Jumaat, 17 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Satu lagi Projek Barisan Nasional!! Macam ni punya jalan pun RM565 Juta?

Posted: 17 Jun 2011 04:32 AM PDT



Ini adalah satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional! Projek Jalan Kalabakan-Sepulut bernilai RM565 juta di Sabah..

Kontrak HQ.57/2004(F) iaitu Kontrak Membina Jalan Sapulut-Kalabakan yang bernilai RM 565 juta telah dianugerahkan kepada Gamuda Berhad dan juga syarikat Konsortium F.A Irama Duta Sdn. Bhd. (untuk kerja penyukatan dan penyiasatan tanah) dan beberapa sub-kontraktor kecil-kecilan lain.


Oleh : MUTALIB M.D

PROJEK Jalan Kalabakan-Sepulut bernilai RM565 juta adalah projek tenat dan bukti nyata kerajaan Barisan Nasional menggali kubur sendiri di Sabah, terutama membazirkan sejumlah RM270 juta lagi untuk menaiktaraf jalan berkenaan yang kini lebih teruk daripada Jalan Pembalakan di era 70-an.

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu menyatakan sedemikian setelah muak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Jabatan Kerjaraya Malaysia dan terkesima dengan ribuan keluhan rakyat yang disampaikan kepada beliau melalui surat, email atau sms.

Kata Patrick, walaupun ada pihak telah membuat Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2008, tetapi hanya ibarat mencurah air ke daun keladi, mungkin disebabkan SPRM tidak berminat untuk menyelongkar sampah yang disapu ke bawah permaidani UMNO.

Mengikut tinjauan dan pemantauan yang beliau lakukan sebelum bertolak ke London untuk menemui Queen Counsel, terdapat lebih 15 kawasan yang sukar dilalui kenderaan di sepanjang jalan tanah merah sejauh 145 kilometer tersebut.

"Ini bukan lagi Trunk Road yang dijanjikan tetapi sudah layak digelar 'Drunk Road atau Shrunk Road," kata Patrick yang merujuk kepada kontrak HQ.57/2004(F) iaitu Kontrak Membina Jalan Sapulut-Kalabakan yang bernilai RM 565 juta.

Kontrak tersebut kata Patrick telah diberikan 'secara silap' kepada Gamuda Berhad dan juga syarikat Konsortium F.A Irama Duta Sdn. Bhd. (untuk kerja penyukatan dan penyiasatan tanah) dan beberapa sub-kontraktor kecil-kecilan lain.

Jangkaan tempoh pembinaan dan penyiapan projek bermula pada 2001 dan siap pada 2007 dan dikatakan 'telah siap' pada tahun 2008.

Gamuda Berhad, milik anak Sultan Perak, Raja Dato' Seri Eleena binti Raja Azlan Shah yang pemegang saham terbesarnya termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Generasi Setia Sdn.Bhd dan Dato Lin Yun Ling, kata Patrick, telah gagal menyiapkan projek berkenaan ke tahap jalan berturap, namun tidak disenaraihitamkan.

Dalam pada itu, mengikut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam Laporan Audit Negara 2008, pihaknya mengesan banyak kelemahan ketara pada projek tersebut, terutama tidak melaksanakan kerja penyiasatan tanah dengan sempurna.

"Banyak bahan yang tidak sesuai seperti kayu balak yang digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsesi pembalakan tidak dapat dikesan. Kualiti kerja juga tidak memuaskan di beberapa lokasi kerana terdapat lubang pada permukaan jalan, permukaan jalan mendap, bahu jalan ternaik, longkang rosak, perlindungan tebing sungai terhakis serta penahan tembok runtuh," katanya.

Menurutnya, pembinaan jalan tersebut, turut menggunakan jajaran jalan pembalakan digunakan dua syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan dengan aktif di situ.

Melalui semakan audit terhadap bancian yang dilakukan perunding di tiga lokasi, mendapati purata kekerapan lori balak adalah 27 kali sehari di lokasi CH:82000, 97 kali sehari di CH109000 dan 101 kali sehari CH:128000 dengan muatan lori balak antara 42.54 tan hingga 62.08 tan.

Ambrin berkata, lori balak yang kerap menggunakan jalan tersebut adalah juga faktor yang melambatkan proses pembinaan dan menyebabkan kerosakan jalan baru dibina, sedangkan kapasiti jalan ini hanya dibina untuk muatan sehingga 30 tan saja.

Projek yang dipantau Cawangan Lebuh Raya di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah dan seorang jurutera daripada Jabatan Kerja Raya Tawau bertujuan menghubungkan Pekan Sapulut di Daerah Keningau dengan Kalabakan di Tawau dan beberapa penempatan yang sebelum ini penduduknya menggunakan sungai untuk ke pekan atau pusat pentadbiran kerajaan.

Ambrin turut mengesyorkan JKR supaya memohon lagi peruntukan kewangan tambahan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menyambung kerja-kerja penurapan aspal jalan berkenaan.

Sementara itu, anak kepada wartawan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, Sugyanto S Jumadi (gambar) yang baru beberapa hari lalu menggunakan jalan tersebut untuk menziarahi keluarganya dengan menaiki kereta sewa pacuan empat roda turut terkejut dan cemas melihat keadaan jalan seteruk itu sehingga ada rakannya yang pitam dan muntah-muntah kerana lantunan dan hentakan kenderaan pada permukaan jalan yang tidak rata.

"Camel Trophy pun tidak seteruk yang kami rasakan. Cukuplah. Serik sudah saya lalui jalan Sepulut-Kalabakan ini. Tidak tahulah macam mana Ahli Parlimen dan Adun boleh tidur lena tengok kesengsaraan rakyat," ujar Sugyanto S. Jumadi yang kesal kerana rakyat Sabah terpaksa menanggung kesusahan akibat kerajaan negeri terlalu menjaga kebajikan kontraktor, termasuk menambah kos RM270 juta untuk menyiapkan lebuhraya termahal di Malaysia.





'RM565m road is worst Federal project in Sabah'

Tawau: The Kalabakan-Sapulut Road meant to link this district to the State Capital is among the worst of failed infrastructure projects undertaken by the Federal Government in Sabah and it is almost certain that the RM565 million in tax payers' money has gone to waste, said Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau chief, Datuk Kong Hong Ming.

"The BN Federal Government will be throwing away another RM270 million for nothing without a proper study of the present deplorable conditions of road as the supposedly new road is now already beyond economical repair and re-construction is necessary at most damaged sections" said Kong, a civil engineer.

Kong said in a statement that it was also disappointing that nothing came out of his reports lodged with the then Anti-Corruption Agency (ACA) in 2008 on the project, despite further query in the Auditor General's report.

"In less than five years after the completion of the new gravel road which was supposed to be a RM565 million bituminous sealed road under a negotiated contract, Kalabakan-Sapulut Road has become unserviceable, unfit and unsafe for road users.

"More than 10 sections of the road are impassable to traffic. Major landslides and erosion problems coupled with lack of proper maintenance have caused extensive damage along the link road. It is a nightmare for the public who are unfortunate to travel on this road had to suffer such inconvenience," he said.

He said the present condition of the supposedly new road is even worse than when it was a logging road maintained by the logging companies.

"It is a scandal as well as a complete waste of public funds by BN Government at the expense of the people of Sabah.

"It shows that the Federal Government despite having taken 95pc of the State oil royalty and taxes and other revenues from the people of Sabah, has failed miserably to provide any decent road network and system to serve the people of Sabah 47 years after the formation of this nation.

"In the meantime, we watch and admire the modern and expensive communication system and networks in Peninsular Malaysia including North-South and East-West and other impressive public transport and infrastructure built and enjoyed by the people there."

Kong claimed there is not a single decent trunk road or highway built in Sabah within 47 years of nation building.

"Worst still, almost all the trunk roads linking the major towns in Sabah are presently in very bad shape due to poor or lack of proper maintenance despite billion of ringgit spent on road maintenance.

"Obviously, what we have in Malaysia is one country in name but having two systems of preferential administration with Sabah at the sub-standard level and lower priority in every aspect of development," he said.

- http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=78285

Pilihan raya masjid Pulau Pinang ditangguhkan atas titah Agong

Posted: 17 Jun 2011 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Pemilihan jawatankuasa kariah masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan diadakan pada esok dan lusa ditangguhkan buat sementara waktu sehingga satu keputusan rasmi dibuat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim, penangguhan itu dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi tadi.


"Saya telah diberitahu melalui telefon oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ditangguhkan buat sementara waktu.

"Oleh yang demikian pemilihan yang dijadulkan pada esok dan lusa ditangguhkan," katanya dalam satu kenyataan.

Pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang julung kali diadakan itu menggunakan kaedah pilihan raya.

Kaedah yang digunakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu dikritik pemimpin-pemimpin Umno.

Tambah Abdul Malik, MAIPP akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu.

Laporan Bernama Online menyebut seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.

Abdul Malik sebelum ini berkata pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid esok dan 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.

Menurut laporan itu juga, Abdul Malik juga berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


The Malaysian Insider

Felda Untung RM 1 Bilion Tapi ... Hutang RM 6 Bilion

Posted: 17 Jun 2011 12:48 AM PDT

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah "membebankan" peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil olehnya.

Bagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen hari ini bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad Maslan kemudian mengaku bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.

Namun Ahmad menyifatkan kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.

Dalam ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.

Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.

Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

"Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini," kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.

Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.

Anwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai "simpanan tetap" Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bankrap jika terus menanggung kerugian akibat
pemborosan dan pelaburan yang tersasar.

Pada hari ini Ahmad mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan Mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.

Ribuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.


TVS News

Satu lagi Projek Barisan Nasional!! Signboard Tumbang pula..

Posted: 16 Jun 2011 08:44 PM PDT

Gambar-gambar ini telah diterima dari dari e-mail, kejadian dilaporkan berlaku pada 26 Mei 2011 yang lalu di jalan yang menuju ke KLIA menghala KL..

Yakinkah anda akan kemampuan negara kita untuk membina Logi Nuklear jika binaan sebesar dan semudah inipun boleh tumbang tak semena-mena?




Rakyat memang didahulukan dalam hal ini.. kerana kereta Rakyat yang ditimpa Signboard itu..








Serangan Siber : Bukti lemahnya pentadbiran Najib.

Posted: 16 Jun 2011 07:53 PM PDT

Walaupun sudah diberikan "amaran awal" beberapa hari, namun sistem keselamatan komputer negara tidak berupaya untuk menghalang penggodam dari menceroboh sehingga akhirnya kerajaan dimalukan apabila lebih 50 lamanweb telah gagal diakses pada hari semalam.

Serangan semalam menunjukkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau ringkasnya MAMPU jelas hanya gempak pada nama dan strategi, tetapi terdedah fakta yang mereka tidak mampu dan kosong pada isi serta kebolehan di bidang teknologi maklumat.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pula hanya gah menghabiskan wang berjuta ringgit mengedarkan netbook-netbook percuma tetapi dari sudut ilmu, kesemuanya hampas. Yang kaya hanyalah pembekal-pembekal komputer bersama-sama syarikat-syarikat kroni yang makan persen.- Komen Greenboc


Penggodam uji strategi: Pakar

KUALA LUMPUR: Pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berpendapat serangan terhadap laman web kerajaan sejak malam kelmarin, hanya strategi percubaan kumpulan penggodam terbabit sebelum mereka melancarkan 'perang sebenar' yang lebih serius tanpa memberi sebarang amaran awal pada masa depan.

Jururunding Keselamatan di sebuah syarikat IT di ibu negara, Hazrul Hamzah, berkata kumpulan penggodam terbabit dipercayai ada muslihat tertentu kerana sanggup memaklumkan secara terbuka menerusi internet mengenai tarikh dan masa mereka akan melakukan serangan berkenaan.

"Kumpulan penggodam terbabit pasti tahu bahawa pihak kerajaan sudah tentu akan mengambil segala langkah yang mampu untuk mematahkan serangan berkenaan, justeru, dipercayai mereka tidaklah sebodoh itu.

"Serangan setakat ini dipercayai hanya untuk menguji serta menjadikan kerajaan leka seolah-olah sudah berjaya mematahkannya, sebelum mereka menggodam dan melakukan kerosakan yang jauh lebih serius tanpa amaran terlebih dulu pada suatu masa nanti.

"Selain itu, kumpulan penggodam terbabit juga sudah berjaya mendapat publisiti meluas yang dikehendaki untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa mereka membantah tindakan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

"Mereka jelas berpegang teguh kepada prinsip kebebasan mendapatkan maklumat," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Sebanyak 51 laman web dengan domain .gov.my diserang sejak jam 11.30 malam kelmarin sehingga pagi semalam menyebabkan sekurang-kurang 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.

Serangan itu dikesan berlaku lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka 'Anonymous' untuk menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui 'Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi semalam.

Hazrul berkata, 'Anonymous' boleh disifatkan sebagai sebuah organisasi tersusun dan disertai ramai penggodam antarabangsa yang memiliki kepakaran tinggi dalam bidang IT.

"Justeru, kerajaan diharap jangan cepat berasa lega apabila dapat mematahkan serangan 'Anonymous' kali ini, sebaliknya mesti mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan keselamatan rangkaian internet kerajaan sebelum mereka melancarkan serangan sebenar pada bila-bila masa yang tidak diketahui," katanya.


Berita Harian

Pemuda UMNO ‘iktiraf’ BERSIH?

Posted: 16 Jun 2011 07:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa keputusan Pemuda Umno yang turut mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan tersirat kepada agenda utama Bersih 2.0 yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.

Semalam, Pemuda Umno mengumumkan pihaknya juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini — hari Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan.


Bagaimanapun sayap Umno itu tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno semalam.

Dalam reaksinya hari ini, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, tindakan sayap pemuda parti saingan mereka itu sekali gus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa sendiri, yang sebelum ini beria-ria membuat laporan polis kononnya mendakwa Himpunan Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.

"Dengan begitu banyaknya laporan polis dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa.

"Rakyat tidak lupa bagaimana ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah mengelarkan rakyat yang menyertai Himpunan Bersih sebagai 'beruk-beruk di jalanan'," kata beliau.

Riduan berkata kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi dan "mungkin dia sudah sedar siapa dirinya."

Riduan menambah, alasan beliau itu juga membuktikan bahawa "adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki."

"Dan, begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun.

"Tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat," kata beliau sambil menambah, keputusan Pemuda Umno itu menunjukkan rakyat sudah mendapat signal bahawa ia sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada.

Sehubungan itu kata Riduan, pihaknya akan mengerah semua ahli Pemuda PAS dalam dan luar negara bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 sebagai tanda solidariti bersama rakyat.

"Dewan Pemuda PAS pusat mengajak rakyat turun beramai-ramai pada 9 Julai ini untuk menyatakan bantahan kepada sistem demokrasi yang lemah dan pincang ini.

"Hanya rakyat yang mampu membuat perubahan ini," katanya.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: