Rabu, 15 Jun 2011

PERAKITE

PERAKITE


Utusan Malaysia kini pada tahap phobia melampau..

Posted: 15 Jun 2011 06:23 AM PDT

Utusan Malaysia memang berada pada tahap phobia melampau. Buktinya apabila ada sahaja perkara yang berbau seakan tidak memihak pada UBN, maka kesemua itu adalah bermotif politik.

Lantaran sekalipun berkata benar dan menuruti perintah agama Islam, ia tetap dicurigai dan diprasangka buruk. Bacalah berita seterusnya berhubung khutbah Jumaat di negeri Selangor.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia. 

Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina.

"Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi," kata beliau kepada TV Selangor.

Justeru, Tamyes menyifatkan tindakan Utusan Malaysia menggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata.

Artikel 'Masjid Selangor diperkudakan' ditulis oleh Pengarang Utusan, Zulkifli Jalil. Beliau mendakwa khutbah itu bertujuan membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dikaitkan dengan isu video lucah Datuk T.

Khutbah Jumaat itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

"Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain," kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor itu.

"Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.

"Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah," menurut khutbah rasmi itu.

Tamyees hari ini berkata tuduhan melulu yang dibuat oleh Zulkifli dan pihak-pihak tertentu dalam Umno kononnya khutbah itu berbau politik adalah tersasar.

Beliau berkata kandungan teks khutbah yang dibaca oleh khatib disemak dan diteliti oleh Jawatankuasa Panel Khutbah yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum diedarkan kepada masjid-masjid untuk dibaca setiap minggu. 

"Sebenarnya kandungan khutbah ini adalah yang disemak oleh satu lajnah ataupun jawatankuasa penilai khutbah di Jabatan Agama Islam Selangor yang dipengerusikan Pengarah JAIS sendiri, ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli akademik.

"Tamyes bersetuju bahawa khutbah Jumaat tidak harus memecah-belahkan umat Islam namun "kalau niat imam atau khatib yang membacanya adalah sebagai peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati apabila membuat tuduhan, itu suatu perkara yang digalakkan oleh agama."

Jom Layan Kia Sportage Baru...

Posted: 14 Jun 2011 08:49 PM PDT

SPORTAGE baru dilengkapi ciri mewah untuk keselesaan pemanduan.
SPORTAGE baru dilengkapi ciri mewah
NAZA Kia Malaysia akan melancarkan model baru, Sportage pada 21 Jun ini, berharga sekitar RM140,000 seunit. Model ini menampilkan rupa bentuk lebih urban dengan bentuk badan lebih menarik berbanding model sebelumnya.

Ia juga menyediakan pemandu dengan tahap prestasi, kecekapan, keselesaan serta teknologi kenderaan terkini. 

Sportage baru itu dilengkapi enjin petrol Thetha II 2.0 Kia yang cekap dari segi penggunaan bahan api dengan injap kembar boleh ubah berterusan (CVVT) yang menghasilkan kuasa yang lebih tinggi. 

Antara ciri mewahnya pula adalah transmisi automatik enam kelajuan, bumbung matahari yang besar dan panoramik. Bagi kemudahan dan keselesaan pemandu, Sportage baru itu dilengkapi paparan kamera pandang belakang, penyaman udara auto dua zon, Bluetooth, AUX, iPod dan sambungan USB serta penarafan Euro NCAP lima bintang. 

Tiada ulasan: