Isnin, 20 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Jurutera Nuklear, Mendedahkan Memang Adanya Kepincangan Yang Cuba Di Sembunyikan Oleh Kerajaan Malaysia Terhadap Projek Lynas !!

Posted: 20 Jun 2011 01:23 AM PDT

KUANTAN, 20 Jun - Jurutera Nuklear, Encik Ahmad Bongsu Hamid Tuah (foto) mengesahkan bahawa memang ada kepincangan nyata yang cuba disembunyikan oleh kerajaan terhadap projek kilang memproses rare aerth, Lynas Corporation di Gebeng sekarang ini. "Banyak perkara teknikal yang tidak diperjelaskan secara terperinci kepada rakyat. Malah, rakyat terus dikelirukan dengan berbagai kenyataan yang tidak berasas oleh pihak terbabit selama ini. Saya tetap tegaskan bahawa projek Lynas ini memang berbahaya dan wajar dihentikan segera jika kerajaan prihatin dengan risiko dan ketakutan yang menghantui rakyat", kata beliau semasa menyampaikan ceramah bertajuk "Bahaya Bahan Radioaktif Dari Kilang Lynas Di Gebeng" dalam Majlis Penerangan Bahaya Lynas di Pusat Tarbiyah Islam Kg.Peramu (PUTIP) dekat sini semalam. Program anjuran Lajnah HEP, Alam Sekitar dan NGO PAS Kawasan Parlimen Kuantan itu telah dirasmikan ioleh Ustaz Rosli Abdul Jabar (YDP PAS Kuantan). Turut menyampaikan ceramah pada program itu ialah En.Najib Husin, seorang Peguam yang turut terlibat dengan NGO Save Malaysia dalam menyatakan bantahan isu Lynas selama ini. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk "Isu-Isu Sosio-Legal Berkaitan Pembinaan Kilang Lynas Di Gebeng". Program dipengerusikan oleh Tn.Hj Syed Mohd Anis Sy Husin dan moderator majlis pula ialah Tn.Hj Ismail Abu Bakar (Save Malaysia). Menurut Ustaz Rosli, objektif program tersebut ialah untuk memberi penerangan tentang bahaya Lynas kepada masyarakat setempat tertutamanya tentang hak-hak mereka sebagai rakyat dan juga hal-hal berkaitan undang-undang. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Save Malaysia iaitu Tan Bun Teet dan jawatankuasa mereka. Program diakhiri dengan sessi dialog sekitar jam 1.20 petang itu.


Hj.Ismail (Moderator), Tan Bun Teat (Save Malaysia) dan Ahmad Bongsu

Antara para peserta yang kyusuk dengan penerangan oleh Ahmad Bongsu

Nissa Kuantan jadi urusetia pendaftaran, muslimat PAS ramai yang hadir

[Nampaknya semakin ditekan oleh kerajaan, maka semakin rancak program bantahan Lynas terus dianjurkan oleh pelbagai pihak. Semuanya bagi membuktikan kepada rakyat bahawa tidak ada jalan lain lagi untuk menyelamatkan masa depan mereka, melainkan menyokong bantahan Lynas. Jika tidak, sudah pasti mereka akan hidup dalam ketakutan buat jangkamasa yang panjang jika oeprasi kilang tersebut diluluskan oleh kerajaan kelak. Rakyat sudah tidak yakin lagi dengan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar IAEA kerana mereka bukanlah mengambilkira tahap keselamatan dan kesihatan rakyat sebenarnya. Mereka adalah pakar dalam bidang nuklear dan atom, yang dibayar elaun dan gaji untuk datang ke Malaysia oleh Lynas sendiri. Maka itu, mana mungkin mereka akan mengeluarkan kenyataan laporan yang negatif terhadap projek tersebut sebenarnya. Rakyat tidak wajar ditipu lagi. Selamatkan Malaysia, Stop Lynas. Selamatkan Kuantan !].

Terkini: Bob Lokman Bersama Rakyat Di Kawasan Parlimen Paya Besar Pada Petang Dan Malam Ini !

Posted: 20 Jun 2011 12:08 AM PDT

KUANTAN, 20 Jun - Bekas Pengkritik Raja Lawak dan Pengacara Rancangan Teksi Tunai Astro, yang kini telah bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu Bob Lokman (foto) bakal bakal berada di sini hari ini. Beliau khabarnya akan berceramah di Felda Bukit Goh bersama pimpinan PAS setempat iaitu Ustaz Suhaimi Md Saad dan juga Cikgu Sulaiman Md Derus jam 9.00 malam ini. Sebelum itu, penulis lirik lagu "Isabella" nyanyian kumpulan rock Search itu bakal bersama dalam majlis ramah mesra dan Hi-Tea bersama rakyat di Warung Pak Abu, Felda Bukit Sagu 2 pada jam 5.00 petang ini. Beliau kemudian akan menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Kg.Panching, Jalan Sungai Lembing pada jam 7.30 malam sebelum ke pentas ceramah. Program adalah anjuran PAS Kawasan Paya Besar. Orang ramai adalah dijemput hadir memeriahkan majlis ini. (Sila sebarkan).

Eksklusif: Buku 'Report Card MB Pahang' Tulisan Syed Ali SGM Kini Semakin Laris Di Pasaran, Stok Terhad Tapi Tempahan Masih Di Buka Sekarang !

Posted: 19 Jun 2011 07:11 PM PDT

KUANTAN, 20 Jun - Buku "Report Card MB Pahang" dari "Guru Besar Menjadi Menteri Besar" yang ditulis oleh Pengarah syarikat Seruan Gemilang Makmur (SGM) Syed Ali Badaruddin Syed Osman (foto) kini semakin laris di pasaran. Menurut Syed Ali, buku tersebut bukan sahaja mendapat tempahan daripada rakyat Pahang dikalangan penyokong parti pembangkang, malahan juga dari kalangan penyokong UMNO BN sendiri. "Ramai yang menghubungi saya dan terkejut dengan apa yang saya dihasilkan ini. Malah, ada diantara mereka adalah pemimpin dan bekas pemimpin UMNO Pahang yang sememangnya sudah jemu dan bosan melihat pentadbiran Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob ini sebenarnya. Ada juga dikalangan sahabat dan tokoh usahawan Pahang yang kini berada di seluruh negara juga turut membuat tempahan dalam jumlah yang besar. Ini menggambarkan bahawa MB Pahang kini memang sudah tidak layak lagi untuk mengekalkan jawatannya lagi selepas PRU13 nanti", kata Syed Ali. Beliau turut menegaskan bahawa buku yang diterbitkanya itu adalah satu permulaan dan banyak lagi pembongkaran panas yang akan dilakukan selepas ini. Justeru itu, orang ramai terutamanya rakyat Pahang yang berada seantero dunia bolehlah menghubungi beliau untuk mendapatkan buku tersebut.

[Sebelum ini kami sudah membuat laporan mengenai perkara ini di bawah artikel yang bertajuk Eksklusif: Syed Ali SGM, Lancarkan Buku "Report Card MB Pahang" Si Guru Besar Kini Jadi Menteri Besar Yang Wajar Di Miliki Oleh Rakyat Negeri Ini. Difahamkan selepas artikel itu disiarkan Syed Ali telah mendapat panggilan telfon yang bertalu-talu daripada orang ramai yang ingin mendapatkan buku tersebut. Difahamkan, ramai juga rakyat Malaysia di luar negara yang membuat tempahan secara online, termasuk ramai dari Germany, Amerika dan Australia. Oleh itu, kepada mereka yang berhasrat untuk memiliki buku ini bolehlah menghubungi terus beliau di talian yang tertera. Kami menjangkakan sambutan hangat buku tersebut bakal menyebabkan MB Pahang, Adnan Yaakob tidak tidur lena dan bagaikan "cacing kepanasan" sekarang. Tambahan pula Syed Ali adalah pihak yang telah menyaman beliau dalam isu pembalakan sebelum ini. Malah beliau dan kerajaan negeri masih belum membuat apa-apa bayaran kepada SGM biarpun sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sendiri. Masa untuk berubah kini sudah tiba dan rakyat Pahang perlu lakukannya].

Tiada ulasan: