Khamis, 2 Jun 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Gara-gara Ramos, Piala Copa del Rey MASIH ROSAK

Posted: 02 Jun 2011 06:25 AM PDT


MADRID – Trofi Copa del Rey yang dijatuhkan Sergio Ramos ketika meraikan kemenangan mengalahkan Barcelona diletakkan di muzium Federasi Bolasepak Sepanyol (FFF) dalam keadaan rosak.

Seperti yang diketahui, Ramos secara tidak sengaka menjatuhkan trofi Copa del Rey sehingga akhirnya dilanggar bas ketika melakukan perarakan keliling bandar Madrid.

Beberapa pegawai keselamatan berusaha menangkap trofi tersebut tetapi terlambat kerana bas yang mereka naiki sudah melanggar trofi Piala Raja tersebut.



Los Blancos akhirnya melanjutkan perarakan meskipun tanpa trofi yang dijatuhkan Ramos. Madrid akhirnya mendapat trofi 'salinan' untuk dipapar di dalam almari, sementara trofi asli diperbaiki.

Namun, pembaikan trofi original ternyata tidak sempurna seperti yang diharapkan. Trofi itu kini diletakkan di muzium FFF masih dalam keadaan rosak, seperti yang dilaporkan Yahoosports, Khamis (2/6/2011).

Nepal IKTIRAF Jantina KETIGA

Posted: 01 Jun 2011 11:26 PM PDT

Jenis jantina atau gender selama ini mungkin diketahui hanya ada dua, lelaki dan perempuan. Namun, pemerintah Nepal bermula tahun ini telah menetapkan jenis jantina baru atau jenis kelamin ke tiga, iaitu gay atau homoseks.

Pengiktirafan jenis kelamin baru yang pertama kalinya di dunia ini dianggap sebagai kemenangan atas persamaan hak bagi golongan sejenis di negara berpenduduk 29 juta orang ini. Sebelum ini, pengiktirafan homoseksualiti dan penghapusan diskriminasi gender telah dilakukan di negara ini tiga tahun lalu pada 2007.

Pengiktirafan jenis kelamin baru ini dimasukkan ke dalam undang-undang Nepal dan tertulis dalam sijil warganegara, termasuk di dalam kad identiti penduduk. Dengan ini, para gay dan golongan pondan di Nepal memiliki hak yang sama dalam pekerjaan, kehidupan dan pelbagai hal lain yang dapat dilakukan oleh warga normal.

Jurucakap Biro Statistik Nepal, Bikash Bista, berkata bahawa pengkategorian jenis jantina baru adalah usaha untuk mengubah pandangan Nepal dari negara sebuah tradisional yang konservatif menjadi negara moden yang memiliki sudut pandang yang baru.

Namun, pengiktirafan jenis kelamin ini bukan perkara mudah. Aktivis gay, Sunil Babu Pant, berkata bahawa mereka harus mendesak pemerintah untuk menerima orientasi seksual mereka.

"Ketika kami katakan akan membawa masalah ini ke pengadilan, pemerintah bersetuju dengan pengkategorian jenis kelamin yang baru," ujar Babu.

Jika di bawa ke pengadilan, Babu dan 'kaumnya' kemungkinan besar akan menang. Hal ini kerana peraturan penguatkuasaan penamatan diskriminasi gender dan orientasi seksual oleh Mahkamah Agung Nepal pada 2007. Undang-undang ini juga memberi kebebasan seseorang di Nepal untuk memilih jenis kelamin mereka.

Akan datang, para aktivis akan mendesak pemerintah untuk mengesahkan perkawinan sesama jenis. "Ada 50 hingga 60 pasangan homoseksual yang menunggu untuk berkahwin setelah pernikahan sesama jenis disahkan," tambah Babu.

Gaji Pengarah Eksekutif TNB MENINGKAT Kepada RM1.2 JUTA

Posted: 01 Jun 2011 08:46 PM PDT

PETALING JAYA: Gaji-gaji bos Syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah meningkat secara mendadak menurut Laporan Tahunan 2010.

Pada bulan Ogos 2010, Pengarah Eksekutif Che Khalib Mohamad Noh menerima satu gaji pokok tahunan sebanyak RM1.2 juta, jumlah sekali ganda berbanding yang diterimanya pada 2009.

Untuk caruman KWSP, bonus RM302,500 dan elaun-elaun lain, jumlah gaji yang diterimanya pada 2010 ialah sehingga RM1,806,664.

Laporan itu berkata: "Semasa kewangan tahun 2009/2010, Che Khalib turut menerima RM400,000 dan RM600,000 bagi tunggakan untuk gaji baru dan ex-gratia khas, yang diluluskan oleh MoF (Kementerian Kewangan) dan lembaga pengarah TNB."

Pengarah Eksekutif Kedua TNB Azwan Mohd, yang telah dilantik pada 15 April 2010, menerima satu imbuhan berjumlah RM755,320.22 termasuk gaji pokok RM457,440.

Syarikat tenaga ini juga menunjukkan peningkatan kecil gaji untuk kebanyakan pengarah-pengarah bukan eksekutifnya.

Bekas ahli politik Sarawak, Leo Moggie menerima RM313,791.15 pada 2010 berbanding gaji RM299,190.20 yang diterimanya pada 2009.

Rakan sejawatnya, Mohammad Zainal Shaari, membawa pulang RM134,056.95 tahun ini berbanding RM127,797.85 pada 2009.

Pengarah-pengarah bukan eksekutif lain, termasuk Puteh Rukiah Abd Majid and Hari Narayanan Govindasamy, menerima gaji yang lebih kecil pada 2010.





Pinjaman-pinjaman dan liabiliti

Pada keseluruhannya, syarikat tenaga juga menikmati hasil yang lebih besar dan satu keuntungan operasi kukuh, menurut rumusan kewangan froup lima tahun.

Pada 2010, TNB Group memperolehi RM30,320.1 juta dalam pendapatan; hampir RM10 bilion lebih berbanding 2006, dan RM1.5 bilion lebih daripada yang perolehi pada 2009.

Ia juga menerima RM4,182.7 juta dalam keuntungan menjalankan operasi, kedua tertinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak RM5,542.7 juta.

TNB Group mendapat keuntungan RM4,022.1 juta sebelum potongan pencukaian dan zakat, lebih daripada dua kali ganda berbanding 2009 (RM1,543.1 juta).

Keuntungan bersih pada 2010 kepada pemegang-pemegang ekuiti syarikat juga tiga kali (RM3,201.9 juta) lebih tinggi daripada 2009 (RM917.9 juta).

Jumlah aset TNB Group pada tahun 2010 meningkat kepada RM74, 081.100.000, dengan penurunan berbanding pada (2009) daripada jumlah pinjaman dan liabiliti RM21, 263.600.000 dan RM45, 266.600.000.


Kredit : FMT

Tiada ulasan: