Pahang Daily Online |
- Panas: Gara-Gara Melibatkan Nama Pihak Istana Dalam Kontroversi "Projek Lynas", Seorang Ustaz Telah Di Siasat Polis Dekat IPD Kuantan Semalam
- Kontroversi: Bersih 2.0 Wajar Di Teruskan, Si Tan Sri Aziz Yusoff 'Memperbodohkan' Dirinya Sendiri Bila Keluar Kenyataan 'Pertahan Penipuan' SPR !!
- Satu Lagi NGO Iaitu Transparency International Malaysia Nyatakan Sokongan Bersih 2 Dan Desak Pilihanraya Bersih, Bebas Dan Adil Di Negara Ini
- Panas: Orang Ramai Gempar, Kompleks Membeli Belah 'Kuantan Parade' Terbakar Awal Pagi Tadi !
| Posted: 22 Jun 2011 04:31 AM PDT ![]() KUANTAN, 22 Jun - Ini berita panas yang baru kami terima. Dipercayai seorang yang bergelar "Ustaz" telah disiasat polis gara-gara mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan "pihak istana" dengan projek kontroversi pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kejadian dipercayai berlaku di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Taman Chenderawasih dekat sini malam semalam. Ustaz terbabit difahamkan merupakan anak kepada seorang "tokoh agama" tersohor di bandar ini. Beliau dikatakan telah menyampaikan tazkirah Maghrib di masjid terbabit, dalam dalam kerancakan menyampaikan kuliah agamanya itu dia tersebut berkenaan isu "Lynas". Mungkin dek kerana keghairahan memberikan komen dan pandangan akhirnya beliau tersebut nama "pihak istana" terbabit yang kononnya dikaitkan dengan projek berkenaan. Lantaran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang dipercayai turut mendengar tazkirah berkenaan. Akibat tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, maka pihak terbabit telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Ustaz terbabit dilaporkan telah disiasat oleh pihak polis selama lebih tiga jam atas kenyataan terbabit. Perkara ini dipercayai telah sampai ke pengetahuan pihak istana. Malah, difahamkan juga pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diarahkan supaya menggantung sementara Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan sehingga ke tarikh yang bakal dimaklumkan kemudian. [Kami akan melaporkan seterusnya kes ini selepas mendapatkan info terkini daripada pihak yang berkenaan. Difahamkan isu ini kian kecoh di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Tambahan pula ustaz berkenaan dikatakan hanya menggantikan slot ayahnya untuk menyampaikan tazkirah pada malam kejadian. Justeru itu, rakyat Pahang diseru agar lebih berhati-hati dengan kenyataan terutamanya yang melibatkan pihak istana dalam berbagai isu sensitif yang berlaku di negeri ini. Institusi istana perlulah dihormati walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Tindakan mengeluarkan kenyataan biar pun secara tidak sengaja akan menyebabkan berlaku kekeliruan terutamanya bagi pihak istana. Langkah terbaik ialah berhadpaan dengan kerajaan yang dipilih menerusi politik dalam isu sensitif seperti ini. Istana perlu dilihat berada diluar politik dan wajar dihormati oleh semua pihak. Memang ada banyak kedengaran pihak-pihak tertentu yang dipercayai marah kepada pihak istana, kononnya terlibat dibelakang tabir projek Lynas tersebut. Namun mereka harus ingat, selagi tiada bukti kukuh maka pihak-pihak berkenaan tidak wajar mengeluarkan kenyataan secara terbuka. Tambahan pula isu Lynas memang semakin sensitif dan cukup kontroversi sekarang]. |
| Posted: 22 Jun 2011 01:42 AM PDT ![]() Kenyataan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof (foto) bahawa Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan dan ia sentimen pada (Pilihan Raya Umum) 2008. Pada 2004 berbeza. "Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya. Namun yang menjadi persoalannya, sentimen SPR sendiri bagaimana? Dengan perkataan lain, SPR condong ke arah parti dan calon yang bagaimana? Soalan-soalan ini harus ditanya berulang-ulang kali. Ini kerana jika SPR mengatakan ia berkecuali mengapa banyak sangat sentimen Badan Bukan Kerajaan, Majlis Peguam dan sudah tentu parti-parti politik cenderung mengatakan SPR tidak telus dan tidak berlaku adil pada semua, khususnya rakyat dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Ada rakyat yang tidak pernah mendaftar tiba-tiba mendapati nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih. Ada yang sudah mendaftar tetapi tersenarai dalam daftar di kawasan undi yang tidak munasabah jauhnya dari alamat tinggal mereka. Ada juga yang sudah mendaftar, pernah mengundi tetapi tiba-tiba mendapati tempat mengundi mereka dipindahkan ke pusat lain tanpa notis. Ada juga semakan yang dibuat mendapati pada sesuatu alamat ada berpuluh pengundi didaftarkan. Ada juga senarai pemilih dalam daftar tersebut lebih ramai dari penduduk sesebuah rumah panjang! SPR Tidak Boleh Double Standard Buat Keputusan Selain itu timbul pula kemusykilan bagaimana sebenarnya undi pos dijalankan. Bagaimana apabila ada kes Agen. Mengundi dan Agen Pengiraan Undi atau PACA memantau proses pembuangan undi pos mendapati hanya tiga orang yang keluar mengundi di sebuah tempat pembuangan undi tetapi apabila keputusan dibacakan ada lebih 127 pengundi diumumkan telah membuang undi di pusat berkenaan. Parti mana yang mendapat manfaat atau undi majoriti dalam proses pilihanraya itu memang agak mudah diterka. Undi pos adalah undi mereka yang tidak berpeluang membuang undi pada hari mengundi diadakan kerana bertugas di seberang laut, atau di kawasan pedalaman seperti anggota keselamatan negara. Bagaimanapun mengapa anak isteri mereka pun dikelompokkan dalam senarai undi pos? Ini belum mengambil kira ada anak isteri anggota keselamatan yang tidak pernah mengisi Borang A untuk mendaftar sebagai pengundi tetapi secara automatik disenaraikan sebagai pemilih menurut sistem undi pos! Ini semua adalah sentimen rakyat, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan parti-parti politik Bukan-BN terhadap SPR. Pengerusi SPR tidak boleh alpa dan terlepas pandang terhadap hakikat ini. Ini bukan sekadar persepsi. Ia sudah menjadi sentimen yang ranum di hati rakyat. Percubaan untuk mengelak menerima hakikat ini adalah buruk padahnya kepada kewibawaan SPR dan kakitangannya sendiri dalam jangka masa panjang. Sebab itu rakyat ingin bersuara. Mereka mahu hapuskan sentimen terhadap SPR yang mencurigakan ini. Sebab itu juga digerakkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0. Kemuncak gerakan ini ialah pada 9 Julai 2011 ini nanti.Usaha raksasa kali kedua ini dijangka akan disaingi oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Perkasa, gerakan Melayu berhaluan kanan yang tidak mahu tatakelola SPR diubah atas nama "memelihara kepentingan Islam dan Melayu". Sekali lagi tidak sukar untujk memahami mengapa Pemuda Umno atau Perkasa mahu menyaingi usaha Bersih 2.0. Ini tentunya kerana apa yang dituntut Bersih 2.0 ialah supaya pengurusan pilihanraya di negara ini dilakukan benar-benar atas landasan keluhuran undang-undang dan keadilan. Rakyat tahu segala kepincangan sistem pilihanraya di negara ini selama ini menguntungkan siapa. Pilihanraya bukan sahaja ditentukan oleh sentimen. Ia juga berkaitan dengan ruang dan peluang. Jika sebelah pihak sahaja diberi peluang untuk menghebahkan manifesto mereka melalui sistem media berbayar dan awam tetapi tidak bagi pihak yang lain, bagaimana rakyat boleh membuat keputusan yang tepat siapa yang patut dipilih menjadi wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri? SPR mesti tegas dalam soal agihan peluang dan ruang bagi semua pihak yang menawarkan diri bertanding dalam sistem pilihanraya yang dikendalikannya. SPR juga mestilah memberi peluang kepada rakyat sepenuhnya. Yang pasti sebagai sebuah negara membangun Malaysia boleh dan mampu mewajibkan pendaftaran setiap kelahiran warganya dan dikeluarkan surat beranak setiap seorang. Kemudian prosedur ini disahkan pula dengan pendaftaran wajib kad pengenalan ketika berusia 12 tahun. Berbilion ringgit dibelanjakan untuk wujud dan amalkan sistem ini. SPR Sengaja Tidak Berlaku Telus Dalam Tindakan Namun malangnya pangkalan data ini tiba-tiba tidak terpakai oleh SPR untuk mendaftarkan mereka secara automatik sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun. Isteri dan keluarga anggotan keselamatan boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik; tapi rakyat biasa yang mempunyai surat beranak dan kad pengenalan tidak boleh. Bukankah ini ganjil? Ini bermakna sama ada kita hendak mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak cekap atau SPR sebenarnya malas, culas atau mungkin mempunyai sentimen yang kurang cenderung kepada ketelusan dan keadilan untuk setiap rakyat memilih kerajaan mana yang mereka mahu mentadbir negara. Sehubungan itu, jika jabatan Imigresen boleh menguruskan keluar masuk setiap insan ke negara ini hanya dengan menggunakan pengenalan cap jari atau biometrik, mengapa SPR tidak mampu menggunakan pendekatan yang sama? Atau, sekurang-kurangnya menggunakan sistem dakwat pada jari pengundi bagi memastikan tiada mengundi lebih sekali. Alasan yang mengatakan bahawa pendaftaran sebagai pengundi tidak diwajibkan di bawah Perlembagaan dan lantas mengundi tidak boleh diwajibkan, adalah hujah yang lapuk dan terlalu kebudak-budakkan. SPR adalah badan mutlak yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini oleh Perlembagaan Negara. Ia seharusnya bertindak tuntas dan dengan telus dalam menunaikan tanggungjawab ini. Pandangan Tan Sri Aziz bahawa sentimen rakyat terhadap parti-parti yang bersaing dalam pilihanraya mungkin berubah-ubah menurut iklim dan isu politik. Namun sentimen rakyat terhadap SPR seharusnya terus bening dan bersih serta tekal. Kewibawaan SPR harus luhur dan adil. Ini kerana Kerajaan yang dilahirkan daripada pilihanraya yang bersih dan adil sahajalah yang boleh dikira sebagai Kerajaan yang berdaulat dan wajib disokong oleh setiap rakyat. Oleh itu sentimen SPR terhadap setiap parti politik berdaftar pula haruslah sentiasa bersih dan tiada pilih kasih. Hidup Bersih 2.0! tvsnews [Sebenarnya, penipuan dan sikap double standard SPR ini memang sudah diketahui sejak sekian lama. Malah, peliknya mereka masih terkinja-kinja kononnya pilihanraya di Malaysia bersih, adil dan telus. Mereka memang bersikap begitu, tetapi hanya untuk UMNO BN. Sebaliknya mereka boleh keluarkan berbagai arahan dan undang-undang baru untuk menakut-nakutkan parti lain. Semua ini telah disedari oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Cuma mereka masih takut untuk bersuara bagi mempertahankan hak-hak mereka. SPR banyak berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk melaksanakan agenda mereka. Anehnya, bila mahu pendaftaran pengundi automatik kepada rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, macam-macam alasan yang diberikan. Mereka cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan kenyataan kononnya SPR bersikap telus dan adil. Padahal mereka sebenarnya cuba melakukan apa jua cara untuk memastikan UMNO BN terus kekal berkuasa. Jika dilihat kepada sentimen, sebenarnya pada PRU12 yang lalu BN sudah tumbang berdasarkan undi popular. Namun, dek kerana sentimen SPR yang memihak kepada BN maka itulah kenyataan itu dinafikan. Lihat saja apa yang berlaku di Perak, SPR tergamak menolak surat rasmi daripada Speaker DUN perihal tiga ADUN lompat yang sepatutnya mengosongkan kerusi mereka. Namun, dek kerana sikap bangang SPR yang cuba menjadi hakim maka kuasa speaker dinafikan dan mereka lebih rela merujuk surat tangan dari wakil rakyat terbabit. Ini semua bukti yang menunjukkan SPR memang sengaja mahu berpihak kepada BN dalam hal tersebut. Maka itu, usahlah SPR merasa mereka itu jujur dan ikhlas dalam kerja jahat mereka. Rakyat hakim negara yang terpaksa menentukannya menerusi Bersih 2.0]. |
| Posted: 22 Jun 2011 12:29 AM PDT KUALA LUMPUR 22 Jun - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap agenda himpunan BERSIH 2.0 untuk mendesak pilihan raya bersih, bebas dan adil di negara ini. Presidennya Datuk Paul Low (foto) berkata, masyarakat umum tanpa mengira ideologi politik harus menyokong apa yang diperjuangkan BERSIH 2.0 kerana apa jua keputusan pilihan raya sepatutnya menyerlahkan kehendak masyarakat. "Perjuangan menentang korupsi di mana- mana negara bermula dari atas arena politik. Bermula dengan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil di mana integriti proses pilihan raya dijaga rapi," tegas Paul dalam kenyataan medianya hari ini. BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan raksaksa 9 Julai depan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini gagal melakukan reformasi di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO BN. Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah, agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. BERSIH 2.0 yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) bersedia menggerakan himpunan aman bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan rakyat besar- besaran pada kali pertama November 2007. [TI-M sebagai badan yang memperjuangkan ketelusan mengulai pendirian mereka agar agensi kerajaan bertindak tegas terhadap segala dakwaan korupsi termasuk pembelian undi serta cara berkempen sewaktu pilihan raya yang dikelolai oleh SPR. Malah SPR sepatutnya menetapkan undang- undang pelaksanaan pembiayaan pilihan raya dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencegah sebarang salah laku. Paul Low juga berkata, TI-M telah mengajukan 22 cadangan untuk penambahbaikan politik termasuk pilihan raya kepada Perdana Menteri pada 5 Mei 2011 lalu. "TI-M sejak 2009 telah adakan kajian, khidmat konsultasi, bengkel untuk penambahbaikan pembiayaan politik negara ini. SPR dan parti politik turut ambil bahagian dalam kajian dan konsultasi," jelasnya. tvsnews |
| Panas: Orang Ramai Gempar, Kompleks Membeli Belah 'Kuantan Parade' Terbakar Awal Pagi Tadi ! Posted: 21 Jun 2011 07:54 PM PDT KUANTAN, 22 Jun - Orang ramai yang berkunjung ke komplek membeli belah Kuantan Parade dekat sini kecoh apabila dilaporkan kebakaran berlaku di premis berkenaan. Masing-masing terpingga-pingga melarikan diri ke luar bangunan untuk menyelamatkan diri. Kebakaran yang dipercayai bermula sekitar jam 10.00 pagi itu dikatakan berpunca dari bahagian foodcourt komplek membeli belah berkenaan. Tinjaun kami ke lokasi terbabit mendapati pihak polis telah mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Jalan Penjara berhadapan dengan Bangunan Perkeso menuju ke Bangunan Komplek Teruntum (PKNP). Jalan tersebut ditutup kepada semua lalu lintas untuk tujuan keselamatan. Pihak bomba didapati sedang berusaha mengenal pasti punca kebakaran dan berusaha memadamkan api berkenaan. Sementara itu orang ramai termasuk pekerja komplek membeli belah itu didapati berada diluar bangunan dalam keadaan cemas. Mereka terkejut, kerana sejak beroperasi inilah kali pertama kejadian kebakaran itu. Ketika laporan ini ditulis kebakaran masih belum dapat dipulihkan lagi. Kelihatan asap hitam berkepul-kepul keluar menerusi serombong udara. Asap kelihatan keluar dari serombong udara bahagian foodcourt terbabit Foodcourt berkenaan dipercayai diuruskan oleh syarikat Sri Affa Kuantan Orang ramai panik bila dimaklum bangunan Kuantan Parade terbakar Kelihatan kereta bomba dan beberapa anggota polis mengawal lalu lintas [Keadaan dipercayai terkawal dan tidak ada kejadian tidak diingini berlaku. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak bomba yang begitu cepat bertindak mengawalnya. Difahamkan, kebakaran itu juga mungkin berpunca dari kawasan permainan kanak-kanak di tingkat dua bangunan terbabit. Namun, semuanya belum dapat disahkan lagi. Apapun, semua pihak diminta berhati-hati selepas ini. Pihak kami masih menunggu laporan sepenuhnya punca sebenar kebakaran terbabit, sama ada ia berpunca dari kawasan foodcourt atau pun kawasan permainan kanak-kanak dalam bangunan terbabit. Laporan ini bukanlah bertujuan menyalahkan mana-maan pihak dan ia tidak ada kepentingan politik apa-apa pun sebenarnya. Cuma diharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat memastikam keselamatan orang ramai]. |
| You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan