Senyum Tangis Sendu |
- UMNO, Utusan Punyai Ciri-ciri Yahudi
- KAFA 'Jual' Perlawanan Piala F.A?
- Rentung Dalam Van
- Suruh Bogel Lepas Raba
UMNO, Utusan Punyai Ciri-ciri Yahudi Posted: 06 Jun 2011 02:30 AM PDT UMNO ... yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57). ... yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65). ... yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74). ... yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76). ... yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83). ... yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85). ... yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91). ... yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96). ... yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100). ... yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102). ... yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142). ... yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145). ... yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170). ... yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275). ... yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24). ... yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73). ... yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75). ... yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78). [Islam Hadhari] ... yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain (Ali Imran: 79-80). ... yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99). [Hukum Hudud] ... yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105). [Islam Hadhari] ... yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183). ... yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188). [Ampu Pemimpin] ... yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49). [Partinya paling bersih] ... yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53). ... yang selalu dengki dengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54). ... yang suka membuat kezaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60). [Hakim dibeli] ... yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41). [Tidak suka pada fakta tetapi suka mereka cerita] ... yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44). [Takut hilang projek dari hilang agama] ... yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam (Al-Maidah: 58). [Takbir ditukar kepada Take Beer] ... yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79). [Ulama' UMNO tidak berani tegur isu berkaitan video seks] ... yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80). [APCO sebagai penasihat] UTUSAN ... yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42). [Berita asal diputarbelit] ... yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42). [Penyebaran fitnah] ... yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70). [Penyebaran fitnah] ... yang paling pengecut (Al Maidah: 22). [Takut menyatakan kebenaran] |
KAFA 'Jual' Perlawanan Piala F.A? Posted: 05 Jun 2011 10:05 PM PDT Betul atau tidak itulah sedang berlegar-legar difikiran penyokong bola sepak terutamanya pasukan Kelantan. Ada desas-desus mengatakan bahawa pihak KAFA telah menjual perlawanan akhir Piala F.A antara pasukan Kelantan menentang Terengganu yang bakal berlangsung pada 11 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jika ini berlaku, ia akan merugikan serta menghampakan peminat dan penyokong setia Kelantan dan kepercayaan mereka mungkin akan terhakis jika ada perlawanan yang telah dijual kepada pasukan lawan. KEBELAKANGAN ini, isu rasuah semakin hangat, makin membarah dan didakwa menular semula dalam sukan bola sepak Malaysia. Mungkinkah gejala 1994 berulang dan adakah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) akan mengharamkan pasukan bola sepak di negara ini. Lihatlah apa terjadi pada 1994 dan 1995 apabila lebih 120 pemain, jurulatih dan pegawai disiasat polis kerana dakwaan mengatur keputusan perlawanan bola sepak menyebabkan hampir 60 pemain dan jurulatih dikenakan tindakan gantung setahun hingga empat tahun. Seramai 21 pemain dan jurulatih diberhentikan, manakala beberapa pemain dibuang daerah dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kesannya, Malaysia kehilangan ramai pemain handalan. Kelompok pemain yang didakwa pada tahun itu adalah antara yang terbaik pernah dilahirkan oleh negara. Ia juga punca sebahagian besar minat penyokong setia bola sepak hancur. Pada 2008, kerana rasuah lima pemain Sarawak dipanggil polis untuk memberi keterangan. Mereka berdepan hukuman gantung semua perlawanan tempatan dan antarabangsa. Baru-baru ini, sebuah pasukan di utara tanah air berdialog mencari punca kemerosotan pasukan kesayangan mereka. Cakap-cakap mulut pemain mengambil jalan pintas dengan menerima rasuah disebabkan gaji yang tidak cukup dan lambat dibayar majikan. 26 Mei lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis mengenai dakwaan isu mengatur perlawanan dalam kalangan pengurusan serta pemain Piala Presiden. Peminat pastinya kecewa apabila semangat yang dibawa untuk menyaksikan perlawanan pasukan mereka sebenarnya didalangi 'raja tangkal pengeras' sehingga sorakkan menjadi sia-sia. Jika gejala ini berterusan, yakinlah bola sepak Malaysia tidak akan mampu menjejak kaki walaupun di hadapan pintu stadium Piala Dunia. |
Posted: 05 Jun 2011 07:30 PM PDT Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Seorang kerani warga negara Bangladesh tergamam dan hanya mampu menangis apabila melihat majikannya terperangkap dan terbakar hidup-hidup di dalam van dinaiki mereka di Jalan Genting Klang menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, lelaki terbabit, Mohd Talib, 30, sempat melarikan diri dengan meninggalkan majikannya, Mohd Khairul Islam, 30, di dalam van berkenaan selepas api semakin marak. Mohd Talib berkata, van yang dinaiki mereka selepas memasang akuarium di Shah Alam itu meletup secara tiba-tiba sebelum terbakar di bahagian depan dan pintu sebelah pemandu. "Letupan itu menyebabkan van yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar pagar besi di kawasan terbabit," katanya yang cuba menarik Mohd Khairul namun usahanya gagal. Difahamkan, Mohd Khairul gagal melarikan diri selepas pintu di bahagian pemandu gagal dibuka kerana terhalang pagar besi yang dilanggarnya. |
Posted: 05 Jun 2011 05:11 PM PDT Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Dua pekerja perempuan sebuah kedai serbaneka berusia 18 tahun bukan saja diraba tiga lelaki sebaliknya mereka dipaksa berbogel dalam satu kejadian samun di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini, kelmarin. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, kedua-dua mangsa terselamat daripada dibogelkan apabila melarikan diri sebelum mengunci diri mereka dalam sebuah stor. Menurut sumber, semuanya bermula apabila kedai berkenaan dimasuki tiga lelaki yang memakai topi keledar. "Mangsa dan rakan yang menyangka tiga suspek adalah pelanggan terkejut apabila dua daripada lelaki terbabit memanjat kaunter bayaran. "Dua mangsa yang tergamam dipaksa seorang daripada suspek supaya menyerahkan telefon bimbit," katanya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan