Ahad, 5 Jun 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Fitnah Liwat II: Anwar gagal kali ketiga lucutkan hakim

Posted: 05 Jun 2011 09:19 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadapnya.

"Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin.

Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan.
Read More / Baca Lagi >>

Anthony Loke: Anak muda perlu prihatin politik

Posted: 05 Jun 2011 09:12 PM PDT

Wawancara eksklusif dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, merangkap Ahli Parlimen Rasah

Boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang saudara?

Saya berusia 34 tahun, anak watan Seremban, dibesarkan di Seremban dan bersekolah di Seremban iaitu Sekolah St Paul yang pada ketika itu sudah menjadi Sekolah Kebangsaan St Paul. Di sekolah itu saya lebih menggunakan Bahasa Malaysia berbanding Bahasa Inggeris kerana sudah ada kurikulum KBSR. Sekolah menengah pun di St Paul. Selepas SPM, saya ambil STPM di Sekolah Menengah Sri Ampangan. Selepas itu saya masuk ke KM belajar dalam Fakulti Sains Pembangunan.
Read More / Baca Lagi >>

Ajak orang muda sertai DAP

Posted: 05 Jun 2011 09:09 PM PDT

Wong Ho Leng

DAP Sarawak telah melancarkan kempen mengalakkan ahli-ahlinya supaya menarik golongan muda di negeri itu untuk menyertai parti tersebut.
Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata usaha itu penting kerana undi golongan muda dapat menentukan hala tuju dan masa depan pentadbiran negeri.
Menurutnya, golongan muda yang berusia di antara 21 dan 50 tahun mewakili separuh jumlah pengundi berdaftar.
"Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pun melihat betapa pentingnya peranan golongan muda (dengan mengadakan program Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya), kita dalam DAP juga dapat melihat semua itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat agung DAP cawangan Sibu di sini minggu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya UMNO dan kroni yang dapat…

Posted: 05 Jun 2011 09:09 PM PDT

 Abdul Manan Abd Razak

6 JUN – Sudah sekian lama UMNO mewarwarkan  perjuangan untuk bangsa Melayu dan Bumiputera sejak tahun 1946 agar mereka ditingkatkan taraf hidup setaraf dengan kaum lain sepertimana diperuntukkan oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Pelbagai insentif, dorongan, bantuan, keutamaan daripada segi moral, politik mahu pun kewangan telah diberikan oleh negara sejak 1957 yang ternyata akhirnya menemui kegagalan hingga kini. Apatah lagi keadaan Melayu dan Bumiputera semakin melarat dari hari ke hari disebabkan pemimpin UMNO sendiri begitu rakus membolot segala projek dan lain-lain insentif yang sepatutnya dihulurkan kepada kaum ini.
Keadaan ini dirumitkan lagi dengan ketiadaan kemahiran, kepakaran dan pengalaman menguruskan sesuatu urusan baik secara teknikal mahu pun praktikal. Ini terserlah daripada segi ketidakmampuan bersaing dalam bidang perniagaan, mutu pekerjaan dan perkhidmatan serta kelemahan hasil produk yang dihasilkan.
Read More / Baca Lagi >>

Tulisan Utusan “sampah kepada segala sampah”

Posted: 05 Jun 2011 09:08 PM PDT


Pandangan Mingguan Malaysia yang mewakili pemikiran kepimpinan UMNO tentang kononnya Lim Kit Siang menjadi dalang dalam pemilihan PAS adalah kewartawanan jenis "sampah kepada segala sampah".
Ketua Parlimen DAP itu menyatakan tulisan sidang pengarang Utusan yang menyamar di sebalik nama Awang Selamat patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia untuk menyedari betapa tenat sakit otak yang menjangkiti kepimpinan UMNO yang berada dalam lingkungan kuasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Ulama-Erdogan dan dualisme dalam PAS

Posted: 05 Jun 2011 09:05 PM PDT


Oleh HARIS ZALKAPLI

Pemilihan kepimpinan PAS yang baru berlalu tidak dapat mengelak daripada dinilai daripada sudut pemisahan golongan agama dan bukan berpendidikan agama, walaupun simplistik dan cenderung untuk menyeleweng takrifnya.

Satu pemisahan yang sering digunakan ialah "ulama dengan bukan ulama," "ulama dengan profesional," dan juga "konservatif-reformis."

Dari sudut definisi yang mudah difahami, ulama boleh diterjemah sebagai sarjana ilmu Islam, yang sepatutnya tidak disamakan dengan "ustaz" yang merupakan mereka yang memperoleh pendidikan agama, tetapi tidak pada peringkat yang lebih tinggi sehingga dinilai sebagai ulama.Read More / Baca Lagi >>

WIKILEAKS: Malaysia's New Economic Model

Posted: 05 Jun 2011 09:04 PM PDT

He noted barriers to non-bumiputras in the job market, starting and growing businesses, purchasing housing, and educational opportunities began a move of many well educated non-bumiputra Malaysians to emigrate. The fact that 800,000 young Malaysians are now working abroad, 300,000 having emigrated in the past 18 months, including increasing numbers of ethnic Malays was recently noted in Parliament. Malaysia's "brain drain" has begun to get the attention of policy makers, according to Husni.


Raja Petra Kamarudin

C O N F I D E N T I A L SECTION 01 OF 05 KUALA LUMPUR 000103

SIPDIS

STATE FOR EAP/MTS FOR DBISCHOF
STATE FOR EEB/IFD/OMA FOR BSAUNDERS AND AWHITTINGTON
STATE PASS USTR - WEISEL AND BELL
STATE PASS FEDERAL RESERVE AND EXIMBANK
STATE PASS FEDERAL RESERVE SAN FRANCISCO TCURRAN
SINGAPORE PASS SBLEIWEIS
USDOC FOR 4430/MAC/EAP/MHOGGE
TREASURY FOR OASIA AND IRS
GENEVA FOR USTR
Read More / Baca Lagi >>

Video : Why we need to support BERSIH

Posted: 05 Jun 2011 08:58 PM PDT

Cerita Kroni : Tsunami Erdogan ubah corak, hala tuju perjuangan PAS

Posted: 05 Jun 2011 08:49 PM PDT

Jamhariah Jaafar

6 JUN — Mengejutkan... Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan mengenai keputusan di luar jangkaan ramai, pada pemilihan barisan kepemimpinan baru Parti Islam Se-Malaysia (PAS) — terutama membabitkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Keputusan ini mengingatkan pemerhati politik kepada "Kem Wawasan" yang pernah wujud dalam parti Umno suatu ketika dulu, cuma kali ini tangan-tangan ghaib dan pakar strateginya tidak sukar untuk diteka.
Kemenangan Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar — nama-nama yang memang gah di gelanggang politik negara — barisan pemimpin yang tidak gentar dan teragak-agak melakukan apa saja demi untuk bersama PKR dan DAP untuk mencapai misi untuk menawan Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

'Majlis fatwa mesti bincang tugu 1M'sia'

Posted: 05 Jun 2011 08:47 PM PDT

Pemimpin PAS menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji secara terperinci keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia baru-baru ini.

Jawatankuasa itu membuat keputusan itu antaranya kerana khuatir ia boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).
Read More / Baca Lagi >>

Kematangan PAS wajar dicontohi

Posted: 05 Jun 2011 08:45 PM PDT

Oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih.

Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu.

Read More / Baca Lagi >>

Kesilapan Yang Tidak Perlu Diulangi Dalam Muktamar

Posted: 05 Jun 2011 08:44 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Mursyidul Am Pas Nik Aziz kata kemenangan Mat Sabu menerusi saluran yang sah? Ertinya kemenangan itu dikhtiraf dan menunjukkan Pas mengamalkan demokrasi terbuka dan tulen.

Bukan itu saja kemenangan itu atas kredibiliti yang ada kepada Mat Sabu. Ia bukan seperti kemenangan penjawat besar di dalam Umno yang diragui akan kesahihannya. Inilah kehebatan Pas.

Walaupun Nik Aziz tidak seronok dengan kemenangan Mat Sabu, kerana tidak memenuhi hasratnya, tetapi bila itulah keputusan terpaksa juga disambut. Redha dengan kehendak perwakilan. Inilah tanggungjawab dan amanah bersama. Nik Aziz mnghormati keputusan itu kerana itu dia memberi dokongan dengan menghuraikan beberapa kelebihan yang ada kepada Mat Sabu terutamanya mengenai kesetiaan Mat Sabu dengan Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Ulas Kemenangan Mat Sabu - PERKASA Huru Hara buat Kenyataan

Posted: 05 Jun 2011 08:43 PM PDT

Oleh: wfauzdin_ns

"MEMANG hebat sungguh penangan Mat Sabu sehinggakan puak pencacai pun naik `gila' dibuatnya di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

Di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu tersebut, kenyataan puak-puak pencacai ini bercanggah di antara satu sama lain dek kerana terlalu ghairah untuk memburukkan PAS.

Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu :Tugas Besar Menunggu Anda.

Posted: 05 Jun 2011 08:42 PM PDT

Oleh Tok Pepijat
Alhamdulillah. Telah selesai pemilihan Timbalan Presiden PAS. Tuan Haji Muhammad Sabu http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/mat-sabu.jpgdipilih dengan undian terbanyak daripada dua lagi calon iaitu Ustaz Nasharudin Isa dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mengapa Mat Sabu dipilih? Apa saja andaian, hujah dan alasan anda, yang pasti ianya kehendak dan penentuan dari Allah Taala. Full Stop.

Kalau kita melihat calon Timbalan Presiden, masing-masing semacam membawa bayangan tokoh terbilang PAS. Misalnya Ustaz Nasha membawa imej Arwah Ustaz Fadhil manakala Ustaz Tuan membawa perwatakkan imej TG Nik Aziz.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin UMNO bimbang dengan perubahan Pimpinan PAS

Posted: 05 Jun 2011 08:41 PM PDT

Oleh DRS, KHALIL IDHAM LIM

Saya menunggu-nunggu apakah ulasan yang akan dikeluarkan oleh kepimpinan UMNO mengenai perlantikan Saf kepimpinan PAS untuk sesi 2011-2013. Hari ini hajat saya tercapai bila 2 orang penting dalam UMNO iaitu Naib Presiden dan Ketua Pemuda memberikan ulasan yang saya sifatkan sebagai kehabisan modal, lucu dan tidak berasas sama sekali.

Malah saya melihat kenyataan mereka berdua menggambarkan kebimbangan UMNO yang amat sangat dengan perubahan pucuk pimpinan PAS yang dilihat mampu menggugat kuasa mereka, malah sampai ketahap PAS dan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan UMNO dan BN.

Read More / Baca Lagi >>

Negara Berkebajikan bukan agenda baru PAS

Posted: 05 Jun 2011 08:40 PM PDT

Nampak sangat masih ramai yang tidak faham konsep Negara Islam. Justeru, tidak pelik mengapa setiap kali kalimah itu disebut, dapat kita dengar dan baca komen dan reaksi negatif serta tidak munasabah dari khalayak umum.
 
Amat mendukacitakan apabila tanggapan serong terhadap Negara Islam bukan hanya datang daripada orang bukan Islam. Ia bahkan turut terpacul dari mulut orang-orang Islam sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

SU Majlis Syura: Pengaruh ulama dalam PAS tidak terhakis

Posted: 05 Jun 2011 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Dewan Ulama tidak sama sekali kecewa dengan keputusan pemilihan pusat PAS, yang disifatkan sebagai penguasaan besar oleh pemimpin kumpulan profesional, kata Ketua Penerangannya PAS Nik Zawawi Nik Salleh.
"Tidak, tidak kecewa. Saya (juga) sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama melihat ulama ada peranan (dalam membuat keputusan akhir), ahli jawatankuasa kerja pusat, dia (mereka) ada peranan kepada parti," kata Nik Zawawi ketika ditemui The Malaysian Insider. "Pemilihan ini tidak (sama sekali) menggambarkan yang kepimpinan ulama diketepikan," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Polis biadap, langgar etika conteng badan wanita-Siti Aishah

Posted: 05 Jun 2011 08:37 PM PDT

PETALING JAYA: Tindakan polis yang menggari, merantai dan menconteng badan 30 wanita warga asing yang ditahan minggu lalu dianggap sebagai biadap, malanggar etika dan mengaibkan tahanan wanita, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
Beliau mengulas tindakan polis terhadap wanita terbabit yang ditahan menerusi operasi cegah maksiat kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran di Pulau Tikus, Pulau Pinang.
"Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Ia dilihat sebagai satu perbuatan yang mengaibkan tahanan dan perbuatan yang bersifat biadap.Sekalipun mereka ditahan atas kesalahan yang dinyatakan, namun bukan hak dan cara pihak polis untuk memperlakukan mereka sedemikian rupa.
Read More / Baca Lagi >>

Kepimpinan PAS: Umno BN gigit jari

Posted: 05 Jun 2011 08:34 PM PDT

PADANG SERAI, 6 Jun: Keputusan pemilihan kepimpinan PAS yang telah berlalu baru-baru ini membuktikan bahawa parti tersebut berjaya menangani masalah yang cuba dicipta oleh Umno dan BN dalam isu ulama dan Erdogan yang cuba dikaitkan.
Apa yang telah diputuskan oleh para perwakilan, dilihat menggambarkan aspirasi sebenar mereka yang inginkan pembaharuan dalam organisasi yang diharapkan oleh masyarakat Melayu dan Islam sebagai pengganti kepada Umno yang telah memerintah negara sekian lama.
Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog dan ramah mesra dengan masyarakat di sini, semalam.
Katanya lagi, usaha Umno dan BN melalui media arus perdana  untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS terutamanya bagi jawatan timbalan dan naib presiden tidak kesampaian, apabila calon-calon yang tewas tidak pun menunjukkan kekecewaan atas keputusan yang telah mereka terima.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin calls Hadi 'extreme and un-Islamic' but still wants marriage

Posted: 05 Jun 2011 08:32 PM PDT

Muhyiddin calls Hadi 'extreme and un-Islamic' but still wants marriageAmid growing belief that PAS will replace UMNO as the party of choice for the Malays, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin condemned Hadi Awang for the "extreme, un-Islamic, baseless and ill-intended" scolding that the PAS president dished out to his UMNO counterparts over the weekend.
But at the same time, the UMNO deputy president made haste to let Hadi know that UMNO was still sincere about wanting a merger.
"If that is its stand, never mind then. But Umno is still leaving the door open for cooperation with PAS. Our call for cooperation is not for politics, but for the well-being of the ummah," Bernama reported Muhyiddin as saying.
In the months leading up to the PAS party election and annual congress, pundits have accused UMNO and its organs such as Perkasa and Pembela of drumming up Malay nationalist fervor as well as anti-Christian sentiments in a bid to push PAS back into its fundamentalist Islamic shell.
Read More / Baca Lagi >>

umPORno dan Utuseks Malaysia Gilababi..!!!!

Posted: 05 Jun 2011 08:29 PM PDT


Dengan perasaan kecewa yang amat sangat Utuseks Malaysia termasuk Awang Selamat menyerang PAS dan para perwakilannya di Muktamar kali ini dengan jayanya.

Media Perdana Umno ini telah berjaya memperbodoh dan menyesatkankan ahlinya dan tidak langsung untuk pimpinan, perwakilan dan ahli PAS diseluruh negara yang bersatu menolak gagasan Utuseks yang amat meloyakan ini.Read More / Baca Lagi >>

No easy road for PAS to Putrajaya

Posted: 05 Jun 2011 07:18 PM PDT

The new PAS leadership line-up (from left) — Mahfuz Omar, Hadi, Mat Sabu, Salahuddin Ayub and Husam Musa. — Picture by Choo Choy May
ANALYSIS, June 6 — Throughout the PAS muktamar, there were two recurring and inter-connected themes that its senior leadership wanted members to believe. Firstly, there is no such thing as an ulama-professional rift. The other message was that PAS was close to getting to Putrajaya. In the words of Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi, it was as if Putrajaya was the "taman" next to Taman Melewar in Kuala Lumpur where the party held its assembly.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu : Negara Berkebajikan Jadi Tonggak Utama PAS, PR

Posted: 05 Jun 2011 07:17 PM PDT


Timbalan Presiden PAS yang baru Mohamad Sabu berkata perjuangan PAS untuk menubuhkan negara berkebajikan diterima baik oleh semua kaum dan akan terus menjadi hala tuju utama parti itu dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke -13. 

Beliau juga menegaskan barisan kepimpinan PAS yang di pilih Jumaat lalu mencerminkan keinginan perwakilan untuk parti itu lebih mendekati rakyat dan terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan. 

 "Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat sama ada timbalan presiden dan naib-naib presiden yang dipilih.

 "Signalnya ialah apabila kita lihat Mazlan Aliman mendapat undi yang tertinggi (804 undi), antaranya yang memberi kekuatan kepada sokongannya ialah kerana penglibatan beliau dalam Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) untuk merobah minda pengundi masyarakat Felda (Peneroka)," kata beliau dalam wawancara dengan Harakah Daily. 
Read More / Baca Lagi >>

KES FITNAH II: Pendakwa raya HALANG peguam Anwar temu bual saksi

Posted: 05 Jun 2011 07:12 PM PDT



[KD] KUALA LUMPUR: Peguam Sankara Nair yang mewakili Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu bahawa pihak pendakwa raya tidak membenarkan pasukan peguam Anwar menemu bual kesemua 25 saksi yang dijanjikan kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Another season of 'expert analysis' on PAS ends

Posted: 05 Jun 2011 07:01 PM PDT

Another season of 'expert analysis' on PAS ends KUALA LUMPUR - This year, as has been the case the past several years, there had been no shortage of analyses and 'expert' opinions in both the government-controlled and independent media on the just concluded PAS general assembly.

One common feature of these analyses, whether they are done in good faith or to undermine the party's Islamic outlook, has been the obsession with terms such as 'reformists', 'ulamas' and 'professionals', despite repeated insistence by PAS leaders that these were just labels created by the Islamic party's detractors.

Far from ignoring them, PAS president Abdul Hadi Awang, in his closing address at the muktamar today, could not help but point out yet again that these terms had no relevance in PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: