Selasa, 7 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Di Bawah UMNO, Malaysia Negara Diktator Bukan Negara Berkebajikan (Video Inside)

Posted: 07 Jun 2011 08:36 AM PDT

SHAH ALAM 7 JUN : Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata dua pemimpin utama PAS hari ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Mahfuz Omar menyifatkan sebagai dangkal kenyataan Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan.

Kedua-dua pemimpin Umno itu mendakwa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan.


Mohamad Sabu berkata anggapan Najib dan Muhyiddin itu menzahirkan minda cetek mereka dari segi pemahaman konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

"Yang ada sekarang ialah, yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator," beliau memberitahu TVSelangor.

Mohamad Sabu dan Mahfuz berkata negara berkebajikan tidak terbatas kepada mengadakan projek semata-mata atau pun menyediakan subsidi rakyat yang semakin hari semakin berkurangan.

Negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka, tambah mereka.

"Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek. Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara didunia ini adalah negara kebajikan,

"Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan," katanya.

Mohamad Sabu berkata Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.

"Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap Pas dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang," kata Mohamad Sabu.

Najib hari ini dalam sidang medianya di Astana, Kazakhstan megah berkata UMNO BN sudah lama mengamalkan pemerintahan secara berkebajikan.

Beliau tanpa segan silu turut menyenaraikan jasa kerajaan pimpinannya kepada rakyat termasuklah pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan banyak lagi.

Mahfuz berkata Najib dan Muhyiddin seharusnya memahami dengan jelas konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Konsep negara berkebajikan adalah sebuah negara yang menitik persoalan yang berkaitan dengan kesejahteraan. Apa yang berlaku hari ini adalah, walaupun diberi sesuatu kepada rakyat, rakyat tidak dapat merasai kesejahteraan dan kedamaian dlam kehidupan negara kita ini, umpamanya beban kos hidup makin meningkat," kata Mahfuz.

Mahfuz juga mempersoalkan kenyataan Najib kononnya barisan kepimpinan PAS yang baru dipilih 4 Jun lalu terlalu memfokuskan soal pilihan raya umum akan datang.

"Salah satu hala tuju PAS ialah pilihan raya. Untuk nak terjemahkan hala tuju PAS itu mestilah kena menang pilihan raya. Apa masalahnya kita beri tumpuan pada pilihan raya. Kita mesti dapatkan kuasa untuk laksanakan hala tuju PAS," trgas Mahfuz.

TVS News

Mahathir Haprak kata Saifudin

Posted: 07 Jun 2011 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.


Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir

Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.


Harakahdaily

Muktamar PAS : Mahathir meluahkan sakit hatinya..

Posted: 07 Jun 2011 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu, dilihat sebagai pertembungan kumpulan ulama dan profesional, adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.

Dengan nada menyindir, bekas perdana menteri berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana "akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya."

Kata Dr Mahathir (gambar), yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar.


Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

"Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama," kata beliau dengan merujuk kepada ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lalu, menekankan bahawa PAS akan berjuang untuk negara berkebajikan.

Ucapan Hadi bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

"Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS iaitu mendiri negara Islam.

"Dengan begitu mudah asas ini digugurkan," kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

"Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh," katanya lagi.

Anwar, yang dipecat Dr Mahathir pada September 1998, kini mengetuai Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57, Ahli Parlimen Marang ini berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

"Contohnya dengan mewajibkan bayaran zakat kepada orang Islam, dan cukai kepada bukan Islam dengan kadar kemampuan dan galakan yang meningkatkan produktiviti pendapatan mereka.

"Kerajaan juga tidak boleh menyekat kekayaan yang halal, tidak menipu, tidak menindas dan tidak rasuah," katanya.

Hadi menjelaskan, PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

"PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara," kata beliau lagi.

Bekas menteri besar Terengganu ini berkata, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan.

"Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga pernah dilaksanakan di negeri yang kita perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh rukun hidup rakyat," katanya.

"Kita telah membuktikan kemampuan memerintah selama dua puluh tahun di Kelantan dan di negeri lain, dengan kadar hasil yang tidak boleh difikir mampu oleh mereka yang berfahaman kebendaan.

"Apatah lagi kini kita tentunya lebih yakin berkemampuan kerana hasil dan sumber negara tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah," kata beliau lagi.

Kata Hadi, negara berkebajikan yang ingin dicapai bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata kerana "kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan" di sana sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat.

Oleh itu katanya, negara yang diinginkan ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat.

The Malaysian Insider

KD Altantuya : Najib diperangkap Zahid dan Muhyiddin?

Posted: 07 Jun 2011 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.


Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi 'diketuai' Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

"Zahid sebagai Naib Presiden sedang 'bersiap' untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri," tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

"Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

"Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

"Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul 'hero' yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?" soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

"Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

"Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu," kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.


http://www.keadilandaily.com/?p=14860

Najib salahguna Harta Kerajaan lagi..

Posted: 07 Jun 2011 12:42 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Sebenarnya tindakan Najib yang didakwa menggunakan program peribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang atau menyalahguna harta kerajaan ini bukanlah satu perkara yang serius buat pencacai UMNO..


Kerana apa yang jelas ada dalam kotak pemikiran mereka ialah Harta Kerajaan itu adalah Harta UMNO dan Harta UMNO itu pula adalah milik Mak Bapak mereka.. sebab itulah kita sering melihat Harta Kerajaan contohnya seperti Dewan Orang Ramai dan peralatan yang berada didalamnya di milik UMNO kan oleh pencacai UMNO..

Malah beberapa peralatan didalam Dewan Orang ramai di Pulau Pinang ini sendiri telah dilarikan mereka setelah UMNO/BN tumbang di Pulau Pinang pada PRU yang lalu.. maka tinggallah Dewan yang kosong buat Pakatan Rakyat..

Najib dikecam guna program rasmi untuk urusan pribadi

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan pribadi," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," kata beliau.

Semalam Harakahdaily melaporkan, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Untuk memenuhi hasrat itu, beliau dikatakan meminta program rasmi kerajaan diatur untuk beliau dan rombongan ke sana. Perkara ini dikesali oleh pelbagai pihak termasuk wartawan yang menyertai program beliau itu.

Hasilnya, kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan bukan sahaja untuk beliau berdua bahkan juga menteri, wartawan dan pegawai kerajaan yang terpaksa mengiringi beliau ke sana.

Dalam sejarah Islam, kata Dr Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memadamkan lilin milik negara apabila ada yang datang bertemu beliau untuk berbincang hal pribadi.

"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau dan bakal menjadi suri tauladan kepimpinan BN dan pegawai kerajaan di bawah beliau," katanya.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah dan kini ia berlaku lagi.

Dr Dzul yakin, jika perkara ini diodit oleh jabatan kerajaan tidak akan ditemui kesalahannya berdasarkan ianya mengikut prosedur biasa kerajaan iaitu mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.

"Tetapi dari segi moralnya ia sangat salah," tegas Dr Dzulkefly .

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah Najib dan Rosmah mengatur program kerajaan ke Kazakhstan untuk memenuhi program pribadinya iaitu menguruskan perkahwinan anaknya.

"Di sinilah masalahnya akan timbul apabila kepimpinan tertinggi menunjuk sikap yang buruk, apa pula orang bawahnya nanti, menteri, ketua setiausaha, OCPD dan sebagainya ...kalau bos kencing berdiri, anak buah kencing berlari," kata beliau.

Jika Najib dan Rosnah benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan pribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," kata beliau.

Najib mesti telus

Sementara itu, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menambah, rakyat boleh menerima sekiranya najib menggunakan wang kerajaan untuk urusan rasmi dan ada hasil terhadap negara daripada lawatan tersebut.

"Sekali lagi saya minta beliau berterus teranglah. Kalau pergi (ke Kazakhstan) atas urusan rasmi itu cerita lain dan kita harap akan dapatlah hasilnya terhadap negara daripada lawatan rasmi ini," katanya.


Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan?

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?

Inilah persoalan yang ditimbul oleh ramai wartawan termasuk yang menyertai rombongan Najib ke Kazakhstan.

(Gambar: Noryana Najwa bersama ibu dan bapanya ketika menerima ijazah dari Universiti Georgetown, Washington, Mei lalu)

Ini kerana, menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.

Menurut laporan portal itu, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa telah ditawan hatinya oleh seorang bangsawan Kazakhstan ini.

Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.

Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan.

"Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi," tulis Leonid Komarovskiy, seorang "wartawan" daripada New York di bawah artikel bertajuk "Borat is out of competition."

Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir "Nazarbayev" yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.

"Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai 'anak kepada President Nursultan Nazarbayev', telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa 'President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit," tulis Leonid lagi.

Dalam tulisannya lagi, Leonid berkata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut.

"Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyar sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev," dakwa Leniod lagi.

Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku.

"Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal," nasihat Leonid.

Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu.

Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov.

Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama.

Jika benar laporan Eurasia, tahniah diucapkan kepada keluarga Perdana Menteri atas berita gembira perkahwinan anaknya.

Sekiranya ini betul berlaku, sudah tentu pilihanraya umum ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat.


Harakahdaily

UMNO bimbang tidak dapat kuasai masjid..

Posted: 06 Jun 2011 11:03 PM PDT

Pemilihan ini sebenarnya akan menyebabkan UMNO bakal kehilangan kuasa keatas beberapa Masjid yang kini mereka kuasai.. sebabnya pencacai UMNO dari saluran satu saja yang aktif ke masjid.. lain-lain saluran lebih bahagia melepak dikedai kopi..




TEMERLOH, 7 Jun: Langkah Umno menentang pemilihan jawatankuasa masjid di Pulau Pinang oleh anak kariah membayangkan ketakutan Umno kalau-kalau cengkaman mereka ke atas masjid di negeri itu hilang.


Ini kerana, sistem melantik pengerusi dan jawatankuasa masjid yang dibuat Umno sebelum ini memastikan Umno mengawal masjid bukannya anak kariah masjid berkenaan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat negara ini tidak risau tentang isu pemilihan jawatankuasa masjid yang dicadangkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana ia bukanlah perkara baru.

Bahkan ia hanya menjadi perubahan mekanisme dengan penggunaan kaedah yang lebih tersusun dan akan terlebih baik, kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah Pendidikan Islam UiTM itu.

"Isu ini tidak sepatutnya menjadi polimik kepartian, kerana ia bukanlah pilihan berdasarkan parti politik. Pemilihan adalah berdasarkan merit seseorang calon pda pandangan ahli kariah.

"Ia sebenarnya jauh lebih baik dari kaedah yang digunakan sekarang apabila kerajaan yang memerintah boleh melantik jawatankuasa tanpa mendapat persetujuan ahli kariah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini kepada Harakahdaily.

Beliau meminta semua pihak melihat apa yang berlaku di Selangor sekarang apabila kariah memilih nazir hingga ke jawatankuasa masjid melalui pemilihan anak kariah dan disahkan sahaja oleh Majlis Agama Islam negeri.

Ia telah menyebabkan semua masjid dan surau di Selangor begitu makmur dengan pelbagai program khasnya program ilmu.

"Adakah ini yang ditakuti oleh Umno," soal beliau ketika mengulas bantahan Umno terhadap cadangan Pulau Pinang yang mahu melaksanakan sistem pemilihan untuk jawatankuasa masjid di negeri itu.

Bagi memburukkan keadaan, Umno menuduh DAP mahu menguasai masjid di negeri itu melalui cara ini.

Menjawab balas tuduhan Utusan, setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

"DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu," katanya yang dipetik Roketkini.

Bagi Tuan Ibrahim, hakikat pahit sistem yang ada kini di kebanyakan negeri telah dimonopoli oleh parti yg memerintah bilamana mereka melantik ketua Umno sebagai pengerusi masjid, walaupun ianya berada di kariah lain, bahkan ada juga waktunya mereka yangg dilantik bukan dari kalangan ahli masjid.

"Perlantikan begini menimbulkan rasa tidak puas hati ahli kariah dan pegawai masjid menyebabkan banyaknya masjid mati, tidak berfungsi dan tidak terurus dengan baik.

"Sepatutnya usaha ke arah memperbaiki sistem yang lemah ini mendapat sokongan semua pihak," terang beliau.

Maka katanya, isu pemilihan masjid ini tidak akan menimbulkan persoalan ia dikuasai parti tertentu, kerana pemilihan berdasarkan individu dan bukan parti politik.

"Kebimbangan Umno sekarang disebabkan kebimbangan jawatankuasa yang dilantik terus di kalangan pimpinan Umno tidak lagi terpilih, kerana mereka yang dilantik sebahagiannya bukanlah ahli kariah dan bukan pula kaki masjid," tambah Tuan Ibrahim.

Untuk mengatasi masalah pemilihan ini diragui, Tuan Ibrahim berkata soal mekanisme pendaftaran ahli kariah mampu dilakukan tanpa sebarang persoalan yang besar.

Bahkan, kata beliau, dengan data ahli kariah yang lebih lengkap dapat diperolehi, ia sudah tentu dapat mendatangkan kebaikan kepada urusan pentadbiran.

"Sayangnya sikap buruk sangka yang menebal di kalangan pemimpin Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak lagi rasional dalam membuat penilaian terhadap sesuatu kebaikan," kata beliau dengan kesal.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan Umno untuk melihat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Kelantan yang berjaya menjadikan masjid sebagai pusat tarbiyah dan pembangunan komuniti yang hebat.

Kerana keghairahan mereka untuk membina masjid yang indah dengan peruntukan jutaan ringgit tidak bermakna seandainya masjid itu kosong, sunyi sepi dari sebarang aktiviti selain sembahyang fardu.

Barangkali, kata Tuan Ibrahim, Umno membantah dalam isu ini kerana mereka resah terhadap kehadiran ratusan umat Islam mengikuti kuliah kerana beranggapan fenomena ini sebagai satu kebangkitan pembangkang khususnya PAS.

"Lantaran itu, sistem pemilihan jawatankuasa masjid yang satu masa dahulu dibuat oleh ahli kariah melalui undian (angkat tangan) telah ditukar dengan mengambilalih melalui perlantikan secara terus.

"Akibatnya, pelbagai kepincangan penyelewengan telah berlaku seperti kegagalan mengadakan mesyuarat agong dan sebagainya," ulas beliau.

Disebabkan kelemahan inilah, kata Tuan Ibrahim kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat cuba memperbaiki sistem dengan mengembalikan hak kepada ahli kariah melalui kaedah pengundian.

"Disebabkan kebimbangan teruk bahawa 'kuncu-kuncu' Umno akan tewas, maka mereka terus menentang tanpa berfikir panjang. Sedangkan ia adalah satu sistem terbuka bagi ahli kariah memilih siapa yang paling wibawa bagi menguruskan masjid," terang Tuan Ibrahim.

Umno dan lidah rasmi Perkasa, Utusan Malaysia muktahir ini mempersoalkan munasabah untuk mengadakan 'pilihan raya masjid' di Pulau Pinang kerana bimbang ada pihak mempunyai agenda tersembunyi untuk menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyuruh MAIPP untuk memikirkan perkara itu semula kerana pemilihan itu dilihat boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan kariah masjid kerana unsur politik mungkin lebih mendominasi pemilihan tersebut.

Selepas diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri kerana memainkan isu negara Kristian bulan lepas, Utusan sekali lagi cuba memanaskan suasana politik negara dengan isu agama terhadap DAP.


Harakahdaily

'Pilihan raya' masjid : DAP tak terlibat..

Posted: 06 Jun 2011 10:47 PM PDT

Dalam hal Pilihanraya Masjid ini memang DAP yang menerajui Pakatan Rakyat tidak terlibat sama sekali seperti yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO semalam..

Kaedah pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) pada 20 Mei lalu dan seramai 500 pengerusi serta setiausaha kariah masjid sudah diberikan taklimat mengenainya pada 28 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim, berkata proses pemilihan ahli jawatankuasa kariah berkenaan akan dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal MAIPP, Mohd Salleh Man.


DAP tak perlu politikkan isu pilih AJK masjid

2011/06/07
KUALA LUMPUR: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya mempolitikkan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) masjid di negeri berkenaan, sebaliknya menyerahkannya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menentukannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tindakan kerajaan DAP itu nyata membelakangi Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negeri yang tidak beraja, kerana soal agama Islam seharusnya dirujuk kepada baginda terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kenapa institusi masjid diheret ke kancah politik kepartian kerana saya lihat isu pemilihan ahli jawatankuasa masjid ini boleh ditangani penduduk setempat yang lebih arif mengenai kariahnya.

"Jika cadangan pilihan raya itu masih ingin dilaksanakan, saya bimbang institusi masjid akan diresapi unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius di kalangan kariah masjid," katanya selepas melawat kerja di tapak projek Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, semalam.

Kelmarin, kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri itu dijalankan menerusi proses 'pilihan raya' bermula pertengahan tahun ini.

Di GEORGETOWN, kerajaan negeri mengesahkan pemilihan ahli jawatankuasa kariah membabitkan kira-kira 200 masjid di seluruh negeri akan dibuat menerusi proses 'pilihan raya' mulai bulan ini.

Kaedah pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) pada 20 Mei lalu dan seramai 500 pengerusi serta setiausaha kariah masjid sudah diberikan taklimat mengenainya pada 28 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim, berkata proses pemilihan ahli jawatankuasa kariah berkenaan akan dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal MAIPP, Mohd Salleh Man.

Katanya, kaedah pelantikan itu diperkenalkan selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), MAIPP dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

"Ia juga bertujuan menambahbaik peraturan sedia ada sejajar Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan Kaedah 4 (1), Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang) pindaan 2003," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, semua kariah masjid di negeri ini sudah diberikan notis untuk mengadakan mesyuarat agung khas bagi pemilihan jawatankuasa, termasuk mengedarkan borang pencalonan menerusi setiausaha kariah dan pejabat agama daerah.- Berita Harian


'Pilihan Raya' Kembalikan Kegemilangan Institusi Masjid-Mansor

SHAH ALAM 6 JUN : 'Pilihan raya' masjid yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini di Pulau Pinang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai langkah pendemokrasian di peringkat bawah selain mengimarahkan institusi masjid di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, idea tersebut lahir daripada pihaknya dan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim bagi menghidupkan kembali aktiviti kemasyarakatan di masjid.

"Kita mahu mengimarahkan masjid, yang mana masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah malah mahu menghidupkan pendidikan, dakwah, ekonomi dan kebajikan,"katanya kepada Tv Selangor.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang dalam cubaan menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Mengulas lanjut pelaksanaan pilihan raya masjid itu, ujarnya pemilihan jawatan kuasa masjid menerusi proses 'pilihan raya' adalah bertujuan mencari pemimpin dan ahli jawatan kuasa yang mampu mengerakkan peranan masjid untuk mengembalikan aktivi dengan pelbagai pengisian insani.

"Dengan adanya pemilihan seumpama ini, membuka ruang kepada calon yang bakal dipilih dari kalangan mereka yang disukai dan dirasakan layak oleh rakyat dan anak-anak kariah dan sebab itu kami melakasanakannya kerana tidak nampak unsur-unsur menarik masjid ke kancah kepartian pun,"katanya lagi.

Tv Selangor difahamkan kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang telah diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun ini dan kerja-kerja pengedaran borang pencalonan akan dijalankan termasuk bagi jawatan pengerusi, timbalan Pengerusi, bendahari, setiausaha serta ahli jawatankuasa (AJK) wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk 'berkempen' iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia dalam laporan di halaman lapan hari ini mempersoalkan keputusan tersebut telah mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam atau sebaliknya.

"Kalau timbul kebimbangan terhadap perkenan Tuanku, bagi saya ianya bergantung kepada bagaimana pelaksanaan ini dikemukakan kepada Tuanku, dikhuatiri ianya tidak tepat, jadi ianya perlu dikemukan dengan baik,"katanya.

Mansor yang juga Adun Penanti menjelaskan Umno-BN kelihatan terdesak dengan bertindak menggunakan akhbar milik mereka bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Apa yang saya nampak, mereka (Umno-BN) takut kerana kuasa yang mereka salahguna selama ini akan hilang, contoh ahli kariah masjid yang dipilih dahulu tidak pernah pergi masjid pun terpilih jadi ahli kariah masjid, anak kariah tidak suka pun terpilih juga, sebab apa...sebab ianya dipilih oleh mereka (Umno-BN),"jelas Mansor lagi. - TVS News

Negara Kebajikan : Versi UMNO/BN..

Posted: 06 Jun 2011 08:11 PM PDT

Menurut Najib perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama dan ianya bukanlah perkara baru seperti yang hendak diperjuangkan PAS..

Inilah yang dimaksudkan sebagai Negara Kebajikan oleh Najib itu..




Harga naik: Rakyat mula mengeluh

Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.


Pengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

"Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan," kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.

Mahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.

"Saya akan sertai demonstrasi," kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.

Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.

Kerja sambilan

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Tarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.

Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.

Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.

"Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah," katanya.

Namun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.

Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.

Mahu tukar kerajaan

"Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan)," katanya lagi.

Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.

Keadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.

"Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah," kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.

Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.

Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.

Lebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.

"(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting," katanya.

'Kerjaaan juga perlu berjimat'

Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.

"Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi," katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.

Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan "tak sebesar mana".

"Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal," katanya wanita berusian 29 tahun itu.

"Kalau boleh turunkan harga barang," katanya lagi.

Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.


Malaysiakini

Utusan Fitnah lagi..

Posted: 06 Jun 2011 07:02 PM PDT

GEORGETOWN, 6 JUN – Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang.

Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu "dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian".

Berita Utusan itu menambah, "jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu".


Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

"DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu," katanya kepada Roketkini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada 2008.

Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam

- 2008 (BN)= RM12.5 juta
- 2009 (PR)= RM20.5 juta
- 2010 (PR)= RM24.3 juta
- 2011 (PR)= RM33.3 juta

"Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA," tambah beliau.

Menurutnya, laporan Utusan itu hanya mencerminkan sikap tuan mereka UMNO yang terus mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dengan mengaitkan DAP yang dituduh mereka sebagaii cauvinis Cina, mahu campur tangan dalam hal-ehwal masjid.

Sebelum ini Guan Eng telah dituduh mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah jumaat, menyembelih lembu Hari Raya Korban dan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. Semua tuduhan itu dibuktikan palsu.

Zairil mengingatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak mudah percaya dengan dakyah Utusan yang sanggup bermain dengan fitnah demi kepentingan politik UMNO.

"Sikap bijak dan berani yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tidak percaya kepada Utusan yang cuba campur tangan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini patut menjadi contoh kepada semua rakyat khususnya orang Melayu," tambahnya.

Roketkini.com

Runtuh Lagi.. Kali ini dinding Melaka International Trade Centre pula...

Posted: 06 Jun 2011 10:26 AM PDT

Berita tentang pertambahan statistik bangunan runtuh di Malaysia ini tidak disiarkan oleh Media tunggangan UMNO/BN harap maklum!!


Malaysia diberitakan akan meneruskan pembinaan lojikuasa Nuklear yang kononnya bagi menampung keperluan bekalan tenaga Elektrik..Kononnya teknologi yang digunapakai untuk pembinaan loji itu adalah terkini dan paling selamat di dunia.. err.. dunia mana entahlah..


Apabila tindakan itu dipertikaikan oleh kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat. Kerajaan mengatakan mereka mereka menolak kemajuan..

Sebenarnya bukan teknologi pembinaan yang dipertikaikan tapi hasil pembinaan itu yang dipertikaikan, ianya dipertikaikan setelah terbukti bila Sekolah yang dibina.. sekolah itu runtuh.. jambatan dibina.. jambatan juga runtuh.. Parlimen dibaikpulih.. syilingnya juga runtuh.. dan Stadium yang kelihatan gah dimata juga runtuh bumbungnya..

Kenapa runtuh?? Kerana 30% dari nilai projek perlu dikembalikan kepada yang memberi projek..

Dan ini pula yang terbaru.. tidak dilaporkan sama sekali oleh media tunggangan UMNO baik Utusan mahupun TV3.. Tragedi yang meningkatkan lagi statistic bangunan runtuh di Malaysia..

Dinding Dewan Pameran bangunan Melaka International Trade Centre (MITC) pula dilaporkan runtuh.. bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian dipercayai berlaku akibat dari ribut yang melanda di awal pagi.. berita sepenuhnya korang bacalah delink yang aku letakkan dibawah..








Sumber gambar dan lagi gambar : FB Khoo Poay Tiong

Berita penuh sila baca di SINI translate sendiri ya..

Kenapa BERSIH perlu disokong..

Posted: 06 Jun 2011 09:43 AM PDT

Negara ini milik kita!! bukan harta mak bapak mereka yang punya!! Ubah sebelum lebih parah! UBAH sebelum harta negara habis dijarah mereka!!


Video dihasilkan oleh Ngo Samm Mersing

Tiada ulasan: