Senyum Tangis Sendu |
- Wei, Mana Satu Betul Ni?
- Menteri Jahil dan Prejudis
- Al-Quran Dibuang ditempat Pusat Kitar Semula
- Akhirnya UMNO Terjerat isu Pasar MPKB Tidak Bayar Bil Elektrik
| Posted: 22 Jun 2011 06:00 AM PDT Klik imej bagi pembesaran Ban Jir kurang faham dengan jalan cerita dari akhbar Kosmo yang disunting dari Bernama ini. Tajuk berita ini ialah "Jurugambar Kosmo dikasari Pesalah". Tetapi bila dibaca tidak tahu siapa yang jadi jru gambar dan siapa yang dituduh khalwat. Selepas habis baca akhbar tersebut seperti jurugambar itu yang terlibat dengan kes khalwat dan telah diserang oleh pesalah khalwat. Pesalah khalwat menyerang jurugambar yang berjaya diselamatkan oleh rakan media yang lain ketika di tempat kejadian. Cuba tengok seperti yang Ban Jir bulatkan dalam akhbar di atas. Siapa yang jadi jurugambar dan siapakah yang dituduh khalwat dalam cerita di atas. Jurugambar tersebut bernama Sharani dan yang dituduh khalwat bernama Shahrani.
Nampaknya jurugambar itu merupakan seorang jurutera kanan yang telah diserang oleh yang berkhalwat yang mana penyerang itu adalah beliau sendiri. |
| Posted: 22 Jun 2011 01:00 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan maahad atau sekolah agama untuk menyebarkan agenda kumpulan pengganas Jemaah Islamiah. Katanya, penelitian polis mendapati memang wujud aktiviti sedemikian untuk merosakkan pemikiran pelajar sekolah. "Kita bimbang ia ulangi peristiwa tak baik seperti Al-Maunah," katanya. P/s: Minda menteri yang jumud. Takut yang tidak bertempat. Siapa pengganas dalam negara? Polis yang tembak remaja yang tidak berdosa atau mereka yang menuntut ilmu agama yang ganas? |
| Al-Quran Dibuang ditempat Pusat Kitar Semula Posted: 21 Jun 2011 11:00 PM PDT BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya. Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini. Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan. Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu. "Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu. "Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ," katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin. Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual. Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini. Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya. |
| Akhirnya UMNO Terjerat isu Pasar MPKB Tidak Bayar Bil Elektrik Posted: 21 Jun 2011 07:08 PM PDT Gambar mogok cetusan puak-puak UMNO sebelum ini KOTA BHARU: Para peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) hari ini mengakui bahawa mereka gagal membayar bil elektrik selama beberapa bulan lalu hingga berlaku tunggakan yang tinggi mengakibatkan bekalan dipotong. Namun mereka menyalahkan pihak pengurusan arked itu kerana tidak menghantar wakil untuk mengutip bayaran utiliti dan sewa premis. Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu Ab Salim Ahmad mendakwa pihak pengurusan Pasar Lama Arked MPKB tidak pernah menguruskan kutipan bil utiliti termasuk elektrik dan sewa kedai sejak beberapa bulan lalu menyebabkan peniaga tidak membayar bil berkenaan. "Kami tidak tahu kenapa isu ini pula yang berbangkit, memang kami mengakui terdapat tunggakan bil utiliti tetapi persoalannya kenapa pihak pengurusan sekarang tidak menghantar wakil untuk mengutip bil dan sewa kedai sebagaimana yang dibuat oleh syarikat sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini. Ab Halim mengulas laporan lidah rasmi Pas, Harakahdaily.net hari ini yang mendakwa tunggakan bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 yang gagal dibayar oleh peniaga di arked itu sejak beberapa bulan lalu menyebabkan bekalan elektrik di premis mereka dipotong Jumaat lalu. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan