Khamis, 16 Jun 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Tinggal Di KUBURAN Kerana TIADA RUMAH

Posted: 16 Jun 2011 06:50 AM PDT

Di Manila , untuk memiliki sebuah rumah amat sukar, beberapa keluarga tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa tinggal di sebuah tanah perkuburan.

Manila North Cemetery merupakan sebuah kawasan 'perumahan' untuk kira-kira 10,000 rakyat Filipina yang miskin.


Ada yang tinggal di sana secara kebetulan, dan ada yang tinggal di sana sejak daripada ibu bapa mereka lagi.

Jika ada masanya apabila kita merasakan rumah kita tidak cukup luas dan selesa bagi kita, kita sepatutnya memikirkan tentang mereka ini.

Lagi gambar di bawah.










Serangan ANONYMOUS Hanya KESAN KECIL : SKMM

Posted: 15 Jun 2011 11:58 PM PDT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata serangan Anonymous ke atas sekurang-kurangnya 51 laman web kerajaan, yang menyaksikan portal rasmi pentadbiran persekutuan gagal dibuka sejak awal pagi ini hanya memberikan "kesan kecil".

Sambil mengesahkan bahawa 41 laman web yang disasarkan telah terganggu, SKMM berkata ia tidak menjangkakan "pemulihan keseluruhan laman web ini akan mengambil masa yang lama kerana kebanyakan daripada laman web yang diserang sudah pulih."

"Kita menjangkakan hanya terdapat sedikit impak kepada pengguna Malaysia hasil daripada serangan ini," katanya selepas memantau serangan yang bermula pada 11:30 malam tadi.

Operasi Malaysia, dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai Anonymous, dan berjaya menurunkan sasaran utamanya, malaysia.gov.my, pada kira-kira jam 04:00 pagi ini.

Walaupun laman web itu pulih selepas 11.30 pagi hari ini, serangan yang telah diumumkan pada awal minggu ini juga menyerang laman web lain, yang menyaksikan laman web pelancongan Sabah (sabahtourism.com) dan Tour Malaysia travel guide (tourmalaysia.com.my) turut digodam.

Penggodam telah mendedahkan satu set data pengguna yang didakwa berjaya dicuri dari laman Pelancongan Sabah dan disiarkan di Internet.

Data 392 akaun pengguna laman itu kemudian dimuat-naikkan ke sebuah portal bebas yang tidak dikenali dan turut memuatkan emel pengguna, nama pertama dan akhir pengguna serta juga kata lauan mereka yang telah dipadamkan.

SKMM berkata laman web mereka sendiri (skmm.gov.my) turut menjadi sasaran serangan tetapi berkata berjaya dipatahkan.

Bagaimanapun menurut seorang wakil Cyber Security Malaysia, sebuah agensi di Kementerian Sains dan Teknologi, hari ini berkata yang tiada langkah pencegahan dapat diambil bagi mencegah kumpulan penggodam pakar Anonymous daripada melumpuhkan 51 laman web kerajaan.

Laman Web Kerajaan Dan 27 Yang Lain DIGODAM

Posted: 15 Jun 2011 07:27 PM PDT

Portal kerajaan Malaysia tidak boleh dicapai dan tidak responsif pada jam 9 pagi, 16 Jun, 2011.


KUALA LUMPUR - Operasi Malaysia yang dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai Anonymous bukan saja berjaya menggodam laman web rasmi kerajaan Malaysia, tetapi juga menyerang ke atas sekurang-kurangnya 27 laman web yang lain.

Ini termasuklah sekurang-kurangnya lima laman web kerajaan yang lain seperti laman web Bomba,
Perbendaharaan Malaysia, Parlimen Malaysia, JobsMalaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Majlis Sukan Negara

Pada 8:30 pagi malaysia.gov.my masih tidak boleh diakses, sementara penggodam lain nampaknya telah bertindak sendiri menyerang laman-laman web lain seperti web pelancongan Sabah (sabahtourism.com) dan Tour Malaysia travel guide (tourmalaysia.com.my).

Di laman web Pelancongan Sabah, penggodam mendakwa telah mendapatkan butiran lebih 3,400 pengguna laman webersebut dan menghantar beberapa butiran kepada 392 akaun.

Walau bagaimanapun, laman web Pelancongan Sabah telah berjaya menguasai semula laman web tersebut tetapi berada pada status offline.


Laman web Tour Malaysia kekal dirosakkan oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force. Pelawat ke laman web yang disambut oleh lagu sebuah kumpulan rock heavy metal bertajuk "Through The Fire And The Flames" dan mesej mengkritik langkah kerajaan kerana menyekat laman web tertentu.

Anonymous telah memberi amaran awal minggu ini akan menyerang ke atas laman web rasmi kerajaan Malaysia kerana membantah terhadap langkah penapisan internet.

Tiada ulasan: