Isnin, 27 Jun 2011

PERAKITE

PERAKITE


Mujahid dilanik TPJ2

Posted: 27 Jun 2011 11:00 AM PDT


Salleh Man bentuk kabinet untuk semarak kekuatan dan perjuangan PAS di Pulau Pinang

Salleh Man membuat rombakan barisan kepimpinan PAS negeri dan menyifatkan barisan kabinet yang baru adalah hasil gabungan hasrat untuk menyemarakkan lagi kekuatan dan semangat perjuangan parti menghadapi PRU13.

Pesuruhjaya PAS itu, berkata demikian kepada Penangdaily di markaz PAS Pongsu Seribu, bahawa setelah dua penggal menerajui PAS Pulau Pinang, kabinet yang baru ini adalah yang terbaik dan memuas hati banyak pihak.

Salleh berkata, walaupun ada perubahan, tetapi rombakan yang berlaku adalah tetap gabungan antara yang lama dan baru dengan hasrat memperkuatkan kerjasama dalaman kepimpinan parti. 
ustaz fauzi

Pada mesyuarat malam ini, YDP Tasek Gelugor Ustaz Khalid Man telah dipilih menduduki kerusi Timbalan Pesuruhjaya1. Sebelum ini Ustaz Khalid adalah Pengarah Pilihanraya Pas Negeri Pulau Pinang. Dr Mujahid Yusof Rawa pula yang sebelum ini TPJ1 dilantik sebagai TPJ2, mengisi kekosongan tempat Ustaz Takiudin Ahmad yang enggan dicalonkan atas sebab-sebab kesihatan. 

Sementara itu , Ustaz Mohd Fauzi Yusof (YDP Balik Pulau) dilantik sebagai TPJ3 mengantikan Ustaz Rosidi Hussain yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Negeri Pulau Pinang. 
Ustaz Fauzi 


Sambil mengucapkan terima kasih pada semua pimpinan dari pelbagai peringkat yang sentiasa memberi kerjasama dan mendoakan agar barisan kepimpinan PAS negeri mampu mendepani isu pelbagai peringkat di dalam negeri, khususnya, Salleh mengingatkan semua pihak yang dilantik perlu membuktikan kemampuan diri dalam tempoh enam bullan.


Salleh juga mengumumkan perlantikan Haji Bukhori Ghazali selaku Ketua Penerangan PAS yang baru mengantikan Sdr Zulkifli Ishak.                                                              


Bukhori

Salleh berkata, barisan jawatankuasa yang baru ini tentunya tidak akan dapat memenuhi kesemua aspirasi ahli PAS negeri tetapi  telah dibentuk sedaya usaha ke arah itu dengan hasrat untuk kesepakatan membina kekuatan PAS di Pulau Pinang, khasnya dan Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa barisan kabinet itu adalah hasil dari permuafakatan dan perbincangan bersama pimpinan dan ahli pelbagai peringkat yang perihatin untuk melihat kecemerlangan PAS. 


Bagi jawatan Setiausaha pula, Sdr Mohd Noor dilantik mengantikan Sdr Fazil Kemi yang dilantik selaku Bendahari, manakala Azarizal Ahmad dilantik sebagai Penolong Setiausaha1, Izury Ibrahim Setiausaha dan Jamil Abdul Rahman (penolong Setiausaha). 


Lima Ahli jawatankuasa yang dilantik ialah Mohd Helmi Harun (Nibong Tebal), Fahmi Wahab (Sungai Dua), Maziah Khamis (Muslimah), Jamaluddin Said (Balik Pulau), Ust Mahadi Abdullah (Permatang Pauh) dan Ust Rijaludin Yahya (Nibong Tebal). 


Haji Khalid Man pula berkata, mereka yang dilantik hendaklah membuktikan kewibawaan dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

Tiada ulasan: