AdukaTaruna |
- Hot! : Blogger2 UMNO berbulu bila UMNO panik dengan BERSIH 2.0.
- PDRM keluarkan baju perjalanan ke BERSIH 2.0
- RM30 juta bakal diniagakan : PDRM jamin kelancaran BERSIH 2.0.
- PERKASA yakin kumpul 400k, 9 Julai ini.
- Bila T Ibrahim Ketua Penerangan.
- Dari mana asal usul anak bangsa Malaysia?
Hot! : Blogger2 UMNO berbulu bila UMNO panik dengan BERSIH 2.0. Posted: 15 Jun 2011 05:38 AM PDT Sumber : Parpu Kari Salam, Oghang kampung ese langsung tak tau ni pasal BERSIH ni. Totibo yo plak, UMNO, PERKASA, UTUSAN, TV, NGO dan ghamai laie yang moghi publisiti pocumo kek perhimpunan 9 Julai ni. Ese tulih kek MB ese mintak PM stop sumo publisiti pocumo tu sobab eaa Mat Sabu dan Anuwar sonyum yo molihat publisiti yg di buek ea dek puak2 yg takut ni. Kalu dio buek yo.. TANGKAP.. abih cito. MB ese jawab sonang yo, kalau dio ado kuaso lamo dah oghang2 yg buek kacau ni ko dalam. hehehe. Jokiden. Sumber : RBF Online Saya minta maaf kalau ada pihak yang terasa hati atau tidak setuju dengan apa yang saya kata ini. Saya tak mampu nak bisik dari telinga ke telinga. Tiada pilihan lain, saya terpaksa menulis secara terbuka supaya ianya tersebar luas. Ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju. Mula-mula laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno di Kuala Lumpur. Umno ni biasalah, kalau satu buat laporan polis, maka yang lain pun akan berduyun-duyun ikut buat laporan polis. Semuanya tidak mahu ketinggalan. Yang paling melucukan sampai ke Umno di Kedah dan Umno di Perlis pun buat laporan. Halo brother, perhimpunan tersebut Mat Sabu dan Ambiga nak buat di KL, bukannya di Kangar atau Alor Setar. Kalau Umno di Selangor atau WPKL buat laporan boleh dikira logik kerana itu dalam zon mereka. Seolah-olah Umno sudah tidak ada cara lain hendak berdepan pembangkang. Sikit-sikit laporan polis. Macam budak kecil bergaduh, sikit-sikit beritahu ayah. Pangkat ada, jawatan ada, duit ada, gunalah cara lain untuk berdepan dengan pembangkang. Bukannya dengan cara bergantung kepada polis. Polis tu polis punya pasallah mereka nak bertindak ikut cara mana. Polis bukan parti politik. Polis bukannya lawan Pas. Yang lawan Pas adalah Umno. Jadi Umno kenalah berlawan cara politik dengan Pas, bukannya heret polis terjebak dengan politik. Kalau tak mampu nak berlawan duduk diam-diam. Datang p/raya kita bagi Pas perintah pula. Ajaklah pembangkang berdebat ke, atau Umno sendiri yang menggerak ahli-ahlinya untuk turun berdepan dengan Mat Sabu dan gerombolannya. Jangan bagi alasan kami hormat dan patuh pada undang-undang. Itu politik cara lama. Dalam hal politik Pas dah bergerak 4-5 tapak ke depan dari Umno, tapi Umno masih lagi dengan rentak lama. Umno sebuah parti politik, maka kena bergerak cara politik dan setiap gerak perlu dipolitikan. Itulah yang Pas lakukan. Maaflah kalau saya cakap sebenarnya dalam politik pemimpin-pemimpin Pas adalah real politician berbanding dengan Umno. Ramai pemimpin Umno masih lagi mengamalkan politik kuno zaman tok kadok. Itu tak boleh, ini tak boleh dan sebagainya. Politik nak lawan pembangkang mereka out, tapi politik sesama sendiri di bahagian mereka champion. Itulah padahnya apabila pemimpin yang diangkat bukan kerana perjuangan tetapi kerana berjuang untuk dapat projek. Kalau Pas nak himpunkan 300 ribu orang dalam perhimpunan tersebut, apa salahnya kalau sayap-sayap umno gerakkan ahli mereka 400 ribu orang untuk lawan Pas. Itu baru betul. Kalau orang Pas kena sembur air dengan FRU, biarlah orang Umno pun kena sembur juga. Kalau orang Pas kena tangkap, biarlah orang Umno kena tangkap. Itu baru pejuang. Bila tiba masa Perhimpunan Agung Umno bukan main lagi bercakap sampai bergegar pentas. Tetapi sayang seribu kali sayang kerana takut nak berdepan dengan pembangkang. Jangan hanya berani menjerit-menjerit dalam rumah sendiri sahaja. Kalau nak berani kena betul-betul berani tak kira dalam gelanggang atau luar gelanggang. Lihat sahaja contoh Pemuda Umno Kelantan. Buat demo bukan main lagi pasal isu ladang rakyat. Tapi apabila Pemuda Pas Kelantan ajak berdebat, senyap seribu bahasa. Pergilah berdebat dengan mereka. Ambil kesempatan untuk berdepan dengan mereka dan tutuh sebaik mungkin pasal ladang rakyat. Nak takut apa ? Dah memang Pas menipu rakyat pasal ladang tersebut dan anda ada cukup bukti, pergilah lawan. Percayalah cakap saya, makin banyak liputan yang diberikan oleh media-media masa termasuklah blog-blog terhadap perhimpunan itu maka makin sukalah Mat Sabu dan Ambiga kerana itu yang mereka mahu. Mereka akan dilihat hebat dan orang-orang mereka pun semakin bersemangat untuk hadir. Saya jangkakan esok , lusa atau tulat dan seterusnya makin hari makin bertambahlah laporan polis yang akan dibuat oleh Pemuda Umno. Tak payahlah nak buang masa polis untuk pergi buat laporan tersebut hanya semata-mata anda nak popular masuk surat khabar, tv , blog dan laman web. Polis tahu bagaimana cara mereka nak bertindak. Dalam soal persatuan-persatuan peniaga atau pemandu teksi di KL buat laporan polis kita tidak boleh pertikai. Itu logik, kerana mereka berada dalam senarai paling atas orang yang mengalami kesan paling teruk di sebalik perhimpunan itu. Lebih baik Pemuda Umno pergi buat road show atau ceramah-ceramah kelompok dan beritahu kepada orang ramai sistem p/raya yang ada sekarang sudah cukup bersih. |
PDRM keluarkan baju perjalanan ke BERSIH 2.0 Posted: 15 Jun 2011 12:29 AM PDT Oleh : Agensi Berita Fakap PDRM hari ini mengeluarkan baju rasmi perjalanan peserta yang ingin menghadiri BERSIH 2.0; Walk For Democracy 9 Julai ini. Dalam satu kenyataannya kepada Agensi Berita Fakap, PDRM hanya akan menangkap mana-mana orang ramai yang TIDAK memakai baju perjalanan ini. Ketua Polis Solok Tonggeh, Polis bagi Melayu Hutan dan Felda; memberitahu baju ini boleh didapati dari blogger AdukaTaruna dengan harga RM15 termasuk kos penghantaran. |
RM30 juta bakal diniagakan : PDRM jamin kelancaran BERSIH 2.0. Posted: 14 Jun 2011 10:05 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Jangan bimbang tuan-puan. Base on record, bukti bergambar, PDRM memberikan kita jaminan bahawa demo BERSIH 2.0 tidak akan diganggu, malah akan diberikan kawalan keselamatan bertaraf dunia. Anggaran 300k peserta seluruh negara akan berkumpul di ibu negara. Jika seorang membelanjakan RM100, secara kasarnya RM30 juta bakal diniagakan dalam negara pada hari tersebut. Terima kasih kepada PDRM kerana tidak mengamalkan double standard. PDRM adalah pelindung kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik. |
PERKASA yakin kumpul 400k, 9 Julai ini. Posted: 14 Jun 2011 09:53 PM PDT |
Bila T Ibrahim Ketua Penerangan. Posted: 14 Jun 2011 08:43 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Nak kondem T Ibrahim terlalu awal. Walau gua rasa T Ibrahim ni jenis cool. Selalu orang jenis cool ni tak bleh buat kerja mcm Ketua Penerangan. Ketua Penerangan kena agreasif, cepat dan alert. Ketua Penerangan juga perlu ada hubungan yang baik dengan wartawan, media alternatif. Ketua Penerangan juga perlu menguasai IT dan teori2 komunikasi. Ketua Penerangan kena pandai English. Cuma, gua nak tepek as ramalan lah. Kalau tepat, boleh gua guna N3 ni as bahan sejarah nanti. Pada gua, Idris cemerlang dalam menggalas tugas sebagai ketua penerangan setakat ni. Hampir kesemua isu berbangkit, dia capai dengan kenyataan yang baik. Kenyataan yang gua sifatkan luar intelek hanya satu-dua sahaja seingat gua. Gua tak fikir T Ibrahim akan mampu bersifat seperti ini. Posisi macam tak kena. Ini list gua orang2 yang tidak kena pada posisi Ketua Penerangan. Jenis cool, senyap, lambat, pilih isu dan berdarah sejuk. Macam letakkan pemain salah sebagai posisi yang salah dalam bola sepak. 1. Harun Din. 2. Nik Abduh. 3. T Ibrahim. 4. 5. |
Dari mana asal usul anak bangsa Malaysia? Posted: 14 Jun 2011 07:56 PM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Masalah kita hari ini ialah kegagalan Melayu mendapatkan kemerdekaan secara tulen. Kita merdeka melalui munafik British. UMNO. Sama seperti kemerdekaan Afghanistan, Iraq, Kuwait, etc. Malayan Union adalah propaganda yang dicipta bagi menyatukan Melayu bawah UMNO. UMNO dibenarkan berdemo di bandar2 besar dengan kawalan keselamatan British. Dalam cara senjata, melayu berpecah ideologi. Ada yang memasuki Parti Komunis kerana hanya gerakan itu yang boleh mendapatkan senjata. Ada yang menyokong bergabung dengan Indonesia dari merdeka cara UMNO yang mengiktiraf pekerja asing menjadi warganegara. Selepas merdeka bawah Indonesia, barulah tuntutan Tanah Melayu merdeka seperti Acheh pula. Takdirnya, bangsa yang bodoh ini kalah. Parti2 yang mendesak kemerdekaan tulen diharamkan, ditangkap, penjara dan dibunuh. UMNO dan kasta dewa bangsat releks2 di London. Tanah Melayu diberi nama Malaysia. Warga asing yang berkerja di Tanah melayu, yang dibawa British diiktiraf sebagai warganegara. Mempunyai hak mengundi. Mempunyai hak sekolah. Mempunyai hak tulisan dan identiti sebagai warga asing. [2] Indonesia merdeka dengan darah. Tidak perlu tawar-menawar dengan Belanda. Tidak perlu syarat2 untuk merdeka. Jika warga asing yang dibawa Belanda mahu kekal di situ, tulisan mereka harus satu, sekolah mereka harus satu, bangsa mereka harus satu. Keturunan Cina mereka menggunakan tulisan yang sama dengan seluruh bangsa Indonesia. keturunan Belanda mereka menggunakan sekolah dan silibus yang sama dengan seluruh bangsa Indonesia. Bangsa di kad pengenalan mereka adalah bangsa Indonesia. [3] Selepas detik hitam British berjaya melalui UMNO, selepas UMNO bagi Temasik Tanah Nenek Moyang kepada Lee Kuan Yew, berlakulah apa yang kita panggil hari ini sebagai kontak sosial. Salah siapa pada hari ini pelbagai masalah bangsa, identiti bangsa? Salahnya ialah nenek moyang anda sendiri. Yang menyokong UMNO. Pulanglah ke kampung masing2, dan kencinglah kubur nenek moyang anda sendiri. Kasar? Tidak. Kerana apabila nenek moyang anda dibangkitkan kelak, mereka akan menerima hukum yang lebih kasar dari itu. Selepas kontrak sosial akibat detik hitam UMNO; DAP mohon status bangsa Malaysia adalah jahat? Jika begitu, Parpu Kari dan India2 dalam UMNO mohon status Melayu bumiputera sejuta kali lebih jahat. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan