AKU INGIN BEBAS |
KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!... Posted: 16 Jun 2011 07:25 AM PDT Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan. "Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian. "Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin. Polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Katanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor Star online. Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan