakan (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S Ambiga sekiranya perhimpunan Bersih tetap diadakan,.

Hanya fitnah



"Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin," katanya dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.

Malam Isnin lalu, kira-kira 600 ahli Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR.

Lokman dan beberapa yang lain memberi ucapan yang disifatkan oleh PKR sebagai provokasi kepada mereka.

Lokman mendakwa ibu pejabat PKR itu bukan milik Anwar sebaliknya milik ahli perniagaan bernama Datuk Soh Chee Wen.

Beliau turut menafikan dakwaan Saifuddin bahawa ucapannya adalah bertujuan memberi arahan untuk membakar ibu pejabat PKR.

"Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand," katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.

Reezal Merican yang ditemui pula kecewa dengan kata-kata provokasi yang sering dilaungkan anggota AMK iaitu 'mamak' dan disifatkannya sebagai satu penghinaan.

"Teriakan mamak satu provokasi. Kami datang ibu pejabat ini kenapa? Kerana niat Bersih yang menjadi petualang untuk gulingkan kerajaan dengan haram.

"Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pernah berkata jika tidak boleh gulingkan kerajaan secara pilihan raya kita akan guna jalan raya dan akan kuburkan perlembagaan," kata ketua penerangan Pemuda Umno itu.

Menurut Reezal, 'Patriot' akan tetap turun 9 Julai ini untuk mempertahankan tanah air.

Selain Reezal dan Lokman, Ketua Pemuda Wilayah, Rizalman Mokhtar dan Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal hadir sama.


Free Malaysia Today

Pakatan sudah risau kebangkitan BN?

Posted: 30 Jun 2011 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Oleh itu kata beliau, parti-parti komponen berkenaan akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Di separuh pertama tempoh pascapilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan bersiri di beberapa pilihan raya kecil, tetapi kedudukan itu digantikan oleh kemenangan di pihak BN sejak pertengahan 2009.


"BN sudah mula menang... (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN)," kata beliau pada sesi dialog forum makan tengah hari bertajuk "Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?" anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini.

Sehubungan itu kata beliau rakyat Malaysia perlu faham "apa agenda mereka", dilihat merujuk kepada perkembangan semasa menyaksikan sokongan penyertaan komponen Pakatan Rakyat ke atas Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini.

Sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil, bermula dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir ialah pilihan raya kecil serentak kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Sementara Himpunan Bersih 2.0 mendapat sokongan daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas memprotes perhimpunan tersebut.

Seorang peserta forum mengemukakan soalan tentang pendirian SPR ekoran kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan jalanan untuk menang pilihan raya umum dan menguasai Putrajaya.

Pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya akan menggunakan pilihan raya untuk menewaskan BN, bukannya cara lain.

Wan Ahmad juga mendakwa isu-isu yang dibawa Bersih dan parti-parti sokongan mereka bertujuan menimbulkan kebencian ke atas SPR dan institusi kerajaan, yang mana suasana itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk undi ketika pilihan raya umum.

Kata Wan Ahmad, mereka akan pergi ke kawasan-kawasan kampung menyebarkan isu-isu yang tidak tepat untuk mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar.

"Sampai kakak saya pun kata apa yang dikatakan mereka itu betul," katanya lagi.

Menjawab soalan mengenai status Pakatan Rakyat, Wan Ahmad mengakui ia bukan satu badan formal tetapi perikatan longgar.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai perikatan yang sah bagi memudahkan perjalanan pilihan raya.

"Nasihat saya eloklah didaftar... baik untuk negara jika ada dua parti politik, untuk rakyat membuat pilihan," katanya lagi.

The Malaysian Insider

BERSIH : Putrajaya arah stesen swasta ‘kubur’ berita

Posted: 29 Jun 2011 07:01 PM PDT



KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pentadbiran Najib memberi amaran kepada stesen-stesen siaran swasta daripada menyebut apa-apa tentang Himpunan Bersih 2.0 atau tarikh ia akan diadakan, sebaliknya mahu mereka memberi amaran kepada orang ramai daripada menyertai tuntutan jalanan meminta pilihan raya adil dan bebas.

Difahamkan bahawa sejak minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta eksekutif media stesen-stesen swasta untuk memaklumkan mereka mengenai garis panduan baru itu selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih sebagai haram.

"Kami tidak boleh menyebut Bersih, tarikh 9 Julai perhimpunan diadakan dalam siaran kami tetapi kami mesti memberi amaran mengenai demonstrasi ini. Bagaimana kita boleh melakukannya?" kata seorang eksekutif media kepada The Malaysian Insider.

Putrajaya memiliki Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengadakan siaran radio dan televisyen, malah menyediakan lesen kepada stesen swasta seperti Astro, The Star Publications yang turut mempunyai stesen radio, Media Prima Berhad yang mengendalikan stesen radio dan televisyen serta stesen radio BFM.

"Kami kena menghantar skrip radio kami untuk diteliti (pihak berkuasa). Ia sesuatu yang mengarut," kata seorang lagi eksekutif kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan arahan itu datang daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di sebalik tindakan polis menghalang perhimpunan anjuran Bersih, yang dijadual untuk diadakan 9 Julai ini menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Perkasa dan Pemuda Umno juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0.

Semalam, Hishammuddin mengisytiharkan kemeja-T sebagai haram manakala pihak polis menyerbu sekretariat Bersih di Petaling Jaya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya bukan sahaja menahan sesiapa yang menggunakan kemeja-T Bersih 2.0 tetapi kemungkinan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja menggunakan apa juga cara untuk mempromosikan perarakan haram.


The Malaysian Insider

Menteri, polis jangan atasi parlimen – Aziz Bari

Posted: 29 Jun 2011 06:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Sementara Ismail pula menambah, sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan itu juga akan ditahan kerana melakukan kegiatan menghasut.

Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

"Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan,".

"Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka", kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.

Dengan itu, katanya, orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua.

Menjelang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, pihak polis bertindak sewenang-wenang menahan orang ramai yang mereka dakwa ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.

Sehingga kini seramai 95 orang ditahan polis atas dakwaan mempromosikan himpunan itu, termasuk kesalahan memakai baju T Bersih.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kelmarin menyeru pihak berkuasa membenarkan perhimpunan aman tersebut dianjurkan.

Tegas Suhakam, rakyat mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana terkandung dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16229

BERSIH : Paku ditabur, Baju dirampas

Posted: 29 Jun 2011 06:40 PM PDT


Lambakan paku yang ditemui Unit Amal PAS

SHAH ALAM: Paku ditabur sekitar kawasan tempat letak kereta program solat hajat dan pidato khas sempena Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam yang berakhir tengah malam tadi,

Seorang aktivis PAS Shah Alam, Mohd Khairul Afandi Ibrahim memberitahuKeadilanDaily, mereka menemui ratusan paku dan benda tajam yang ditabur selepas aduan orang ramai.

Menganggapnya sebagai sabotaj, beliau berkata, mereka menghabiskan lebih sejam untuk membersihkan kawasan itu dan menempatkan Unit Amal supaya gangguan tidak berlanjutan.

Ribuan hadir program yang menampilkan antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi serta wakil sekrertariat Bersih, Arumugam.

Malaysiakini pula melaporkan, cubaan merampas baju Bersih oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah itu.

Pada kejadian di pintu masuk Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju Bersih yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

Keadaan hampir 10 minit itu mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16250

Sifat Munafik Najib makin terserlah..

Posted: 29 Jun 2011 09:41 AM PDT

"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat."

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaItu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.

Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.

Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.

Segala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.

NONE

Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.

Tembelang pecah

Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Najib "pecah".

NONEJanji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.

Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.

Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.

Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

NONEApakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?

Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.

police crack down bersih 290611 melacca chinese assembly hallIni kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.

Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang "bersih" dan tidak mencurigakan.

Amat berpengetahuan

Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.

Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Timesdan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.

bersih rally 271207 06Ini tidak termasuk RTMdan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.

Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.

Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.

Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.

Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.

NONEBeliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.

Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?

Tutup sebelah mata

Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

NONEKehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."

Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.

NONESebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.

Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna

Tiada ulasan: