Isnin, 27 Jun 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Apa itu komunis, Pakcik Hutan?

Posted: 26 Jun 2011 08:53 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Berikut adalah beberapa tinjauan gua secara telepati dengan pengundi hutan Malaysia.

Apa itu komunis?

Pak Mat Kambing, Felda Jengka 8 : Komunis itu perompak. Kerja dia rompak bank.

Makcik Bedah, Kg Solok : Komunis tu Cina yang ada senapang.

Andak Tiger, Kg Kubang Gatal : Komunis tu kerja dia tembak orang baik. Tembak askar kita.

Ustaz Karim, Felcra Pasoh 3 : Haram. Sesat. Diorang tak semayang.

Tipah Janda, Kg Susup Petai : Komunis tu permulaan kencing manis. Bahaya tu.

Seman Nelang, Rhu Rendang : Komunis tu bintang 3. Apa bodoh sangat mung ning Aduka?


Dalam ratus ribu BERSIH 9 Julai ni, hanya kelompok ini yang bukan hutan.

Posted: 26 Jun 2011 07:11 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna







Yang pakai baju ini sahaja terbukti kelompok pengundi media baru. Yang lain maybe ya, maybe pengundi media cetak parti masing2 atau pengundi media ceramah.

Jadi, kalau dalam kumpulan beratus ribu peserta BERSIH nanti, anda terjumpa orang berbaju ini, mereka adalah dari kelompok anda. Hanya tahu akan tahu baju BERSIH jenis ini.

Amacam? Ok tak stail iklan gua. Hahaha.. Last cetakan minggu ni. Order sama gua by pos. Lepas ni dah tak keluar lagi. Gua dah bekerjasama dengan PDRM supaya merampas baju BERSIH jenis lain. Baju gua tak kena rampas. Setiap baju gua akan bagi komisyen ke PDRM. Hua3...

Cara2 order.

1. Email gua or msg gua kat FB tanya saiz lu nak tu ada stok ke takda.

2. Bank in ke Maybank No 155014038030, atas nama Khairul Nizam Abd Ghani. Dont worry gua ada identiti. Gua bukan blogger2 Hadi Awang. SB pun tahu identiti gua. No akaun ni pun ada kes mahkamah. Dituduh hina Sultan Johor dengan word mampos, mampos dan pergi mampos.

3. Email gua bukti pembayaran. Gambar slip bayaran atau print screen. Then bagi nama, alamat, saiz dan no telefon.

4. Sebaik sahaja gua pos, gua sms lu bagitau nombor sampul pos ekspress. Kebiasaan sampai keesokan harinya. Insyaallah.


Pemuda berbaju BERSIH dihalau dari bersolat di masjid.

Posted: 26 Jun 2011 06:45 PM PDT

Sumber : Sepanggar

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang AJK Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu yang menghalau seorang pemuda dari bersolat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju BERSIH. Kejadian yang berlaku di masjid tersebut dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.


 Selain dari kata-kata kesat, baju beliau juga direntap oleh AJK Masjid tersebut

Salah seorang ahli kariah masjid memarahi ajk tersebut

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat magrib. Selain dari menghalau pemuda tersebut, AJK masjid yang dikenali sebagai Hj. Paiman tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan ini akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju BERSIH.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikap beliau yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal dikalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai Himpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

-Pilihanraya Bersih dan Adil-
-Kearah Negara Berkebajikan-
-Selamatkan Malaysia-
Gua : Ni baru komunis halau orang Islam bersolat. Dari berita ini, gua menyeru kita semua memakai baju kuning solat Jumaat minggu ni, di tempat masing2. Gua lebih respek lu orang yang pakai di masjid negeri UMNO. Gua pakai kat Masjid Panchor tempat Nik Amar takda trill sangat la. Apa pun, mari KUNING BERSIHkan solat Jumaat. Weeee....




Tiada ulasan: