PRO REFORM |
Anwar Desak Najib Jelaskan Urusan Tunai RM3.5 Bilion 1MDB Posted: 20 Jun 2011 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR 20 JUN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak tentang hubungan "akrab" antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Limited sehingga mengeluarkan dana secara tunai berjumlah RM3.5 bilion. Menurut Anwar, kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib juga bercanggah dengan laporan audit yang dikeluarkan oleh KPMG bersabit pelaburan pembangunan tanah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang mahu dinaik taraf menjadi Bandar Malaysia. "Isunya kerana bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB, RM3.5 bilion kepada Petro Saudi International Limited secara tunai. Jadi saudara bayangkan, ini kerjasama yang paling hebat dalam dunia, (urusan) tunai," kata beliau pada sidang media di parlimen tadi. Malah Anwar sebelum itu di Dewan Rakyat berhujah, penyata kewangan enam bulan pertama sehingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian RM158.3 juta dengan kos operasi enam bulan sebanyak RM20.5 juta. Justeru ujarnya, pengumuman keuntungan 1MDB oleh Najib disangsikan kebenarannya apatah lagi dana melalui jaminan bon kerajaan persekutuan ditambah sebanyak RM10 bilion sehingga 2013, menjadikan jumlah keseluruhan RM15 bilion untuk syarikat pembangunan strategik tersebut. Sebelum ini pada 2009, Anwar menimbulkan kesangsian terhadap keuntungan RM425 juta yang diuar-uarkan 1MDB pada tahun pertama pengoperasiannya selepas syarikat itu diberikan wang permulaan berjumlah RM5 bilion melalui bon kerajaan pada ketika itu. Anwar turut mendakwa kerajaan tidak menyatakan sebarang jaminan terhadap kepentingan rakyat yang melibatkan hartanah paling berharga di ibu negara yang dipercayai boleh menjana pulangan ekonomi berpuluh bilion ringgit. Sehubungan dengan itu beliau sekali lagi menimbulkan persoalan tentang syarikat PetroSaudi yang didaftarkan di Cayman Islands dan British Virgin Islands, di mana kedua-dua tempat itu merupakan kawasan bebas cukai. Jelas menurutnya, perjanjian antara kedua-dua buah syarikat tersebut cuba untuk diselindungi melalui kepentingan yang dirahsiakan. "(Maklumat) daripada laporan KPMG melalui akaun yang diaudit. Kami juga cari sebab tanggapan yang diberikan kepada umum di mana PetroSaudi yang bertapak di Saudi dan sebab ianya merupakan syarikat luar negara, kita ada masalah (mendapatkan maklumat)," jawab beliau kepada wartawan. Beliau kemudian menyatakan bahawa projek seumpama ini seharusnya mempunyai ketelusan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat tempatan khususnya bekas pegawai tentera dan beberapa syarikat berkepentingan Bumiputera. Jelasnya lagi, kaum Bumiputera juga harus diberi keutamaan di samping pelaksanaan tender terbuka bagi membolehkan rakyat tempatan bersaing bagi meraih keuntungan melalui projke-projek berkenaan. Ahli parlimen Permatang Pauh itu kemudian menyifatkan pembayaran secara tunai melibatkan usahasama kedua-dua syarikat itu tidak pernah berlaku dalam sejarah perjanjian antara syarikat. Justeru beliau tidak menolak kemungkinan berlaku ketidaktelusan selain kerajaan tidak bersikap adil kepada golongan yang berhak dan layak menyertai pembidaan tender itu. - TVSnews " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " | ||
Freak storm ravages shops and homes in Kuala Terengganu Posted: 20 Jun 2011 05:40 AM PDT KUALA TERENGGANU: It lasted barely an hour but a freak storm that hit the town ravaged shophouses, restaurants and houses on Saturday. The storm, which struck at about 9pm, left restaurants with their roofs blown away. Restaurant owner Syed Omar Syed Abu Bakar, 47, said there were about 10 customers in his outlet at the time and all were drenched when the roof was blown off. "It happened so suddenly. One minute the customers were enjoying their food and the next they were soaked," he said, adding that the storm was by far the worst he had ever seen in his four years in business.
He estimated his losses at more than RM10,000 as he now needed to repair the roof and replace items the storm damaged. Boutique owner Nur Hasnah Mohd Yassin, 25, whose shop is located near Chabang Tiga here, also said the roof was blown away. "I started the business barely two months ago, and I have to start from scratch again. All the dresses and accessories were drenched in the storm," she said. Student Chan Siew Min, 23, who was eating at an outlet along Jalan Pejabat, said the glass doors toppled and shattered. "It was truly a horrifying experience and I am thankful that no accident or injury was reported as I saw signboards, trash bins and road cones flying around while I was driving back home," she said. The Malaysian Meteorological Department said the strong winds and heavy rain were due to thunderstorms between 8pm and 9.40pm on Saturday. "The formation of the thunderstorms was due to the converging westerly and southwesterly winds over Terengganu, which flowed into a fast developing tropical depression near Luzon, Philippines and such converging unstable moist air is favourable for severe thunderstorms to form," it added in a statement. Meanwhile, Terengganu Welfare department director Zuhaimi Omar said the storm ravaged houses in various districts such as Setiu and Marang but the worst hit district was Kuala Terengganu with 171 houses affected. - TheStar Online " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan