Ahad, 5 Jun 2011

.

.


Ulasan Peristiwa

Posted: 04 Jun 2011 09:53 PM PDT

Kesilapan Yang Tidak Perlu Diulangi Dalam Muktamar

Mursyidul Am Pas Nik Aziz kata kemenangan Mat Sabu menerusi saluran yang sah? Ertinya kemenangan itu dikhtiraf dan menunjukkan Pas mengamalkan demokrasi terbuka dan tulen.

Bukan itu saja kemenangan itu atas kredibiliti yang ada kepada Mat Sabu. Ia bukan seperti kemenangan penjawat besar di dalam Umno yang diragui akan kesahihannya. Inilah kehebatan Pas.

Walaupun Nik Aziz tidak seronok dengan kemenangan Mat Sabu, kerana tidak memenuhi hasratnya, tetapi bila itulah keputusan terpaksa juga disambut. Redha dengan kehendak perwakilan. Inilah tanggungjawab dan amanah bersama. Nik Aziz mnghormati keputusan itu kerana itu dia memberi dokongan dengan menghuraikan beberapa kelebihan yang ada kepada Mat Sabu terutamanya mengenai kesetiaan Mat Sabu dengan Pas.

Sesiapa pun dalam Pas kena menerimanya. Haron Din yang perit untuk menerimanya tetapi beliau beranggapan gandingan baru itu adalah percubaan yang baik. Dengan percubaan itu mudah-mudahan ia akan memberi kebaikan kepada Pas, dan Pas akan berada dalam martabat yang lebih tertinggi dari sebelum ini, itu harapan timbalan Mursyidul Am Pas.

Tetapi memerhati kepada muktamar kali ini ada beberapa kesilapan kecil yang boleh menunjukkan Pas masih belum profesional dalam melaksanakan sidangnya. Ia terkesan sewaktu muktamr Pemuda lagi, apabila ketuanya terlupa untuk mengadreskan kehadiran perasmian muktamar, Nasharudin Mat Isa. Selepas itu ia diikuti dengan tayangan multimedia yang berunsur kempen kepada seseorang.

Rupa-rupanya kesilapan di lakukan anak-anak Pas yang masih belum matang atau terlebih cerdik ini turut sama berlaku dalam muktmar Pas semalam. Apakah ini satu pembaharuan atau pun kerana begitu ghairah untuk melihat wajah kepimpinan baru Pas?

Katanya semalam sebaik saja pengumuman keputusan dibuat, pengerusi tetap terus memanggil pemenang baru naik mengambil tempat di pentas utama? Apakah peraturan muktamar sudah berubah? Atau pun kerana pengerusi begitu terliur untuk melihat Mat Sabu duduk di sebelah presiden parti?

Kalau ikut amaan biasa, pemenang jawatan lama termasuk yang kalah perlu berada di pentas sehinggalah muktamar berakhir. Apabila kerusi mereka sudah dirampas, menyebabkan mereka ketiadaan kerusi dan perlu keluar dari dewan muktamar.

Sebenarnya tanggungjawab mereka masih ada. Mereka kena, khasnya Nasharudin dan Tuan Ibrahim serta ahlijawatankuasa yang kalah perlu menjawab beberapa perkara berbangkit di sepanjang sessi pentadbiran mereka.

Apabila pemenang baru sudah naik ke pentas dan mengambil kerusi, macam mana mereka hendak menjawab persoalan yang bakal timbul. Manakala pemenang baru tidak boleh hendak menjawab apa-apa perkara berbangkit disebabkan merka tidak mengetahui dan bertanggungjawab mengenainya.

Logiknya apabila mereka yang kalah sudah beredar mereka tidak lagi mempunyai kerusi. Jadi jalan paling afdal ialah meninggalkan muktamar. Adalah tidak munasabah untuk mereka mencari mana-mana kerusi di celah perwakilan atau pun di ruang pemerhati atau ruang media massa?

Apa yang patutnya berlaku pengumuman keputusan itu dibuat pada hari ketiga (akhir) muktamar. Jadi selepas semua penjawat lama menjawab persoalan timbul baru keputusan diumumkan. Ketika ini baru mereka mengambil tempat dan ucapan penangguhan diadakan.

Mungkin juga kerana terlalu ghairah dengan kepimpinan baru yang dilihat dapat melanjokan semangat Pas dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan Malaysia maka pengerusi terlupa dengan peraturan-peraturan yang harmoni itu. Kalau ya nak merampas Purtajaya pun kenalah hormat juga pemimpin lama yang kalah itu.

Harapnya dilain kali panetia muktamar memerhati perkara ini. Janganlah perkara yang boleh memalu, menyakit dan menyinggungkan hati mana-mana pihak dilakukan lagi. Kita marah kalau dikatakan tidak profesional, tetapi apa yang berlaku jelas di khalayak umum.

Mungkin kesilapan teknikal yang kecil tetapi boleh menggambarkan kelemahan Pas inilah satu kecacatan kepada muktamar ini selain daripada soal-soal teknikal lain yang memang boleh dipersoalkan. Hendaknya keghairahan menyambut barisan kepimpinan Masahusma ini tidak akan membawa padah, apa lagi mengecewakan sesama kita yang lain, sebalik ianya akan mensejahtrakan Pas. [wm.kl.1:05 pm 05/06/11]

Ulasan Ke Dua

Posted: 04 Jun 2011 02:56 AM PDT

Barisan Kepimpinan Masahusma
Perlu Wujudkan Pemangkin Melayu


Macam-macam terjemahan dan konklusi dibuat ke atas barisan kepimpinan baru Pas untuk sessi 2011 - 2013. Kesimpulan itu dibuat atas persepsi masing-masing. Ada gembira dengan keputusan yang dibuat oleh 1,040 perwakilan itu dan menganggap ianya tepat dan satu barisan mantap untuk menghadapi pilihan raya ke-13.

Selain itu ada juga menganggap barisan itu adalah jemaah yang dipilih khas untuk menghadapi pilihan raya kerana mereka aktivis parti dan bukan tokoh yang tegak di atas kerusi sambil berkhutbah menyuruh itu dan menyuruh ini. Mereka yang dipilih baik timbalan, naib dan ahlijawankuasa kerja adalah merupakan pekerja parti yang ulit. Ada kebenarannya juga tentang ini.

Dalam keseronokan itu ada juga yang bimbang dengan barisan kepimpinn baru ini kerana mereka bukan dari al ulama warsatul ambia?

Di catatan ini saya ingin menyambungkan sedikit lagi ulasan mengenai pemilihan terbaru dalam Pas yang diumumkan hari ini itu. Dengan melihatkan kepada muka-muka yang ada jelas menunjukkan kepimpinan dua tahun akan datang berbeza dengan kepimpinan sebelum ini. Tradisi kompilasi 60: 40 kepimpinan dalam Pas sudah pun terombak.

Kalau sebelum ini jawatan presiden dan timbalan presiden serta satu kerusi naib pesiden dikhaskan kepada al ulama warsatul ambia, tetapi kali ini pemonopolian itu sudah berubah. Dua jawatan itu sudah pun dirampas! Dalam kata lain pintu kunci untuk kedua jawatan itu sudah pun dibuka dan bukan milik ulama warsatul ambia secara mutlak lagi.

Ini satu kejayaan kepada pihak yang suka memisahkan Pas kepada dua golongan. Kerana selepas ini tidak mustahil kerusi pesiden yang dikhaskan kepada tokoh yang berserban, berkopian putih dan berjanggut panjang akan bertukar kepada tokoh yang bersongkak atau berkopiah batik pula.

Tidak mustahil kerana kata orang bila lulus jarum maka luluslah kelindangnya. Jangan terkejut dua tahun lagi kedudukan Abdul Hadi Awanhg pula akan ditentang. Ini boleh saja berlaku kalau dalam pilihan raya ke 13 kelak Pas yang kini didokong tokoh bukan dari umbi al ulama warsatul ambia menang besar. Kemenangan Pas dalam pilihan raya ke-13 nanti akan dilihat kejayaan dan keampuahan kepimpinan Pas model terkini dan dijadikan alasan untuk menrevolusikan kepimpinan Pas di semua peringkat.

Apakah kalau realiti itu berlaku ia perlu dibimbangi? Ahli Pas kena menyemak balik dan meninjau jauh mengenai hal ini. Kalau semua pihak tidak terpengaruh dengan kerja pengkelompokan di dalam Pas atau 'pencaingan' Pas kepada berpuakan, ia tidak perlu rungsing. Tetapi kalau ia ada kebimbangan dan keraguan mengenai maka ia kena dianalisa secara terperinci.

Atau, kalau pandangan saya diterima bahawa kepimpinan ulama itu ialah pemimpin yang bukan dibayangkan dengan bentuk pakaian dan perwatakan tetapi ia ditunjangi oleh fikrah, amal dan akal yang bersendikan Islam, maka ia tidak harus bimbang. Ia penting wasilah asal Pas itu masih wujud. Soalnya apakah pemimpin hari ini berfikrah demikian dan berjaya mengekalkan Islam sebagai ideologi kepada perjuangan Pas? Masing-masing ahli dan penyokong Pas kena jawab sendiri.

Bagaimana pun berdasarkan pengakuan mereka dan sejauh mana saya kenali akan semangat perjuangan mereka saya jamin mereka tetap dengan prinsip Islam dan fikrah Islam. Mereka akan mengekalkannya kerana kesemua mereka dan termasuk mereka yang ikhlas menyertai Pas ialah mereka yang inginkan Islam. Alasannya kalau mereka tidak bersedia mereka tidak menyertai Pas. Lainlah kalau mereka menyertai Pas itu kerana ada agenda tersembunyi. Apakah kumpulan yang menyelit dalam Pas kerana ingin mengembangkan idea perjuangan mereka.

Manakala keraguan sesetengah pihak terhadap barisan kepimpinan kini, khasnya Mohamad Sabu ia tidak perlu menunjah ke dalam kepala. Penilaian boleh dibuat sepanjang masa barisan kepimpinan ini berkerja dalam tempoh dua tahun. Setiap ahli boleh memantaunya. Sekiranya mereka mengubah pendekatan Pas tidak menjadi masalah. Tetapi kalau mereka sudah mencabut mana-mana prinsip dan dasar Pas ia boleh disemak semula. Mereka perlu disembelih.

Tentang ada suara kebimbangan berlaku penghakisan imej ulama warsatul ambia juga tidak perlu dilayan sangat. Ada kalanya ilusi itu dimainkan oleh musuh Pas. Kerana sistem pentadbiran atau pembentukan Pas ia berbeza dengan parti lain maka Islam itu akan utuh dalam Pas. Ada dua sub institusi di dalam Pas yang bertindak menjadi pemantau atau pun penimbang semak iaitu, Dewan Ulama dan Dewan Syura Ulama. Dua sub institusi ini cukup berkelibar dan berkuasa dalam menentukan halal atau haram hala tuju Pas. Jadi kepada mereka yang bimbang usahlah merasa takut.

Secara peribadi saya tidak merasakan kebimbangan itu kerana kewujudan kedua dewan itu dimaktub dalam perlembagaan. Ia tidak boleh diubah dan ditukar sewenang-wenangnya. Cuma diharap dewan itu akan berfungsi sewajarnya dan peranannya juga perlulah secara konfrehensif.

Sebaliknya apa yang menjadi kewalangan saya ialah apabila tiadanya ulama dalam kepimpinan hari ini yang saya lihat mereka adalah pemangkin Melayu, menyebabkan kemungkinan kalau Pas tidak berusaha cara lain kemungkinan undi Melayu akan meninggalkan Pas. Bagi mereka yang masih tebal dengan semangat kebangsaan (nasionalis) dan assobiah snagat melihat akan perkara ini.

Bentuk atau watak pemimpin yang liberal ataupun tidak menyerlahkan idealisme menyebabkan Melayu nasionalis akan meminggirkan Pas. Tidak boleh tidak selama ini yang menjadi tarikan Melayu kepada Pas ialah dua elemen; agama dan bangsa. Kecualilah anak-anak muda yang berhora hore tidak akan pedulikan kepada dua elemen itu, sebaliknya mereka akan menyokong asalkan ada pemimpin yang dapat menyeronok dan menghiburkan mereka.

Makanya untuk memastikan ada pemangkin Melayu dalam Pas, kepimpinan hari ini terutamanya Presiden hendaklah bijak dan pandai bagaimana hendak mengekalkan pemangkin berkenaan. Saya sangat berharap semoga Pas tidak terabai akan kepentingan Melayu ini kerana kalau tanpa sokongan Melayu melepasi 38 persatu sukar Pas untuk menawan Putrajaya.

Walahu'alam. [wm.kl.4:00 pm 04/06/11]

Tiada ulasan: