Jumaat, 17 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar: Tilawah Al-Quran Baik Tapi Cara Macam Ini Kureng Baik

Posted: 17 Jun 2011 06:05 AM PDT






Majlis Tilawah al-Quran yang dijalankan itu memang baik tetapi cuba lihat kedudukan penyanyi nasyid yang duduk antara lelaki dan perempuan berdekatan tanpa diasingkan kedudukan seperti tidak menghormati majlis tersebut.

Apa salahnya jika diasingkan kedudukan lelaki dan perempuan di sebelah kiri dan kanan pentas? Itu menunjukkan tidak menjaga sensitiviti serta melakukannya tanpa segan silu. Mencampur adukan antara yang halal dan haram.

Sudah 200 Web Kena Godam

Posted: 17 Jun 2011 01:17 AM PDT


Tidak kurang 200 laman web di negara ini diserang oleh penggodam sejak empat hari lalu.

Daripada jumlah itu, 90 peratus serangan dikenalpasti dijalankan oleh penggodam tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili.

Menurut beliau, 60 peratus laman web yang telah digodam itu adalah milik kerajaan dan agensinya. Sebahagian besar daripadanya sudah berjaya dipulihkan.

Ongkili, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah yang terbabit dengan penggodaman itu dan berkata akan menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis untuk bertindak.

Digantung Tugas Kerana Ketuk Ketampi

Posted: 16 Jun 2011 06:56 PM PDT


Dua pegawai imigresen digantung tugas ekoran laporan bahawa dua wanita Singapura dipaksa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel minggu lalu selepas ditahan kerana dipercayai memasuki Malaysia secara tidak sah.

Akhbar Straits Times Singapura dalam laporannya hari ini berkata Kementerian Luar republik itu melihat perkembangan tersebut sebagai "sesuatu serius dan menimbulkan kebimbangan."

"Kami mengalu-alukan pengumuman segera pihak berkuasa Malaysia bahawa siasatan segera akan diadakan," kata akhbar itu memetik jurucakap kementerian tersebut.

Akhbar itu melaporkan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad semalam bahawa pegawai-pegawainya telah digantung tugas sehingga satu inkuiri pelbagai peringkat selesai.

Alias berkata panel tujuh orang itu akan menyerahkan laporannya kepada Jabatan Imigresen dan kemungkinan akan memanggil kedua-dua wanita itu jika perlu.

Tiada ulasan: