Aku Budak Balun |
- Menteri "Mubarak" Malaysia bagi Amaran kepada rakyat?
- Tuan Ibrahim... Besarnya jiwamu! Allahuakbar!
- TG Nik Aziz Iktiraf Abang Mat Timbalan Presiden!
- Kalaulah UMNO yang 'bermuktamar' hari tu..
Menteri "Mubarak" Malaysia bagi Amaran kepada rakyat? Posted: 06 Jun 2011 07:15 AM PDT Kami Sahut Perjuangan Ini!! Duhai Menteriku... Kami sudah memikirkan serasionalnya.. Kami sudah memikirkan sepositifnya.. Dan kami sudah melakukan usaha yang terbaik! Bagi mendapatkan hak dan tanggungjawab kami.. Dalam usaha kami untuk mendapatkan keadilan didalam pilihanraya Malaysia.. Namun disitulah seringkali kami dihidangkan.. dengan kemunafikan SPR.. Dengan kebejatan JPN.. Dengan kekeliruan kementerian... Dengan penipuan daftar pemilih.. Dengan kesusahan undang-undang untuk mengadu akan kesilapan dan kesengajaan Beribu bantahan telah dikemukakan kepada SPR.. Hinggakan tahap memorandum kepada Suhakam dan sebagainya.. Malahan Menteri KDN sendiri pernah menerima memorandum kami.. Adakah kamu semua telah memberikan pertolongan? Adakah kamu semua sanggup menghilangkan penipuan dan pembohongan? Mana mungkin kamu menerima aduan kami.. kerana aduan kami ini akan menghilangkan kuasa kamu yang masih bersisa! Kerana itulah.. kami mengambil keputusan.. Untuk menuntut akan hak-hak kami sebagai rakyat! untuk membuat pemilihan dan pengundian seadil-adilnya! untuk mendapat pengadilan dan kebertanggungjawab... Untuk menghapuskan kebobrokan dan penipuan demokrasi! Oleh itu... Kami akan meninggalkan anak bini kami.. kami akan meninggalkan emah ayah kami.. kami akan tinggalkan rumah-rumah kami! untuk bersama berjuta rakyat marhaen! Untuk turun memenuhi setiap inci ruang Kuala Lumpur.. Bagi menyatakan kehendak kami.. bagi membuktikan kesungguhan kami.. Bagi melaksanakan jihad kami... menentang pemimpin yang zalim! Hanya Allah dan Rasul ikutan kami.. Hanya kepada Allah kami takut dan kami ikut! Bukan kepada kamu menteri yang berselindung di sebalik kuasa.. Bukan kepada topi merah yang hanya berkuasa di balik perisai dan senapang canister! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! budakbalun 06062011 Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa. Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk. "Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). - malaysiakini |
Tuan Ibrahim... Besarnya jiwamu! Allahuakbar! Posted: 06 Jun 2011 06:15 AM PDT |
TG Nik Aziz Iktiraf Abang Mat Timbalan Presiden! Posted: 06 Jun 2011 05:22 AM PDT Allahuakbar!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!! |
Kalaulah UMNO yang 'bermuktamar' hari tu.. Posted: 05 Jun 2011 09:30 PM PDT Kalaulah UMNO yang ber'muktamar' hari ni.. Dah pasti berjuta wang ringgit bertukar tangan.. Dah pasti berjuta 'lendir' dan 'noda' bertukar tuan.. Dah pasti beribu keping 'cheque' dan 'cash' bertukar cawangan.. Dah pasti agen-agen senyum kegirangan! Kalaulah UMNO yang ber'muktamar' hari ni.. Sejak pemilihan cawangan lagi parang dan keris dah berterbangan! Maki dan hamun dah bersiaran Dendam dan benci dah berselumatan Iri dan hasad dah berakaran.. Itu belum peringkat bahagian.. Yang AJK berangan nak jadi Ketua, Yang Timbalan apatah lagi la.. Surat layang,sms layang pastinya senjata utama! Ketua-ketua cawangan WAJIB dikenyangkan! Kalau idak kompom tak dapat undi pertama.. Sampai pula ke peringkat negeri Nasib baik Ketua Perhubungan negeri dilantik Presiden.. Idak kalu disitu dah berantakan! Entah berapa juta pulak RM nak tempuh peralihan.. Peralihan tangan ketua-ketua Bahagian! Peringkat pusat jangan nak heran! PWTC tiap-tiap kali jadi saksi kedurjanaan! Belum kira fitnah dan duit berterbangan! Senyum dan gurau semua lambang kemunafikan! Walhal dalam hati dendam bukan main naik baran! Inilah dia hasil kemelayuan gerombolan! Jauh menyimpang daripada unsur keIslaman Hanya memikir harta, pangkat dan kekayaan Manalah Redha Allah SWT nak ikut jadi peneman Sebabkan pangkat yang jadi buruan! Alhamdulillah Parti Islam SeMalaysia selesai bermuktamar Organisasi baru dipilih perwakilan Satu sen duit tak bertukar tangan Hanya habis duit membeli buku dan kitab idaman Juga tak lupa minyak wangi kembang setaman buat bekal ke masjid dan kuliah harian Bukan kita yang memulakan perjuangan ini Dan bukan kita yang akan mengakhiri.. Pejuang-pejuang dahulu membuka jalan Dan kini kitalah penyambung perjuangan! Biar Syahid penghenti diri.. Atau kemenangan yang usaha dicari.. Bukan kemenangan kelak disoal diri Tetapi berjuang adakah di hati? Berkembanglah duhai Parti Islam kecintaan kami Ulama dan Profesional semua dalam satu haraki Tak lupa juga teman yang hanya ada SRP! Jangan dihilangkan Keihkhlasan hati kerna Perjuangan ini tiada bertepi Parti Islam ini dimulai oleh marhaen.. Petani, Ulama' dan pencinta Islam.. Jangan disia perjuangan silam Kerana Di syurga moga bersalam! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! budakbalun @ Muktamar Pemuda PAS Pusat 2011 |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan