PERAKITE |
- Rakyat dikerah berjimat, pemimpin berboros
- Tindakan Polis jangan sampai rakyat membenci
- SUHAKAM tetap berpendirian orang ramai ada hak berhimpun
- Pemuda Umno tetap adakan himpunan Patriot 9 Julai
- RM17 juta dibelanjakan untuk biayai lawatan rasmi PM dan isteri
Rakyat dikerah berjimat, pemimpin berboros Posted: 27 Jun 2011 04:55 PM PDT Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang). Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010. Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat. "Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya. |
Tindakan Polis jangan sampai rakyat membenci Posted: 27 Jun 2011 04:53 PM PDT Polis diingatkan bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis. Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis. Tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 adalah sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang. Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?" Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini. Malah, pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya. Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan. Sehubungan itu, polis diingatkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya. Polis, seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat. Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku. Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?" Polis boleh mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan. Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
SUHAKAM tetap berpendirian orang ramai ada hak berhimpun Posted: 27 Jun 2011 04:45 PM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman. Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun. Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967. Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan. Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan. "Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. "Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya |
Pemuda Umno tetap adakan himpunan Patriot 9 Julai Posted: 27 Jun 2011 04:43 PM PDT Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar berkata pergerakan berkenaan akan tetap mengadakan perhimpunan 'Patriot' pada 9 Julai walau tanpa kebenaran polis. Katanya, pergerakan berkenaan telahpun merancang bagi lokasi untuk berkumpul bagi menyertai perhimpunan tersebut. Bagaimanapun lokasi perhimpunan bagi kumpulan 'Patriot' itu akan "ditentukan kemudian" kerana bergantung kepada "gerak kerja dari perhimpunan BERSIH." "Kita akan bergantung pada dia orang punya gerak kerja baru kita akan susun kita punya gerak kerja," katanya lagi. Menurutnya Pemuda Umno tidak merancang untuk bertembung dengana BERSIH namun sekiranya situasi itu berlaku, beliau memberi jaminan bahawa pergerakan itu akan tetap berhimpun secara aman. Katanya, perhimpunan 'Patriot' yang dijangka dihadiri seramai 20,000 orang itu bertujuan untuk mewakili suara rakyat yang tidak bersetuju dengan penganjuran BERSIH 2.0. "Persoalannya sekarang apa yang kita lakukan setelah dicetuskan oleh himpunan BERSIH. Kalau tidak wujud himpunan BERSIH kita pun tidak akan berhimpun," katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi. Beliau hadir di balai berkenaan hari ini bagi mengemukakan satu permohonan untuk perhimpunan 'Patriot' yang dijalankan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 Katanya, permohonan itu dibuat memandangkan perhimpunan yang dirancang oleh pergerakan itu didakwa sebagai "perhimpunan haram." "Jadi hari ini secara rasmi kita buat permohonan untuk dapatkan kelulusan. "Pihak polis akan pertimbangkan dan kita akan dipanggil untuk proses temuduga dan sebagainya," katanya. |
RM17 juta dibelanjakan untuk biayai lawatan rasmi PM dan isteri Posted: 27 Jun 2011 04:40 PM PDT Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011. Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama. Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010. Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010. Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010. Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan