Pulakdah! |
- (GAMBAR) Malaysia TUMPASKAN Lubnan 2-1
- LAGI Kejadian Kanak-Kanak JATUH Dari TINGKAT TINGGI
- Muncung TODAK Tembusi KAKI NELAYAN
- 20 TAHUN Sitimah Menyusukan KUCING
(GAMBAR) Malaysia TUMPASKAN Lubnan 2-1 Posted: 23 Jun 2011 09:46 AM PDT PEMAIN negara, Mohamad Fadhli Mohd Shah (kiri) diasak dua pemain Lubnan pada saingan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil KUALA LUMPUR: Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012 selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41. Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0. Pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad menghalang pemain Lebanon Mohamad Haidar (4) pada perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini. Namun pada masa separuh kedua Lubnan mendapat gol menerusi Chandi Atie pada minit ke-61 selepas Malaysia terpaksa bermain 10 pemain apabila Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah kira-kira 10 minit sebelum itu. Lagi gambar menarik : Pemain Malaysia, Mohamed Fandi Othman menghalang pemain Lebanon Chadi Atie pada perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini Pemain Lebanon Chadi Atie dihalang tiga pemain Malaysia pada perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini. Penyokong Pasukan Malaysia meraikan kemenangan mengalahkan pasukan Lubnan 2-1 pada perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini Kredit : Bernama |
LAGI Kejadian Kanak-Kanak JATUH Dari TINGKAT TINGGI Posted: 22 Jun 2011 10:00 PM PDT SHANDONG - Kejadian kanak-kanak terjatuh dari tingkat atas apartemen berlaku lagi di China. Setelah beberapa hari lalu seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun tergantung di sebalik kompresor pendingin udara di tingkat 7 sebuah apartemen (DI SINI), kali ini seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tergantung di celah besi tingkap di tingkat tiga sebuah apartemen di Tengzhou, Shandong, China Utara. Untungnya kanak-kanak malang ini dapat diselamatkan walaupun tergantung selama 20 minit lamanya. Seorang pegawai polis melihat ke arah kanak-kanak malang sebelum menurunkannya dengan tangga. Jiran tetangga yang panik berusaha di bawah untuk menangkap kanak-kanak ini jika terjatuh. Dia diselamatkan oleh seorang pegawai polis. Polisi itu datang selepas dihubungi jiran yang melihat kanak-kanak malang ini dari bawah. Dipercayai kanak-kanak ini terjatuh setelah menjenguk ke luar jendela melalui celah-celah jeriji besi tingkap. Sebelum kejadian, anak tersebut tinggal seorang diri di dalam apartemen. Ayah kanak-kanak itu datang selepas 10 minit kanak-kanak malang itu diselamatkan. Ia berkata sedang berada di luar rumah bersama isterinya untuk membeli suatu keperluan, menurut laporan China News, Khamis (23/6/2011). Belum jelas apakah hukuman yang akan diambil oleh pihak polis terhadap ibu bapa yang suka meninggalkan anak kecilnya sendirian di rumah sementara mereka tiada. |
Muncung TODAK Tembusi KAKI NELAYAN Posted: 22 Jun 2011 07:20 PM PDT PAMEKASAN - Imam (24), seorang nelayan berasal dari Desa Bandaran, Kecamatan Tlanakan, Kabupaten Pamekasan, mengalami luka tertusuk yang sangat serius di betis kanan ketika menangkap ikan bersama 20 orang nelayan lain di perairan Bandaran, Kecamatan Tlanakan, Kabupaten Pamekasan, kira-kira jam 8.00 mlm, Rabu (22/6/2011). Secara tiba-tiba, muncung ikan todak sepanjang 30 cm tercucuk di betis kanannya. Mangsa terus berteriak minta tolong kerana merasa sakit yang tidak terhingga. "Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Apalagi, ikan itu terus bergerak-gerak berusaha melepaskan muncungnya yang sudah tercucuk di betis saya. Ikan itu akhirnya terlepas. Tetapi, muncungnya tetap tertusuk di kaki saya," kata Imam, Khamis (23/6/2011). Teman-teman nelayan yang lain akhirnya balik menuju daratan dan membawa mangsa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Pamekasan. Hasan (29), nelayan yang bersama menangkap ikan bersama mangsa berkata, dia bersama lebih 20 orang nelayan termasuk mangsa berangkat kira-kira 1.00 ptg menuju tengah laut di Perairan Bandaran. Peristiwa malang itu terjadi, ketika beberapa nelayan hendak melemparkan jaring ikan. Ketika itu, dua orang nelayan (salah seorang adalah mangsa) turun ke tengah laut. "Nah, ketika itu mangsa tertancap muncung ikan todak," jelasnya. Hingga saat ini, mangsa masih dirawat secara intensif di RSUD Pamekasan. Dari pemeriksaan sementara, muncung ikan todak tercucuk dari belakang betis kanan hingga menembusi betis bahagian depan. Jururawat juga mengukur muncung ikan todak yang masih kukuh tertancap di betis mangsa, iaitu sepanjang 30 cm. Kredit : Inilah |
20 TAHUN Sitimah Menyusukan KUCING Posted: 22 Jun 2011 05:36 PM PDT SITUBONDO - Manusia memelihara kucing biasanya menyediakan susu di dalam piring atau mangkuk, lalu binatang peliharaan itu menjilatnya hingga habis. Namun, ia tidak begitu bagi Raba'i alias Sitimah, seorang wanita yang tinggal di Desa Wringinanom, Kecamatan Panarukan, Kabupaten Situbondo. Wanita berusia 55 tahun itu menyusukan kucing-kucingnya. Memang kedengaran aneh, namun begitulah kehidupan yang dilalui Sitimah sejak 20 tahun lalu. Namun begitu, daripada 20 ekor kucing yang dipeliharanya, hanya tiga ekor yang masih menyusu. Sitimah mengaku merasa aneh ketika pertama kali kucingnya menyusu payudaranya. "Mulanya, saya terkejut. Kok ada kucing suka menetek," kata Sitimah ketika ditemui di rumahnya. Ia juga mengaku awalnya puting payudaranya terasa sakit di dalam mulut kucing, kerana gigi kucing yang tajam. Namun, rasa sakit itu ditahannya, kerana ia tidak mahu melepas atau membuang kucing yang suka menetek itu. "Kasihan Pak, kucing juga perlu disayang," tutur perempuan yang hidup seorang diri tanpa anak dan suami itu. Tentu saja, tidak ada air susu yang keluar dari payudara Sitimah. Namun begitu, si kucing tetap tidak mahu melepaskan mulutnya. Malah, aktiviti menetek itu membuatkan si kucing merasa selesa hingga tertidur. Uniknya, kucing-kucing itu akan marah kalau dipaksa melepaskan mulutnya dari payudara Sitimah dan terus mencakar. "Daripada terus dicakar ya sudah biarkan saja," kata Sitimah sambil memeluk salah seekor kucing yang sedang menyusu. Menurut Suma'ati, jira Sitimah, pengorbanan perempuan itu sangat besar. Ia merelakan diri tidak bernikah kerana lebih menyayangi kucing. Sebelum terjadi banjir besar yang melanda Situbondo pada awal tahun 2000, Sitimah pernah dilamar seorang lelaki, namun Sitimah menolak mentah-mentah kerana lelaki itu melarangnya memelihara kucing. "Lebih baik saya tidak memiliki suami, kalau harus berpisah dengan kucing," kata Suma'ati menirukan gaya percakapan Sitimah. Suma'ati sendiri mengaku kasihan melihat kehidupan Sitimah yang 'bergelumang' dengan kucing, dan harus bekerja keras hingga tua demi kucing-kucingnya itu. "Mau diapakan, ya kami biarkan saja," kata Suma'ati. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan