Ahad, 5 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


PAS Kemukakan Usul Di Hari Terakhir Muktamar Supaya Pakatan Rakyat Ambil Tindakan Undang-Undang Serta 'Perintah Injunksi' Terhadap JPN !!

Posted: 05 Jun 2011 04:40 AM PDT

GOMBAK 5 Jun - Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk perintah injunksi sementara terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantung pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, yang dikaitkan pembangkang sebagai komplot Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13. Gesaan itu terkandung dalam usul berkaitan pemalsuan kad pengenalan dibawa Dewan Ulama pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini. Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, sekali gus didakwa membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi menjadi isu yang dibawa oleh pembangkang sejak tahun lalu. Usul itu menekankan bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutama kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi. Malah usul itu juga berkata, pengeluaran kad-kad pengenalan bukan satu rahsia bagi dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui "projek IC" pada 1980 dan 1990 bagi menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah ketika itu. "Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil 'unholly alliance' antara Umno-BN dengan JPN, yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa," kata usul itu.Usul itu juga mendakwa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. Usul itu juga mendakwa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara tersebut. Sehubungan itu, usul tersebut mendesak supaya satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan bagi menyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada ramai warga asing.

[Usul itu juga mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga JPN khususnya mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak 10 tahun kebelakangan ini mengikut negeri. "Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku," katanya lagi. Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS pusat menuntut agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini dilihat berleluasa. Sebenarnya di Pahang, isu yang sama juga dilihat semakin rancak dijalankan. Ramai warga Kemboja dan Mynamar mendapat kad pengenalan dan dihantar ke kawasan parlimen kritikal sebagai pengundi. Malah, isu ini sememangnya sudah diketahui banyak terlibat di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM Najib itu sendiri]. tvsnew

Perwakilan PAS Mendesak Kerajaan Tukar PTPTN Kepada Biasiswa, Kenapa NGO Melayu Dan UMNO Telah Gagal Berbuat Demikian Sejak Sekian Lama!

Posted: 04 Jun 2011 08:23 PM PDT

Muktamar PAS yang berlangsung di Taman Melewar, Gombak semalam agak menarik untuk diperkatakan. Ia berikutan tindakan perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan Tabung Perdidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara. Menurut seorang perwakilan terbabit, Kamal Ashaari berkata beliau men menyokong penuh cadangan menghapuskan PTPTN dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman ini telah menyebabkan ramai antara kita terhimpit dengan hutang. Kamal juga berkata pinjaman itu menyebabkan anak muda terhimpit dengan beban hutang yang besar selepas tamat pengajian. Malah, tambahnya, mereka dikenakan beberapa sekatan, termasuk tidak dibenarkan ke luar negara. Sebelum ini, usul yang hampir sama dibentangkan dalam muktamar Pemuda. Usul itu antaranya mendakwa Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang menyenarai hitamkan peminjam itu patut dipinda.

[Soalnya sekarang, kenapa NGO dan juga parti Melayu UMNO yang begitu beriya-iya mempertahakan hak keistimewaan orang Melayu seperti Perkasa, GPMS dan sebagainya tidak berani membawa usul ini?. Sedangkan mereka kononnya mempertahankan Melayu itu sendiri?. Malah, kita juga hairan parti yang kononnya memperjuangkan Melayu seperti UMNO itu juga tidak berani untuk membawa isu ini untuk dibincangkan secara terbuka oleh pucuk pimpinan tertinggi parti mereka. Masing-masing menikus dan gagal memainkan peranan membela Melayu. Anehnya mereka beriya-iya benar membela Melayu dalam isu-isu perkauman dan yang berkaitan dengan bangsa lain. Sebaliknya mereka gagal bela Melayu dalam isu yang sepatutnya diperjuangkan seperti ini].

Panas: Mesej SMS Tersebar, 'Kempen Boikot' Dua Buah 'Stesen Minyak Petronas' Di Kuantan Gara-Gara Tindakan Ala Samseng Semasa Demo Lynas

Posted: 04 Jun 2011 06:44 PM PDT

KUANTAN, 5 Jun - Orang ramai terkejut apabila ramai diantara mereka mendapat satu mesej SMS yang meminta mereka memboikot dari membeli minyak petrol atau diesel di dua buah stesen minyak Petronas di bandar ini. Ia dipercayai kekecewaan pihak-pihak tertentu apabila pemilik kedua-dua buah stesen minyak terbabit dipercayai terbabit sebagai salah seorang yang bertindak keterlaluan "ala samseng " terhadap rakyat yang mengadakan demontrasi aman membantah Lynas di pantai Teluk Chempedak baru-baru ini. Antara lain SMS itu berbunyi "Salam, Jangan Isi Minyak Di PETRONAS Jalan Bukit Ubi (Depan Shahzan Inn Hotel) & PETRONAS Balok Makmur, Sebab Pemilik Stesen Minyak Ini Adalah Antara Individu Yang Bertindak Samseng Menghalang Program Kumpulan Anti Lynas Di Teluk Chempedak Kuantan Pada 31 Mei 2011, Tolong Sebarkan Kepada Rakan-Rakan". Tidak dapat dipastikan siapa yang menghantar SMS berkenaan, namun ia ternyata dilakukan oleh pihak yang kecewa dengan gelagat pemilik stesen minyak terbabit. Kmi tidak dapat memastikan, berapa banyak SMS yang telah dihantar kepada warga Kuantan. Namun, kemungkinan besar jumlahnya agak besar. Apapun, pihak terbabit terutamanya yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan "rakyat secera keseluruhannya" digesa tidak bertindak keterlaluan hingga menyebabkan perniagaan mereka terancam sebegini. Adalah lebih elok mereka bersikap berkecuali dan tidak terlalu menonjolkan diri dalam politik, apatah lagi dalam isu Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kesilapan yang berlaku haruslah dijadikan ikhtibar agar lebih berhati-hati di masa yang akan datang.

[Sebagai pengajarannya, kepada pihak yang berkenaan diingatkan supaya lebih profesional dalam menjalankan tugas terutamanya yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Jangan terlalu ekstrim bertindak terhadap rakyat jika kita mempunyai perniagaan yang memerlukan pasarannya dikalangan rakyat. Apa yang difahamkan, sememangnya ramai pemilik stesen minyak Petronas itu sendiri adalah terdiri dari kalangan penyokong tegas UMNO. Jika tidak mereka agak sukar untuk mendapat kontrak mengendalikan premis berkenaan. Maka itu, apakah kewajaran yang perlu dilakukan oleh rakyat Kuantan sekarang. Jika tindakan boikot dilakukan, sudah pasti ia akan menjejaskann perniagaan pihak terbabit sebenarnya. Namun, sebagai pedoman maka semua ini mungkin terpaksa dilakukan].

Posted: 03 Jun 2011 10:16 AM PDT



Tiada ulasan: