Khamis, 23 Jun 2011

Addin

Addin


Raksasa Laut Di Temui Di China

Posted: 23 Jun 2011 09:24 AM PDT

LONDON - Bangkai monster laut berukuran 55 kaki atau sekitar 16 meter ditemukan di sebuah pantai di Cina. Makhluk tersebut sudah membusuk sehingga sulit diidentifikasi. Menurut berita lokal dari Guandong, makhluk tersebutmemiliki berat 4,5 ton. Salah satu nelayan, Hwang, 66 tahun, mengaku terkejut dengan penemuan tersebut. Meski bangkai sudah membusuk dan menimbulkan bau menusuk, warga setempat tetap berminat mengerumuni bangkai makhluk itu.

Makhluk tersebut ditemukan terikat di tali. Berita yang beredar menyebutkan nelayan setempat menangkapnya, tetapi tidak bisa dibawa ke darat karena terlalu besar.

Ahli biologi dari Oregon State University, Marine Mammal Institute, Scott Baker, menduga makhluk tersebut adalah paus. "Jika menilai laporan ukurannya yang mencapai 55 kaki, itu mungkin ikan paus. Akan tetapi, dari foto yang ada, tampaknya panjangnya tidak sampai 55 kaki."

"Kami berharap orang-orang di sana mengumpulkan tulang-tulangnya dan contoh gen untuk dianalisis karena bangkai paus jarang ditemukan di pantai di Cina," lanjutnya./Tempo


Polis Hanya Tunjuk IC Ketika Rampas T-Shirt BERSIH

Posted: 23 Jun 2011 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR -  Pihak polis yang mengganggu penjual baju T Bersih 2.0, Mohd Razali Abdul Rafar semalam, hanya menggunakan kad pengenalan biasa sewaktu diminta untuk menunjukkan kad kuasanya.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip berkata, Razali yang merupakan ahli AMK Gombak, terkejut dan kecewa dengan tindakan polis menyekat rezeki beliau.


"Mereka hanya menunjukkan kad pengenalan biasa sewaktu merampas dua helai baju yang dijual Razali," katanya kepada Keadilandaily.com 

Bercakap lebih lanjut, Rozan menyifatkan suasana semasa tidak mustahil menyebabkan rakyat dilarang daripada menggunakan perkataan 'Bersih' itu sendiri. "AMK terkejut, dan tak mustahil rakyat Malaysia tak dibenar sebut atau tulis tentang Bersih 2.0," kata Rozan.

Dalam perkembangan berkaitan, pertubuhan Lawyers For Liberty menganjurkan bengkel pada 30 Jun ini, untuk memberi maklumat kepada peserta perhimpunan yang bakal berdepan intimidasi polis, 9 Jun ini./KD


Dr. Asri - Polis Patut Permudah Proses Demonstrasi

Posted: 23 Jun 2011 02:00 AM PDT


SHAH ALAM, 23 Jun -  Adalah haram bagi mana-mana pihak, tidak kira peserta demonstrasi ataupun polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Oleh itu, kata beliau, sesiapa yang mahu menyertai demonstrasi seperti Bersih 2.0 hendaklah berazam tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, mencederakan sesiapa, dan memaki hamun. Sebaliknya, kata Dr Asri, mereka harus melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati dengan cara yang aman. 


"Pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. "Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan, katanya. 

Dr Asri berkata, sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa. "Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. 

Polis, rakyat dan golongan atasan," katanya. Beliau berhujah demikian dalam kolumnya di portal Malaysiakini hari ini berhubung isu perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai depan. "Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan.

"Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya,' kata Dr Asri lagi. Bagaimanapun beliau bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkan perhimpunan itu dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum, "sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya". 

"Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara. "Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. 

"Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan," kata beliau. Sehubungan itu, Dr Asri berkata, SPR hendaklah menunaikan tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turun ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai. "Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman," kata beliau. 

Bagaimanapun beliau menegaskan memelihara keamanan adalah syarat utama keharusan mengadakan demonstrasi, "jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak". Beliau mengemukakan hujah bahawa demonstrasi jalanan ini pernah berlaku di zaman Rasulullah. 

Katanya, Nabi Mohammad s.a.w. pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya membuat bantahan di jalan. "Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: "Sesungguhnya jiranku menyakitiku". "Sabda Nabi: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". "Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". "Maka mereka berkata:"Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". Hadis berkenaan, kata Dr Asri, diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih./Tvs


Penggodam Laman CIA Di Tangkap

Posted: 23 Jun 2011 12:00 AM PDT

Remaja Inggris Ryan Cleary yang menjadi dalang serangan situs-situs pemerintah, bank dan pembocor dokumen rahasia menjalankan aksinya dari bilik tidurnya. Remaja ini, tak pernah meninggalkan biliknya, ini mempermalukan pemilik situs-situs itu dengan mudah. Pada 7-12 Mei, ramaja pemilik nama online ViraL ini berhasil membobol Fox Network. Ia berhasil memasuki database para kontestan X Factor Amerika Syarikat (AS). Sebanyak 250.000 rincian informasi rahasia pengguna dibocorkan di internet.

Pada 15 Mei, remaja 19 tahun ini berhasil memasuki akaun simpanan bank-bank di Inggris. Ia berhasil mencuri 3.100 simpanan ATM dan membocorkannya di dunia maya. Di waktu bersamaan, remaja ini membajak stesen penyiar PBS AS dan membocorkan alamat email staf PBS serta mengunggah berita palsu perihal Tupac Shakur masih hidup dan tinggal di New Zealand.

Pada 2 Jun, Ryan berhasil memasuki sonypictures.com dan mencuri informasi peribadi satu juta pengguna, kemudian membocorkannya secara online. Perician pelanggan dan kupon menjadi 'barang' curian remaja ini. Kelompok hacker (peretas) LulzSec ingin member 'rasa malu maksimum' pada Sony dan 'celah keamanannya'.

Pada 9 Jun, remaja yang tergabung LulzSec ini berbuat baik pada NHS Inggris. "Kami tak bermaksud merosak hanya membantu memperbaiki masalah teknik NHS," kata kelompok ini dalam email. Pada 13 Jun, Senat AS menjadi target serangan selanjutnya. Situs pemerintah itu berhasil diceroboh dan diduga password perihal login pengguna telah dicuri.

Pada 15 Jun, Central Intelligence Agency (CIA) mengalami serangan 'denial of service' dan berhasil membuat situs CIA mati selama tiga jam. Pada 20 Jun, situs Serious Organised Crime Agency (SOCA) atau yang dijuluki 'FBI Inggris' ini juga mengalami serangan serupa CIA. Pada 22 Jun, Scotland Yard dan FBI berhasil menangkap si hackers ini.

Remaja ini seperti ditulis Dailymail terancam terekstradisi ke AS dan menghadapi ancama hukuman penjara 60 tahun./Inilah.com


SPRM Kencing Muka Sendiri?

Posted: 22 Jun 2011 09:22 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin kehilangan taring kerana lebih menumpukan kepada kes lapuk dan mengosongkan inventori kes berprofail tinggi kerana mengamalkan pendakwaan terpilih ala 'Kacang Putih'; seolah-olah mereka kencing ke muka mereka sendiri. Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang ditemui di Mahkamah Tinggi baru-baru ini ekoran penolakan rayuan Mantan Ahli Parlimen Labuan, menyatakan bahawa Malaysia gagal memastikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang kedua iaitu Memerangi Rasuah telah gagal secara total.


Kata Patrick, Menteri yang dipertanggug jawab menjaga NKRA kedua ini ialah Dato' Seri Mohd Nazri Aziz telah gagal memastikan SPRM berfungsi sebagaimana ditubuhkan dan hanya mendakwa kes kacang putih sedangkan kes berprofail tinggi ditutup begitu sahaja, atau 'No Case To Answer'.

Menurut Patrick, di dalam janji Perdana Menteri berhubung NKRA kedua ini, kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah dan haruslah dibendung sebelum terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

Oleh itu, kata Patrick, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, maka kerajaan pimpinan Najib beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

Tetapi tegas Patrick, kerajaan bukan sahaja tidak menaiktaraf mutu siasatan SPRM, malah kerajaan menyumbang kepada amalan rasuah melalui amalan tender terhad atau tertutup untuk menjaga kepentingan kroni, sehingga akauntabiliti kerajaan berada di kelas kambing kerana rasuah menjadi salah satu komponen penting dalam ekuiti pembangunan Negara.

Dalam pada itu, berbalik kepada kes rayuan Suhaili yang ditolak Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Patrick berpendapat SPRM menyalahguna proses mahkamah dan menjadi alat membunuh karier politik pemimpin yang tidak disukai pemimpin persekutuan di Sabah.

Patrick yang mengikuti kes Suhaili sejak hari pendakwaan, mendapati ada yang tidak kena dan sewajarnya Panel SPRM mengkaji semula kes berkenaan disebabkan tuduhan dipinda beberapa kali termasuk menggunakan kad pengenalan palsu dan SPRM boleh didakwa melakukan perbuatan menghina mahkamah.

"Sepanjang saya kenal Suhaili, beliau mempunyai rekod yang baik sebagai Ahli Parlimen, Pengerusi Perbadanan Labuan dan Ketua UMNO Bahagian Labuan sejak 1999 sehingga 2008, tidak ada sebarang pertuduhan rasuah atau kes salahguna kuasa dikenakan terhadap beliau," kata Patrick yang kesal kerana pemimpin UMNO menggunakan SPRM melakukan 'Character Assassignation' dan bukan lagi sebagai pencegah rasuah.

Kata Patrick, adalah tidak wajar jika SPRM menjadikan kes Suhaili menjadi penjamin pada tahun 1996 bagi satu pinjaman yang sudah habis berbayar 100% dan bukannya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen.

"Seperti menggali keranda nenek moyang Suhaili untuk membuktikan bahawa Suhaili bersalah di atas jenayah (jika ada) yang dilakukan nenek moyangnya," kata Patrick yang membuat tamsilan sinis berkenaan.

SPRM dan Pendakwaraya, kata Patrick tidak langsung mengambil kira keputusan mahkamah pada 1997 ketika Suhaili mencabar kes beliau dimufliskan pada 1993 kerana menjamin pinjaman bank kepada akaun sewa beli kereta yang dibuat oleh kawannya pada 1982.

"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 1997 sudah jelas membebaskan Suhaili daripada kes Muflis beliau dan tidak wajar SPRM menggunakan kes yang telah dibebaskan oleh mahkamah untuk membunuh karier politik Suhaili atau mana-mana rakyat Sabah," kata Patrick yang memberikan sokongan padu kepada Suhaili untuk memfailkan rayuan sekali lagi.

Berbanding dengan kes berprofail tinggi yang melibatkan pemimpin negara, kata Patrick langsung tidak disiasat atau ditutup begitu sahaja, termasuk kes seorang Pegawai Turus Kerajaan Persekutuan mendapat 500 ekar tanah di Sabah; kes TELCO yang melibatkan seorang menteri Kabinet dan sebagainya.

Dalam pada itu beberapa NGO dan parti politik dipercayai sedang berusaha untuk melamar Suhaili, namun ketika dihubungi Suhaili berkata beliau hanya akan membuat keputusan jika rayuan akan datang ditolak./Sabahkini


Kerajaan Tutup Kes Bala Tanpa Alasan Munasabah

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak melakukan siasatan terhadap bekas penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam kerana membuat akuan bersumpah palsu dan bukan menutup kes berkenaan. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata demikian ekoran jawapan bertulis yang diterima dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan kes tersebut telah ditutup. Tian Chua berkata, beliau terkejut apabila kerajaan menyatakan kes tersebut selesai tanpa memberikan sebarang alasan munasabah.

Menurutnya, sekiranya dakwaan Balasubramaniam tidak berasas, bekas penyiasat persendirian itu sepatutnya diambil tindakan kerana memburukkan nama negara. "Saya sudah terima jawapan menteri, bahawa kes Bala sudah tutup dan selesai. Ini satu perkara yang pelik,"

"Kalau apa yang dikatakan tiada asas, maksudnya kita perlu siasat, kita tidak mengerti bagaimana caranya peguam negara atau kerajaan Malaysia boleh kata siasatan selesai dan tidak ada lagi (siasatan) perlu dilanjutkan," kata Tian ketika sidang media di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz mengelirukan apabila menggunakan tafsiran undang-undang untuk menutup kes berkenaan.

"Kita tidak perlu ke universiti untuk belajar undang-undang untuk memahami bahawa tafsiran ini salah," katanya.

Menurutnya, kesalahan akuan bersumpah palsu adalah serius kerana ia sama seperti kesalahan membuat sumpah palsu ketika memberi keterangan di mahkamah,

Balasubramaniam sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai tahun lalu muncul di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Najib pembunuhan dalam kes pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara./KD

Tiada ulasan: