Pahang Daily Online |
- Program Bantah Lynas Tetap Di Adakan Biar Pun Mendapat Tekanan Daripada Pihak Berkuasa Dan Kerajaan Negeri Pahang Itu Sendiri Mutakhir Ini!
- Permohonan Anwar Di Gagalkan Lagi Dan Hakim Zabidin Tetap Teruskan Tugasnya Bagi Mengadili Perbicaraan Pertuduhan Liwat II Terhadapnya !!
- Panas: Gagal "Meyakinkan Rakyat" Terhadap Isu Lynas, Akhirnya Si MB Pahang Mahu Menyaman PDO, Blogger Cucumatkilau Dan YB Fuziah Salleh
Posted: 06 Jun 2011 12:22 AM PDT KUANTAN, 6 Jun - Biar pun diasak dengan kekerasan oleh penyokong UMNO semasa demontrasi Lynas di Pantai Teluk Chempedak baru-baru ini, namun NGO "bantah Lynas", Save Malaysia Stop Lynas terus mengadakan aktiviti mereka. Terbaru dua aktiviti telah diadakan beberapa hari lalu. Program taklimat untuk masyarakat Tionghua telah diadakan di GC Curry House, Jalan Air Putih sementara. Taklimat disampaikan oleh Dr.Lee Chee Hong (foto) iaitu seorang pakar dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) yang diundang khas untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "Process, Waste & Radiation". Diakhir program semua peserta termasuk Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota, David Choi telah menurunkan tandatangan tanda sokongan terhadap bantahan Lynas. Sebelum itu pada 4 Jun, beberapa orang penyokong Lynas dari kalangan AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan program yang dinamakan "Himpunan Aman TC Bersama Pemuzik Jalanan". Program yang dijalankan secara aman itu berjalan dengan baik tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Pihak polis juga dilihat melakukan tugas dengan profesional dan lebih berhemah untuk memantau program terbabit. Secara keseluruhannya, kempen "bantah Lynas" terus dijalankan biarpun pakar-pakar yang mengkaji tahap keselamatan kilang itu masih menjalankan tugas mereka sehingga ke hari ini. Apa yang pasti, rakyat bukan mahu kajian atau apa jua alasan, mereka mahu projek itu dibatalkan dan Lynas dihantar pulang ke negara asalnya Australia. Generasi muda turut menandatangani bantahan Lynas selepas program Sebahagian daripada aktivis dan rakyat yang turut hadir ke program di TC Pengacara majlis bersama sebahagian perserta yang membuat persembahan Aktivis rakyat Sempat bergambar sebelum meninggalkan lokasi program itu [Banyak lagi program akan diadakan selepas ini, bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang isu Lynas yang sebenarnya. Banyak rahsia tersembunyi antara Kerajaan Negeri, MITI dan AIEA akan dibongkarkan, bagi membuktikan sememangnya ada permainan politik hingga menyebabkan pembinaan kilang memproses rare-earth itu tetap dijalankan biar pun pakar-paka hadir untuk membuat siasatan dan kajian. Sepatutnya, kerajaan wajar mengarahkan operas pembinaan kilang terbabit dihentikan buat sementara waktu ketika proses kajian dijalankan. Malah, difahamkan kerja-kerja berkaitan sudah melebih 80% siap dan Lynas mengarahakan kerja dilakukan siang dan malam untuk membolehkan mereka beroperasi pada bulan September ini. Terdapat laporan yang menyatakan segala kerja berkaitan perlu disiapkan pada bulan Julai 2011 sebelum lesen operasi diberikan. Maknanya projek ini akan diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Rakyat akan terus tertipu dan terpedaya dengan permainan politik beberapa kerat pemimpin yang kini tersenyum lebar untuk menikmati hasilnya tidak lama lagi. Justeru itu bantahan perlu diteruskan walaupun penuh dengan tekanan !]. |
Posted: 05 Jun 2011 11:45 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Jun - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadap dirinya. "Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin. Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan. Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri selepas Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkannya kerana terdapat prima facie dalam kes tersebut. Ia berikutan mahkamah memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana berkenaan seorang yang "berwibawa.". Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga. Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah. Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah. Kedua-dua permohonan itu ditolak. Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan. [Seperti yang telah dijangka, akhirnya ia menjadi kenyataan yang mungkin terlalu sukar untuk diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Namun, itulah hakikatnya amalan undang-undang di negara ini. Biar pun terdapat berbagai bukti dan fakta menyeleweng dalam kes ini, namun ia tetap diterima sebulat suara oleh hakim yang arif lagi bijaksana. Apapun, senario yang berlaku ini memang akan mempercepatkan lagi kejatuhan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Nampak jelas, rakyat akan bangkit dari segenap pelusuk negara untuk menyatakan bantahan terhadap semua ini. Maka itu, keputusan yang akan kita ketahui selepas ini ialah Anwar Ibrahim pasti akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh gara-gara kebobrokan sistem undang-undang dan kehakiman rimba yang disaksikan ini. Rakyat adalah hakim negara, jalan terbaik ialah melakukan perubahan demi mengembalikan integriti mahkamah serta badan kehakiman yang semakin tercalar mutakhir ini]. |
Posted: 05 Jun 2011 06:50 PM PDT KUANTAN, 6 Jun - Sungguh mengejutkan apabila kami mendapat maklumat terkini yang Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dengan bangganya mengatakan mahu menyaman PDO, Blogger Cucumatkilau dan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh berhubung dengan isu Lynas. Beliau berkata demikian kepada ribuan rakyat Pahang menerusi Radio Malaysia Pahang FM pagi tadi. Ucapan yang dibuat semasa Perhimpunan Pagi Ke Arah Kecemerlangan itu juga telah didengari oleh lebih 10,000 kakitangan kerajaan di seluruh negeri Pahang. Dalam kenyataan berapinya beliau mempertikaikan indentiti blogger Cucumatkilau dan kecewa dengan laporan kami tentang hubungan adik bongsu beliau iaitu Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah bertugas sebagai Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Adnan khabarnya begitu marah dengan laporan yang telah kami dedahkan dan secara dasarnya mengakui Kerajaan Negeri Pahang sudah tiada jalan lain lagi untuk menghalang melainkan dengan tindakan saman tersebut. beliau juga menegaskan barisan peguamnya kini sedang mengkaji berbagai aspek untuk membawa kes itu ke mahkamah. Bagi Adnan, mungkin itu sahajalah jalan terbaik untuk menghalang pihak lain mempertikaikan projek Lynas. Malah beliau juga mungkin merasakan dengan tindakan saman itu nanti maka rakyat akan berhenti membantah dan akhirnya percaya kepada Kerajaan Negeri Pahang. Begitulah dangkalnya pemikiran seorang Menteri Besar yang telah mendefisitkan bajet negeri ini sejak lebi 10 tahun lalu. Antara kenyataan MB Pahang pasal Lynas yang pernah dibuat sebelum ini [Persoalanya sekarang, kenapa Adnan tidak berani berhadapan secara profesional menerusi media massa yang beliau ada untuk menyakinkan rakyat supaya menyokong Lynas. Pahang Daily Online (PDO) hanya sebuah laman blog yang dilayari oleh beberapa kerat manusia sahaja, tetapi beliau ada TV, akhbar serta lain-lain senjata untuk menganyang kami jika beliau dipihak yang benar. Namun, mungkin dek kerana gusar dengan laporan panas dan meyakinkan rakyat tentang isu ini akhirnya jalan yang difikirkan paling sesuai ialah dengan membawa kes ini ke mahkamah. Apakah rakyat akan terpengaruh dengan apa yang cuba dilakukan Adnan itu agaknya. Apa yang pasti, semakin hari semakin ramai rakyat yang turun menyatakan bantahan terhadap pembinaan projek kilang memproses rare eart milik Lynas Corporation itu sebenarnya. Adnan tidak boleh berselindung di sebalik mahkamah untuk membuktikan kononnya dia berada di pihak yang benar. Rakyat lebih tahu segalanya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan