Pendapat peribadi hamba. |
TOK GURU HADI KEMBALI AGRESIF? Posted: 05 Jun 2011 06:58 PM PDT Tengok gaya, seperti Tok Guru Abdul Hadi telah kembali kepada asal. Yang dahulunya agresif, tiba-tiba menjadi pasif tetapi kini kembali agresif. Dahulu semasa memegang jawatan Timbalan Presiden kerja Tok Guru adalah 'radikal' tetapi apabila menjadi pemimpin nombor wahid, menjadi agak lembut. Ketokohan Tok Guru seperti tidak diendahkan oleh ahli-ahli PAS, maaf, bukan ahli-ahli PAS, tetapi penjawat jawatan tinggi didalam PAS dan juga blogger puaka. Namun, apabila melihat ucapan penangguhan dari Dato Presiden, menampakkan suasana politik PAS untuk 2 tahun nanti akan melihatkan kembali ketokohan Dato Presiden PAS.
Slogan PAS menjadi pak turut DAP dan PKR pasti akan tidak kedengaran jika suasana dan momentum begini akan berterusan. Dengan kekuatan para agamawan yang berada di dalam Pemuda PAS, sudah pasti PAS akan kembali agresif seperti mana agresifnya PAS Terengganu sekarang. Sedar tidak sedar, dalam banyak-banyak negeri, PAS Terengganu adalah yang paling agresif berkempen untuk kembali menang di negeri Terengganu berbanding dengan negeri lain. Slogan PAS ganti Umno digunakan semaksima yang mungkin oleh Terengganu. Mana ada lagi negeri yang dapat membuat perhimpunan setiap daerah beribu-ribu ahli PAS berhimpun untuk menunjukkan kekuatan PAS untuk menggantikan Umno. Mana ada lagi negeri yang dapat menganjurkan beratus-ratus kereta didalam ekspidisi 4WD merentasi hutan didalam negeri Terengganu. Siapakah pelopor, 'Orang Mude Geng Kite' jika bukan ianya adalah idea tulen dari pihak pemuda PAS Terengganu. Ianya adalah idea dan tindakan Pemuda PAS Terengganu dan seterusnya telah disebarkan seluruh Malaysia. Walau ramai blogger celaka yang meng'hina' PAS Terengganu dengan label UG nya, namun PAS Terengganulah yang paling agresif berkempen untuk menang. Kalah Kelantan dan kalah seluruh PAS negeri lain. Diharap, semangat kerja agresif PAS Terengganu ini akan berjangkit kepada negeri lain dan seterusnya kepada PAS Pusat agar PAS akan menjadi pemimpin, bukannya dipimpin oleh mana-mana pihak. Takbir!! | ||
UTUSAN DENGAN BERITA SPINNYA LAGI. Posted: 05 Jun 2011 06:35 PM PDT Memang sah, utusan malaysia adalah akhbar spin nombor satu dunia. Penipuan dan pembohongan sudah menjadi adab resam dan kewajiban kepada utusan ini. Cuba baca ini; Haron Din Tampil Pertahan Utusan. Sekali baca tajuk, seperti Ustaz Haron Din sukakan utusan. Tetapi bila baca, beliau hanya menafikan fatwa mengharamkan baca utusan sahaja. Cit! Penipu sungguh utusan penipu ini. Nasib baiklah dibaca sebutir-butir ayat dari akhbar penipu ini, jika tidak, pasti blogger celaka akan buat fitnah kepada Ustaz Haron Din. Macam-macam boleh...... | ||
Posted: 05 Jun 2011 04:21 PM PDT Hamba ada baca blog Al-Banjari, dia kata ada orang sudah merajuk tidak mahu bantu PAS sebab ada orang benci Syiah dengan Erdogan. Apa punya kes dia merajuk, hamba pun tak tahu. Apa yang hamba tahu, Erdogan itu adalah PM Turki dan Syiah itu satu kumpulan Islam. Bukan mazhab ya. Hamba hendak kabo, pasal bab Syiah ja. Bab Erdogan hamba letak tepi, sebab ianya tiada kaitan dengan menghancurkan Islam. Tetapi, bab Syiah, hamba kena kabor. Ada apa-apa sebab kita perlu benci Syiah. Jawabnya, ADA. Satunya, kita benci Syiah sebab Syiah benci Sahabat Nabi. Keduanya, kita melaknat Syiah sebab Syiah melaknat para Sahabat Nabi. Ketiganya, kita Lam 'Ain Syiah, sebab Syiah meng Lam 'Ain kan Abu Bakar, Omar dan Othman. Ada banyak lagi sebab kita patut berjauhan dengan Syiah. Namun sebab utamanya ialah, Syiah adalah kumpulan yang melaknat para sahabat nabi, terutama Syiah Imamiah yang dipegang oleh Kerajaan Iran sekarang. Hamba peduli apa dengan orang kata jika hamba berkata begini, hamba pemecah belah umat Islam. Buat apa hamba hendak bersama dengan orang mengaku Islam tetapi melaknat Sahabat. Itu kerja gila namanya. Boleh korang semua menjustifikasikan puak-puak Syiah yang mengatakan Saidina Abu Bakar, Saidina Omar dan Saidina Othman adalah laknatullah, dilaknat Allah. Ini kerja gila namanya. |
You are subscribed to email updates from Pendapat peribadi hamba. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan