Rabu, 15 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Statisitk: Negeri UMNO/BN Ramai Murtad

Posted: 15 Jun 2011 05:00 AM PDT


Statistik di atas menunjukkan pecahan yang murtad mengikut negeri dari tahun 2000 sehingga 2010. Tempoh 10 tahun yang membuat permohonan murtad dari agama Islam ialah berjumlah 686 permohonan yang dipohon dan permohonan yang diluluskan ialah 135.

Permohonan yang diluluskan di negeri paling tinggi terutamanya di negeri yang diperintah olehUMNO/BN yang dikatakan membela Islam ialah di Pahang (87.5%), Perlis (33%), Sabah (28%), Perak (25.53%), Melaka (25%) dan Negeri Sembilan (19.19%).

Di Selangor pula ada 99 permohonan namun tiada pemohonan yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Di negeri Johor pula sebanyak 8 permohonan murtad telah dipohon namun tiada sebarang kelulusan juga. Diikuti Sarawak dan Terengganu yang masing-masing satu permohonan namun telah ditolak permohonan itu.

Pulau Pinang dan Kedah masing-masing dengan 36 dan 5 permohonan telah dipohon namun hanya 1 permohonan sahaja yang telah diluluskan oleh JAKIM. Wilayah Persekutuan pula mencatatkan permohonan pertukaran agama sebanyak 17.86% atau 10 permohonan sahaja yang dibenarkan berbanding 56 yang dipohon pertukaran agama.

Hanya Kelantan yang menghayati ajaran Islam di bawah pemerintahan PAS selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang mana tiada sebarang permohonan untuk keluar dari agama. Itulah sebenarnya negeri yang patut dicontohi oleh BN agar tidak menolak hukum Islam ciptaan ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia."

Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara:

1) Membunuh,
2) Penzina yang sudah bernikah dan
3) Orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam)

Akibat BN menolak hukum Islam, inilah padahnya. Rakyat semakin berani untuk menukar agama kerana dasar Bn sendiri yang menolak Islam. Apabila PAS mahu melaksanakan hukum Hudud, BN yang kononnya memperjuangkan Islam telah menjual agama itu sendiri.

Apa tidaknya, akhbar milik mereka begitu berani menghina serta menfitnah agama seperti yang berlaku dalam akhbar Utusan hari ini seperti di bawah. Inilah Islam yang dibawa oleh UMNO/BN.

Klik untuk pembesaran


UMNO atau BERSIH 2.0 Warisan Yahudi?

Posted: 15 Jun 2011 01:47 AM PDT

Klik untuk pembesaran
UMNO sudah nyanyuk sehinggakan mengeluarkan istilah Yahudi walhal mereka sendiri yang berkawan rapat dengan Yahudi seperti projek 1Malaysia yang berjumlah RM77juta. Portal 'porn' UMNO menyebut bahawa BERSIH 2.0 yang bakal diadakan mewarisi Yahudi.

Mahu digelak apabila ada blogger PANEH mengatakan itu warisan Yahudi. UMNO tidak sedarkah yang kamu sendiri bekerjasama dengan Yahudi. Lupakah kamu UMNO siapakah pewaris Yahudi sebenarnya? UMNO atau BERSIH 2.0 mewarisi Yahudi?

Paling yang kita mahu gelak apabila blogger tersebut merujuk ayat al-Quran berkaitan dengan himpunan BERSIH lalu portal 'porn' ini ambil artikel dari blog PANEH tersebut untuk ditampal dalam portal tersebut.

Macam tidak percaya apabila UMNO mengambil ayat al-Quran sedangkan pada masa yang sama tolak hukum Islam. Sama istilah UMNO seperti mahu lakukan hubungan seks tapi tidak mahu kahwin secara sah. Itulah rupa UMNO sebenarnya.

Demikianlah ramai menterinya ramai yang banyak skandal seks. Jika mereka ambil Islam maka mereka tidak boleh melakukan seks merata-rata seperti seekor kambing jantan memanjat kambing betina ditepi jalan. Itulah rupa mentri UMNO yang suka buat tapi tidak mahu kawin sebelum buat.

Klik untuk pembesaran

Ini lagi bangang. BERSIH 2.0 mahu buat demonstrasi untuk berkaitan Pilihan Raya bukannya nak cari gaduh dengan samseng di Jalan Bukit Bintang dan Petaling Street. Silap-silap samseng kat situ turun sama buat demonstrasi BERSIH 2.0. Cuma UMNO sahaja yang bodoh dan dungu.

Tidak ada motif langsung. UMNO mahu tunjuk samseng bahwa mereka ada kumpulan samseng di dua jalan tersebut. Kasihan UMNO sudah semakin terdesak. Orang ajak demonstrasi BERSIH 2.0, mereka ajak trun pergi ke Petaling Street. Ingat BERSIH 2.0 mahu pergi membeli-belah ke?

Tidak silap ini lokasi filem Kongsi yang menjadi isu hangat berkaitan kata kunci yang dilontarkan oleh PEKIDA. Kalau UMNO mahu tunjuk hebat, turun demo bersama BERSIH 2.0. Mungkin mereka tidak berani kerana tidak pernah merasai cecair dari watercanon.

Artikel ini pun dari seorang haji tapi buta tentang sejarah demonstrasi semasa era ketamadunan Islam. UMNO tampal diportal 'porn' miliknya dari artikel milik Haji Malek Mulyadi. Mungkin haji ini yang mengajak berdemonstrasi di Jalan Bukit Bintang dan Petaling Street.

Dari demonstrasi di dua jalan tersebut, lebih baik buat di Putrajaya. Tempatnya juga luas dan untuk jatuhkan kerajaan lagi senang. Apa pendapat UMNO? Kolot sangat pemikiran mereka. Berubahlah UMNO sebelum pupus ditelan waktu.

Gaji Minimum RM1,500 Sebelum Hujung Tahun Ini?

Posted: 14 Jun 2011 09:29 PM PDT

Pelaksanaan gaji minimum kepada seluruh pekerja di seluruh negara bakal dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. 
Pelaksanaan selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Konsultansi Gaji Negara yang akan dibuat pada sesi Parlimen ini.
Kita berharap dengan pelaksanaan gaji minimum akan menguntungkan semua pihak supaya negara mampu mencapai negara maju dengan pendapatan tinggi menjelang 2020. Selain itu, beliau turut memberi nasihat supaya pekerja, majikan dan kerajaan mampu menjadi satu pasukan yang ampuh serta mampu menjalin perkongsian bersama. - Najib

P/s: Baguslah. Lepas ni ahli UMNO yang sokong BN tidaklah duk melalak lagi dengan gaji rendah ini. Baru 1Malaysia.

Web Kerajaan Telah Digodam Pagi Tadi, Awal Sehari

Posted: 14 Jun 2011 07:01 PM PDT


Serangan penggodam ke atas laman web milik kerajaan yang sebelum ini dinyatakan akan dilakukan Khamis ini nampaknya telah dimulakan lebih awal.

Serangan dipercayai digerakkan oleh pengodam dari Malaysia sendiri dan bukannya kumpulan Anonymous yang berpengkalan di luar negara.

Apa yang nyata, serangan pengodam ini adalah sebagai tanda protes terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) menghalang akses kepada laman web file sharing.

Sebelum ini, kumpulan Anonymous telah mengeluarkan amaran akan melakukan serangan ke atas laman www.malaysia.gov.my pada 3.30 pagi Khamis.

Serangan awal ke atas laman web kerajaan bermula malam tadi dan laman pertama yang menjadi mangsa adalah http://politeknik.gov.my/ iaitu  Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Terdahulu daripada laman web politeknik itu, sebuah laman web lain iaitu http://www.tourmalaysia.com.my/ telah digodam, namun tourmalaysia dipercayai bukan laman web milik kerajaan.

Kedua-duanya telah digodam oleh pihak yang sama yang mengelarkan diri sebagai Kambeng Merah.

Mesej yang ditinggalkan di laman web tourMalaysia ialah:

Hey Admin..
DragonForce Was Here
Shocked huh?
No worry..
More are coming soon…
Respect us! We inject the code.. We change your systems.. We crack your passwords.. We abuse your network..
Not because we hate.. But because we LIKE! Enjoy?

Jika diterjemakan, ia hampir bermaksud seperti berikut:

Hey admin..
DragonForce telah Singgah di sini
Terperanjat kah?
Jangan risau…
Banyak lagi yang akan tiba..
Hormati kami! Kami menyuntik masuk kod itu..kami mengubah sistem anda…kami crack password anda..kami menganggu rangkaian anda..
Bukan kerana kami benci..tetapi kerana kami LIKE! Enjoy?

Mesej yang ditingalkan di laman web politeknik merupakan sebahagian komen di akaun Facebook DF (Dragon Force – Group Tempur Rilekscrew).

Setelah dimaklumkan penutupan dan penapisan internet yang berlaku dengan serentak hari ini ramai pengguna internet kecewa dengan tindakan yang sebegini…

Neofelis Noxkidz : ku ingin kau tahu(SKMM) sakitnya hatiku bila kau sekat kerjaku(download) buntu fikiran bila BJUTA2 website lucah ko xnak block plak?"

BEBASKAN HAK KAMI UNTUK BERINTERNET."

Fitri Masaan: Statement: Lu abang long ka, ayahanda ka, ini internet hak rakyat :) haha

Ikanbilis Darat: UNIFI tiada gunanya kalau hanya boleh bukak facebook. bukan gomen yg bayar internet kami..kami bayar MAHAL!!!!!!!!!!!!!

Kapten Amirudin : I want GOV know that,we people, "Pay for Use NOT Use for Pay". If they are good n clever enough they will know the means.

Redzuan Rizal : we pay not your daddy pay…

Awan Dilangit: We Think of Freedom, We Dont Get It, We Conquer it

Ta'wilul Ahadits: huuuhuu tolong kirim salam kat najib ~ kata selamat tinggal lepas PRU 13 ~ kami nak tukar kerajaan (^____^)

Matthew Tan Tan: Give us back our right of FREEDOM to download. NO download NO tax pay next year.

Brado Kapak: katakan tidak pada SKMM?

Shazwan Shukor: saya nak internet saya balik ! by 2012, tak mustahil internet hanya utk melayari laman web 1malaysia.com

Sau Yang: i love u dragonforce though i was malaysian, hack the malaysia websites, mission must be completed, Malaysia government they are nt afraid, they look down other countries, they tot they are very high-tech country. I cant agree more with you, you should hack them ASAP.

Inilah serba sedikit yang dapat DF share dari Facebook DF

Tiada ulasan: