Addin |
- Panas!! Lagi Ahli Parti Komponen BN Keluar Beramai - Ramai
- Hidup Ideologi Komunis Tuduhan Gila
- Esok, Asteroid Sebesar Bas Akan Hampiri Orbit Bumi
- Takutnya... ‘Jangan main-main dengan kami’, Pemuda Umnoporno Sudah Beri Amaran
- Nazri - Mahkamah Berhak Tayang Video Lucah
- Polis Sekadar Tengok Je.. Pemuda UMNO Ugut Bakar Ibu Pejabat KEADILAN
- Cuti Polis Di Bekukan Serta Merta, Apa Maknanya Ni??
- Anwar - Kenaikan Elaun Taktik UMNO Peralat Institusi Kehakiman
- A. Samad Said - Kita Perlu Mempersuci Demokrasi, Bukan Keruhkannya
Panas!! Lagi Ahli Parti Komponen BN Keluar Beramai - Ramai Posted: 28 Jun 2011 09:32 AM PDT KEADILAN Ranau terus kukuh dengan penyertaan 201 ahli baru yang terdiri daripada bekas ahli komponen Barisan Nasional Sabah dan penduduk Kampung Nalapak dalam Parlimen Ranau. Ketua Cabang KEADILAN Ranau, Jonathan Yasin berkata, penyertaan itu membuktikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat termasuk di luar bandar. "Penyertaan 201 anggota baru itu kita terima pada 25 Jun lalu di mana seminggu sebelumnya kita turut menerima 25 anggota baru menyertai Cabang ini," katanya ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, KEADILAN Cabang sama akan mengadakan gotong royong untuk membaiki jalan Ke Kampung Kinaundusan bermula 8 pagi pada 9 Julai ini. "Kita sudah pun memesan sebanyak 30 baju Bersih untuk dipakai semasa mengadakan gotong royong itu pagi itu. "Oleh itu, KEADILAN Ranau mengalu-alukan penyertaan aktivis rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan masyarakat setempat untuk menyertai gotong royong ini," katanya. Menurutnya, walaupun tidak menyertai Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, gotong royong 'Bersih' di kampung itu sebagai simbolik sokongan kepada himpunan aman anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu. "Bagi KEADILAN Ranau, gotong royong membaiki jalan rosak di simpang masuk ke jalan Kampung Kinaundusan, Kundasang (selepas Resort Zen Garden) pada 9 Julai ini membuktikan sokongan kami kepada hasrat yang terkandung dalam Himpunan Aman Bersih itu," katanya. Keterangan lanjut mengenai program itu boleh menghubungi Anwar Leef Malandi (0198407014), Yasis @ francis Bangkilan (0198007872), Kaibi Laiman (0135578062) dan Mahat Saidin (0148733107)./KD |
Hidup Ideologi Komunis Tuduhan Gila Posted: 28 Jun 2011 03:52 AM PDT Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Umno-BN kini semakin terdesak apabila mendakwa terdapat usaha untuk menghidupkan semula idealogi komunis. Beliau mengulas tangkapan 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Pulau Pinang dalam kempen bertemakan 'Udahlah..Bersaralah.." Jumaat lalu. Menurut Chegu Bard, polis menuduh aktivis berkenaan menghidupkan semula gerakan Komunis dan cubaan memerangi yang Dipertuan Agung, yang jika sabit kesalahan mengakibatkan hukuman gantung sampai mati. Justeru beliau menyifatkan tuduhan terhadap kesemua aktivis tersebut sebagai tidak berasas dan 'gila' yang dilakukan Umno-BN- bertujuan menyekat Perhimpunan aman Bersih 9 Julai. "Lebih gila lagi kesemua mereka kini disiasat dan mungkin didakwa dengan tuduhan berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agung. "Tuduhan ini kononnya kerana polis menjumpai kemeja dan risalah dengan gambar pejuang kemerdekaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani," "Tindakan ini juga boleh diterjemahkan sebagai bukti Umno merupakan pewaris penjajah dengan meneruskan dendam penjajah terhadap penentang penjajah yang menuntut kemerdekaan 'total' ke atas rakyat dan tanahair ini," ujarnya. Menurut Badrul, pihak berkuasa Malaysia menafikan hakikat bahawa Sultan Perak sendiri pernah bertemu dengan tokoh-tokoh pejuangan kemerdekaan tersebut di istananya. "Malah Rashid maidin dan isterinya juga telah dibiayai urusan ibadah hajinya," "Ini semua usaha menakutkan dan mematahkan kebangkitan rakyat. Regim bertambah panik dengan memperkudakan sepenuhnya polis khususnya takut dengan kebangkitan rakyat menjelang Bersih 2.0," ujar Badrul. Badrul mempersoalkan hubungan Malayisa dengan negara fahaman komunis seperti China, Vietnam dan seumpamanya. "Jawapannya mudah, sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan ideologi atau fahaman. "Ia hanya kerana keselamatan dan kepentingan regim semata – mata. Malaysia ialah negara hipokrit dan oportunis, lihat sahaja bagaimana selaku kononnya negara Islam kita punya hubungan dagang erat dan menyumbang dana besar dalam ekonomi Israel sebagai rakan dagang," ujar beliau./KD |
Esok, Asteroid Sebesar Bas Akan Hampiri Orbit Bumi Posted: 28 Jun 2011 03:38 AM PDT CALIFORNIA - Sebuah asteroid sebesar bus akan mencapai posisi terdekatnya dengan Bumi pada Selasa (28/6) dinihari. Astronom Amerika Serikat (AS) memastikan, Asteroid 2011 MD akan mencapai posisi terdekatnya dengan Bumi pada Senin pukul 01.14 dini hari (Selasa 28 Juni pukul 00.14 WIB). Asteroid ini nantinya berada 12.070 km di atas Antartika. Asteroid ini diperkirakan memiliki lebar 8,5-30 meter. Asteroid ini diketahui mendekati Bumi pada Rabu lalu melalui teleskop di New Mexico yang secara rutin mencari 'rumah' asteroid yang berada dekat Bumi. Untungnya, asteroid ini tak berpotensi membahayakan Bumi. "Asteroid ini tak akan menghantam Bumi, namun ilmuwan akan menggunakan peristiwa ini untuk mempelajari benda angkasa itu menggunakan radar observasi," papar astronom yang terkait program Asteroid Watch NASA. Bahkan jika asteroid ini berhasil masuk atmosfer Bumi, asteroid tak akan sampai ke daratan, lanjutnya. "Asteroid ini berukuran panjang 10 meter. Asteroid yang memiliki ukuran kurang dari 25 meter akan hancur di atmosfer Bumi," lanjut para ilmuwan lagi/inilah.com |
Takutnya... ‘Jangan main-main dengan kami’, Pemuda Umnoporno Sudah Beri Amaran Posted: 28 Jun 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan 'ganas' sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka. "Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini. Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube. Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi 'mat rempit'. Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini. Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut. "Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa," katanya yang merujuk kepada PKR. "Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius," kata beliau. Addin : Takutnya.. boleh tahan jugak pemuda Umnoporno ni.. apsal takut sangat Umnoporno dengan BERSIH ni?? Masa himpunan BERSIH 2007 takdelah macam ni punya kecut.. aku rasa puak-puak Umnoporno ni dah nampak hayat mereka akan berkubur pada PRU 13 nanti, pasal tu meroyan tak tentu arah.. |
Nazri - Mahkamah Berhak Tayang Video Lucah Posted: 27 Jun 2011 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret mempunyai hak untuk menggunakan kuasanya dalam menimbangkan sama ada mahu atau tidak menayangkan video seks yang didakwa memaparkan individu mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak timbul sebarang persoalan sama ada perbuatan itu salah atau betul kerana pada hakikatnya mahkamah mempunyai kuasa bagi membolehkan video itu ditayangkan. "Mahkamah itu mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan sama ada mahu membenarkan penayangan video berkenaan," katanya dipetik Bernama Online. "Isu pokoknya adalah sama ada mahkamah mempunyai kuasa atau tidak," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 pada sidang Dewan Rakyat. Jumaat lepas, trio 'Datuk T' – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, didenda oleh Mahkamah Majistret kerana terlibat dalam menyiarkan video berkenaan kepada khalayak awam. Ia juga ditayangkan di Mahkamah Majistret bagi disahkan oleh kesemua tertuduh./TMI |
Polis Sekadar Tengok Je.. Pemuda UMNO Ugut Bakar Ibu Pejabat KEADILAN Posted: 27 Jun 2011 09:27 PM PDT DAMANSARA - Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih. Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti. Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang. Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan. Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya. Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi awal pagi ini, menjelaskan Umno Barisan Nasional (BN) begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja membuat kekacauan. "Ini tindakan samseng yang sedang menggelabah. Mereka cuba takutkan orang ramai untuk menggagalkan Himpunan Bersih 9 Julai ini. "Anehnya, tiada seorang pun pemimpin Umno mahupun Perkasa dipanggil polis. Ironinya pimpinan Bersih termasuk Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula yang disoal. "Namun, jika itu tujuan mereka, nampaknya mereka silap besar. Budaya ugut dan ancam Umno BN hanya akan menyebabkan rakyat bangkit dan menolak mereka. "Tuntutan kami jelas iaitu sistem pilihan raya yang bersih dan adil," kata Saifuddin./KD Addin : Jelas polis jadi pencacai.. himpunan aman BERSIH yang akan di adakan pada 9 Julai nanti.. nak digunakan ISA, nak kerah tentera ler.. dan bermacam-macam akta lagi nak di gunakan bagi menakutkan rakyat. Tetapi apabila himpunan yang di anjurkan oleh UMNO dan talibarutnya walaupun terang-terang menjejas keselamatan, berbaur ugutan tiada tindakan di ambil.. sekadar tengok je.. inilah 1Malaysia 2 Undang-Undang.. |
Cuti Polis Di Bekukan Serta Merta, Apa Maknanya Ni?? Posted: 27 Jun 2011 08:51 PM PDT Aku ni sebenarnya berjiran dengan polis, laki bini polis.. lelakinya SB. Pernah sekali aku terserempak dengan jiran aku kat ceramah PR baru-baru ni, pelancaran BERSIH 2.0. Aku tegur dia, dia cakap saje jalan-jalan.. Dia ingat aku tak tau yang tugas SB tu apa.. Petang semalam sembang-sembang.. aku dapat tau cuti polis dibekukan sehingga 09 Julai 2011.. 09 Julai tu tarikh suara keramat rakyat Malaysia.. Aku harap-harap sangat dapat jumpa jiran SB aku ni kat himpunan BERSIH.. boleh aku main aci ligan dengan dia.. kah..kah..kah.. p/s : sebenarnya kiri kanan jiran aku polis.. Addin |
Anwar - Kenaikan Elaun Taktik UMNO Peralat Institusi Kehakiman Posted: 27 Jun 2011 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Kenaikan emolumen hakim melibatkan individu tertentu membuktikan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mahu terus memperalat institusi mahkamah untuk kepentingan politik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEADILAN-Permatang Pauh). Ketua Pembangkang itu pada sesi Dewan Rakyat mempersoal Pindaan Rang Undang-Undang Saraan Hakim yang memberi kepentingan untuk Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi. Jika benar kerajaan Umno BN mahu mengenang jasa Zaki, Anwar berkata, institusi kehakiman tidak harus dijadikan alat bagi mempertahankan pimpinan parti pemerintah. "Tidak perlu guna Parlimen untuk pinda Perlembagaan (bagi memenuhi) hasrat satu orang sahaja," katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Saraan Hakim di Dewan Rakyat, petang ini. Beliau mempertikai badan kehakiman yang semakin terhakis kebebasannya terutama melibatkan individu tertentu sehingga tidak boleh diheret ke muka pengadilan walaupun jelas melakukan kesalahan. "Badan kehakiman penting bagi mana-mana negara dan menjadi markas akhir untuk seseorang mendapat keampunan keadilan. Kalau badan kehakiman tidak dapat jamin keadilan asas ke mana orang (mahu) pergi?" katanya. Anwar berkata, kewibawaan institisi kehakiman sudah diragui banyak pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Sufian Hashim dan isu itu pernah disentuh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. "Saya menggunakan pandangan Tun Sufian yang menyatakan, kalau beliau dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak percaya akan mendapat keadilan," katanya. Namun, beliau tidak menentang jika elaun kepada Ketua Hakim Negara boleh mengurangkan kadar rasuah dalam institusi kehakiman, tetapi perkara sebaliknya tidak wajar berlaku. "Saya tidak menentang kenaikan elaun atau gaji hakim kerana badan kehakiman harus bebas dan berwibawa, tidak harus dibebankan dengan kewangan dan tidak mudah dibeli dan rasuah, tidak mudah diugut kerana amanah itu besar. "Banyak negara bimbang kerana emolumen dan elaun hakim tidak menarik, justeru pengunduran hakim berwibawa terlalu tinggi (tetapi) saya tidak boleh mengatakan gaji dan emolumen hakim terlalu rendah di negara kita. "Umumnya dalam lingkungan memuaskan. Umpamanya emolumen tanpa elaun Ketua Hakim Negara RM 25,000, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan (RM22,000), dan jika campur dengan elaun yang ada sekarang, lebih tinggi. "(Yang penting) pertahan kewibawaan badan kehakiman, elak rasuah badan kehakiman, elak pengunduran hakim yang baik dari berpindah ke sektor lain," katanya./KD |
A. Samad Said - Kita Perlu Mempersuci Demokrasi, Bukan Keruhkannya Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hairan apabila dipanggil memberi keterangan oleh polis hanya kerana membaca puisi yang menyeru kepada demokrasi yang lebih baik. Sasterawan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata demikian selesai memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi berkaitan Perhimpunan Bersih, 9 Julai. Beliau disoal siasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis kerana hadir dan membacakan puisi pada Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan 19 Jun lalu. Ketika ditemui pemberita, Pak Samad berkata, beliau hadir pada majlis itu bukan dengan niat menghasut, sebaliknya dengan tujuan yang murni untuk demokrasi di negara ini "Bagi saya sendiri, saya pun merasa aneh juga mengapa hal ini harus berlaku. Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci dan sepatutnya dihargai dan bukan dicurigai. "Kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi dan bukan memperkeruhkannya atau mencemarinya," tegas Pak Samad.Sambil menyatakan demikian, beliau menegaskan akan tetap menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini, meskipun ditekan pihak berkuasa. "Saya akan hadir Bersih nanti. Gerakan ini membantu menyuburkan suasana yang lebih bagus. Sepatutnya disokong, bukan dibantah," katanya. Pak Samad turut menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya melihat perhimpunan Bersih bukan sesuatu yang memudaratkan. "Saya tak mahu cakap soal bangsa, kita semua orang Malaysia. "Tentunya dari satu pihak akan menghebohkan bahawa ini akan membahayakan. Jikalau itu alasannya sampai bila pun kita tak akan buat apa-apa. "Orang itu pun harus memahami cita-cita kita juga. Orang mesti ada rasa bersedia untuk berkorban kepada sesuatu yang akan membela nasib mereka," kata Pak Samad./KD |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan