Selasa, 7 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Orang Dalaman UMNO Perangkap Najib Berkaitan Scorpene

Posted: 07 Jun 2011 01:45 AM PDT


Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.

Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi 'diketuai' Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

"Zahid sebagai Naib Presiden sedang 'bersiap' untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri," tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

"Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman  tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

"Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

"Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul 'hero' yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?" soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

"Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

"Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu," kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.

Skandal Cetak Duit Untuk Dana UMNO

Posted: 07 Jun 2011 12:19 AM PDT


Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara kemungkinan turut mengheret sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Menurut laporan akhbar  Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussein, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology.

Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.

"Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan," lapornya.

Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia pada 2009. Kali terakhir  syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.

Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.

The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan.

Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India.

Menurut akhbar itu lagi, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan.

Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.

Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia.

Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM.

Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang.

Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindiket mencetak mata wang berganda.

Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.

Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan.

Negara Kebajikan UMNO Boleh Jilat Kencing

Posted: 06 Jun 2011 11:00 PM PDT


UMNO semakin gelisah dengan pemilihan baru dalam Muktamar PAS yang baru berlangsung 3 hari lepas. UMNO bagaikan sudah menjilat kencing sendiri dengan menidakkan apa yang cuba dilakukan oleh PAS. Mereka mengatakan bahawa UMNO sebelum ini telah melakukan Negara Kebajikan sebelum PAS. 

Berikut ialah kata-kata seorang pemimpin UMNO mengenai Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh PAS. Kata-kata yang hanya boleh dibasuh dengan air kencing kerana selalu tipu rakyat dengan mengencingkan janji-janji palsu.
Laungan terbaru oleh PAS yang kononnya hendak mewujudkan sebuah negara kebajikan bukanlah perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan oleh Umno dan BN selama ini.
Perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.
Perubahan slogan tagline PAS yang bukan lagi untuk mewujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru tetapi labelling baru saja.
Keputusan itu terhasil kerana pemilihan PAS banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya berbanding dengan untuk mencerminkan perjuangan membangunkan sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri.
Ini terbukti apabila mereka telah menguar-uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada bulan Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan PAS melihat soal pilihan raya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak yang ingin mengambil alih kuasa dalam PAS. - Najib
Kalau UMNO/BN kata mereka telah melaksanakan Negara Kebajikan, mana buktinya? Bukti naikkan harga barang itu bukan sebahagian Negara Kebajikan tetapi Negara Kesengsaraan. Kenapa bila PAS mahu laksanakan tagline tersebut, UMNO terus gusar dan gelabah?

Itulah sikap pemimpin yang cakap seperti menjilat air kencing akibat selalu kencing rakyat dengan janji-janji manis yang sampai bila rakyat akan hidup merana dengan 'Negara Kebajikan' UMNO/BN. Semakin hari semakin berkebajikan UMNO/BN beri kepada rakyat.

Tumbuk Muka Isteri

Posted: 06 Jun 2011 09:30 PM PDT

AMPANG: Perbincangan sepasang suami isteri mengenai wang perbelanjaan anak mereka yang mahu melanjutkan pelajaran bertukar ganas apabila si isteri ditumbuk suaminya di muka dan badan mengakibatkan mangsa cedera di mulut serta bengkak di muka.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai pengarah syarikat terkejut tindakan suaminya, tambahan kejadian itu disaksikan dua anak mereka. 

Gambar hiasan

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, suami wanita berkenaan yang berusia 46 tahun memaksa mangsa menggunakan wang simpanan dan gajinya untuk perbelanjaan pelajaran anak. 

Katanya, suami mangsa mahu wang sara pelajaran anak dipotong setiap bulan dari gaji isterinya walaupun menurut mangsa suaminya mampu menanggung semua kos berkenaan.

"Perbincangan mereka pada mulanya baik sebelum isterinya menyampaikan hal itu kepada dua anak hingga menyebabkan suaminya naik marah.

Perut dan Kaki Hancur diseret Treler

Posted: 06 Jun 2011 08:00 PM PDT

SUNGAI PETANI: Akibat terlalu marah, kira-kira 100 lelaki menghalang polis menunda sebuah treler selepas kenderaan itu menggilis dan menyeret seorang wanita hingga hancur sebahagian tubuhnya dalam kemalangan berhampiran pekan Sungai Lalang dekat sini, malam kelmarin.

Malah, kumpulan lelaki terbabit dipercayai turut mengganggu dan cuba menghalang seorang pegawai serta anggota polis trafik menjalankan siasatan sehingga berlaku kekecohan menyebabkan laluan berkenaan sesak sejauh lima kilometer sehingga ke Bedong.

Gambar hiasan

Berikutan itu, sepasukan anggota Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda terpaksa dipanggil bagi membantu meleraikan kumpulan terbabit yang dilihat menghalang tugas polis sebelum seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

Kekalutan itu bermula apabila sepasang suami isteri yang menaiki motosikal dipercayai bergesel dengan sebuah treler dari arah belakang ketika keluar dari stesen minyak di Jalan Sungai Petani-Alor Setar, jam 7.15 malam.

Kejadian itu menyebabkan motosikal yang dibonceng mangsa, V Muniammah, 44, dan suami, R Selvaraju, 46, terbalik dan wanita itu tercampak ke bawah treler sebelum diseret hampir 100 meter menyebabkan sebahagian tubuhnya hancur sebelum treler itu berhenti, manakala suaminya hanya cedera ringan. Pasangan suami isteri dari Ladang Sungai Getah Division 1, Jalan Bukit Selambau, itu dalam perjalanan ke rumah anak saudara mereka di Taman Desa Ria untuk meraikan sambutan hari lahir.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Jat berkata, ketika kejadian, motosikal dinaiki pasangan itu tidak berhenti di persimpangan menyebabkannya bergesel dengan treler sebelum terbalik dan wanita berkenaan terjatuh di bawah kenderaan berat itu.

"Wanita itu diseret sejauh 100 meter dan sebahagian tubuh mangsa digilis tayar treler itu sehingga perut serta sebelah kakinya hancur dan bertaburan di atas jalan sebelum kenderaan itu berhenti, namun pemandunya melarikan diri.

"Tidak lama selepas itu, sekumpulan lelaki muncul dan mencari pemandu terbabit tetapi disebabkan gagal menemuinya, mereka menaiki treler terbabit serta mengambil kuncinya. Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila mereka cuba menghalang anggota trafik yang bertugas," katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Kuala Muda, Deputi Superintendan Mohd Kamil Ahmad yang ditemui berkata kemalangan membabitkan treler dan motosikal berkenaan menyebabkan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian. "Suami wanita berkenaan hanya cedera ringan di kepala," katanya.

Ustaz Lucah

Posted: 06 Jun 2011 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi 'panas' ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.

Perbuatan itu mencurigakan beberapa pengikut, tetapi peliknya kebanyakan mereka seolah-olah boleh menerima dakwaan dan perbuatan lelaki terbabit.

Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) bersama lima individu lain kerana dipercayai terbabit kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit. Setakat ini, asetnya bernilai RM200 juta dibekukan BNM.

Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks.

"Dia tanpa segan silu menyebut perkataan tidak senonoh dan beraksi 'panas' di depan kami walhal kelas itu dihadiri wanita dan topik yang dibincangkan tidak relevan dengan hal agama.

"Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan," katanya.

Lelaki Gila Seks Rogol Dalam Tandas

Posted: 06 Jun 2011 04:57 PM PDT

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki gila seks merogol kanak-kanak di dalam tandas sebuah sekolah di Sekinchan, Sabak Bernam, membawa padah apabila dia dicekup orang ramai ketika cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas mangsa menjerit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia lapan tahun datang ke sekolah terbabit bersama kakak dan abang iparnya untuk menghadiri majlis perkahwinan di dewan sekolah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa meminta izin untuk ke tandas dengan ditemani abang iparnya.

Gambar hiasan

Menurutnya, bagaimanapun selepas kira-kira 15 minit abang ipar kanak-kanak terbabit menunggu di luar tandas, dia bertanya kepada adiknya sama ada sudah selesai membuang air atau belum, namun mangsa memberitahu belum selesai.

"Abang ipar mangsa pergi ke kantin berhampiran tandas dan menunggu di sana.

"Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan adik iparnya dari dalam tandas menyebabkan dia berlari ke situ. Ketika itu dia terlihat kelibat seorang lelaki berlari dalam keadaan bogel," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Mohd Adnan berkata, abang ipar mangsa meminta bantuan orang ramai di situ sebelum mereka mengejar suspek dan menangkapnya dan diserahkan kepada polis.

"Hasil siasatan suspek yang berusia 20-an mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam kes samun, bagaimanapun ujian air kencing ke atasnya negatif. Suspek juga tidak mempunyai pekerjaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan suspek direman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: