Biaqpila |
- Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/6/11
- KETUK KETAMPI BOGEL KEMBALI LAGI
- Menyiasat kes kencing manis 2
- BERSIH BERSIFAT RAKYAT,BUKAN POLITIK
- BETOIKA DATARAN MERDEKA NAK DI'TAHRIR'KAN?
- 18SX - Panduan Ringkas Bagaimana Mahu Layan Suami Seperti Pelacur Kelas Pertama
- PERHIMPUNAN BERSIH, KITA ALU-ALUKAN KUMPULAN RAJA KATAK
- Sekatan terhadap Bersih 2.0 bukti Umno tipu dalam pilihan raya – Anwar
Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta Posted: 14 Jun 2011 03:00 PM PDT Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka. Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud. Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan. Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun. Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu. Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian. "Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya. "Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit. Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka. "Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya. Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah. "Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya. Sekretariat Task Force Felda Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor. "Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya. Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah. Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut. -HD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
Posted: 14 Jun 2011 07:55 AM PDT
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
KETUK KETAMPI BOGEL KEMBALI LAGI Posted: 14 Jun 2011 06:29 AM PDT WarkahDaily – Malaysia yang didakwa negara Islam dan mengamalkan sifat toleransi oleh para pemimpin parti pengamal porno kembali dilanda kontroversi lagi. Dulu sudah riuh dengan hukuman pihak berkuasa yang meminta pesalah melakukan ketuk ketampi sambil berbogel. Kini ianya kembali lagi. Dua wanita warga Singapura ditahan imigresen Malaysia selepas didakwa bersalah memasuki negara ini secara tidak sah. | foto Yahoo! Dua wanita berkenaan dilaporkan masuk ke Johor Bahru kerana ingin makan lewat malam dengan memandu kereta Nissan Latio yang baru sebulan dibelinya. Dikatakan wanita berkenaan memandu ke Johor Bahru secara tidak sah dengan passport masing-masing tidak dicap ketika melalui kaunter imigresen. Menurut salah seorang wanita berkenaan yang hanya dikenali Lim menyangka Malaysia menggunakan sistem imbasan biometrik dan terus memandu masuk melalui laluan yang menunjukkan lampu hijau menyala dan penghadang sudah dibuka. Sebelum itu, Lim berkata dia telah menekan interkom namun ianya tidak kedengaran apa-apa sebelum memandu masuk ke Johor Bahru. Namun setelah menyedari mereka memasuki Malaysia tanpa dicap passport, mereka segera berpatah balik melakukan pusingan U. Kira-kira pukul 2 pagi, mereka telah ke kaunter imigresen dan menjelaskan kesilapan mereka kepada pegawai-pegawai bertugas namun pegawai-pegawai berkenaan tidak menerima alasan itu, walaupun wanita berkenaan mengaku baru sahaja memasuki Malaysia dan meminta ianya dirujuk kepada semakan waktu mereka memasuki Malaysia dan rakaman CCTV di imigresen Singapura. Dipetik dari The Malaysian Insider, kedua-dua wanita berkenaan telah dikurung dalam sebuah bilik selama dua jam sebelum dibawa ke bilik mesyuarat kira-kira jam 4 pagi. Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chang berkata pada tengah hari Khamis, seorang pegawai imigresen memberitahu bahawa mereka perlu membayar denda sebanyak RM3,000 seorang sebelum dilepaskan. Bagaimanapun seorang lagi pegawai berkata mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara lima tahun kerana memasuki Malaysia secara haram. Wanita berkenaan berkata mereka menandatangani satu borang dalam Bahasa Malaysia dan meminta untuk ke ATM. Mereka menunggu hampir tiga jam namun tiada sesiapa yang membawa mereka, kata mereka kepada akhbar Straits Times Singapura. Pada pukul 5 petang, mereka diberitahu akan dihantar ke Pusat Tahanan Pontian untuk ditahan selama 14 hari. Di pusat tahanan itu, wanita itu digari. Mereka juga dikehendaki menanggalkan barang kepunyaan masing-masing. “Mereka minta kami agar tanggalkan pakaian, tanggalkan semua pakaian termasuk pakaian dalam dan kemudian minta kami melakukan ketuk ketampi,” kata Lim. Selepas melakukan 10 kali ketuk ketampi, wanita itu diarahkan memakai semula seluar dan diberikan sehelai kemeja-T. Mereka kemudian diletakkan dalam sebuah bilik sebesar gelanggang bola keranjang bersama 50 wanita lain, kebanyakannya daripada Indonesia, China dan Filipina. Kedua-dua wanita itu ditahan selama satu malam dan pada pukul 5 petang keesokan hari, mereka diberitahu akan dibebaskan dan dihantar menaikan sebuah van dengan enam tempat duduk ke Jabatan Imigresen di Causeway di mana mereka turut menerima surat amaran. Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian. “Saya tidak rasa akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi. Saya bimbang perkara sama akan berulang,” kata Lim. Sungguh memalukan apabila negara yang didakwa mengamalkan ajaran Islam, bersifat toleransi dan diwar-warkan mendapat perhatian dunia dengan kehebatannya telah bertentangan dengan apa yang didakwa. Ianya berlaku ketika negara ini dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa mereka mempunyai kepimpinan sempurna dan hebat dan tidak boleh ditandingi oleh pihak lain sehingga ada negara lain mahu mencontohinya. Padahal yang realitinya, ianya sudah pun terpalit dengan cerita-cerita yang mengaibkan seluruh dunia dengan amalan fitnah dan penyebaran video seks secara berleluasa tanpa ada sekatan, gejala rasuah semakin berleluasa sehingga setaraf dengan negara dunia ketiga, sebaris negara-negara di Afrika. Sekarang, sewenang-wenang melakukan kebiadapan terhadap warga negara jiran dengan hukuman mengaibkan ketuk ketampi secara berbogel. Di manakan letaknya akal fikiran yang waras sebagai seorang manusia yang menjadi warganegara Malaysia? Begini ke taraf ketamadunan manusia yang dipimpin kerajaan yang sarat dengan gagasan dan motto termasuk Islam Hadahari, 1Malaysia dan sebagainya. Namun ciri-ciri kesopanan dan kesusilaannya ntah kemana. Jika ianya tidak diubah, semakin hari semakin hancur, semakin parah. warkahdaily SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
Posted: 14 Jun 2011 05:00 AM PDT Oleh: shamy Ramai di kalangan kita bila ditanya apakah yang menyebabkan penyakit kencing manis, maka mereka menjawab sebab banyak minum gula. Tak kurang juga sebahagian doktor akan memberikan jawapan sebegitu. Pernyataan bahawa terlebih minum gula menyebabkan penyakit kencing manis adalah kurang tepat. Pengambilan gula berlebihan hanyalah pemangkin kepada kencing manis dan bukannya penyebab. Ramai orang suka makan makanan yang manis-manis tetapi tidak kena kencing manis. Ada seorang remaja perempuan yang saya kenali berusia 19 tahun dari Putra Jaya terkena kencing manis pada usia yang sama.. Menurut ibunya selepas kena kencing manis yang datang tiba-tiba tanpa tanda-tanda jelas, anaknya semakin suka kepada makanan dan minuman manis, berbeda dengan keadaan sebelumnya. Saya ingin ajak saudara merenung dan menganalisa hyphothesis bahawa sebab utama penyakit kencing manis adalah kuman. Setelah menganalisa kes-kes penyakit ini dengan mendalam, data-data yang saya perolehi dari pesakit-pesakit yang datang berubat dengan saya, menunjukkan ada sesuatu "intelligence" yang boleh dipersalahkan yang menjadi penyebab utama kepada penyakit kencing manis. Apa yang mampu saya tunjukkan ialah terdapat banyak data-data yang mencadangkan ada hubung kait yang intim di antara kencing manis dan kuman. Tidak senang dengan perasaan ingin tahu, saya membuat pencarian di internet untuk menyiasat sekiranya terdapat kajian saintifik yang mengaitkan kencing manis dengan kuman. "Lo and behold", banyak sekali kajian-kajian yang dibuat. Kajian-kajian secara "independent" menunjukkan terdapat banyak hubung kait di antara kencing manis dan kuman, namun ianya tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Keadaan ini samalah juga dengan theori gelombang microwave dari handphone boleh menyebabkan penyakit kanser. Jangan risau, saya akan kemukakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh ramai saintis barat tentang hubungan kencing manis dan kuman di masa depan sekiranya editor mengizinkan. Buat masa sekarang kita gunakan daya intelek kita untuk "deduce" kesimpulan berdasarkan data-data yang bakal dipaparkan. Saudara, cuba bayangkan 10 orang yang kehausan pergi ke sebuah sungai, lalu 3 orang daripadanya meminum air sungai tersebut dan terus pengsan. Adakah 7 orang yang lain akan minum air tersebut?Adakah akan ada seorang dari 7 orang yang berani minum air tersebut dengan mengatakan tidak ada bukti saintifik air ini merbahaya? Dalam hal kencing manis, ianya terbalik. 10 orang kena penyakit kencing manis. 3 daripada 10 orang sembuh kerana mengamalkan satu kaedah rawatan. Adakah 7 dari 10 orang yang belum sembuh tidak akan mencuba rawatan yang sama? Saya berpendapat mungkin 5 dari 7 orang akan mencuba kaedah tersebut, manakala 2 orang lagi akan memberikan berbagai-bagai alasan seperti "kalau boleh sembuh, sudah lama doktor dan hospital akan gunakan kaedah itu." Beginilah resam manusia dan resam dunia - tak boleh dielakkan. Ketahuilah, doktor dan hospital terikat dengan rawatan alopathy, dan lesen mereka boleh ditarik balik sekiranya mereka menggunakan kaedah yang bertentangan dengan persatuan mereka, yang didalangi oleh syarikat-syarikat farmasi besar dunia. Sekiranya kuman tidak menyebabkan kencing manis, saudara tidak rugi apa-apa kerana tidak perlu berbuat apa-apa, hanya teruskan dengan cara rawatan biasa, seperti kata doktor. Tetapi, sekiranya benar kuman adalah penyebab utama kencing manis, saudara hendaklah mengubah cara rawatan dengan berusaha membunuh kuman-kuman penyebab kencing manis. Apabila kuman-kuman ini sudah mati, maka kencing manis saudara akan sembuh, Insya Allah. Kajian-kajian saintifik banyak menunjukkan hubungkait rapat antara kuman dan kencing manis, tetapi tidak BERUPAYA membuktikannya. Sebenarnya, untuk membuktikannya dan diterima oleh masyarakat antarabangsa, kita dikehendaki melalui proses yang sangat rumit, lama dan boleh menelan belanja sehingga berbillion dolar US. Berapa ramai yang mampu? Apa kepentingan kita? Apa yang kita dapat dari pembuktian ini? Beginilah syarat-syarat yang dikenakan oleh masyarakat antarabangsa yang didalangi oleh syarikat-syarikat farmasi besar dunia bagi menjaga kepentingan produk-produk mereka. Jika proses pembuktian ini mudah, maka terancamlah perniagaan ubat-ubatan mereka. Sekiranya ada ubat-ubatan lain yang lebih berkesan dari ubat-ubatan mereka maka dengan senang mereka mencabar, "apa buktinya?" Saya berpendapat kuman jenis inilah yang menjangkiti remaja di atas menyebabkan pankreasnya gagal berfungsi sepenuhnya, menurut doktor perubatan. Kuman ini berkebolehan untuk melakukan sesuatu di dalam tubuh yang menyebabkan selera mangsa berubah kepada menyukai makanan yang manis-manis. Kuman-kuman jenis ini adalah parasit yang berupaya mempengaruhi tubuh (host) untuk melakukan aktiviti yang menguntungkan mereka. Dalam kes ini, makan gula banyak-banyak. Saudara, mengikut pandangan ahli tasawuf, kita tinggal di dua dunia iaitu dunia kabir (besar) dan dunia saghir (kecil). Dunia kabir adalah alam semesta yang kita diami sekarang, manakala dunia saghir ialah dunia dalam tubuh kita. Allah menjadikan dunia saghir sebagai pantulan imej "mirror image" dari dunia kabir. Hukum alam (fizik) di dunia kabir adalah sama dengan hukum fizik di alam saghir. Ini bermaksud dari segi konsep, tubuh kita ibarat bumi yang mempunyai penduduk-penduduk yang melakukan kegiatan-kegiatan penghidupan harian seperti kita di muka bumi. Penduduk-penduduk di dalam tubuh kita makan, bekerja, berumahtangga, bersosial dan sebagainya seperti kita di muka bumi ini. Mereka juga mempunyai daya intelek untuk melakukan sesuatu demi meneruskan penghidupan mereka. Mereka itulah KUMAN. Allah jadikan semua ini untuk kita berfikir tentang kehebatanNya disamping untuk kita mengambil pengajaran. Satu pengajaran besar yang boleh dipelajari ialah kuman juga mempunyai perasaan dan intelek seperti kita, tetapi dalam konteks penghidupan yang lebih terhad. Jadi apa yang mereka sedang buat dan bakal buat di dalam tubuh kita sememangnya boleh diramalkan (predictable). Kesimpulannya, tidaklah menghairankan apabila kita melihat ketamakan kuman dalam mengejar rezeki mereka dari glukos sehingga merosakkan tubuh, kerana manusiapun bersikap demikian terhadap bumi ini. Manusia terhadap tubuh adalah ibarat Tuhan terhadap alam semesta. Demi kasih sayang kita kepada tubuh dan kepada penduduk-penduduk yang baik (kuman yang baik yang membantu mencernakan makanan kita), sudah tentu kita tidak mahu penduduk-penduduk jahat merosakkan tubuh. Tindakan yang paling wajar kita patut ambil ialah memusnahkan penduduk-penduduk yang jahat. Maka akan selamatlah tubuh kita. Tuhan pun bersifat sedemikian terhadap umat-umat terdahulu. Tetapi, kerana kasih Allah terhadap nabi Muhammad s.a.w, tuhan tidak bersikap sedemikian terhadap kita. Saudara, kerosakan di dalam tubuh tidak akan berlaku tanpa pelakunya. Tanah bukit tidak akan runtuh dalam skala yang besar tanpa manusia menarah lereng-lerengnya. Banjir besar tidak akan berlaku tanpa manusia menebang pokok-pokok di hutan secara berleluasa. Setiap musibah yang berlaku ada pelakunya, dan bahana penyakit kencing manis, kumanlah pelakunya. Merekalah penduduk-penduduk utama di dalam tubuh kita. DD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
BERSIH BERSIFAT RAKYAT,BUKAN POLITIK Posted: 14 Jun 2011 03:00 AM PDT Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) adalah satu inisiatif yang ditunjangi rakyat kebanyakan dan ia bukanlah satu gerakan yang digerakkan oleh parti politik semata-mata.Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada forum 'Ke Arah Perubahan' di Dewan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan, Brickfields pada 12 Jun lalu. "Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil. "Kita merasakan sudah sampai masanya suara kita didengari. Bersih 2.0 adalah satu inisiatif yang digerakkan rakyat. Ia bukan digerakkan parti plitik (semata-mata)," kata Ambiga yang menyampaikan ucapannya dalam tiga bahasa iaitu Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bersih 2.0 akan berhimpun pada 9 Julai ini untuk menuntut enam perubahan dalam sistem pilihan raya yang dijalankan sekarang. Tuntutan mereka itu meliputi penggunaan dakwat kekal, pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, tempoh minimum kempen selama 21 hari, akses kepada media yang bebas dan adil, pengukuhan institusi awam, menghentikan rasuah sewaktu pilihan raya dan juga menghentikan amalan politik kotor sewaktu berkempen. Satu majlis pelancaran perhimpunan besar-besaran juga akan diadakan pada 19 Jun ini, kata Ambiga. Dalam ucapan yang sama, Ambiga memberitahu jemputan untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 sudah pun dipanjangkan kepada parti-parti politik baik daripada pembangkang mahupun daripada kerajaan. "19 Jun ini kita ada pelancaran untuk perhimpunan pada 9 Julai ini. Untuk acara ini kita telah jemput wakil daripada parti-parti politik samada mereka menyokong atau pun menentang perhimpunan ini. "Kita sudah jemput semua orang termasuklah komponen Barisan Nasional. Kita beritahu pemimpin-pemimpin parti politik yang mereka perlu berhimpun bersama-sama rakyat (menuntut perubahan pilihan raya)," kata Ambiga. Ambiga dalam ucapannya yang sama juga sempat mengingatkan hadirin bahawa rakyat adalah penentu sebenar siapa yang mentadbir Putrajaya dan mereka perlu menggunakan kuasa itu sebaiknya. "Putrajaya bukan milik sesiapa melainkan rakyat. Kita yang akan tentukan siapa ke sana," kata Ambiga. SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
BETOIKA DATARAN MERDEKA NAK DI'TAHRIR'KAN? Posted: 14 Jun 2011 12:00 AM PDT Adakah Benar Kita Mahu Dataran Merdeka Menjadi Tahrir? Salam BERSIHkan 1Malaysia, Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung. Pertama sekali, berhubung dengan 36 laporan polis terhadap usaha perhimpunan BERSIH2 9 Julai nanti. Laporan-laporan polis yang banyak itu adalah sebenarnya suatu yang memberangsangkan malah menggalakkan lebih ramai yang akan menyertai himpunan terbesar dalam sejarah. Justeru itu, ucapan setinggi terima kasih dirakam kepada NGO dan individu yang telah membuat laporan polis. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mempromosi event BERSIH2, malah memaklumkan pada pihak berkuasa betapa kali ini himpunan aman adalah luar jangkaan kehadirannya. Saya ulang, himpunan aman menuntut pilihanraya BERSIH dan Adil. Pihak polis harus sedia maklum, dengan jumlah demonstran yang seramai lebih 3 ratus ribu, pastinya tindakan lebih baik untuk pihak polis dan FRU ialah dengan menjalankan tugas menjaga para demonstran, bukan memukul sepak terajang. Adalah lebih baik pihak polis mengambil langkah mengawal laluan demonstran ke Istana Negara daripada menghalang demonstran dengan gas dan air kimia. Percayalah sekiranya perhimpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak polis, sudah tentu semua demonstran akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jika polis tidak menyerbu demonstran tak tentu hala, manakan sanggup peserta demonstrasi lari masuk ke Sogo untuk berlindung? Lari masuk HQ PAS itu adalah kes berasingan. Mungkin Sogo juga akan buka seperti biasa dengan market ratus-ribu pengunjung dari seluruh negara akan berada di depan Sogo. Tetapi agak malang polisi perkara 10 perlembagaan Malaysia tidak langsung dihormati, jadi mengapa peserta himpunan dipersalahkan? Pihak polis tidak pernah disalahkan sekiranya berlaku kekecohan akibat dari halangan oleh pihak polis sendiri, akhirnya berlaku aksi kejar mengejar, pukul memukul, tembak-menembak peluru gas pemedih mata. Apakah rakyat yang berhimpun itu masih bersalah sedangkan hak untuk berhimpun telah dinafikan! Polis sentiasa betul, tembak orang melutut pun masih betul dan tembak amirul rashid berpuluh das juga masih betul? wallahualam. Masuk bab kerugian di hari berlaku perhimpunan aman. Di manakah faktor kerugian jika ada tambahan 300ribu manusia dari hari biasa di tengah bandar KL? Bukankah kedai makan akan untung? Tandas awam, pengangkutan awam seperti bas dan LRT, kedai pakaian, penjual air dan keropok lekor, kedai-kedai kasut, malah pasaraya besar juga sepatutnya untung. Kita faham, keuntungan ini hanya berlaku jika pihak polis mengawal dan menjaga keselamatan. Namun kita tidak faham mengapa hak rakyat untuk berhimpun tidak langsung dipeduli. Bila dikaitkan pula dengan cadangan demonstrasi di Stadium, kerajaan melalui KDN seolah-olah tidak sekolah apabila tidak memahami konsep perhimpunan aman. Ia pastinya untuk menarik perhatian umum dan khalayak ibu negara adalah tempat yang paling sesuai. Barulah ada liputan yang lebih meluas maka objektifnya tercapai. Jika kerajaan berkeras untuk mengarahkan demonstrasi dibuat dalam stadium, maka perlulah diingat bahawa kami di Pakatan Rakyat bukan seperti kerajaan yang suka membazir menghimpun rakyat di Stadium. Contoh pembaziran ialah, penyediaan tupperware percuma dan kehadiran artis top yang bayarannya mencecah ratusan ribu dalam satu bab sahaja. Rakyat yang bijak sentiasa di belakang Pakatan Rakyat. Mereka juga hadir dengan tawaran dan imbuhan tetapi tawaran dan imbuhan itu bukan boleh diterima pada hari yang sama. Tawaran dan imbuhan contohnya seperti buku jingga hanya hadir setelah kerajaan sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya. Rakyat bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13 maka oleh sebab itu jugalah mereka turun ke perhimpunan aman BERSIH 2 dengan harapan Barisan Nasional tidak lagi mudah untuk menipu sekiranya menimbang secara serius tuntutan BERSIH. Apakah terlalu susah untuk kerajaan menyediakan sebuah sistem pilihanraya yang adil? Saya percaya andainya kerajaan mengumumkan mengeluarkan akur janji untuk menerima beberapa perkara tuntutan BERSIH (yang penting), sudah pasti himpunan aman ini akan dibatalkan. Kita juga percaya bahawa rakyat mana yang tak sayangkan negaranya? Jadi sebab sayanglah kita wajib turun ke medan BERSIH kali ini !! Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis. Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut? Akhir kalam, sekarang fahamkah saudara sekalian apakah sebabnya kita turun berhimpun menyertai BERSIH versi dua? Mengapa Sogo menutup perniagaannya di kala perniagaan pada hari tersebut boleh untung berjuta-juta? Bagaimana sebuah himpunan aman menjadi ganas dengan campurtangan pihak polis? Juga bagaimana mungkin Dataran Merdeka berubah menjadi Tahrir? Apabila hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan walaupun dengan kekuatan rakyat setengah juta di jalanraya pada tanggal 9 Julai! Ayuh turun ke jalanraya menyertai BERSIH2 demi demokrasi yang dikongkrit oleh kerajaan sejak sekian lama!! Kita hadir dengan aman! Hanya kotoran sahaja yang takut kepada BERSIH ! Jadilah sebahagian dari sejarah!! EDYES @ edyesdotcom Mohon rakan share dan sebar artikel ini SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
18SX - Panduan Ringkas Bagaimana Mahu Layan Suami Seperti Pelacur Kelas Pertama Posted: 13 Jun 2011 09:00 PM PDT "Isteri disaran supaya melayan suami seperti pelacur kelas pertama.." Habis mengamuk satu Malaysia bila baca statement camtu.Ni yang komen semua ni tau ke apa yang pelacur kelas pertama buat?Dok nampak perkataan "pelacur" tu tapi tak nampak pun cerita belakang benda tu. First sekali,ya,memang agak extreme apa dia suggest.Pelacur,sapa suka disamakan dengan pelacur,kan?Tapi....sebelum anda herdik dia tak tentu pasal...meh aku bagitau kau macam mana seorang pelacur kelas pertama layan customer dia... Katakanlah,kau ambik seorang pelacur Thailand untuk whole night.Jadi,bapak ayam dia akan hantar pelacur tu ke rumah..esok pagi dia akan ambik balik.Biasanya apa yang pelacur tu buat bila dia sampai adalah; * Peringatan,panduan ini bertujuan untuk membantu isteri2 yang innocent tapi mahu dan ada keinginan melayan suami mereka dengan layanan yang istimewa. Untuk isteri2 yang tidak open kepada cadangan ini...ada beribu lagi blog lain yang anda boleh baca yang memperjuangkan hak wanita untuk tidak melayan suami sebaiknya. Peduli hapa aku suami kau jahat ke tak berguna ke... dia tak guna pun dia suami kau jugak." ................................ a. Masuk bilik.Dengan slow2 dia akan seduce customer...sama ada menggunakan pole dancing,strip dancing...slow2 bukak baju satu persatu...sehinggalah tinggal lingerie. b. Bila dah tinggal lingerie...pelacur ni akan mendekati customer dengan gaya seksi sambil nafas hangat dihembuskan.Selalunya pelacur kelas pertama mulutnya berbau wangi,pelacur kelas ketiga mulutnya berbau kari... c. Dia akan panjat atas customer sambil customer memandang dia dengan penuh minat.Selalunya rambut akan dilibas2 supaya menyentuh tubuh customer tapi fizikal contact tidak dibanyakkan lagi.Lebih mendebarkan adalah kalau pelacur tadi menggunakan gari dan mengikat tangan customer ke kepala katil untuk memaksimakan kehangatan.Jika puan2 berminat,gari boleh dibeli di mana2 sex shop.Lebih mudah jika suami anda seorang anggota polis. d. Customer akan dibangunkan dan pelacur akan merengek2 minta ditanggalkan lingerie.Selalunya customer akan menurut perintah waktu ini.Jadi apabila lingerie sudah tertanggal... e. Customer akan ditarik tanggannya ke dalam shower.Ini adalah part paling penting kerana disinilah the art of seduction akan berlaku.Peralatan yang selalu digunakan adalah sabun atau shower cream yang banyak.Mandian akan dilakukan sepenuhnya oleh pelacur dan pelanggan hanya perlu berdiri sahaja dan enjoy the moment. f. Once shower dah selesai,pelanggan akan ditarik ke atas katil dan dibaringkan terlentang ke depan.Untuk sejam berikutnya,customer akan diberikan urutan badan yang menyegarkan sama ada dari jenis urutan full body massage,volcano massage atau sekadar main picit aje mana dia suka. g. Lepas sesi urutan,untuk part ni,aku tak boleh nak cerita secara detail jadi aku tuliskanla hurufnya sahaja.Lepas urut selalunya BJ,HJ,BF atau FBJ. h. Dan lepas semua tu berlakulah aktiviti mendayung sampan ke muara. i. Kalau dah selesai,customer mempunyai option untuk rewind balik semula atau tidur sebentar lalu rewind atau terus tidur sehingga ke subuh. j. Dan yang paling penting,apa sahaja yang dimahukan oleh lelaki itu akan dipenuhi oleh pelacur kelas pertama.Katakanlah,customer nak pelacur itu buat suara garau sambil urut,pelacur akan buat dengan senang hati tanpa ada isu langsung.Nak suruh dia jadi dominatrix?Berlagak macam Hitler?Buat2 manja macam gadis oriental?Pakai topeng Ultraman?Semua dia buat tak banyak soal! Sebagai reference : Dari filem True Lies - Scene Jamie Lee Curtis Salah satu moment awal pembesaran aku yang membuatkan aku sedar perempuan itu hot dan aku tidak gay sewaktu aku berumur 13 tahun datang apabila aku menonton scene ni. ............... Selamat mencuba.Yang penting jangan down kalau respons suami anda bila mula-mula anda try adalah "Kau buang tabiat ke Peah?Kau dah tua ni buruk benor buat sebegitu rupa!Huduh!" Cuba lagi sampai dia diam. Salah satu benda paling menggembirakan suami adalah apabila mengetahui yang dalam kepala otak isterinya ada tersimpan perasaan nakal dan buas. sumber: cursingmalay.blogspot.com SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
PERHIMPUNAN BERSIH, KITA ALU-ALUKAN KUMPULAN RAJA KATAK Posted: 13 Jun 2011 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SELAMAT datang kita ucapkan kepada PERKASA di bawah `Panglima Perang Salib' nya iaitu Ibrahim Alkataki ke Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Bukan sahaja PERKASA, malahan sesiapa pun boleh datang berhimpun asalkan menjaga keamanan dan ketenteraman awam, itu pokoknya. Jika PERKASA berhajat untuk datang bagi mencetuskan provokasi, lebih baik lupakan sahaja niat buruk itu. Jika sekadar hadir untuk mengangkat sepanduk yang tertera `KAMI MENYOKONG PENGUNDI HANTU DAN UNDI POS' itu lebih baik daripada puak-puak PERKASA melompat-lompat macam `katak' walaupun pemimpin mereka dikenali sebagai `raja katak'. Baca sini. Helah PERKASA yang menyebut akan turut serta berhimpun tidak lain tidak bukan hanyalah satu taktik agar pihak berkuasa melarang perhimpunan BERSIH yang telah dirancang. Atas alasan, jika PERKASA berhimpun akan berlaku provokasi dan berlaku pergaduhan. Ertinya, jika PERKASA tidak hadir perhimpunan berjalan dengan aman dan teratur. Maka, apa pihak berkuasa perlu buat? Jika mereka bijak, sudah tentu sekumpulan yang datang ke program orang lain perlu dihalang. Demontrasi PERKASA yang diadakan serentak diseluruh negeri meminta DNA Anwar dahulu pun kita tidak ganggu. Mengapa mereka ingin menganggu program kita? Terserlah sekarang bahawa PERKASA adalah alat Umno. Kita tidak harus peduli dengan ugutan PERKASA yang sentiasa berhati busuk itu. Adakah kerana ingin mengikut kehendak PERKASA yang tidak berapa kerat ahlinya itu, kita sanggup mengecewakan majoriti rakyat yang mahukan negara ini melaksanakan sistem, pilihanraya yang adil? Alasan PERKASA kununnya akan berlaku pecah bangunan, bakar kereta dan sebagainya adalah alasan dari mereka yang tidak bertamaddun. Perhimpunan sebelum ini berlakukah seperti itu? Berapa biji kereta dibakar? Yang ada cuma air dari Water Canon. Kesimpulannya, pedulikan PERKASA beserta dengan `katak-katak'nya./wfauzdin.blogspot.com SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
Sekatan terhadap Bersih 2.0 bukti Umno tipu dalam pilihan raya – Anwar Posted: 13 Jun 2011 03:00 PM PDT BRICKFIELDS: Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini. “Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh. “Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu. Sekalipun sombong dan angkuh, Anwar berkata, Umno menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN. “Beliau (Ambiga) sebut arrogance of power (kesombongan kuasa), saya sebut the arrogance of losing power (Kesombongan kerana takut hilang kuasa. Dia (BN) takut kehilangan kuasa, mana boleh dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kalau SPR jalankan pilihan raya bebas dan adil, (sejak) 2008 kita sudah sampai ke Putrajaya. “Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah,” ulang Anwar lagi. Ketua Pembangkang itu turut mengulangi komitmennya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.9 pada 9 Julai ini dan menganggap perhimpunan itu djamin dalam Perlembagaan. “Pada 9 Julai, saya akan hadir bersama. Dan saya minta kita berhimpun secara aman kerana ia adalah hak yang paling asas yang dijamin dari segi Perlembagaan. Tuanku Abdul Rahman Al-Haj sewaktu kemerdekaan menjamin Malaysia ini negara yang liberal dan demokratik,” katanya. |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan