BRIGED MP SEGAMBUT |
- PUM gesa dakwa pelukis kartun hina Islam
- UMNO MENGGELETAR DI SELANGOR? MUA HA HA
- LUCUTKAN GELARAN DATO MILIK ANWAR: SY YAKIN ANWAR TAK KEMARUKLAH...
- DR HASAN ALI DIGUGURKAN ATAS CADANGAN PRESIDEN PAS SENDIRI?
- PROFESOR KANGKUNG:PROFESOR LEMBU LAGI BETULLAH APA KA KA KA..
- FACEBOOK BERHARGA 1.8JUTA OK..SUBSIDI RAKYAT NO....INILAH UMNO BEB
PUM gesa dakwa pelukis kartun hina Islam Posted: 15 Jun 2011 07:57 AM PDT Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memandang serius penyiaran kartun di dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam. "Perkara ini tidak harus dibiarkan," ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Beliau berkata, sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat. PUM juga, katanya meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara itu. Tambahnya, kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. "Perkara sebegini sepatutnya mereka mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan. "Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," katanya lagi. Beliau menambah, PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan mengadakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama. |
UMNO MENGGELETAR DI SELANGOR? MUA HA HA Posted: 15 Jun 2011 02:20 AM PDT Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar)menyifatkan Umno dalam keadaan gelabah sekarang ini hingga mengeluarkan kenyataan tidak berasas. Beliau yang juga Adun Meru berkata demikian ketika mengulas kenyataan Umno Selangor yang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai exco kerajaan negeri. Desakan ini ekoran penyusunan semula Pesuruhjaya Selangor yang sebelum ini dipegang Dr Hasan yang juga Exco Agama, Adat Melayu dan Kemudahan Asas negeri. Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang pada 12 Jun lalu membuat keputusan melantik Dr Rani mengambilalih tugas Pesuruhjaya PAS Selangor dari Dr Hasan. Dalam hal ini, Dr Rani berkata, kenapa pula MB perlu menggugurkan Dr Hasan kerana asas pelantikan beliau adalah untuk memberi peluang dan ruang luas untuk Dr Hasan tumpukan kepada tugasan exconya. "Inilah keadaan di mana jelas Umno Selangor berada dalam keadaan gelabah dalam menghadapi perkembangan politik semasa terutama di Selangor. "Bahkan Himpunan Bersih 2.0 yang aman dan mendesak pilihan raya adil dan bersih juga ditakuti oleh Umno BN, entah apa yang mereka bimbang? "Jika mereka tidak mahu atau bersetuju dengan desakan diadakan pilihan raya adil dan bersih, apakah mereka ingin kekalkan bentuk pilihan raya yang jelas jijik, penuh keji dan penipuan?" soalnya. Dalam soal sama, Dr Rani berkata, Umno Selangor memang tidak mengikuti perkembangan politik semasa, sejarah dan urutannya. Jika Umno membuat sedikit kajian, tegasnya, mereka pasti akan ketemu dengan isu Exco Kerajaan, Ronnie Liew tetap memegang jawatan itu sampai sekarang meskipun tidak lagi memegang jawatan utama dalam partinya. Sementara itu, Dr Rani berkata, PAS Selangor akan membentuk jawatankuasa perhubungan negeri pada Isnin ini. Dalam kenyataannyai, beliau berkata, amanah berat yang dipikul oleh pasukan barunya untuk memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Dr Hasan juga dalam amanatnya dalam sebuah akhbar harian mengingatkan pesuruhjaya baru agar pertingkatkan persediaan untuk hadapi PRU 13 yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. |
LUCUTKAN GELARAN DATO MILIK ANWAR: SY YAKIN ANWAR TAK KEMARUKLAH... Posted: 14 Jun 2011 11:15 PM PDT Saksi penting kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - Ummi Hafilda Ali terus menyerang bekas timbalan perdana menteri itu. Kali ini, beliau memohon supaya gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar ditarik kembali kerana merasakan ketua pembangkang itu tidak layak memegang gelaran berkenaan. Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini. "Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya. Menurutnya, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara. Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah. Hadir sama, Presiden Sekretariat Pemikir Dan Perpaduan Melayu, Shahrul Azuwar Abdul Aziz, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan NGO Negeri, Mohammad Marwan Abu Kassim. Antaranya NGO yang tampil membuat laporan polis adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Melaka, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Dalam pada itu, Umi yang merupakan adik kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali turut mendakwa Anwar bersifat 'plastik' berikutan tidak menghormati pemimpin dan Raja malahan mempunyai agenda tersendiri untuk memusnahkan kerajaan. "Saya ingin ingatkan kepada Anwar supaya jangan heret rakyat ke jalanan untuk mengadakan reformasi, ini bukan zaman reformasi. "Dia perlu bersihkan dirinya terlebih dahulu dan mengakui kesilapan diri, bukan terus-terusan menafikan kekhilafan," katanya. Jelasnya, segala pendedahan mengenai Anwar kepada umum bukan untuk meraih simpati atau bukan semata-mata membela keluarga tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap 27 juta rakyat Malaysia. "Kerajaan yang sedia ada cukup kuat untuk mentadbir rakyat bukan seperti parti pembangkang yang tidak rasional. "Pelajar universiti tidak perlu diheret mengadakan reformasi, Anwar sebenarnya terdesak sekiranya dia menggunakan pelajar untuk meraih sokongan," katanya. |
DR HASAN ALI DIGUGURKAN ATAS CADANGAN PRESIDEN PAS SENDIRI? Posted: 14 Jun 2011 09:13 PM PDT Cadangan menggugurkan exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dibuat oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan dan tiga naib presidennya sendiri. Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mendedahkan, mesyuarat pertama pada petang 12 Jun lalu hanya membincangkan cadangan kesemua pemimpin utamanya yang dibuat pada pagi hari yang sama. "Presiden bersama TP (timbalan presiden) dan tiga NP (naib presiden) telah bermesyuarat di sebelah pagi dan cadangan mereka berhubung kesemua pelantikan tersebut akan dikemukakan untuk persetujuan mesyuarat penuh AJK pusat. "Yang pasti, bermacam jenis andaian telah kedengaran, ada yang menggambarkan perubahan menyeluruh bakal berlaku, ada juga yang menggambarkan tiada rombakan sama sekali," katanya menjelaskan situasi ketika itu. Menulis dalam blognya semalam, Khalid menjelaskan, sebelum cadangan itu dibincangkan jawatankuasa pusat, beliau tidak terlibat sama kerana diarahkan keluar selama 15 minit bersama Dr Hasan sendiri. "Kami berdua pun terus bangun dan keluar. Sambil berjalan keluar sempat juga saya bertanya secara berseloka, 'Eh, saya bukan calon PJ (pesuruhjaya), kenapa pula saya juga kena keluar?' "Soalan saya hanya dijawab dengan gelak ketawa oleh yang lain," coretnya dalam artikel berjudul "Yang Tercantas dan yang Dicantas". Pasti dituduh Justeru, beliau menafikan berhajat merebut jawatan itu dan akan menolaknya jika titawarkan. "Tambahan pula sekiranya berlaku perubahan dan saya menjadi penggantinya, sudah pasti saya akan dituduh menjatuhkan yang lama untuk menjadi yang baru, sedangkan saya tidak pernah pun bercita-cita sebegitu. "Apa yang saya inginkan hanyalah peluang untuk menegur perkara yang saya fikirkan tidak betul," katanya. Khalid sebelum ini dilaporkan bergeser dengan Dr Hasan yang membawa kepada pengguguran jawatannya sebagai timbalan pesuruhjaya PAS Selangor. Walaupun menyambut baik pertukaran itu atas banyak sebab - antaranya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 - Khalid menolak gesaan supaya jawatan exco kerajaan negeri yang disandang Dr Hasan turut digugurkan. "Saya ingin menyatakan di sini, bahawa jawatan exco tersebut amat perlu dikekalkan, sepertimana kehendak Datuk Seri presiden. "Ini kerana mereka akan terus menyumbang ke arah pengukuhan PAS serta kemampuan PAS bersama Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan gemilang di dalam pilihan raya ke 13," katanya. |
PROFESOR KANGKUNG:PROFESOR LEMBU LAGI BETULLAH APA KA KA KA.. Posted: 14 Jun 2011 07:34 PM PDT MASIH teringat ketika berjumpa dengan bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga tokoh Umno Kelantan Hussein Ahmad beliau ada mencemuhi beberapa orang cerdik pandai yang bergelar profesor yang sering bercakap di kaca tv mengenai politik negara ini. Katanya, semua profesor yang bercakap dalam tv itulah yang memusnahkan pilitik orang Melayu. Menurutnya apa yang mereka cakapkan itu tidak sedikit pun membantu orang Melayu mempertingkat daya intelektual politik orang Melayu tetapi lebih menambahkan kelukaan orang Melayu. "Baik hentikan saja dari mengundang mereka bercakap. Lagi banyak mereka bercakap lagi rosak orang Melayu." demikian tuturnya denga nada marah. Mengapa beliau berkata begitu kerana mereka bercakap mengikut haluan yang ditetapkan dan bukan memberi pandangan mengikut ilmu atau pun bidang yang mereka pelajari. Mereka dikandangkan oleh ideologi. Katanya tidak silap kalau saya katakan mereka adalah profesor upahan; "hentikan saja panggil mereka." Ulang beliau dengan jengkil. Ada kebenaranya kata-kata Hussein yang juga dikenali di zaman kehebatannya sebagai Hussein Serama itu. Kalau diperhatikan kepada profesor atau jurucakap politik yang dipanggil dan minta pandangan semua bercakap bukan untuk membina politik bangsa tetapi bercakap untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta meninggikan perut masing-masing. Nampak sangat mereka bercakap menggunakan air liur Umno untuk menggerakan mulut. Mereka ini juga tidak ada prinsip. Nada cakap mereka ini juga berlainan semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, sewaktu pencen mencari kontrek kerja dan selepas mendapat kontrek kerja di mana-mana institusi atau pun syarikat GLC kerajaan. Contoh terbaik apa yang berlaku kepada Zainal Kling [foto] seorang yang dianggap sebagai penganalisa politik yang bercakap melalui saluran pipa. Kalau mendengar cakap dan ulasan politiknya hanya menjurus kepada satu pihak. Dia hanya mengkritik parti pembangkang saja dan senyap sendu untuk menegur politik parti pemerintahan. Saya juga hairan macam mana dia boleh dianggap sebagai penganalisa politik. Sepanjang hidup saya tidak pernah berjumpa dengan beliau di kapangan untuk membuat kajian dan nilaian politik dengan mata kepalanya sendiri. Tidak seperti sesetengah profesor lain yang turun ke lapangan dan melihat sendiri gerak nadi politik. Kalau membuat analisa dari dalam bilik berhawa dingin atau pun di birai rumah-rumah menteri, tidak mencukupi maklumat dan lebih baik jadi pengampu berdaftar sajalah. Saya pernah mendengar tuturnya pada suatu majlis di rumah Pena di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau masih menganggur dan menjadi aktivis Ngo Melayu yang tegar. Bukan main lagi berani mengkritik kerajaan. Dia juga mengsyorkan supaya diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat di dalam pilihan raya. Biar rakyat membacanya satu dokumen bebas yang berwibawa! Dokumen itu mengkritik parti pemerintah yang ketika itu dipimpinan oleh Abdullah Badawi. Naik semangat juga mendengar cadangan beliau itu. Ketika itu menampakkan akan daya keintelektualan beliau sebagai seorang profesor dan akademis yang berdiri atas prinsip kebenaran dan keadilan berlandaskan keilmuan. Tetapi suasana berubah bila beliau mendapat kontrek berkerja dengan kerajaan kalau tidak salah di UPSI. Perhatikan kepada cakap dan ulasannya hari ini. Semuanya berbau munafik dan tujuannya lebih untuk mengukuhkan kedudukannya dengan kontrek berkenaan. Saya yakin kalau sesudah habis kontrek nanti nadanya akan jadi lain pula, lebih kritis dan telus. Mungkin sekali lagi dia akan mencadangkan diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat. Selain itu pandangan beliau juga amat naif sekali kalau dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan yang ada dalam tubuhnya. Terbaru dia mengkritik Pas agar menukar nama Islam yang ada kepada parti berkenaan. Semuanya kerana Pas membawa tema baru dalam meraih sokongan rakyat iaitu 'Membangun Negara Berkebajikan.' Zainal menyifatkan perjuangan Pas tidak Islam lagi kerana telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis. Saya percaya beliau terpengaruh dengan apa yang diulas dalam akhbar yang menjadi tempat beliau berkokok. Sedih, seorang profesor yang sarat dengan ilmu membiarkan begitu saja lehernya dijerut oleh laporan akhbar yang menjadi lidah parti politik. Adakala ulasan politiknya menghentam pembangkang lebih rendah dari minda ketua cawangan Umno di hulu. Apakah beliau tidak meluangkan sedikit masa untuk mengkaji apa yang berlaku dalam Pas dengan tema berkenaan? Kalau pun malas untuk membuat kajian sendiri upahlah budak-budak atau mahasiwa di bawah belenggunya untuk membuat kajian apakah Pas sudah berubah hala tujuan perjuangan atau tidak. Kajilah secara akademik dan bukannya dengan emosi kebencian. Saya merasa malu kalau begitulah pemikiran dan sikap seorang profesor yang mudah dipengaruhi oleh akhbar lembu. Bagaimana para pelajar hendak menghormati dan menyanjungi keilmuannya. Dimana prinsip atau kaedah memahami sesuatu perkara yang dipelajar selama ini. Apakah Zainal tahu atau mendalami akan perlembagaan Pas dan juga struktur yang membentuk parti berkenaan. Dan apakah Zainal melihat hala tuju sesebuah parti itu kepada cakap-cakap lisan atau pandangan individu pemimpin saja dan tidak dilihat apa yang digariskan dalam perlembagaannya. Apakah beliau jahil untuk mengetahui apa itu perlembagaan dan apakah fungsinya. Untuk maklumat Zainal Kling yang tidak pergi ke muktamar Pas atau pun bercakap dengan orang Pas, hala tuju perjuangan Pas masih kekal seperti sedia kala. Tidak betul dan tidak benar kalau Pas telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis persis DAP. Perjuangan Pas berpandu kepada Quran dan hadith jauh beza dengan sosialis DAP. Ulama masih lagi menjadi pemandunya. Tidak timbul kalau Pas menukar hala tuju atau dasar perjuangannya. Pas hidup dan berkembang bukan seperti diri profesor seperti anda. Majlis Syura Ulama adalah pengawal kepada segala polisi dan dasar yang hendak diperkenal oleh Pas. Apa-apa perubahan yang hendak dilakukan mesti mendapat kelulusan majlis berkenaan. Sepatut sebagai seorang penganalisa politik beliau mengetahui akan hakikat ini. Macam mana seorang profesor boleh bercakap atas angin begitu saja. Akhirnya saya rasa, lebih baik Zainal tidak bercakap dan mengulas mengenai Pas kalau beliau tidak tahu apa itu Pas. Lagi banyak beliau bercakap lagi jatuh martabatnya sebagai seorang profesor. Saya jamin dia tidak pernah memegang perlembagaan Pas sepanjang hayatnya. Atau kalau dia pegang perlembagaan Pas lagaknya pun tak ubah seperti pegang daun pakau saja. Jangan Zainal malukan golongan profesor negara ini dengan pandangan dangkal dan lebih ke arah untuk menjaga periuk nasi dan meninggi perut seperti itu. Malaulah kalau seorang intelektual tetapi masih lagi menjadi pengampu kepada satu golongan semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi bukannya menegakkan keadilan dan kebenaran menerusi ilmu yang dipelajarinya. Jangan pula seorang profesor perlu kembali belajar semula dengan anak murid yang jauh ke depan. Mungkin istilah yang pernah dipakai oleh Prof Syed Hussein Alattas yang mencemuhi golongan profesor yang cetek dan teduh ilmunya ini sebagai "profesor kangkung" layak untuk dikalungkan dileher Zainal Kling. [wm.kl.6:22 am 16/06/11]http://msomelayu.blogspot.com/2011/06/sesudah-subuh_15.html |
FACEBOOK BERHARGA 1.8JUTA OK..SUBSIDI RAKYAT NO....INILAH UMNO BEB Posted: 14 Jun 2011 06:09 PM PDT Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma. "Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya semasa sesi soalan. Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga. Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif. "Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu. "Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan