Selasa, 21 Jun 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Ketuanan Melayu Membawa Kepada Bangkrapnya Malaysia

Posted: 21 Jun 2011 09:42 AM PDT



Pendedahan WIKILEAKS yang terbaru mendedahkan kenyataan seorang ahli lembaga Pengarah Petronas bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin.

Kenyataan Azhar yang paling merisaukan adalah bahawa kerajaan Malaysia menampung 45% dari perbelanjaan kerajaan hanya dari hasil minyak.

Ini bermakna, kerajaan UMNO/BN telah gagal mentadbir ekonomi Malaysia dengan baik.

Seharusnya perbelanjaan negara mesti datang dari pelbagai sumber dan bukan hanya tertumpu pada hasil minyak.

Minyak di perut bumi Malaysia ini ada hadnya. Apabila minyak kering, maka tiada lagi hasil minyak yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia terutamanya anak cucu kita.

Sepatutnya seluruh keuntungan hasil minyak mesti ditabungkan dan tabung tersebut dilaburkan ke dalam perniagaan ataupun perusahaan yang mana ia mampu menjana keuntungan yang berlipat ganda lagi walaupun setelah minyak Malaysia telah kering.

Ini tidak. Hasil minyak kita digunakan untuk menampung perbelanjaan kerajaan malaysia yang akhirnya habis dibelanjakan tanpa apa-apa hasil yang jelas. Jauh sekali untuk hasil itu digunakan untuk anak cucu kita kelak.

Ia juga bermakna, apabila minyak Malaysia kering nanti, maka kerajaan Malaysia akan bangkrap kerana 45% hasil kerajaan tiba-tiba akan hilang sekelip mata.

Jadilah Malaysia seperti Greece yang sekarang ini terkapai-kapai mencari pelindung kerana negara mereka telah bangkrap sama sekali.

Itulah bahananya rakyat Malaysia dan orang Melayu menyokong UMNO.

Ketuanan Melayu hanya membawa kepada bangkrapnya Malaysia.

Tulang Besi

kurang ajar....cuba bersekongkol dengan pengugut....Srikandi Beri Tempoh 3 Hari Kepada Polis

Posted: 21 Jun 2011 09:35 AM PDT



Srikandi KEADILAN memberi tempoh tiga hari kepada polis untuk menangkap pihak yang memberi ancaman kepada ketuanya, Siti Aisyah Shaik Ismail.

Pengugut terbabit mengancam untuk merogol dan merakam adegan berkenaan di laman Facebook milik Aisyah, 13 Jun lalu. Malah, individu itu juga mendakwa tidak takut jika dihadap ke mahkamah kerana 'tiada empat saksi'.

Ancaman serupa turut diterima Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar oleh individu sama yang menggunakan akuan Facebook 'Rango Crew'.

Aisyah berkata, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, Srikandi akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan susulan.

"Ini adalah kesalahan serius. Jika Ahli Parlimen seperti Nurul Izzah dan ahli politik seperti saya boleh diugut, apa lagi nasib rakyat biasa Malaysia yang lain?" soalnya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Dalam pada itu beliau mendedahkan, menerusi cariannya mendapati pengugut tersebut bernama 'Reza', berumur 21 tahun, menetap di Kedah dan bekerja di Taman Bandar Baru.

"Ini adalah isu keselamatan yang bukan hanya melibat saya, tetapi seluruh anggota Srikandi KEADILAN," jelasnya mengkritik sikap pihak berkuasa yang melengah-lengahkan siasatan.

Turut hadir dalam sidang media itu Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita KEADILAN Gan Pei Nee berkata, ugutan seumpama itu bukan kali pertama berlaku kepada pimpinan wanita KEADILAN.

"Sebelum ini, Adun Batu Tiga, Rodziah Izmail turut diancam berhubung isu Kuil di Shah Alam. Begitu juga Nurul Izzah dan anak-anaknya.. Apakah pihak polis tidak sensitif?

"Apakah wujud 'double standard' dalam pentadbiran polis? Polis tidak boleh meremehkan mana-mana laporan jenayah. Membiarkan perlakuan ini seolah-olah menggalakkan perbuatan ugutan," tegas Gan.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi menyelar sikap pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang seolah-olah mempersenda tindakan Siti Aisyah membuat laporan polis berkenaan.

Anggota polis berkenaan dikatakan bertanya kepada Siti Aisyah sama ada 'seronok, sedih atau takut' ketika menerima ancaman tersebut.

"Budaya ini bermula daripada pimpinan negara. Budaya lucah dah menjadi budaya yang diterima. Saya nak tahu apa komen (Perdana Menteri) Najib dan (Isterinya)Rosmah. Apa perasaan mereka jika isteri, anak atau saudara mereka diperlakukan begitu? ," soalnya.

"Mesej yang jelas kepada polis ialah tindakan segera perlu diambil," tambah Nik Nazmi.

-KeadilanDaily

sepupu utusan seks akhbar UMNOPORNO....kena bedil...Husam Musa Menang Saman Ke Atas Akhbar haramjadah ini...!!

Posted: 21 Jun 2011 09:23 AM PDT


Kota Bharu - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh keputusan taksiran ganti rugi saman fitnah yang dikemukakan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa bersama dua plaintif lain terhadap sebuah akhbar, tiga tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah, Nariman Badruddin membuat keputusan itu dalam kamar, selepas mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kira-kira empat bulan lalu.

Kesemua plaintif termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah hadir mendengar keputusan itu.

Plaintif menamakan defendan dari akhbar Mingguan Watan, M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail@Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors.

Saman RM15 juta difailkan terhadap defendan yang didakwa menyebarkan fitnah menerusi artikel siaran akhbar Mingguan Watan bertajuk: 'Siasat Pemimpin Pas Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK', bilangan 17, 21 hingga 27 Disember 2008.

Menerusi artikel berkenaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dikatakan rugi RM21 juta akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang juga ahli lembaga pengarah PKINK berkait satu projek anak syarikatnya.

Malah artikel itu juga menyebut: 'Watan difahamkan pindaan perjanjian itu menyebabkan kerugian kepada PKINK kerana untuk melindungi kroni-kroni pemimpin Pas yang dipercayai menjadi 'pelabur tempatan' itu yang memegang 50 peratus ekuiti berkenaan.

Susulan itu, Husam menghantar notis supaya defendan-defendan memohon maaf secara terbuka namun mereka menerbitkan pula artikel 4-10 Januari 2009 menegaskan tidak akan meminta maaf.

Seterusnya, Husam menuntut defendan membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta kepadanya atas perbuatan fitnah yang dilemparkan dengan menuntut ganti rugi teladan, teruk, punitif, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan mahkamah.

Kata Husam, beliau bersyukur dengan kemenangan yang dapat mematahkan fitnah terhadap dirinya bersama dua plaintif lain itu.

"Saya sangat bersyukur kerana itu memang satu fitnah secara terang terangan dan Watan pun sudah ditutup serta tidak keluarkan sebarang penerbitan lagi.

"Defendan-defendan pula yang tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam) bagaimanapun kita minta ganti rugi itu paling kurang RM5 juta untuk setiap plaintif," katanya.

-husammusa.com

gara gara nak bolot tanah cheap sale buat istana bali....anak toyol nasib baik tak rompak bank....muakakakaka...!!!!

Posted: 21 Jun 2011 09:14 AM PDT

KHIR TOYO PINJAM BANK SEBANYAK RM3 JUTA




Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo membuat pinjaman bank sebanyak RM3 juta bagi membeli dua lot tanah dan sebuah rumah banglo di Seksyen 7, di sini, empat tahun lalu. Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Bank HSBC, cawangan Petaling Jaya, dekat sini, Chuan Yew Tean, 35, yang bertanggungjawab menguruskan urusan pinjaman tersebut. Katanya, beliau dimaklumkan mengenai hasrat Mohamad Khir untuk membuat pinjaman oleh seorang pegawai atasannya pada sekitar Mei 2007, iaitu semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Pusat Premier di bank itu.

"Pegawai atasan saya memberitahu bahawa Mohamad Khir mahu mengambil pinjaman untuk membeli hartanah.

"Saya menghubungi Mohamad Khir dan beliau memberitahu mahu membeli hartanah yang berharga dalam lingkungan RM3 juta hingga RM3.5 juta," katanya.

Selain itu, Chuan juga memberitahu bahawa beliau dimaklumkan oleh pegawai atasannya mengenai kedudukan Mohamad Khir sebagai seorang Menteri Besar.

Saksi pendakwaan ke-14 setersnya berkata, beliau menghubungi Mohamad Khir memandangkan statusnya sebagai seorang pelanggan premier.

"Untuk menjadi premier, seseorang itu mesti mempunyai deposit tetap sebanyak RM200,000 di dalam akaun," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Pada keterangan lain, Chuan memberitahu bahawa beliau telah menghubungi seorang jurunilai daripada Rahim & Co, yang merupakan panel kepada Bank HSBC untuk membuat nilaian terhadap hartanah yang ingin dibeli oleh Mohamad Khir.

"Pihak bank hanya memberi pinjaman tidak melebihi 10 peratus daripada harga tawaran atau harga pasaran, yang mana lebih rendah," katanya.

Saksi menambah, jurunilai yang dilantik meletakkan harga hartanah tersebut pada jumlah RM3.5 juta dan pihak bank bersetuju untuk meluluskan pinjaman sebanyak RM3 juta.

"Mohamad Khir mesti bersetuju dengan jumlah yang diluluskan, jika tidak, pinjaman tidak akan diteruskan," katanya.

Pada keterangan lain, Chuan bersetuju dengan cadangan oleh Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin bahawa layanan yang diberikan kepada Mohamad Khir adalah dikategorikan sebagai 'biasa' kepada seorang pelanggan premier.

"Bukan semua orang boleh menjadi premier," Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki didengari berkata selepas saksi selesai menjawab soalan.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini yang masuk hari kelapan pada Selasa, juga mendengar keterangan daripada seorang perunding reka bentuk, Noorizwandy Rajab, 38, yang turut memainkan peranan dalam kerja-kerja pengubahsuaian banglo itu.

Saksi pendakwaan ke-19 berkata, dia dilantik oleh pereka laman, Nasir Ismail sebagai pengurus projek, pelukis pelan dan juga diminta untuk menguruskan pekerja-pekerja yang melakukan tugas tersebut.

"Projek itu adalah untuk kerja-kerja meroboh dan membina semula banglo dua tingkat di lot 8," katanya yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Noorizwandy yang berkelulusan diploma jurusan seni bina daripada Institut Bina Usahawan memberitahu, dia dibayar gaji sebanyak RM5,000 sebulan semasa bekerja dari Mac 2006 hingga April 2007.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di Lot 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, pada harga yang lebih rendah daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Mohamad Khir didakwa membeli hartanah itu pada harga RM3.5 juta, sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah tersebut pada 23 Disember 2004. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Mohamad Khir boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohtarudin menggingatkan wartawan supaya lebih berhati-hati semasa menulis berita selepas dimaklumkan berlaku kesilapan dalam laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita.

Kesilapan itu dibawa ke pengetahuan beliau oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed sebaik sahaja prosiding bermula.

"Apa yang dilaporkan agak menyimpang jauh. Pihak Pendakwa Raya dan peguam bela yakin mahkamah memerlukan laporan yang adil, tepat dan munasabah," katanya.

Perbicaraan akan bersambung Rabu.

kl-today

Kisah BEG TANGAN Bernilah RM1 juta dari SPORT TOTO untuk JUDI BOLASEPAK di halalkan...!!!

Posted: 21 Jun 2011 03:49 AM PDT



Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.



Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.

Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.



Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.

Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain," menurut Mahfuz.

cheguBard

Tiada ulasan: