Pulakdah! |
- Kenapa SHAM Kamikaze Pakai KOPIAH, Bukan Songkok
- Inilah Punca Mengapa ANONYMOUS Akan Serang Portal Kerajaan M'sia
- (GAMBAR) MSK Sertai DAP, TAHNIAH!
- Ruslan Kassim : Seorang Lagi MUNAFIK
Kenapa SHAM Kamikaze Pakai KOPIAH, Bukan Songkok Posted: 14 Jun 2011 05:25 AM PDT |
Inilah Punca Mengapa ANONYMOUS Akan Serang Portal Kerajaan M'sia Posted: 14 Jun 2011 01:16 AM PDT Anonymous, kumpulan penggodam yang telah mengancam untuk menyerang portal Kerajaan Malaysia, telah mengumumkan sebab-sebabnya. Menurut kenyataannya di laman web Pastebin, kumpulan ini bertindak terhadap apa yang didakwanya terhadap pelbagai akta-akta penapisan oleh Kerajaan Malaysia , dan juga disebabkan oleh tindakan terbaru untuk menyekat laman web perkongsian fail, seperti Pirate Bay, di Malaysia. Anonymous juga mendakwa kerajaan telah menyekat filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen , dan untuk menyekat Internet, ia satu perlanggaran hak asasi manusia. "Kami khuatir jika anda membuat keputusan-keputusan selanjutnya yang akan merampas kebebasan manusia, kami dipaksa untuk bertindak pantas dan tanpa belas kasihan," menurut kumpulan kata dalam kenyataan pada Selasa (14/6/2011). Mesej itu juga dimuat naik pada tapak perkongsian video YouTube. Ia menonjolkan suara yang dijana secara digital membacakan mesej kumpulan tersebut. Anonymous akan melancarkan serangan itu pada 7.30PM GMT hari Rabu (3.30am Khamis waktu Malaysia) dan dinamakan sebagai "Operation Malaysia.". Ia menghantar ancaman dalam bentuk grafik pada laman web ini. Mikko Hypponen, pegawai penyelidik utama di Corporation F-Secure - sebuah syarikat perisian keselamatan komputer di Helsinki, Finland - telah tweet tentang ancaman di Malaysia pada 4.42am Selasa. Sementara itu, laman berita online Epoch Times melaporkan yang Anonymous memilih sasaran sesebuah negara berasakan input daripada pengguna di negara tersebut. Bagaimanapun , laporan itu berkata, kumpulan penggodam itu enggan menyatakan jika terdapat mana-mana ahli-ahli kumpulan Anonymous di Malaysia. Dalam temubual eksklusif dengan Epoch Times, Anonymous berkata ia menjangkakan Kerajaan Malaysia akan "menjadi tidak gembira" atas serangan itu. Menurut laporan itu, Anonymous telah mengingatkan ahli-ahlinya untuk mengambil bahagian dalam serangan Operation Malaysia menggunakan Virtual Private Networks untuk encrypt hubungan jaringan sesama mereka , dan memindahkan data ke lokasi-lokasi terpencil yang tidak boleh diakses tanpa pengesahan. Ini akan membantu melindungi identiti penggodam dan lokasi-lokasi mereka. Serangan terhadap portal Kerajaan Malaysia itu lanjutan selepas beberapa serangan-serangan terdahulu Anonymous kepada laman-laman web Kerajaan Turki kerana penapisan Internet. Menurut laporan berita baru-baru ini, Kerajaan Turki telah menahan 32 orang yang disyaki menjadi ahli-ahli Anonymous, selepas "Operation Turkey" mengganggu sejumlah laman web rasmi negara itu. Kredit : MC |
(GAMBAR) MSK Sertai DAP, TAHNIAH! Posted: 13 Jun 2011 11:33 PM PDT |
Ruslan Kassim : Seorang Lagi MUNAFIK Posted: 13 Jun 2011 07:38 PM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu orang Melayu Pulau Pinang bangun dan menentang pelaksanaan pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya kerana ia membawa kepada pepecahan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata dengan pelaksanaan kaedah baru itu, masjid selaku tempat suci dan penyatuan umat Islam akan tercemar apabila berlaku perebutan kuasa, berpuak-puak dan saling membenci dalam usaha memenangi pilihan raya itu. "Tindakan kerajaan Pulau Pinang adalah tindakan untuk mundur kebelakang dan hanya semata-mata didorong oleh nafsu dan kepentingan politik yang telah mengatasi segala kepentingan dan lain-lain pertimbangan yang lebih rasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kerajaan DAP Pulau Pinang minggu lepas mengumumkan pemilihan jawatankuasa masjid di negeri itu akan diadakan secara pilihan raya mulai tahun ini bagi menggantikan cara lama. Ruslan berkata kaedah itu pernah dilakukan di Kelantan pada tahun 60-an dan 70-an, namun ia dihentikan kerana mengakibatkan berlakunya perbalahan dan pepecahan. "Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Pahang di mana amalan tersebut juga telah dihentikan," katanya yang juga bekas ketua penerangan PKR. Laporan berita ini bertarikh 13 Jun 2011 ****************************************** Sekarang baca laporan berita berkaitan Ruslan Kassim pada September 1998 Beberapa hari sebelum perhimpunan agung UMNO pada Jun 1998, sebuah buku fitnah bertajuk '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri' muncul buat kali pertama dalam kancah politik Malaysia . Tidak seperti kebanyakan surat-surat layang sebelum ini, buku 50 Dalil ini mempunyai penulis serta penerbit. Ini digalas oleh Khalid Jafri, bekas editor sukan Utusan Malaysia, Ketua Pengarang dari akhbar tabloid Harian Nasional yang sudah tidak wujud lagi, dan disytiharkan muflis. Para perwakilan yang hadir ke sidang perhimpunan agung UMNO menerima satu salinan buku ini yang dimasukkan bersama dokumentasi parti dan diserahkan kepada mereka melalui beg percuma. Hal ini tetap terjadi walaupun satu perintah injunksi oleh hakim mahkamah tinggi dikeluarkan sehari sebelum itu yang menghalang pengedaran dan penyebaran buku fitnah ini. Itu adalah sesuatu yang sangat aneh dan ramai perwakilan cuba untuk membuat kesimpulan. Ketua Pemuda UMNO dari Negri Sembilan, Ruslan Kassim, telah melakukan sedikit semakan dengan Pendaftar Syarikat, yang menghubungkan penerbit buku itu kepada bekas Ketua Menteri Melaka yang memalukan, Abdul Rahim Tamby Chik dan isterinya, Zabedah Abdullah. Ruslan Kassim juga mendengar daripada UMNO Wilayah Persekutuan bahawa pihak sekretariat telah digunakan untuk mengedarkan buku ini. Ini merujuk kepada Setiausaha parti, Sabaruddin Chik. Siapa sebenarnya dalang di sebalik drama ini, tanya Ketua Pemuda UMNO Negri Sembilan (Ruslan Kassim). Tetapi tidak seorang pun daripada dua Chik ini (Sabarudin Chik dan Rahim Tamby Chik) bersedia untuk mengakui apa-apa. Impact International, Vol. 28 No. 9 (September 1998) *********************************** Ruslan Kassim akhirnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pendedahan ini. Ya, ia dihukum dengan penahanan tanpa bicaraan di atas tuduhan melawan dua Chik - Thambi besar yang telah membawa masalah kepadanya, dan Sabarudin 'tukang kasut' (orang Melayu pasti tahu kenapa 'tukang kasut', tanya kepada mereka apa maknanya). Ruslan Kassim bersumpah bahawa Anwar Ibrahim adalah korban dari fitnah. Dan ketika Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) dilancarkan ia bersama dengan parti itu dan menjadi Ketua Penerangan. Ya, sebelum ia menjadi Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim adalah Ketua Penerangan apa yang sekarang disebut sebagai PKR. Ketika dia menjadi Ketua Penerangan PKR dia menyanyikan lagu lain, tetapi sekarang sebagai Ketua Penerangan Perkasa, ia menyanyikan sebuah lagu yang berbeza pula. Dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, seluruh pembaca kesayanganku, inilah apa yang Islam sebut sebagai munafik. Apakah Ruslan Kassim sekarang hendak memberitahu kita bahawa dia berbohong pada tahun 1998 bahawa Anwar Ibrahim bukanlah korban fitnah dan buku '50 Dahlil' itu adalah benar?. Atau dia hendak mengatakan kepada kita bahawa dia tidak berbohong pada tahun 1998 tetapi ia tahu Anwar Ibrahim adalah mangsa korban fitnah dan masalah itu bukan masalahnya (tidak peduli) lagi seperti tahun 1998? Apa pun, mana-mana pun kesnya, ia menjadikan Ruslan Kassim seorang yang munafik. Dia menentang pilihanraya bagi jawatankuasa masjid kerana ia menjaga kesucian Islam, itulah yang dia hendak beritahu kita. Ia menghalangnya hanyalah kerana untuk menjaga kesucian Islam dan bukannya kerana alasan lain, terutamanya bukanlah kerana politik, tetapi kenapa segala perlakuan dan kata-katanya tidak menunjukkan seperti itu? Dari perspektif Islam, seorang Muslim run with the hare and hunt with the hounds (sokong dengan kedua-dua belah pihak, dan berbalah dengan kedua-dua belah pihak) jelas merupakan orang munafik. Dan inilah apa yang dilakukan Ruslan Kassim. Dia menuduh UMNO kerana memfitnah Anwar. Dan dia ditahan kerana tuduhan ini. Tetapi dia bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO walaupun pendapatnya bertentangan dengan UMNO. Apapun, sama ada Ruslan Kassim ini sebenarnya jahil tentang Islam atau cuba untuk memalsukan Islam. Dia sebenarnya cuba untuk mengatakan bahawa pilihanraya untuk pemilihan pegawai masjid adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Sebaliknya itulah sebenar-benar ajaran Islam. Diriwayatkan bagaimana masyarakat Madinah mengammbil masa sehingga keesokan harinya untuk menguburkan jasad Nabi Muhammad setelah ia wafat. Dan alasannya adalah kerana orang-orang Madinah berdebat (ada yang menggelarnya sebagai pertikaian Syi'ah) bagi menentukan pengganti atau Khalifah selepas Nabi. Akhirnya disepakati bahawa Abu Bakar akan menjadi pengganti dan hanya selepas itulah mereka menguburkan jasad Nabi. Tidak, mereka tidak mempunyai UMNO atau Jabatan Agama ketika itu di Madinah. Dan bukan UMNO atau Jabatan Agama yang memutuskan penggantinya. Ia adalah masyarakat di situ. Dan masyarakat Madinah telah memilih di dalam hal ini untuk memutuskan siapakah yang layak menjadi pengganti Nabi. Jadi anda lihat, Islam telah menunjukkan sistem persetujuan/ijmak dan pemilihan untuk pemimpin, jawatankuasa dan sebagainya. Jadi apa yang dilakukan kerajaan Penang sangat Islamik. Masyarakatlah yang akan memutuskan pemimpin mereka dan jawatankuasa. Dan ini dilakukan melalui konsensus/persetujuan/ijmak dan pemilihan/pilihan raya. Dengan menunjukkan kononnya sistem persetujuan dan pilihanraya itu tidak Islamik menunjukkan mereka yang berkata sedemikian itulah sebenarnya yang tidak mengikut Islam. Dan jika mereka mencadangkan sesuatu yang tidak Islamik dan kemudiannya berpura-pura mengatakan itulah cara di dalam Islam ini menjadikan mereka seorang Munafiq. Itulah garis hadnya. Kredit : m2day |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan